Friday, November 4, 2011

Birthday Pranks

Happy Birthday!!! =)
Selalunya kan, kalau setiap kali sambutan birthday, mesti akan ada kejutan yang tak dijangka-jangka. Contohnya macam:
#1 Kena baling tepung dan telur
#2 Kena baling kek
#3 Kena buli
#4 Handphone kena sorok
#5 Surprise birthday party
#6 Pura-pura terlupa wish
#7 And etc

Sebab tulah sesetengah orang lagi rela bila tak ada orang tahu bila tarikh sebenar birthday dia. Tambah-tambah kalau orang tu bukan jenis sporting and jenis tak tahan kena prank. Sampai boleh nangis pun ada tau. Either, menangis terharu or menangis geram. Hik. Tapi selalunya lelaki je yang kena prank teruk-teruk time birthday. Perempuan jarang lah nak kena prank ganas-ganas ni. Paling teruk pun kena tipu je kot?

Setakat ni, masa birthday aku, tak pernah lagi lah kena prank yang dahsyat. Biasalah perempuan. Nak melawak kasar pun ada batas tahu? Tapi, aku banyak kali jugak lah pernah terlibat dalam prank birthday kawan-kawan ni. 

Sebenarnya, kawan-kawan buat prank birthday bukannya sebab nakal je. Cuma nak bagi birthday girl/boy tu memori yang paling "indah" sekali. So, nanti bila dia dah tua, bila nak rindu rinduan, bolehlah masukkan memori birthday yang dia terkena prank dalam list. Hik.

Dulu masa 2008, untuk birthday Eah, kitorang pernah kenakan dia agak teruk tapi versi sopan. Eah ni jenis ada banyak gila kasut masa dekat Asasi dulu. Dalam berbelas pasang jugaklah. Kitorang sorok semua kasut yang dia ada. Bila pagi dia nak pergi class, dah menggelabah ayam dah cari kasut tak jumpa. Tapi lucky her, sebab dia ada satu lagi kasut yang kitorang tak tahu pun itu kasut dia.

Lepastu, malam birthday dia, bila nak pulangkan kasut dia tu, kitorang bukan bagi macam tu je terus 1 beg tu. Kitorang lukis anak panah atas kertas A4, lead the way untuk setiap pasang kasut. Kitorang letak dekat macam-macam tempat sepanjang hostel tu. Eah pun kena lah kutip setiap pasang kasut tu ikut anak panah yang ada. Bila sampai dekat kasut yang terakhir, kitorang semua dah ready dengan kek semua.  Dia memang terkejut lah kan. Dah nama pun surprise. Bila aku cerita ni nampak macam tak best, tapi masa kejadian ni dulu, memang happening. Hik.

So, kalau nak cari alasan untuk kenakan kawan-kawan, carilah time birthday dia. Kalau terlupa tarikh tu, memang tak dapat nak tolong ah. Tapi kena ingat, bila birthday kau nanti, kau mungkin akan terkena balik. So, berjaga-jaga. Tambah-tambah bila kena prank dengan dahsyat. Apapun, untuk yang terkena prank tu, jangan simpan dalam hati ye? =)

8 comments:

  1. setakat ni sy tak pernah kena prank lagi...nak gak rasa..ahahaa...

    ReplyDelete
  2. haha. lynn mmg tak gemar prank prank niii. tapi pernah la join kwn prank org. haha. tapi takde la gila2 pnya. hnya pelakon tambahan. :P

    ReplyDelete
  3. korang memang selalu bagi prank pelik-pelik kat aku sebab tu aku rasa sayanggg kau sgttt!hikhik

    *lagi2 prank masa pencuri masuk bilik tu kan. lagi 1st class!

    ReplyDelete
  4. sy slalu prank membe time kat matrik. mastermind. hehe. sgt bernaseb baik sbb time bufday cuti :D huhu


    dan skg kat u tak bani nk prank mmbe sbb bufday sume dekat2. huhu :D

    ReplyDelete
  5. teringat kenangan masa belajar dik :) kenangan tengok kawan2 laki kena prank..masa matrik depan2 org lalu lalang laktu kawan tu kena hehehe

    ReplyDelete
  6. cop no 6, pernah hampir merajuk sbb en.Dot pura2 terlupa wish. geram betul.hehe

    ReplyDelete

SENYUM. Tak perlu kata apa-apa. SENYUM! :)