Saturday, December 31, 2011

Final Exam: 1 Down, 6 More To Go Next Year



Assalamualaikum w.b.t.

Kalau dekat Twitter ke Facebook ke, mesti semua orang pun tahu ada 1 #lamejoke pasal new year yang berbunyi:
"PERINGATAN AKHIR TAHUN 2011: Jangan ke toilet pada Sabtu 31/12/11 pukul 23:59 kerana anda akan keluar pada tahun depan."
Lepastu bila tengok jadual final exam aku, baru perasan, aku start exam 2011, first paper tadi and akan sambung lagi 6 paper tahun depan. So, habis exam pada tahun depan. Lama gila exam. :O Wheww. Cey, sebut tahun depan macam jauh padahal dekat sangat dah dekat sangat ni. Matilah.

Memang otak kena bekerja keras sikit sem ni nak bergilir-gilir tukar nama cases dan sections yang dihapal. Mungkin kena tumbuk otak rendam dalam liquid paper dan clorox macam Iz nak buat. Sadis. Paling rasa berdosa bab hafal ayat Quran. Memang banyak gila ayat dihafal untuk support jawapan tapi bila habis exam, terus lupa ayat tu sebab nak ganti dengan hafal ayat lain pulak. Isk, teruk gila. (╥_╥)


Ada orang kan, dia cakap yang dia tak suka tengok muka aku bila senyum sebab nampak pelik sangat. Aku kan tak pandai nak senyum nampak gigi. Aku bukan muslimah fotogenik macam Neen. So, aku kecik hati dengan orang tu lalu aku bertekad lepas ni kalau ambik gambar, jangan harap aku nak senyum. Nak buat muka paling ketat dalam alam semesta ni macam nak cari gaduh biar orang yang dah kecikkan hati aku tu menyesal sebab dia kata aku senyum pelik. 

Tapi sebab fikir aku berdosa lagi banyak dari dia kalau berkecik hati, so aku malas la nak kecik-kecik hati sangat. Lek-lek sudah. Tapi, betul ke dosa orang yang berkecik hati lagi besar? Tengok lah nanti kalau aku rasa nak senyum balik. Lagipun, aku teringat satu quote ni yang membuatkan aku rasa aku patut senyum:
"Senyuman adalah penipu yang paling baik. Penipu yang menyembuh. Penipu yang melindungi. Penipu yang tak pernah berdosa, malah melimpah-ruahkan pahala berganda-ganda." - @adledash


Sem 5 di UIA kali ni banyak jugak benda-benda yang terjadi yang patut dijadikan sebagai "guru" terbaik dan pengajaran dalam menguatkan lagi diri untuk menjalani kehidupan. Disebabkan dikelilingi kawan-kawan tersayang ni semua yang manis-manis belaka, yang selalu cuba pujuk bila aku menangis walaupun dah pesan, orang menangis jangan dipujuk sebab nanti makin teruk dia menangis. Tetap jugak cuba pujuk sambil buat lawak. Sebab tu aku boleh gelak sambil nangis. Heee.

Apapun berdoa sangat-sangat janganlah ada tersangkut apa-apa paper untuk sem ni. Taknak grad lambat. Nak konvo sama-sama dengan kawan-kawan ni semua. Doakan aku, doakan kawan-kawan aku dan semua yang nak exam ni ya. Terima kasih tau. :')
"Yang merosakkan hidup kita kebanyakannya adalah dari fikiran negatif kita sendiri. We are what we think. Kalau kita fikirkan perkara yang positif, dan sebarkan perkara yang positif, pastinya kita dan kehidupan sekeliling kita malah seluruh dunia akan gembira." -adledash



Ni antara berita-berita menarik yang berlaku di UIA minggu exam ni. - ambil dari IIUM Online

Oklah. Sempena entri terakhir untuk tahun ni dan sebagai penutup 2011 ni, nak mintak maaf sangat-sangat dengan semua. Maaf sebab banyak buat salah. Secara sengaja ke tak sengaja ke. Maaf ya. Dan Selamat Tahun Baru 2012. Akhiri 2011 dengan Alhamdulillah dan mulakan 2012 dengan Bismillah. Semoga diberkati Allah selalu. Amin. =')

15 comments:

  1. same goes to me..good luck kak mili..

    da abes lg 1 sem..tp x jugak kite jumpe kan kak mili..

    sigh..melepas nak dapat kak mili banje..hihihihi

    ReplyDelete
  2. exam baru nak mintak maaf. lagi satu trend. haha :P

    ReplyDelete
  3. Selamat tahun baru Milimilo :)

    ReplyDelete
  4. semoga dipermudahkan urusan menjawab soalan. yosssh good luck mili!

    ReplyDelete
  5. dh tahun baru kan..xmoh laa..nk muda selalu

    ReplyDelete
  6. gud luck exam.. and slamat tahun baru (^,~)

    ReplyDelete
  7. Good Luck miloo ;)
    ehh , awk amek law eh ? tahun bp ?

    ilovee constitutional law :'D

    ReplyDelete
  8. stuju dgn yang hafeez jamal post tuh...
    rasa pathetic gila bila orang depan tu boleh berborak2 bincang jawapan..pffftt..

    ReplyDelete
  9. same with me.. haahaha. lama gila kte belajar kan.? hihiihi..smga mendapat kptsan yg cemerlang. =)

    ReplyDelete
  10. nak cakap goodluck tp tgk last date exam pon dah lepas. hihi!

    ReplyDelete
  11. hai ! saya Nad, student UIA gak. budak KAED. and one more thing, saya kawan si Acit ni [http://acitspace.blogspot.com/].

    hee~ selamat berkenalan senior ! (sbb anda lagi tua dari Nad kan..hehe) :D

    ReplyDelete

SENYUM. Tak perlu kata apa-apa. SENYUM! :)