Friday, September 30, 2011

Sayonara Super-Awesome September

Assalamualaikum. September bakal melabuhkan tirai nampaknya. Bulan September ni betul-betul dipenuhi dengan pelbagai macam benda yang membuatkan jadual sentiasa penuh dan keletihan amat. Student life yang super hectic ditambah dengan aktiviti masa senggang yang diluangkan bersama rakan-rakan tercinta yang dah hampir 5 bulan terpisah. memang berbaloi. Heeee. Macam biasalah, bila dah sibuk, kenalah update secara pukal. :D



Ini Cafe Mo'Ku, walaupun cafe ni grade C tapi makanan dia sedap-sedap. Asal jadual ada gap je, sure kami-kami akan datang makan dekat Mo'Ku walaupun sini bukan lagi area AIKOL. :)

Hari pertama persekolahan di Taman Ilmu dan Taman Budi nampaknya berjalan dengan baik je. Semua muka pun ceria-ceria sebab masih dalam mood raya. Mood pun lega sebab berjaya add semua subjek walaupun terpaksa berebut dan dibuli oleh student 1st Year 1st sem. Wuwu.



Ini pulak Warung Ayam Penyet D'Laman. Tempat ni memang jadi kegemaran kalau ada transport nak ke sana. Ayam penyet, pecal leleh, tempe, sup, sambal dan keropok dia memang terbaik. Makan sekali sure macam teringat-ingat nak makan lagi. Lepastu, minum pulak dengan Extra Joss yang rasa macam air vitagen tu. Memang awesome. :)



Tutti Frutti Frozen Yogurt cawangan Sri Gombak baru dibuka. Panjang lah kaki nak try. Minggu opening, boleh makan yogurt free. Dan sebab ada student card, boleh dapat 10% diskaun. Kira ok lah tu. Semua pakat ambil cup orange sebab nak jimat. Tak sampai RM10 pun. Pandai tak kitorang bajet? Heuheu.

Wifi UIA sem ni sangatlah bermasalah. Dalam bilik memang tak dapat connect langsung. Rasanya ramai dah yang complain pasal ni. Lepastu, kalau online guna komputer library, Facebook dengan Youtube kena blocked. Nasib baik Twitter tak kena blocked. Sebab nak lepas gian nak tengok vidiyo baru Abam Matlutpi kitew, terpaksa lah datang online dekat Tuttri Frutti ni. Unifi beb. Ngeee~



Sepanjang cuti 5 bulan dulu, ada 6 orang yang birthday dah terlepas tak di-celebrate bersama rakan-rakan tercinta. Tiba-tiba, mereka-mereka ni buat kejutan untuk kami berenam orang yang sambut birthday time cuti. Kiranya surprise belated birthday lah. Sambut dekat Marrakesh area Kampung Baru. Makan dekat sini memang terbaik. Harga pun tebaik juge lah kan. :D

Apa-apa pun, bulan bersenang lenang dah tamat. Lepasni Oktober pulak menjenguk dan kehidupan bakal menjadi semakin sibuk. Agaknya apa yang akan jadi dalam Oktober nanti. Harap-harap semuanya baik-baik saja.

Selamat Tinggal September, Selamat Malam. 

Monday, September 26, 2011

Benda Wajib Buat Setiap Sem: Jadual Kelas Sem 5


  • Minggu ni dah masuk minggu ke-3 semester 5 di UIA Gombak 
  • Bermakna cuma tinggal lagi 3 sem.
  • Tahun ni dah bergelar 3rd year student.
  • Masih belum matang. Zzzzzzz.
  • Credit hour 21.5, hectic amat.
  • Setiap hari kelas dari pagi sampai ke petang. :(

  • Semua subjek 3rd year berjaya add kecuali Land Law.
  • Public International Law 1 (LAW 3910)
  • Islamic Law of Property (SHA 3338)
  • Method of Da'wah (RKUD 3030)
  • Company Law 1 (LAW 3210)
  • Law of Equity (LAW 3710)
  • Family Law 2 (LAW 2221)
  • Constitutional Law 2 (LAW 2251)
  • Skill: Community Service 1

  • Segala jenis buku dan stationaries yang perlu dibeli untuk sem ni , habis duit lebih kurang dalam RM 500. T_T

  • Letih macam mana sekalipun, hubungan dengan Tuhan kena jaga. :)
  • InsyaAllah. :)

  • Letih macam mana sekalipun, bab makan dan kesihatan kena jaga.
  • Kalau sakit nanti susah sebab klinik UIA jauh. Wuwuwu.

Harapnya semester 5 ni berjalan dengan lancar. Harap-harap berjaya habiskan belajar tanpa sebarang halangan. Please Mili, jangan nak banyak main sangat. Heee. Kbai. Assalamualaikum. :)

Friday, September 2, 2011

Expectations vs Reality: Raya 2011


Selamat Hari Raya semorang. Sakan beraya lagi ke? Raya aku dah habis dah. 3 hari je cukup. Heee. Kalau ikut dalam Islam pun, AidilFitri dirayakan cuma sehari je, manakala AidilAdha yang patut dirayakan 3 hari. :) Heee. Apapun, masyarakat Melayu ni meriah, raya mesti mahu sebulan sebab puasa sebulan ye dak?

Kebetulan raya kali ni rumah aku ada kenduri, jadinya suasana raya tu jadi lain sikitlah. Selalu kan raya orang nak makan kuih raya, nasi himpit, ketupat rendang je kan? Tapi rumah aku makan nasi minyak. Woot. Kau mampu? :P

Koleksi gambar raya 2011 ni adalah sikit je. Tak meriah macam orang lain sebab semua sibuk dengan kenduri


Expectations Raya 2011:

#1 Bangun awal mandi sunat raya solat sunat raya.
#2 Bersalaman bermaaf-maafan nangis-nangis mintak halal 0-0
#3 Dah tua-tua ni mesti tak dapat duit raya dah.
#4 Berjaya naikkan berat badan sebab asyik melantak je.
#5 Join anak-anak buah main bunga api dan mercun.
#6 Nak sms semua orang ucapan raya yang pantun forward2 tu, takpun kalau malas sangat SHR MZB je.
#7 Tak rasa nak tidur langsung sebab sakan beraya.

Reality Raya 2011:
Semuanya berlawanan dengan apa yang aku expect.

Selalunya, kalau kita letak sesuatu expectation kat sesuatu benda, dia akan turn out jadi sebaliknya. Sebab tulah orang selalu pesan, kalau nak gembira, jangan gembira sangat sebabnya bila kita expect benda happy-happy je akan jadi, kita jadi lalai sampaikan benda yang buruk akan terjadi. Kalau kita expect benda yang buruk, kita akan jadi lebih berhati-hati, sebab tu lah selalunya akan baik-baik je. Bahaya tau expectations ni, apatah lagi yang suka expect tinggi-tinggi. Better jangan nak expect apa-apa sangat lebih selamat. Heee.

Tak adalah teruk sangat raya kali ni. Tapi teruk jugak lah sikit. Aku sebenarnya tak sabar nak merasa bagi duit raya dekat orang. Kan ke "the more you give, the more you get" kan? Rasa macam sadis je bila jadi sama taraf dengan anak-anak buah aku yang masih mengharapkan duit raya. Btw, dah ada ke yang dah mula puasa 6? =)

Psst: