Friday, March 25, 2011

BACA@LRT 'Girang'



Hai kawan-kawan. Ini cerita basi pasal Ahad lepas, 20 Mac 2011, ada event Baca@LRT 'Girang' dari stesen putra Gombak sampai ke stesen putra Taman Jaya yang aku dengan budak-budak ni pergi. Siapa je yang pergi yang aku kenal?

Betapa rajinnya kami-kami ni semua bangun pagi-pagi Ahad nak menyertai program girang membaca dalam LRT ni. Program ni dah banyak kali diadakan sebelum ni dan makin mendapat sambutan ramai. Program ni untuk menggalakkan orang ramai supaya sentiasa membaca walau di mana sahaja termasuk dalam LRT yang bergerak laju. Yuhuu.

Disebabkan kami-kami ni terlambat sikit sampai ke stesen putra Gombak, makanya tak dapatlah naik satu train dengan cameraman Astro Awani dan wartawan lain. Haha. Niat sebenar bukan nak masuk tv pun tapi nak memeriahkan event ni. Jadinya kami pun naik train yang seterusnya sendiri dan join event ni beramai-ramai masa sampai di stesen putra Taman Jaya. ;)

Andyhowtt tekun membaca buku bertajuk err apa entah.
Adledash membaca buku ilmiah bertajuk err apa entah jugak -.-
Haha. Penat dah berlakon. Den dah tak tahan. Heeee. =)
Dan berlakon lagi sekali.
Sempat berkumpul yang mana berkesempatan turun pagi Ahad lepas.
Memang meriah dan sangat ramai orang yang join event ni. Dari budak kecik sekolah rendah sampai golongan veteran pun ada turun padang. Semua pakat bawak buku sorang satu. Sempat baca sampai habis ke tak tu, tak tahulah tapi yang pasti berjaya jugaklah membaca sikit untuk harini walaupun banyak part yang cuma berlakon je. =)

Ini sikit liputan yang sempat dirakamkan oleh Astro Awani.

Pada pendapat aku sendiri, program ni memang bagus sebagai galakan untuk membaca di mana-mana sahaja. Tapinya aku ni ada masalah sikit untuk baca dalam kenderaan yang bergerak secara laju dan senget macam LRT ni. Jadinya agak pening kepala lah bila membaca. Lepastu bila train sangat crowded dan kita kena berdiri dalam train, adalah sangat tak selesa untuk membaca. Tapi ikut oranglah. Ada yang okay je.

Sekarang ni kan zaman serba canggih, boleh membaca dari ipad dan ibook dan handphone je di mana-mana. Jadinya tak semestinya baca buku. Yang penting membaca. Baca blog pun dikira membaca jugak tau. Heee. Disebabkan aku tak tahan pening membaca dalam train, benda yang paling aku boleh buat lepas separuh membaca adalah tidur. Hihi. Tapi jangan tidur betul-betul pulak takut terlajak stesen. ;p

Tidur-tidur ayam =,=
Oklah. terima kasih sebab baca entri basi aku ni. Kalau nak lebih rajin membaca, pergi baca entri pasal baca@LRT ni yang ditulis oleh Bro FramestoneLyla dan Andy. Selamat malam yaww. ^__^

8 comments:

  1. tak rugi pun.boleh baca next time.haha :D

    ReplyDelete
  2. mili.. mili.. cmne pakai shawl cm ko ni erk??

    ReplyDelete
  3. gambar sume baca buku tipu2.

    ReplyDelete
  4. wah! hebat lakonan korang..

    betol2.. bca tyme kenderaan bgerak mmg pening..

    ReplyDelete
  5. hehee.. lawak lak ak tgk muke ko. asyik tsenyum simpul je.

    dulu aku penah try pasang niat membaca dalam train. tapi niat berkenaan tergendala bila asyik tak dapat seat. huhu.

    ReplyDelete
  6. oh! join ke?? jelesnyaaaa. dah lama nak join. tapi setiap kali event ni, mesti ada kat kedah. (T^T)

    tapi, berkesan ke program ni eh? hopefully berkesan lah. :)

    next time kalau ada, boleh join lagi. kut2 boleh terjumpa~ ^^

    ps: comment pertama di blog anda! yeay. ;)

    ReplyDelete
  7. @annis suzana

    err aku pakai shawl biasa je sama ca org lain.lilit je nis.heee

    @rafiq

    wakaka. tepat sekali. sume tu berlakon je. heee

    @syahmi fikri

    kan kan.memang pening bace buku dalam tren.tamabh2 tren yg begerak laju n senget ;p

    @oranglidi

    aku senyum sebab tak tahan nak gelak. hahaha. memang kalau berdiri agak susah la nak bace.duduk pun same.kalo tmpt tak bergerak sng la bace. ;)

    @najmah a.m

    awww. thanks kerana mengkomen. agak mendapat sambutan program ni maknenye agak berkesan lah. kalau ada next event, pasti dorg announce kat fb. silelah menjoin. heee :)

    ReplyDelete

SENYUM. Tak perlu kata apa-apa. SENYUM! :)