Monday, December 20, 2010

Suasana Menjelang Krismas di One Utama, MidValley dan Berjaya Times Square

Well, dah genap seminggu dah memulakan sem baru di UIA Gombak ni. Banyak kelas yang belum bermula sangat lagi. Disebabkan tulah, aku ada peluang nak keluar-keluar untuk lihat suasana menjelang krismas.

Dalam banyak-banyak perayaan dekat Malaysia ni, aku paling excited sekali bila Krismas sebabnya kan dah hujung tahun kan, ada Year End Sales yang memang terbaik untuk shopping kan. Lepastu suasana krismas ni macam comel-comel je banyak candies, teddy bear and pokok krismas, salji tipu semua tu. Excited kot rasa. Heeee.

Mula-mula pergi OU, dengan Ika, Eah n Ep. Suasana krismas dia comel-comel je. Ada rumah ala-ala Inggeris. Jalan-jalan cuci mata jelah. Entri kali ni penuh dengan gambar. Siapa rasa internet dia tahap siput, sila urut dada banyak-banyak eh?

Dekat tengah-tengah yang putih tu salji tau. Boleh main ice-skating dekat situ kalau nak. Theee.

Dah habis dah kat OU. Kita ke Midvalley pulak di hari yang lain. Kali ni aku super excited nak ke Midvalley disebabkan nak berjumpa dengan blogger famous yang very down to earth dan sangat gonjeng iaitu Si Mun Cik Bulan aka Cik Epal. Aku kenal dia dari zaman friendster lagi masa tu masing-masing belum ada blog. Memang antara virtual friend aku yang paling lama kenallah. Hehek.

Memang gembira dan teruja dan semuanya lah aku dapat jumpa dengan beliau yang aku dah berapa kali termimpi-mimpi nak jumpa. Sanggup aku ke Mid walaupun aku paling tak suka pergi Mid. Heee. Gila ah boleh layan kepala berbual dengan si Mun ni. Ada je cerita nak bukak. Dahlah aku jalan dengan dia nampak macam adik dia je. LOL. Tak apa Mun, walaupun kau muda dari aku, orang tetap ingat aku lagi muda. Nak buat macam mana kan. Hahaha.

Kalau kau orang peminat setia Cik Bulan tu, mestilah tau yang spec ni aku kidnap dari beliau. Lagi best dari spec aku wo.
Ni aku ajar Mun makan dekat Popeye sebab dia kata tak pernah try lagi sini. Dia kan suka mencuba makan dekat tempat-tempat yang dia tak pernah cuba lagi. Kalau kau orang perasan lah. Sedap kan Popeye yang tak The SailorMan ni?

Ini dia Molmolla. Lambat sikit datang lepas aku dah puas berdating dengan Cik Epal. Molmolla ni banyak jugak persamaan dengan aku, contohnya; anak bongsu, Achu, adik beradik ramai, single pulak tu. Hehe. :P Kalau tak percaya lagi, tengoklah tudung kitorang. Kan ke sama tu. Bukan takat sama jenis, siap sama warna . Lepastu nama Molmolla n Milimilo tu kan nak dekat-dekat tu. Hahaha. ;D

Molmolla - Milimilo - Moontel Cik Epal -
88-89-90 <= Perlu ke bagitau yang ni? Haha
Serius sedap peluk si Mun ni. Rasa tanak lepas. Sedap betul-betul sedap. Gebu betul-betul gebu. ;)
Dah tak ada arah, kitorang berempat camewhore sendiri je guna tangan orang yang paling panjang. 

Yaye cakap tudung ni macam mop. Gilalah lelaki zaman sekarang memang tak tau apa pasal tudung perempuan. Haha.
Lepas dah habis semua bercamwhore, berpisahlah kami semua. Tinggal aku dengan Mun berdua je. Kitorang pergi tengok cerita apa kau nak tau, cerita "Hantu Kak Limah Balik Rumah". Aku tak berapa paham sangat lawak yang disampaikan mungkin sebab aku tak tengok Zombi Kampung Pisang. Tapi lawak yang "ce citer ce citer" tu bolehlah nak buat bahan gelak.

Kak Limah tu bukan hantu tapi orang gila yang terlepas dari rumah sakit jiwa. Yang hantunya Cik Nin dan Ayu. Tiba-tiba jadi hantu tak memasal. Confused gila tengok cerita ni tapi layankan jelah. Hihi.

Thanks Mun n Achu for the day. Gembira gembira gembira sangat lah aku ni jumpa korang sampai terlupa nak bawak keluar buku autograph mintak sain. Kahkah.

Okay. Next next. Habis dah dekat Midvalley, pergi ke Time Square lah pulak. Kali ni aku riding solo. Cuma diiringi oleh 2 bodyguard. Pergh, berani gila kan aku. Tak apa. Bodyguard aku ni baik-baik orangnya. Hehek. Dekat Time Square meriah gila. Kebetulan ada event Comic Fiesta dekat situ jugak. Banyak betul cosplay comel dok berjalan sana sini.

Kita makan-makan lah dulu sebelum pergi tengok Cosplay Show.
Inilah dia 2 bodyguard aku sepanjang hari yang tak mahu dikenali muka ataupun nama. Kalau korang rasa macam kenal, yelah tu kot. Mentol Pecah mungkin? Hehek. Best wo jalan dengan bodyguard. Bukan takat orang tak berani mengorat, nak pandang pun tak berani. Tettt. :D
Amboi kau sakan posing. Theeee. ;p
Kalau aku nak join cosplay ni, aku nak dress up as watak apa ek? Ini macam watak dari game je.
Cuba cari yang mana Melayu? Hehek.
Mampu ambik gambar dari tepi je. Mana diorang nak pandang kamera murahan. LOL.
Habis dah habis. Yeay. Lepas ni nak tengok suasana krismas dekat KLCC, Sunway Pyramid n Pavillion pulak. Macam meriah je sana. Well, tahniah kepada sesiapa yang berjaya skroll sampai ke bawah entri ni. Aku yakin 90% yang tengok entri ni akan skroll laju-laju tengok gambar tanpa baca. Yang lagi 10% yang gigih baca setiap perkataan di dalam entri ni, aku cuma nak cakap, "GILA POTATO AH KORANG, KENTAL GILA BACA SAMPAI HABIS". Theee. Jumpa lagi. Daaaa. Assalamualaikum. =)

42 comments:

  1. kwn laki awk kata shawl tue mcm mop ok lg la,
    kwn sy ckp shawl tue cam pengesat/pengelap kaki..grrr..
    trus xnk beli dpn dia aritu..
    huhuhu

    ReplyDelete
  2. miliiii!!
    comel je.hehe
    best je dah jumpa cik epal famous amos tu. :P

    cosplay memang meriah kan.
    sume comel2 je.

    ReplyDelete
  3. panjangnya entry....suka bab cosplay tu....nice.....

    salam blogwalking sini...jom pi sana lak..

    ReplyDelete
  4. banyak gilo gambar,,,suke aku tgk nye...

    ReplyDelete
  5. tudung kamu pun comel..=)

    eh dah mcm adik cik epal gayanya..haha..(^^,)

    ReplyDelete
  6. comey gile semua picture anda2 semuaa...best2 tgok korg gather2...one fine day kite jmpe wokeh milimilo..=)

    p/s:::byk nye port jalan2..suka2..=)

    ReplyDelete
  7. hoi berjalan sakan! balek sane bace buku! kihkih

    rugi rugiii rugiiii xdpt join uolss jumpe munnnn cik bulan tuu. nape mase i nak exam byk pulak plan uolss. kenape? kenapee??? :P

    btw, nama chenodora sangat hensem.i likee :PP

    ReplyDelete
  8. waa.. best nye.. rendu zaman stay cfs pj.. leh jalan2 macam2 tmpat.. kat kuantan nie.. takat ecm jer la,.., hahaha

    ReplyDelete
  9. wah..sakan bjalan ea.. ;)
    duit scholar xmasok agy laa.. cmne nk join YES.. sengsara da duk tkurung dlm uia neh..hehe

    ReplyDelete
  10. next year join cosplay jd shin chan la. heee

    ReplyDelete
  11. I love your outfit dekat OU tu,lawa! hehe ok kak mili pun comel jugak.

    ReplyDelete
  12. kak mili, org berjaye bace sampai habis. x tinggal satu hruff pun. hihihi

    ReplyDelete
  13. eh eh mili tak pakai wedges la ;p

    ReplyDelete
  14. Sakan la Cik Epal minggu ni asyik dating dengang bloggers jaaaa Rasanya budak melayu yg atas tu pakai cosplay card captor sakura. Rasanya laaa kalau tak silap =P

    ReplyDelete
  15. perghhh kemain pajnag entry kau! rajin bebenau semua masuk satu entri. bythe way. sila lah gayut tas pokok selalu. bagi kau tinggi sikit. ni ketot sangat! haha

    ReplyDelete
  16. sakan kau yeaa, btw aku perasan kau nie pendek jugak...


    p/s : bila nak keluar dgn aku pulak ? keh keh

    ReplyDelete
  17. macam mop? heee boleh pulak die terfikir mop kan? hehe bestnya jumpa cik epal. teringin jugak nak jumpa diaaa... hehe

    ReplyDelete
  18. tapi tengok badan dah boleh tahu siapa bodyguard tu~

    ReplyDelete
  19. mak ai bnyknya pix, 10 kilo, heheh nasib baik semua pix cntik2 :P

    Terkini : Ini Fakta Bukan Auta Bahagian 2

    ReplyDelete
  20. weeeheeee! tgk badan tahu dah siapa okay bodyguard ;D

    lompat lompat selalu mili. owh owh bagi tinggi. hahaah :D

    ngahahaha.. part break-up tu tak menahan dowh. nak jugak tulis.. hihi. lenkali tulis single terus. stylish ;D

    ReplyDelete
  21. ololo sedih ye xdpt jmp heliza..next time pulak ye akak bwk die..hee...

    btw, happy belated befday..mkn bebyk sikit bg besor..hehe

    ReplyDelete
  22. yaye tu siapa?
    mcm rapat je dgn ko.
    bf ye?

    ReplyDelete
  23. oh milo... ur so cute!

    bear beasar & cosplay... cool!

    ReplyDelete
  24. Ehhhhhhhh.. Biar betul? Aku berjaya baca dengan teliti sampai habis.. Lamalah jugakk >.<


    http://profhariz.com

    ReplyDelete
  25. wahhh berjimba-jimba..hehe, macam kenal je bodyguard tu :D

    ReplyDelete
  26. gila kentanglah banyak tempat korang pergi kalau i dah pengsan ooooo hahahaha

    ReplyDelete
  27. milimilo..ade mase cik mas nak sgt2 jumpe kamu & cik epal...huhu....slalu nampak kat blog je...kalo achu ngn zunn 2 memang dah 1 skola..hahahhahaa

    ReplyDelete
  28. urut satu badan ni sebab beruk dah tersengguk2.. fuh..fuh..fuh..
    sejuk betol suasana salji di sana.. hahaha..

    - izwanyusof[dot]com

    ReplyDelete
  29. wow. kamu sgt comel dgn shawl tu ;D

    ReplyDelete
  30. wow!!!
    banyak nak komen..
    bior je la..
    heheee

    ReplyDelete
  31. awak ek yang buat video kat youtube tu..oh baru teringat heehee

    happy nu year :)

    ReplyDelete
  32. macam ni dah rupanya OU time krismas. masa sy ke OU hari tu awal lagi cuma ada stage persediaan utk krismas je.

    selamat tahun baru 2011 :)

    ReplyDelete
  33. hye ! act i baru follow blog u ni. loser kan? haha. dlu2 penah bace blog cik epal pasal entry ni tapi tak pegi pulak kat blog you. okay baru taw cik epal sebaya i. and should i called u kak mili? haha.

    p/s: jeles muka u comel sgt. rase kertu jup. haha

    ReplyDelete

SENYUM. Tak perlu kata apa-apa. SENYUM! :)