Friday, September 30, 2011

Sayonara Super-Awesome September

Assalamualaikum. September bakal melabuhkan tirai nampaknya. Bulan September ni betul-betul dipenuhi dengan pelbagai macam benda yang membuatkan jadual sentiasa penuh dan keletihan amat. Student life yang super hectic ditambah dengan aktiviti masa senggang yang diluangkan bersama rakan-rakan tercinta yang dah hampir 5 bulan terpisah. memang berbaloi. Heeee. Macam biasalah, bila dah sibuk, kenalah update secara pukal. :D



Ini Cafe Mo'Ku, walaupun cafe ni grade C tapi makanan dia sedap-sedap. Asal jadual ada gap je, sure kami-kami akan datang makan dekat Mo'Ku walaupun sini bukan lagi area AIKOL. :)

Hari pertama persekolahan di Taman Ilmu dan Taman Budi nampaknya berjalan dengan baik je. Semua muka pun ceria-ceria sebab masih dalam mood raya. Mood pun lega sebab berjaya add semua subjek walaupun terpaksa berebut dan dibuli oleh student 1st Year 1st sem. Wuwu.



Ini pulak Warung Ayam Penyet D'Laman. Tempat ni memang jadi kegemaran kalau ada transport nak ke sana. Ayam penyet, pecal leleh, tempe, sup, sambal dan keropok dia memang terbaik. Makan sekali sure macam teringat-ingat nak makan lagi. Lepastu, minum pulak dengan Extra Joss yang rasa macam air vitagen tu. Memang awesome. :)



Tutti Frutti Frozen Yogurt cawangan Sri Gombak baru dibuka. Panjang lah kaki nak try. Minggu opening, boleh makan yogurt free. Dan sebab ada student card, boleh dapat 10% diskaun. Kira ok lah tu. Semua pakat ambil cup orange sebab nak jimat. Tak sampai RM10 pun. Pandai tak kitorang bajet? Heuheu.

Wifi UIA sem ni sangatlah bermasalah. Dalam bilik memang tak dapat connect langsung. Rasanya ramai dah yang complain pasal ni. Lepastu, kalau online guna komputer library, Facebook dengan Youtube kena blocked. Nasib baik Twitter tak kena blocked. Sebab nak lepas gian nak tengok vidiyo baru Abam Matlutpi kitew, terpaksa lah datang online dekat Tuttri Frutti ni. Unifi beb. Ngeee~



Sepanjang cuti 5 bulan dulu, ada 6 orang yang birthday dah terlepas tak di-celebrate bersama rakan-rakan tercinta. Tiba-tiba, mereka-mereka ni buat kejutan untuk kami berenam orang yang sambut birthday time cuti. Kiranya surprise belated birthday lah. Sambut dekat Marrakesh area Kampung Baru. Makan dekat sini memang terbaik. Harga pun tebaik juge lah kan. :D

Apa-apa pun, bulan bersenang lenang dah tamat. Lepasni Oktober pulak menjenguk dan kehidupan bakal menjadi semakin sibuk. Agaknya apa yang akan jadi dalam Oktober nanti. Harap-harap semuanya baik-baik saja.

Selamat Tinggal September, Selamat Malam. 

16 comments:

  1. akak tudung kuning gambar last bajet comel. muahaha

    ReplyDelete
  2. sape name akak t munsyi? haha, saya tak baca tapi gambar saya tengok. wahahaha

    ReplyDelete
  3. lama tak jenguk sini, hehe. macam biasa gmbar full of colours. nice :)

    ReplyDelete
  4. lawa jugak awek2 uia ni yaw.wakakakak

    ReplyDelete
  5. mmg awek uia lawa kan kak mili??
    hehehe

    ReplyDelete
  6. peminat old milo :(October 7, 2011 at 5:39 AM

    mili sekarang dah lain lah. dah hilang xfactor yang dulu :( kenapa yek? muka pun dah lain... hu

    ReplyDelete
  7. eh, kak abby? sibling ahmad idham kan? kawan tuh adik ahmad idham ke?

    ReplyDelete
  8. Comelnyaaa semua gamba :D lawa2 ouhh korang :DDD

    ReplyDelete
  9. Kalau mili rasa comfortable dgn mili yang sekarang, apa salahnya kan. ambil yang elok, buang yang keruh. all the best in your life mil. :)

    ReplyDelete
  10. @peminat old milo

    i'm sorry that i'd disappoint u. i'm sorry that i cannot be as what u expected me to be.

    @izzati khalid
    iye. kak abby tu adik kepada ahmad idham. nyna cousin dgn ahmad idham. heee.

    @friend
    thanks.

    ReplyDelete
  11. eh,mesti best ni. hangout ramairamai.
    ;)

    gamba super HD lagi.....

    ReplyDelete

SENYUM. Tak perlu kata apa-apa. SENYUM! :)