Monday, February 28, 2011

Lepas Geram Cara Aku

Soalan di Formspring; macam mana cara melepaskan geram?
Cara aku lepas geram sangatlah senang dan tak mengganggu orang lain langsung rasanya. Disebabkan aku ni suka sangat doodles, jadinya bila aku geram, aku akan ambil kertas kosong dan lukislah apa yang patut. Misalnya aku geram ada orang cari pasal dengan aku, aku geram teramat sangat sampai efek asap semua keluar, sampai buat aku rasa macam nak pukul orang tu, aku pun lukislah gambar aku tumbuk dia ke, tendang dia ke, tikam dia ke atau gambar muka dia macam makhluk yang buruk ke. Psiko gila. Yang penting bila aku dah habis melukis tu, aku rasa puas hati dan rasa geram tu dah kurang sikit lepas tu.


"Mungkinkah ini semua perasaan kita berdua
Yang hanyut dalam mimpi hanyut dalam fantasi kamu dan aku
Ku nanti kau bagai rembulan yang menanti siang yang ku puja
Hanya kaulah yang mengusik di jiwa dan kalbuku" - Hanyut

Video di atas ni cuma contoh jenis lukisan yang terhasil bila aku rasa nak lepas geram. Contoh je lah. Tak pasal-pasal ada satu thumb down untuk video ni. Mungkin orang yang thumb down tu geram sebab aku ada lukis gambar bab! comel dan tah! kot. Ataupun dengan klik thumb down dekat video aku ni, adalah salah satu cara dia untuk melepaskan geram. Siapalah tahu kan? Hahaha.

Yang gambar muka kau + penumbuk aku tu, aku adaptasi sikit daripada Hannamaruku punya lukisan melepaskan geram. Macam comel je tak dapat tumbuk betul-betul, tapi tumbuk dalam lukisan. Haha. Hanna punya cara lepas geram ni lebih kurang macam aku lah sikit. Aku rasa Hanna dan aku ada satu persamaan iaitu kami selalu dapat soalan yang sama lebih kurang bunyinya macam ni;
"Nama awak Hannamaruku, awak suka makan maruku ye?"
"Nama awak Milimilo, awak suka minum milo ye?"
Sebab apa aku kata macam tu, sebabnya bila aku dapat soalan yang berbunyi lebih kurang macam di atas, aku laju-laju ambik kertas dan lukis muka orang yang bertanya plus penumbuk aku. Tak suka tau bila dapat soalan macam ni. Penat nak explain yang nickname aku tak ada kaitan dengan suka minum milo. Aku tau Hanna pun kurang berminat dengan soalan macam ni sebab aku pernah saja-saja test tanya dia. Haha.

Jadinya untuk mengelakkan diri daripada mendapat lukisan penumbuk di muka atau apa-apa jenis lukisan yang lain, stop lah tanya soalan annoying macam contoh di atas. Banyak lagi soalan lain yang boleh ditanya. Janganlah tanya soalan yang dah tahu jawapan or soalan yang mengundang kemarahan.


Apa yang aku buat dengan lukisan-lukisan lepas geram aku tu bila rasa geram tu dah reda? Aku akan simpan yang nampak macam comel. Aku hantar ke tong kitar semula yang mana macam hodoh gila tu. Yang hodoh tu selalunya lukisan masa tengah naik hantu. Haha. Untuk mengelakkan pembaziran kertas, rasanya mungkin aku patut melukis di paint + photoshop je. Serius aku nak sangat sebijik wacom bamboo tablet masa birthday ke 22 tahun nanti. Harapnya kakak aku ke abang aku atau sesiapa yang baca blog ni terbukak hati nak hadiahkan aku. Marilah sama-sama berdoa. Heeeeeeee. Selamat tinggal Februari.



Tuesday, February 22, 2011

Gadis Melayu Korea - Amalia Alias WOOT!

 

Haritu si Panda ada promot 1 music video kawan beliau di FB. Aku pun terus view dan download laju-laju. Setelah beberapa hari asyik replay lagu yang sama di playlist, nampaknya aku dah tersuka dengan lagu ni. Danggg. Aku tak pernah dengar pun lagu ni versi Korea tapi bila dengar cover versi Melayu ni macam best gila. Suara sangat merdu. Video clip dia pun mantap. Jadinya aku nak paksa orang lain pun pergi dengar dan download laju-laju lagu ni. Hihi.


Sampai Di sini Saja by Amalia Alias (cover in Malay for We Broke Up Today by Younha)

Terdiam ku mendengar kata terukir
Tak pernah terlintas di fikirku selama ini
Mungkinkah kau sekadar bersenda
Atau hanya cuma berjenaka

Namun dari wajahmu ku sedari
Tiap kata yang kau tuturkan bernada sepi
Perlahanku tahan air mata
Dan kucuba untuk tersenyum laluku berkata

Sampai disini saja biar begini saja
Jangan cuba berpaling walau ku disini menangis
Mungkin bukannya aku bukan tempat diriku
Walaupun kau ku cinta kau takkan sedari aku

Bila ku tutup mata kau hadir disisi
Bila ku tutup telinga suaramu berbisik
Adakah ini mimpi semata
Andainya mimpi mengapa pedih hatiku terasa

Ku bahagia aku gembira aku derita
Maaf jika engkau ku luka

Harusnya engkau berpaling lihat aku disini
Mengutip kenangan kita yang ditiup angin derita
Walau bukannya cinta kita bukan sengketa
Dan kini takkan pernah ku mampu tersenyum lagi

Lepas dah terjatuh cinta dengan lagu ni (walaupun lagu ni sedih dan tak berapa nak berkaitan sangat dengan hidup aku sekarang tapi layan), aku pun godek-godek lah lagi channel Youtube Amalia Alias dan jumpa beberapa cover lain yang agak menarik. Siap ada duet dengan Zaid Radzai. Thumbs up untuk diorang berdua. Bestnya kalau pandai bahasa Korea. Dan sesiapa peminat lagu Korea, bolehlah serbu channel beliau. Heeee.


Like A Star by Tae-Yeon SNSD & The One (cover by Zaid Radzai & Amalia Alias)


Timeless English + Korean version [cover by Amalia Alias and Zaid Radzai]


Joe Jonas & Demi Lovato - Wouldn't Change A Thing [cover by Amalia Alias & Zaid Radzai]
Youtube Amalia Alias
Youtube Zaid Radzai
Blog Amalia Alias
Blog Zaid Radzai

UPDATE : Arc pun ada review pasal Amalia Alias dekat blog dia. Satu sekolah rupanya dengan Arc. Heh. Diingatkan ye, Amalia dan Zaid bukan student Korea tapi Jepun sebenarnya. Mati-mati ingat diorang student Korea. Cayalah. Macam nak request diorang cover lagu Jepun 1. Macam lagu movie 1 Litre of Tears ke. Mesti best gila kan kan? Jom kita request ramai-ramai. Hehek. Lagi satu, Amalia Alias dan Zaid Radzai sangatlah tidak sombong. Terharu seh datang komen sini. Arigato!! :D

Curi gambar dari blog Amalia. You are so talented. Heee.

Friday, February 18, 2011

HIMYM: It's gonna be LEGEN wait for it DARY


During my last mid-break, I've been spending almost half of the break by watching the series: How I Met Your Mother from Season 1 until Season 6. Full marathon. And it's kind of worth watching though. Seriously, I'd been wondering, when is "your mother" are gonna come out. Ted has been dating so many girls, and he only gives some hint (yellow umbrella) about their mother. I bet not only me, but many people also been wondering, who is Ted's wife actually.


How I Met Your Mother (2005-present) is a story about friendship between five people; Ted Mosby, Marshall Eriksen, Lily Aldrin, Barney Stinson and Robin Scherbatsky who been friends until forever and always hang out at McClarens sitting at the same booth. The most hilarious among them, of course its Barney Stinson who always claims himself being AWESOME. Seriously, without Barney, maybe I'm not even interested in watching this series. Although sometimes Barney might be a little bit of annoying but still kind of love him that way. =)


There are some episodes that getting my attention because they are so funny. Some that I wanna share here.

In Spoiler Alert - 3x08. This episode kind of interesting since it's name "spoiler alert". It's about annoying habits among five of them. Spoiler alert means that you never notice the annoying habit before someone tells you. It's kind of hard to ignore the annoying habit of someone when it's already been pointed out to you. It's like all the good illusion shattered when you realize there's a little annoying thing about the person that you never realize before but now, it's bugging you.
Lily - chew loudly while eat (chewbacca)
Ted - mr. corrector (always correcting people's grammar)
Robin - use the word "literally" in every sentence
Marshall - singing about what he do all the time (apple orchard banana cat dance 8663)
Barney - sometimes talk in high-pitched voice, constantly use lame catchphrases, space out and don't even pay attention what people talking about
As for me, the most annoying people are Lily and Ted. Seriously annoyed with this kind of habits. I feel like wanna slap people like this especially people with Ted's habit. Bajet gila kadang-kadang. Hehe. Actually, when someone's bad habits are pointed out to you, it's really hard to ignore them but if you love them enough, those bad habits are easy to forget. So chill lah. =)


In Of Course - 5x18. This episode is about Lily's birthday. Lily really loves her birthday and lucky her because Marshall loves planning birthday surprises. This episode kind of the most hilarious one because Barney is so damn funny.
Lily is sthe stranger but Ted still invite her to join the shot.
It is really weird if you asked stranger to join the shot for family photo.

Lily also really loves to take the group photo but everyone actually hate Lily's group shot. Ted always brings stranger on intimate occasion between five of them, which make the group photo involve five plus "someone that Ted did not remember" a.k.a "name that bitch". And Barney has the same pose in each shot; claims that he is really really AWESOME, that is why he never has bad picture while Marshall does not take a good picture since he always close his eyes in every shot. LOL.

 It is so hilarious when Robin try to capture the ugly shot of Barney while he eats but he still looks awesome.
 Barney has the same pose since kid. Hahaha.
Marshall always close his eyes in every shot.
 And never take a good picture.
Even for wedding picture. Hihi.
 Five of them plus someone "name that bitch"
 Five of them plus someone "name that bitch"
 Five of them plus someone "name that bitch"
 Five of them plus someone "name that bitch"
 Five of them plus someone "name that bitch". Oh, behind there is SLASH.
At this time Barney was Robin's boyfriend, Lily separated them. That's why they hate group shot. ;p
Ted was angry with Lily because Lily don't want "name that bitch" in picture. Hihi.
Robin said: "Barney, there's hole on your suit" but still Barney doesn't takes bad picture. Hehek.
Finally, the wort shot of Barney. LOL

Legendary...
This series is really awesome and it will be my favourite series of all time. I will never miss-out any episodes. Can't wait to see what happen between Barney and Robin. Can't wait to see what happen with Lily and Marshall after they got married and have child. And lastly, can't wait to see something good happening for Ted. Yeah. This series is full with love, friendship, and many more tips about life. Love it so much. Keep on watching.

Life lessons from HIMYM =)


Tuesday, February 15, 2011

Hari Kekasih Yang Sebenar


Dah nak Maghrib makanya 12 Rabiulawal 1432 pun akan berlalu meninggalkan kita. Hari ni hari ulangtahun kekasih tercinta; Rasulullah yang sangat kasihkan umat baginda. Walaupun masih ada yang anggap harini sebagai bid'ah, tak ada salah sebenarnya. Cuma janganlah harini je kita ingat pada baginda.

Kalau semalam semua orang kecoh pasal Hari Kekasih, bagi kita, anggap jelah semalam tak wujud sebab Hari Kekasih dalam kalendar Islam cuma hari ini. Semua yang tak sambut semalam bagi jawapan klise, "saya tak sambut Hari Kekasih sebab saya berkasih sayang setiap hari". Baguslah macam tu. Bagus jugak kalau kita tak pernah lupa selawat pada nabi setiap hari dan sentiasa sayangkan Allah dan Rasul melebihi kasih pada diri sendiri.

Bukannya apa. Kadang-kadang diri sendiri pun terleka jugak. Mengaku sayangkan nabi tapi bila orang tanya pasal Sirah nabi, berapa anak nabi, umur berapa nabi jadi rasul, umur berapa nabi wafat, siapa isteri pertama dan terakhir, perang apa yang nabi sertai, blablabla, terkebil-kebil nak jawab, lepastu cari jawapan guna google. Ish3. Renung-renungkan dan selamat beramal.

Salam Maulidur Rasul 1432/2011 untuk semua. Mari kita banyak kan selawat hari-hari. 2 selawat dekat bawah ni selawat kegemaran aku sepanjang masa. Sekian. Assalamualaikum. ;)



Lirik Solla Alaikallah - In-Team & Ae-Man

صلى عليك الله يا عدنان عدنان
يا مصطفى يا صفوة الرحمن رحمن
الحمد لله الذي أعطاني أعطاني
هذا الغلام الطيب الأردان أردان

قد ساد فى المهد على الغلمان غلمان
أعيذه بالبيت ذي الأركان أركان
حتى أراه بالغ البنيان بنيان
أنت الذي سمية في القرآن قرآن

أحمد مكتوب على الجنان جنان
صلى عليك الله في الأحيان أحيان
أحمده في السر والبرهان برهان
حقا على الإسلام والإيمان إيمان

أحمده في السر والبرهان برهان
حقا على الإسلام والإيمان إيمان
يا ربنا بالمصطفى العدنان عدنان
اغفر ذنوبي ثم أصلح شأني يا الله

 

NowSeeHeart - Selawat Ke Atas Mu
Solla 'Alaikallah Ya Rasulallah
Solla 'Ala Rasulillah Muhammad Mustoffa
Ada satu bintang sinarnya berseri
Cahaya atas cahaya empat yang utama
Satu menyampaikan Dua beramanah
Tiga kebijaksanaan Empat membenarkan
Ikuti sunnahnya jangan kita ragu
Cubalah sedaya mampu hidup kan bererti

Wednesday, February 9, 2011

Selamat Hari Tua N&N

Sekarang dah nak masuk pertengahan bulan Februari dah. Cepat gila masa berlalu. Macam-macam benda dah jadi. Sem 4 ni pun dah tak lama je nak habis. Kawan-kawan aku pun ramai yang dah kahwin, TAHNIAH, tumpang gembira untuk korang-korang semua walaupun tak dijemput T_T Untuk yang belum kahwin tu, tak payah nak buat lawak klise bulan Februari iaitu jemput majlis tunang/kawin 29/30 Februari sebab tarikh tu memang tak wujud. Please lah stop lawak macam tu ye. Heh. ;)

Harini 9 Feb adalah tarikh seorang kakak tu menjadi tua iaitu Nazneen Najib.

Selamat 22 tahun ye kak. Hehek
Girl's ruled!
Kek sedap. Yeayyy semua happy. :D
Suasana Deen jadi meriah dengan kami-kami. ;)

Selamat hari menjadi 22 tahun untuk Nazneen Najib dan juga Selamat Hari 23 tahun untuk Nadzeri Fathi. Semoga semakin matang hendaknya. Kejutan untuk awak-awak berdua tak ada ye. Semoga diberkati selalu! ^^,