Thursday, February 25, 2010

Apa yang ada dalam pencil case?

Entri ni sesuai untuk kanak-kanak tadika dan guru-guru tadika jugak. =)


Aku ada 6 pencil case. 4 pencil case yang biasa-biasa je, dan lagi 2 tu pencil organiser. Aku simpan semua pencil case ni sejak sekolah. Yang pencil organiser tu pulak aku baru je ada sejak masuk UIA.


Berbalik kepada soalan di tajuk entri, apa yang ada dalam pencil case. Merujuk dalam gambar di atas, ada bermacam-macam jenis stationary yang wujud dalam pencil case aku. Dan kesemua benda ni aku selalu guna. Tak ada satu pun yang tak ada kegunaan untuk aku. Aku rasa stationery aku sangat lengkap untuk aku menulis, melukis, me-apa-apa lagi yang berkaitan. Korang ada ke? Jangan jeles. Huhu.


Ini pencil organiser yang aku tempah dari Shiera Tailor. Cepat cakap comel. Comel kan kan? Aku cuma letak pen stabilo dan kaler mejik banyak-banyak dalam ni. Buku pun boleh letak jugak. =)


Sudah lusuh.Pencil case ni pulak digunakan sejak umur 15 tahun. Kini aku sudah 21 tahun. Kiralah sendiri. Kalau pergi kelas, aku cuma bawa pencil case ni je, sebab kecik. Yang lain-lain tu bawak ke kelas kalau perlu je. =)


Kalau nak tahu, pen kegemaran aku ialah pen g-soft x5. Mata dia tajam. Makanya tulisan jadi halus-halus dan cantik macam tulisan cacing aku. Haha. Aku suka sebab pen ni murah. RM1 je sebatang.


Oklah. Sudah habis. Bila nak show off koleksi korang pulak?

Friday, February 5, 2010

Mahu Lihat Tulisan Cacing?

Silalah menulis ketika mengantuk. Maka wujudlah tulisan cacing. Hahaha.


Duh, aku tak faham langsung apa yang aku tulis ni. mengantuk tahap gaban. Kalau siapa boleh tolong terjemah apa yang aku tulis ni, dia memang berjiwa seni cacing. Hikhik.


Ini tulisan cacing di hari lain pulak. memang kantoi asyik tidur dalam kelas ILS. Hohoho.


Tulisan kat atas ni bukan time mengantuk, tapi time tulis laju-laju. Baru nak siapkan homework bila lecturer dah mintak masa dalam kelas. Pulun tulis laju-laju sebab tu buruk sikit. sikit je kan? =P


Ini tulisan masa negatif dari virus mengantuk dan virus tulis laju-laju, tapi tetap juga buruk. wekkk.

pssst: Belum tengok kertas exam lagi, tulisan buruk banyak tercipta masa exam. kejar masa beb. Kedip mata pun tak sempat apatah lagi nak tidur. ^__^