Monday, February 28, 2011

Lepas Geram Cara Aku

Soalan di Formspring; macam mana cara melepaskan geram?
Cara aku lepas geram sangatlah senang dan tak mengganggu orang lain langsung rasanya. Disebabkan aku ni suka sangat doodles, jadinya bila aku geram, aku akan ambil kertas kosong dan lukislah apa yang patut. Misalnya aku geram ada orang cari pasal dengan aku, aku geram teramat sangat sampai efek asap semua keluar, sampai buat aku rasa macam nak pukul orang tu, aku pun lukislah gambar aku tumbuk dia ke, tendang dia ke, tikam dia ke atau gambar muka dia macam makhluk yang buruk ke. Psiko gila. Yang penting bila aku dah habis melukis tu, aku rasa puas hati dan rasa geram tu dah kurang sikit lepas tu.


"Mungkinkah ini semua perasaan kita berdua
Yang hanyut dalam mimpi hanyut dalam fantasi kamu dan aku
Ku nanti kau bagai rembulan yang menanti siang yang ku puja
Hanya kaulah yang mengusik di jiwa dan kalbuku" - Hanyut

Video di atas ni cuma contoh jenis lukisan yang terhasil bila aku rasa nak lepas geram. Contoh je lah. Tak pasal-pasal ada satu thumb down untuk video ni. Mungkin orang yang thumb down tu geram sebab aku ada lukis gambar bab! comel dan tah! kot. Ataupun dengan klik thumb down dekat video aku ni, adalah salah satu cara dia untuk melepaskan geram. Siapalah tahu kan? Hahaha.

Yang gambar muka kau + penumbuk aku tu, aku adaptasi sikit daripada Hannamaruku punya lukisan melepaskan geram. Macam comel je tak dapat tumbuk betul-betul, tapi tumbuk dalam lukisan. Haha. Hanna punya cara lepas geram ni lebih kurang macam aku lah sikit. Aku rasa Hanna dan aku ada satu persamaan iaitu kami selalu dapat soalan yang sama lebih kurang bunyinya macam ni;
"Nama awak Hannamaruku, awak suka makan maruku ye?"
"Nama awak Milimilo, awak suka minum milo ye?"
Sebab apa aku kata macam tu, sebabnya bila aku dapat soalan yang berbunyi lebih kurang macam di atas, aku laju-laju ambik kertas dan lukis muka orang yang bertanya plus penumbuk aku. Tak suka tau bila dapat soalan macam ni. Penat nak explain yang nickname aku tak ada kaitan dengan suka minum milo. Aku tau Hanna pun kurang berminat dengan soalan macam ni sebab aku pernah saja-saja test tanya dia. Haha.

Jadinya untuk mengelakkan diri daripada mendapat lukisan penumbuk di muka atau apa-apa jenis lukisan yang lain, stop lah tanya soalan annoying macam contoh di atas. Banyak lagi soalan lain yang boleh ditanya. Janganlah tanya soalan yang dah tahu jawapan or soalan yang mengundang kemarahan.


Apa yang aku buat dengan lukisan-lukisan lepas geram aku tu bila rasa geram tu dah reda? Aku akan simpan yang nampak macam comel. Aku hantar ke tong kitar semula yang mana macam hodoh gila tu. Yang hodoh tu selalunya lukisan masa tengah naik hantu. Haha. Untuk mengelakkan pembaziran kertas, rasanya mungkin aku patut melukis di paint + photoshop je. Serius aku nak sangat sebijik wacom bamboo tablet masa birthday ke 22 tahun nanti. Harapnya kakak aku ke abang aku atau sesiapa yang baca blog ni terbukak hati nak hadiahkan aku. Marilah sama-sama berdoa. Heeeeeeee. Selamat tinggal Februari.



25 comments:

  1. haha.. serius style!!

    nie utk yg pandai mlukis.. takpe la kannn.. hehee

    ReplyDelete
  2. aku tensyen, baca buku. oke nmpak sgt menipu ;p

    ReplyDelete
  3. hahaha. aku kalo nk lpas geram aku jerit je, haha

    ReplyDelete
  4. klu kite grm kat someone..kite akn kutuk dy hbs2n..ok..mmg ni amln yg x bek...huhu..tp mmg lega la lps sesi kutuk2 tu..hahah...

    ReplyDelete
  5. sy geram, nages je... haha... comelnya domo kun..dhla sy sukaa :D

    ReplyDelete
  6. milimilo :DDDD
    nak amik doodle domo tu letak kt blog saya boleh takkk? heee comel je domo tuhh :D

    ReplyDelete
  7. cr lps geram plg kreatif..i like!hahah~

    anyway,smoga dpt la adiah2 idaman tu..haha~

    ReplyDelete
  8. ko mmg dr dlu lg kretip mili.hee.
    ske2.

    ReplyDelete
  9. haha comel gila doodle last tu! rawrrr! makan budak!! :P

    ReplyDelete
  10. gmbr last camne buat? nak gak.. hahaha

    ReplyDelete
  11. apsal comel sangat cara kau lepas geram..?.. lol

    ReplyDelete
  12. wah cute...

    boleh tak meo nk letak lukisan nie kat belog meo?

    ReplyDelete
  13. THANK YOU SEMUA!! Love semua orang lah. mana ada comel pun. nak amek, amek la domokun yg bikin kontroversi ni. Hihi. Domo ni buat anigif guna photoscape je. Tak reti nak power2. Sebenarnya tak elok lepas geram dgn buat benda yg bukan2. so why not buat benda yg tak kacau orang n tak stress kan diri sendiri. thanx again. =)

    ReplyDelete
  14. cantik. kalau nak marah pun tk jadi marah macam ni.

    ReplyDelete
  15. samalah kita bab ni.. aku suka gila melukis kalau tension, jawab exam ke geram en.. lukis lah dan jadikan kenangan.. huhu.. dah satu laci penuh.. pastu ada laptop sedia satu folder siap-siap..cuma tak terer macam kau lah..
    btw salam perkenalan :)

    ReplyDelete
  16. alala sgt kretif la kak! :P
    *thumbs up!

    ReplyDelete
  17. @rafiq
    percayalah kau melukis,kau takkan rasa nak marah dah.heee

    @mainur
    wah samalah kita.suka lukis sampai penuh folder.alaaa bukan tere pun lukis ni tp sekadar menghilangkan geram ;)

    @cik amar
    wakaka.memang bongok amat.kikiki

    @ahmy
    kiki.kreatif ke cemni.heee.thanksss ;)

    ReplyDelete
  18. ini bukan penyabar mcm u all..

    klu i geram i akan sakitkan hati dia.. sampai puas hati... biar dia rasa mcm mane sakitnya hati ni...

    ader aku kesah!!!

    ReplyDelete
  19. waaa~ zai pun tengah mengidam nk wacom bamboo tu jugak! T_T

    ReplyDelete

SENYUM. Tak perlu kata apa-apa. SENYUM! :)