Wednesday, December 7, 2011

#WordyWednesday - Puisi untuk Isteri via @ZahirilAdzim @SheraAiyob

"Aku pasti punya masalah tiap kali ingin menulis puisi buatmu.
Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat dari kata-kata yang akan terkeluarkan.
Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.
Dan hari ini kau telah menjadi isteriku.
Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar, Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,
Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit, Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,
Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.
Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri, Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,
Bahaya, ancaman di mana-mana. Tapi selagi kau dalam dakapanku,
Aku berjanji akan menjagamu. Setiap saat dan waktu,
Setiap siang dan malam, Setiap guruh dan hujan,
Setiap panas dan terik. Setiap nafasku.
Aku sering menadah telapak tangan dan memohon pada Tuhan agar kau, bukan sahaja menjadi isteriku tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala.
Isteriku, Selamat datang ke hidupku,
Selamat menjadi isteriku, Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak,
Selamat menjadi menantu ibu bapaku, Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku.
Selamat menjadi keluargaku, Selamat menjadi pelengkap hidupku.
Selamat menjadi separuh dari aku.”


credit to: http://hafizatan.net/?p=541

Puisi dari Zahiril Adzim untuk isteri tercinta, Shera Aiyob. Puisi yang penuh dengan emosi. Memang boleh nangis kalau baca puisi ni dengan penuh perasaan. Indah sangat. Lagi indah bila dibacakan oleh sang suami. Wuwuwu. Nak kahwin jugak. Nak merasa jadi isteri. Hehe. K. Berangan je lah. Jauh lagi. Sebab belum bersedia. Tapi, sumpah ini sangat indah. =')


Mendoakan mereka. :')

"Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami"

Lagu untuk isteri yang ini pun indah juga. Heee. Untungnya kalau dah bergelar isteri. Sebut perkataan isteri pun rasa sayu je tetiba. Terasa dihargai. :')


5 comments:

  1. Oh, nak join berangan jugak. hee :)

    ReplyDelete
  2. betul mili betul.kalau bergelar tunangan orang pun dah rasa lain.tapi lagi rasa sebak kalau bergelar isteri.sweeeeeetnya.nak kahwin jugak.hehehe

    ReplyDelete
  3. luahan cinta melalui puisi sgt2 sweet...

    ReplyDelete
  4. harap2 dapat la puisi mcm ni nnt.haha.

    ReplyDelete
  5. indahnye. dah berangan dah nak macam ni. hehe :)

    ReplyDelete

SENYUM. Tak perlu kata apa-apa. SENYUM! :)