Saturday, March 26, 2011

Selamat Tinggal Kawanku, Tak Mudah Aku Pergi!



Lirik Selamat Tinggal - Zizan Raja Lawak ft. Dina


Selamat tinggal kawanku tak mudah aku pergi
Bila wajahmu sentiasa di hati ini

Okay dah memang bukan mudah untukku menerima hakikat
Dalam hidup ini sentiasa ku tersekat
Apa yang ku harapkan kasih sayang yang suci murni
Tetapi semuanya hilang setelah kau pergi

Dulu hari-hari ku berwarna warni
Kini kian mendung ia tinggal satu memori
Jangan jangan lepaskan genggamanku ini
Hidupku hanya bermakna jika kau di sini
Mana janji mana erti
Kenapa gembiraku kini menjadi sepi

Musnah segala apa yang ku impikan
Tetapi ku tetap tabah kerna Tuhan yang menentukan
Kau tetap pergi apakan daya
Walaupun ku telah mencuba sedaya upaya
Ku harapkan ini sesuatu yang kekal
Namun ku terpaksa melepaskanmu baby
Selamat tinggal

Selamat tinggal kawanku tak mudah aku pergi
Bila wajahmu sentiasa di hati ini

Tiada ertinya kau tinggalkan aku
Sedangkan teramat ku mengasihi dirimu
Cuba ingat semua yang kita pernah lalui
Sayang tukarlah fikiranmu kembali
Ku tak mahu hidup tanpamu di sisi
Hanya kau seorang yang pernah aku kasihi

Jangan pergi jangan pergi jangan tinggalkan aku begini
Jika aku yang engkau cintai kenapa semua ini kenapa semua ini
Mengapa semua ini jika aku yang kau cinta mengapa semua ini

Kenapa semua jadi begini kenapa mengapa
Jangan pergi jangan pergi jangan tinggalkan aku begini

Selamat tinggal kawanku (usah pergi)
Tak mudah aku pergi (jangan biarkan ku menderita)
Bila wajahmu sentiasa di hati ini (aku sentiasa di dalam dakapanmu sayang)

Walau ku pergi sayangku (usah pergi)
Dalam jiwaku ini kaulah cintaku yang kekal
Selamat tinggal
Jangan biarkan ku menderita di sini
Jangan biarkanku tersiksa di sini sayang

Selamat tinggal kawanku (usah pergi)
Tak mudah aku pergi
Bila wajahmu sentiasa di hati ini (aku sentiasa di dalam dakapanmu sayang)

Walau ku pergi sayangku (jangan pergi)
Dalam jiwaku ini kaulah cintaku yang kekal
Selamat tinggal

Aku menyintai dirimu sayang jangan biarkan aku sendiri di sini sayang
Kaulah cintaku yang kekal selamat tinggal


Bagi aku, lagu ni sangat sedih kalau tengok video klip dia. Pasal 2 orang kawan baik yang berkawan sejak zaman kanak-kanak, lepastu berpisah sebab kena pindah rumah. Bila dah besar terjumpa balik, bercinta dan kahwin. Lepastu klimaks cerita bila perempuan yang dah nak bersalin kena ragut. Wuuu, aku paling seriau bila tengok perempuan mengandung jatuh. Sakit gila. Tolonglah jangan nak tinggal isteri yang mengandung sorang-sorang kat mana-mana. Bahaya. Tsssk. T_T

Suara Dina sangat sedap by the way and Zizan rap pun boleh tahan jugak.  Heeee. Lirik dia ada part yang aku tak faham sangat. Isteri dia meninggal dah tapi nak suruh jangan pergi tu kenapa. Mestilah tak boleh kan. Lepastu macam nak menyalahkan takdir pun ada jugak bila asyik cakap kenapa jadi macam ni kenapa kenapa? Kalau lirik lagu ni untuk orang yang tinggalkan kita, tapi belum mati, mungkin okay lah. Lagu ni still nice dan sedih. =(

Budak perempuan ni comel, muka macam Tiz Zaqyah pun ada.
Kecik-kecik dah ada kamera polaroid. Best gila whoa.
Buat muka sedih lagi comel. =)
Kecik-kecik dah pandai bercinta ey. Heee. ;p
Muka macam adik Maya Karin, bila dua kali tengok macam ada iras-iras Ana Raffali.  :D
Bercinta dating bercinta.
Bercinta berdating dan kahwin.


Psst: Ini mungkin entri terakhir sampailah final exam semester 4 berakhir. Tolong doakan aku ye kawan-kawan yang baik hati. Selamat tinggal kawanku, tak mudah aku pergi~ Heeee. ^___^

Tuesday, March 8, 2011

Aura Orang Utara : Anwar Hadi, Mat Luthfi dan Nabil Ifwat

Ini Anwar Hadi
Youtube Channel
Facebook Page 
Twitter
Formspring
Blog

Mat Luthfi 90
Youtube Channel
Facebook Page
Twitter
Blogger profile
Blog: http://www.matluthfi90.com/

Nabil Ifwat - Kyopropaganda
3 orang mamat di atas ni adalah orang utara kot semuanya sebab depa guna loghat Kedah dalam vlog. Video depa dah tersebar secara meluas di merata-rata sekarang ni. Aku sendiri dah subscribe dan download semua video depa. Memang boleh layan. Mat Luthfi dan Anwar Hadi buat konsep vlogging. Yang Nabil Ifwat ni pulak buat video lebih kepada video parodi.

Mat Luthfi dan Anwar Hadi ni pulak apa yang aku perasan depa ada banyak gila persamaan. Umur sama tahun 1990, anak sulung, peminat Hujan, belajar dekat Australia, orang utara dan sama-sama buat vlog. 2-2 pun best.

Kira depa berdua ni memang sama-sama sempoi. Kebanyakan video depa semuanya ada mesej yang nak disampaikan dan isu yang dikupas pun kadang-kadang lebih kurang sama cuma cara penyampaian ja berbeza. Terbaik!!







Nabil Ifwat a.k.a Kyo ni pulak buat video parody. Orang Kedah tapi study dekat UiTM Lendu. Kebanyakan video dia semuanya dibuat dengan kawan-kawan sengal-sengal belaka dan kualiti video depa memang superb. Bolehlah dilayan. Good job korang. (Y)



So, apa lagi,

Monday, March 7, 2011

Jangan Buat Lawak Dengan Orang Otak Suci

Buat lawak ni memang best bila lawak yang dibuat sentiasa menjadi. Tambah-tambah bila lawak yang dibuat oleh orang yang tak mencuba langsung untuk menjadi kelakar. Very effortless but yet so funny. Sangat-sangat bersahaja. Tapi adalah sangat kejam kalau kita buat lawak dengan orang yang otak suci. Otak suci yang macam innocent gila dan percaya bulat-bulat apa yang kita kata.

Bagi aku benda ni sangat kejam untuk orang tu sebab nanti tak pasal-pasal dia terpercaya dengan lawak tersebut, yang tak dianggap sebagai lawak lalu menyebarkan cerita kepada orang lain secara tanpa sedar. Kan ke kesian macam tu.

Adaptasi daripada kisah sebenar:
A: Eh, Mili tu asyik tak lunch dengan kita je sekarang. Dia pergi mana?
E: Lah, A tak tahu ke? Mili tu sekarang busy dengan meeting.
A: Meeting apa?
E: Mili tu ketua blogger UIA. Hari-hari meeting dengan blogger. Sebab tulah tak nampak dia.
A: Oooo, ada ke kelab blogger UIA? A tak tahu pun.
E: Haaa, mestilah ada. Mili lah ketua dia. Huish, busy sana sini. Maklumlah ketua.
A: Kesian Mili. Rindulah dekat dia. Mesti dia dah taknak kawan dengan kita kan?
E: Memang memang. Kita pun dah taknak kawan dengan dia. Hahaha.
Noted:
A: Gadis suci yang percaya bulat-bulat segala berita yang diterima dengan sangat confused.
E: Gadis sengal yang suka buat lawak tanpa sedar benda tu adalah lawak.
M: Akulah Mili.
A: Mili sekarang dah tak busy meeting ke?
M: Meeting apa pulaknya A?
A: Lah, Mili kan ketua blogger UIA.
M: Hah? (Darah naik kat kepala rasa macam nak pengsan) Siapa cakap?
A: E lah bagitahu A haritu.
M: Haha. AAA!!! Tolonglah faham. Itu EEE kot. Semua orang tahu E as "dalam sepuluh cakap satu nombor" Sepuluh dia cakap, satu pun belum tentu betul.
A: Lah yeke (dengan nada innocent) Tapi A dah bagitahu satu kelas Consti Law haritu masa diorang tanya siapa Mili.
M: Omaigod. Omaigod (hentak kepala dekat meja) Malunya macam ni. #shingshing
E: Lah, A bagitahu 1 kelas? Hahahaha. E main-main jelah A. Macam tak biasalah pulak.
A: Ooooo, manalah A tahu. Ingatkan betul-betul ada. Hihi.
M&E: Adoiiii. (Speechless)
Kejadian dekat atas ni betul-betul terjadi beberapa minggu lepas. Serius tebal gila muka bila masuk kelas. Lepastu hambek kau, sekarang ni semua pakat panggil aku KB, singkatan untuk ketua blogger. Dangggg. Secara logiknya, wujud ke pun jawatan ketua blogger tu? Nan hado. Please lah A. Haha. Oklah. Aku dah taknak pergi jumpa kawan blogger dah lepas ni nanti kena bahan. ;p

Memang kena #gelakkawkaw lah aku. Serius A sangat innocent. Lepasni nak buat lawak main-main memang kena fikir 8x dulu sebelum bagitahu A. Selama ni aku ingat aku lah yang paling innocent sebab selalu jugak terkena dengan lawak E, rupanya A punya tahap innocent lagilah tak tercapai dek akal.

Serius memang wujud ye orang yang sangat naif ni. Kadang-kadang macam kelakar gila. Kadang-kadang macam kesian pun ada. Cara untuk mengelakkan jadi sangat naif, kenalah kawan dengan orang yang gila sengal dan sarkastik. Lama-lama boleh terbiasalah kot. Hihi. #Okthanxbye.

Sengal dan innocent. Sayang 2-2. Hihi