Juna with his Mummy & Daddy. This is lovely.
"Juna,
Adalah dari Bahasa Arab yang memberi makna
Perasaan kami, udara kami, atmosfera kami.
Bakti,
Supaya dia berbakti pada ayahbondanya
Pada agamanya, pada bangsanya, pada orang2 tua di kelilingnya.
Arjuna,
Supaya dia menjadi pahlawan yang menghormati wanitanya
Agar dia menjadi pemberani yang menegakkan apa yang haknya.
Fitri,
Kerana fitrah perkataan fitri itu sendiri -- 'seorang anak yang suci'
Supaya dia menjadi hakikat tujuan dikirim ke dunia ini.
Selamat bertemu, anakanda beta."
Diambil dari blog kak Fynn: http://puisitepijalan.blogspot.com/2012/05/bakti-arjuna-fitri.html
Bakti Arjuna Fitri - Anak kesayangan kepada Kak Fynn Jamal dan Abang Tri Hadzir. Harini genap umur Juna 7 bulan mengikut update dari FB Kak Fynn. Birthday Juna -> 26 Mei 2012. Selamat umur 7 bulan, wahai Juna yang comel, banyak ekspresi muka, suka buat kening berkerut, mata bulat, yang jadi kegemaran ramai orang termasuk aku. Heee.
Arjuna Beta
"Sebuah lagu untuk setiap kita. Kerana-- aku tidak rasa ada bonda yang tidak mendoakan sayang sama. Aku rasa-- inilah lagu pertama aku bina dengan perasaan redha-- Meninggalkan dodoiku untuk peneman setelah aku pergi. Untuk semua anakanda dalam dunia. Jangan dilupa bondamu nanti."
♬ "Hiduplah arjuna beta
Biarkan jasad yang luka
Selama Tuhanmu ada
Takkan engkau tercela" ♪
Dan Tuhan--
selalu ada.
Masa bulan Julai dulu, Kak Fynn ada post status di FB yang mana dia perlukan RM35 ribu dalam masa lebih kurang 24 jam untuk pembedahan jantung Juna. Masa ni Juna baru nak masuk umur 2 bulan. Memang banyak gila dugaan masa ni. Bank blocked akaun sebab tiba-tiba banyak duit masuk la. Tapi Alhamdulillah semua duit dapat di transfer jugak ke akaun bank Kak Fynn, Abang Tri dan Noh Hujan maka Juna pun berjaya dibedah.
Sayu sungguh tengok gambar Juna masa ni. Kecik-kecik lagi wayar dah berselirat sana sini. Tapi Alhamdulillah anak kecil ini kuat. Sekuat mummy dan daddy dia yang diuji juga. Dalam setiap kesusahan itu akan ada kesenangan. Bersusah dulu, bersenang kemudian kan? Bak kata Kak Fynn, Juna dibelah dadanya, simbolik macam kisah Rasulullah dulu. =')
Instax mini. Capture every moment. :D
Thumbs up untuk ayah-ayah yang tak kekok nak jaga anak. Memang patut dapat award Awesome Daddy of Lifetime. Hihi.
Boys' talk
Juna. Nuna. Tuna. Yuna. Comel sentiasa.
Alololo.
"Bakti Arjuna Fitri -- sebagaimana namanya -- memang pahlawan. Sepanjang demam sepanas semalam, dia tidak menangis. Cuma merengek macam memberitahu. Kerana itu mummy gagah. Mummy tidak menangis. Mummy tidak cengeng. Cause u kept on telling me it is going to be okay. From that beautiful eyes -- you spoke to me -- Selama Tuhan itu ada -- takkan engkau tercela. Kalau Juna sehalus ini mampu kuat -- siapa Mummy untuk menjadi lemah pula. Allahu Akbar." - Kak Fynn, 2012
Ipad is the new toys for millennium kid. :D
Bila masanya Juna ni tak buat muka comel? Tidur pun comel. Kerutkan kening lagilah comel. :D
Macam gegirl dah siap bercekak. Heee.
"Untukmu, hai anak. Semoga kau takkan lupa.Setiap nafasmu moga kau zikirkan pada Tuhan.Agar seluruh yang pernah bersamamu dalam ingatan dan doanya.Mendapat kembali rahmat berlimpahan.Kau adalah jariah yang berterusan untuk mereka. Maka jangan kau lupa.Selamat menjadi hamba yang lebih sempurna dari ayahbondamu.Jadi anak yang ikhlas baktinya.Jadi suami yang teguh pada wanitanya.Jadi lelaki yang terpuji dan termulia.Bakti Arjuna Fitri.Hiduplah sepenuh hidup."
Arjuna yang berjaya mencuit hati ramai gadis. Hihi. Favorite baby of the year goes to Juna.
"Besarlah menjadi anak yang taat pada ibu2 dan bapa2mu. Solat di awal waktu. Celik kalaamullah. Terdidik dan mengamalkannya. Dan jadilah kamu seorang lelaki yang menghormati perempuannya." - pesan Mummy & Daddy pada Juna, 2012
Aku ni dah macam obses pulak dengan Juna. Sentiasa rasa excited bila kak Fynn update cerita pasal Juna. Tapi, siapa suruh Juna adorable sangat kan. Mestilah buat orang excited nak tahu perkembangan dia. Thank you internet. Thank you juga Kak Fynn sebab berkongsi dan biarkan orang lain tumpang excited tengok Juna membesar. Hihi.
Yeayyy. Next tunggu tumbuh gigi rabbit pulak. :D
Haha. Kesian Juna kena buli. :D
"My son.
If ever you are lost--Just close your eyes--You are home;Where ever you might be.
Cause only when the darkest times come--Will you see your mom;And will it set you free.
No one remembers their family when they are happy.So allow me to be there when you are sad.Cause for whatever reason you might have for not remembering--You still will have your mom and dad." -Fynn Jamal, 2012.
And Kak Fynn dah update yang Juna bakal dapat adik nanti. Juna bakal jadi abang. Weee. Bestnya. Bagi aku, Juna ni sangatlah bertuah sebab dia ada Mummy & Daddy. Lepastu dia ada Mama lagi. Banyak kes kalau once dah di-adopt, mesti terputus hubungan dengan ibu kandung tapi dalam kes Juna ni nampaknya Kak Fynn sentiasa contact dengan Mama Juna which is very good. Juna sentiasa kaya dengan kasih sayang family yang melimpah ruah. =)
Kak Fynn pernah tulis "Bonda kandung Juna juga ada harinya rindu. Dan aku mengerti di bila2 masa dia mahukan semula cahaya nyawa aku itu. Syukurlah bonda Juna terlalu besar hatinya untuk terus gagah."
Aku pun ada pasang niat nak ambik sorang anak angkat kalau diizinkan Allah suatu hari nanti. Tak kisahlah aku ada anak kandung atau tak. Aku sangat suka budak-budak. Kak Fynn cakap dia pun suka budak-budak. Tapi orang yang suka sangat budak nilah yang diuji untuk takde anak kandung. Ujian tanda Allah sayang kan. Once dah ambik anak angkat, kalau disusukan akan jadi mahram kita. Jadinya tak perlu jadikan isu pun dia anak angkat ataupun tak. Dia tetap anak dalam keluarga dan semestinyalah disayangi. Macam kes Juna ni.
Kak Fynn pernah tulis "Bonda kandung Juna juga ada harinya rindu. Dan aku mengerti di bila2 masa dia mahukan semula cahaya nyawa aku itu. Syukurlah bonda Juna terlalu besar hatinya untuk terus gagah."
Aku pun ada pasang niat nak ambik sorang anak angkat kalau diizinkan Allah suatu hari nanti. Tak kisahlah aku ada anak kandung atau tak. Aku sangat suka budak-budak. Kak Fynn cakap dia pun suka budak-budak. Tapi orang yang suka sangat budak nilah yang diuji untuk takde anak kandung. Ujian tanda Allah sayang kan. Once dah ambik anak angkat, kalau disusukan akan jadi mahram kita. Jadinya tak perlu jadikan isu pun dia anak angkat ataupun tak. Dia tetap anak dalam keluarga dan semestinyalah disayangi. Macam kes Juna ni.
Kisah Juna di-adopt -> http://puisitepijalan.blogspot.com/2012/04/arjuna-hati-bunda.html
"Ketakutan yang paling besar bagi seorang perempuan bukanlah kesakitan untuk melahirkan anak, tetapi ketakutan untuk tidak dapat merasa melahirkan anak." =(
"Mungkin tak ramai tahu. Tulang rusuk Juna dipotong ketika dadanya dibelah agar dapat mengeluarkan jantung untuk dikeluarkan. Sehingga hari ini, cuma gam yang menetapkan kedudukan tulang dadanya.Saya juga tidak mampu memberi Juna susu badan sepenuhnya kerana saya perlu pantau jumlah susu yang diminum. Ada jadual yang ketat. Dan saya tidak direzekikan susu yang banyak kerana memiliki anak yang tidak sihat gagal mengizinkan saya tidak stress, maka susu saya tidak mewah.
Saya tahu susu ibu adalah terbaik. Cukuplah saya malam2 berlinang airmata merasakan saya mengecewakan anak saya. Tidaklah perlu disekolahkan saya ttg susu mana yg lebih bagus.
Tuan2 dan puan2, maaf saya ckp sini. Tapi saya manusia. Saya pun ada hati. Saya ada sebab kenapa saya tidak dapat menjaga Juna seperti anda2 semua jaga anak2 anda. Kaedah2 saya akan kelihatan lain. Cara2 saya tak akan sama dgn cara sempurna anda. Tapi Juna adalah istimewa. Dia tak sesempurna anak2 anda. Jadi maafkan saya yang mengasuhnya dgn gaya tak sempurna saya. Terima kasih."
Sebenarnya, penulisan dari Kak Fynn banyak yang jadi kegemaran aku. Dari lagunya, puisinya, sampai ke pendapat random tentang isu semasa atau apa-apa jelah. Mungkin sebab gaya Kak Fynn yang nampak berterus terang dan bersahaja. Banyak ayat-ayat Kak Fynn yang jadi sumber inspirasi. Ada yang menusuk qalbu gitu. Salah satunya yang ini. Kerana percaya dan yakin itu kuncinya. Dan istiqamah itu pelaburan. Terima kasih Kak Fynn. Terima kasih Tuhan.
"Aku bukan perempuan kuat.Akulah perempuan yang paling lemah dalam dunia.Paling kuat menangis.Paling goyah dan tumbang di banyak masa.Tapi aku ada penyakit degil.
Degil untuk kalah.
Degil untuk tewas.
Degil untuk biar jiwa tersepah.Hari ini aku kongsikan apa yang membantu hari2 sukar aku.
Aku tak ada apa2 untuk bikin kau2 semua percaya kemujarabannya. Aku cuma ada aku sebagai bukti.Titik tolaknya--
Kena percaya janji Tuhan seratus tujuh puluh peratus bila Dia kata "minta-- dan aku bagi".
Dan jangan sekadar minta sekali.Kalau sungguh apa yang kita mau itu yang terbaik untuk kita--
Lambat laun sampai juga ke tangan kita.
Kalaulah tak kunjung tiba--
Ajarlah hati untuk terima yang Tuhan itu Maha Tahu.Sesungguhnya Dia pencipta segala.
Dari yang terzahir sehingga ke yang paling dalam hati--
Dia tahu kenapa kita mahu apa yang kita mahu.
Kalau mak abah kita sanggup kerja siang malam demi anak yang mahukan sesuatu, apa lagi Tuhan yang mencipta setiap zarah yang wujud sejak azali dulu.Dan yang penting--
Sabar dalam menunggu.InsyaAllah,
inilah random kindness of the day aku.
1) Demi mahukan zuriat.
Rabbi laa tazarni fardan, wa antal khairul waarithiin.
Tuhanku, janganlah dibiarkan aku ini berseorangan, dan sesungguhnya engkaulah yang terbaik dalam memberi waris.Wallahi, tak sempat dua bulan mengamalkan ayat ini seusai solat, kami didatangi bunda Juna yang bertanya sama ada aku sudi menjaga zuriatnya yang bakal lahir ke dunia.
2) Demi mempermudah segala masalah.
Rabbi yassir walaa tu'assir, rabbi tammim bilkhair.
Tuhanku, permudahkanlah dan janganlah dipersulit, Tuhanku tamatkanlah dengan sebaik2nya.Gunakanlah ayat ini di SETIAP kali datang permasalahan. Sebelum kau buat keputusan, bacakan ini, moga2 datang pertolongan dari Tuhan yang akan membantu kau dalam keserabutan dalam menghadap manusia, masalah atau apa saja.
3) Demi rezeki yang cukup asal cukup.
Wamayyattaqillah yaj'allahu makhraja. Wayarzuquhu min haithu laa yahtasibu.
Wamayyattawakkal 'alallah-- fahua hasbuhu. Innallah baalighu amrihi qad ja'alallahi kulli syai inqadra.Dan sesiapa bertakwa kepada Allah-- diadakan Allah jalan keluar. Dan dibagi rezeki padanya dari jalan yang tak disangka2. Dan sesiapa berserah sehabis2nya pada Allah-- padanya dibagi kecukupan. Sesungguhnya telah diadakan ketentuan pada setiap sesuatu pada sesiapa yang dikehendaknya.Amalkan ini dan kau akan rasa tenang-- Rasa tak perlu disegala2nya, cukup dengan sekadar cukup-- rasa malu untuk terlalu mahu. Kerana apa perlu semua itu, bila telah ada Tuhan di setiap jalan engkau itu.
4) Demi meminta pertolongan.
Ya Hayyu Ya Qayyuum, birahmatika astagheethu. Aslihli sya'li kullaha-- walaa takiluni ila nafsi-- turfata 'aininWahai Tuhan Yang Maha Hidup, Wahai Tuhan Yang Maha Memasak kami,
Dengan rahmatMu aku mencari bantuan dan perlindungan, tolongi aku dalam apa yang aku kerjakan setiapnya-- dan janganlah ditinggalkan aku ini bersendirian dengan cuma diriku-- walau dalam sekelip mata cuma.Ayat ini aku hafal apakala aku dengar kisah dari Ustaz Kazim Al-Hafiz. Dia ceritakan Rasulullah melihat Fatimah hidup dalam keadaan susah, dan dipesannya supaya Fatimah mengamalkan ayat ini sebelum baginda pulang. Bila baginda datang sekali lagi, dia dapati Fatimah masih dalam keadaan sama. Rasulullah terus menegur Fatimah "ternyata kau tidak mengamalkannya".
Buat sementara, aku hulurkan ini dulu.
Moga2 ada terlekat satu dua dalam kepala kalian semua.
Moga2 ini jariah aku sementara aku ada kesempatan menyampaikannya.Pesan aku--
Tuhan itu Ada.
Percaya dan bukan sekadar kata.Yakin.
Dia selalu ada untuk kita--
Tak kiralah buruk mana kita--
Tak pedulilah walau orang kata kita tak layak untuk Tuhan kita.Tuhan itu sifatnya ADA.
via blog Puisi Tepi Jalan - http://puisitepijalan.blogspot.com/2012/10/ada.html
Dan disebabkan Kak Fynn suka menulis dan berkongsi, banyaklah benda yang disampaikan dan boleh diambil manfaat. Walau jauh di Kazakhstan sana, tetap aja boleh sampai ke sini. Banyak tips pasal hidup dari Kak Fynn. Bila baca pasal pendapat Kak Fynn, dia jenis lantang bersuara. Ada jugak orang yang tak boleh terima dengan cara Kak Fynn.
Tapi bagi aku, kalau apa yang Kak Fynn kongsi tu benda yang baik dari pandangan mata dan hati aku, aku akan baca, teliti, sematkan dalam kepala sebagai ingatan. Kena positif, barulah boleh berkasih-sayang. Heee.
Tapi bagi aku, kalau apa yang Kak Fynn kongsi tu benda yang baik dari pandangan mata dan hati aku, aku akan baca, teliti, sematkan dalam kepala sebagai ingatan. Kena positif, barulah boleh berkasih-sayang. Heee.
Moga Allah membalas segala kebaikan mu wahai Kak Fynn. Ramai yang mendoakan Juna, Kak Fynn dan Abang Tri. Moga bahagia selalu. And Kak Fynn + Tri Hadzir sangat sweet sebenarnya. Macam setiap hari fresh bercinta. Bahagia je tengok. Mungkin ada yang cemburu jugak kot. Tapi pedulikan lah orang yang membenci. Nanti yang benci tu akan penat jugak. Sebab yang sayang tu lebih ramai. InsyaAllah. =)
Lagu 150 Juta nyanyian Kak Fynn ni sebenarnya sweet sangat bila dengar. Walaupun Kak Fynn cakap lagu tu lagu paling least favourite dia. Tapi bila dengar lagu ni, macam pujukan dari seorang suami. Macam suami tu cuba pujuk isteri dia dengan cakap, "Pedulilah orang cakap apa, saya lebih kenal awak macam mana. Yang penting kita bahagia bersama." Ewah.
Sebab perempuan kan suka dihargai. Bila ada suami yang bagitahu dan tunjukkan care dia tu, mestilah rasa teruja kan kan. Ingat ni, "Women love words. Just say it. Say it again. Say it differently." =)
~Saya Kenal Sayang Saya~
♬ Buat apa di cerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata ♪
"Kerana kalau difikirkan orang, sampai bila? Kalau difikirkan hati orang, Cis! Takkan kemana! Sesungguhnya manusia itu bagaikan serigala. Sekali kau suapkan jiwa kamu, sampai bila-bila mau selama-lamanya" - Ke Hadapan Bintang Jatuh, Fynn Jamal
Moga Kak Fynn terus berkarya di mana saja. Dan terus membesarkan Juna jadi yang sebaiknya. Teruskan memberi inspirasi. Moga Allah memberkati sentiasa. Dan harapnya ada kesempatan nak jumpa Kak Fynn and Juna satu hari nanti. Harap sangat ada rezeki. Heee. Aminnn~ :D
"My sun and my moon.
My husband is my sun,
While my son is my moon.
For only with a sun--
Will bright it be, my moon.
The sun comes first at all time for me,
But I need my moon as much definitely.
For I will be a lonely earth without--
So hear me now, just hear me out.
I love you both my sun and moon.
With neither of you--
I am but a loon." - Peri Cenderawasih
Juna with his cousin, Copi. Comellness overrated. XD