Showing posts with label matluthfi. Show all posts
Showing posts with label matluthfi. Show all posts

Saturday, December 17, 2011

Yang Mana 1 Idaman Kalbu? @IniAnwarHadi atau @MatLuthfi90

Ini sampul doodle untuk Anwar dan Mat. Isi kat dalam terlupa pulak nak ambik gambar.
Alhamdulillah harini, 17 Disember 2011, hari bersejarah untuk tahun ini sebabnya aku berjaya bertentang mata dengan 2 youtubers awesome yang jadi fenomena kat Malaysia ni, iaitu; Anwar Hadi dan Mat Luthfi. Macam mimpi je rasa. Rasa segan memula sebab join private event orang tapi nasib baik semua pun very welcoming, alhamdulillah. =')

Private event Luncheon ni sebenarnya anjuran family Anwar Hadi kat Reflesia Chicken Hut, The Mall. Macam mana aku boleh sesat kat event ni? Hah tulah rezeki Allah nak bagi. Syukur sangat. Walaupun sangatlah tiba-tiba and last minit dapat invitation ni. Redah je datang walaupun malu. Aku ingatkan dapat jumpa Anwar je tapi rupanya Mat pun dijemput jugak. Tapi instinct aku macam tahu-tahu je Mat ada kat sini, tu yang aku sempat doodle untuk diorang berdua. Heeee.


[Caption gambar] Mat tengah korek tengok isi dalam sampul doodle yang aku bagi kat dia. Anwar pulak biarkan je sampul tu atas meja. Anwar pergi ke meja lain and terlupa nak ambik sampul doodle tu, so, aku simpan balik doodle tu dalam beg aku. 

Last-last nak tahu apa jadi? Mat terhilangkan sampul tu. T_T *takpelah sebab tak penting pun isi dia* And Anwar pulak, ternampak sampul tu dalam beg aku, so dia mintak balik. Tak tahulah doodle Anwar tu masih hidup ataupun dah hilang jugak macam Mat. Heee.

Silap aku jugk sebenarnya yang pi bagi sampul tu awal-awal kat depa. Patutnya aku hulur masa nak balik. Tapi sebenarnya, bagus jugak kalau diorang hilangkan. Sebab doodle yang aku bagi tu buruk amat kes last minit punya pasal and aku rasa menyesal sebenarnya bagi doodle buruk macam tu kat orang. Lainlah kalau aku buat doodle yang cantik gila dengan 100% effort, and diorang 2 orang hilangkan, memang kecewa lah sikit. Hihi.

Anwar tengah sain autograp untuk aku dengan penuh ketekunan. Hehe.
Mat pulak cakap yang dia tak pernah sain autograp so dia taktau nak tulis apa.
Haih Mat ni tak reti dok diam habis goyang gambaq.

Hasil autograp dari depa 2 orang. Tengok sekali pun aku dah tau dah yang mana 1 yang serius yang mana 1 kuat main. Hahaha. Mat ni nervous ka apa aku pun taktau sampai tulis tarikh pun salah. Adoyai. Pastu dia suruh aku get ready nak tolong jadi lawyer dia kalau dia kena saman dengan KRU. Refer video Matluthfi90 *rant on lagu* yang dia ada kutuk lagu KRU - 3 Kata dengan lagu Forteen - Berdua Bersatu. Kelakaq gila. Haha.


Tudia Ini Anwar Hadi with new haircut (kot)
He's a very nice and humble guy. Ada gaya future leader in Malaysia insyaAllah Amiinn. =D

This is Pak Man aka Uncle @mansahoca Watak utama yang menjayakan event petang ni. Kalau tak disebabkan Uncle yang invite, mestilah tak merasa nak jumpa dengan anak dia yang awesome dan kawan anak dia yang loqlaq itu. Heee. Uncle sumpah sporting gila. Macam-macam cerita lah kitorang dengar dari uncle. Kuat melawak jugak. Haha. Sempoiii. Memang salute habis lah. Boleh dapat award "the coolest dad on earth". Hehehe. Boleh dikatakan, semua yang datang harini memang Uncle layan elok gila. Terharu. Thank you Uncle and Auntie. Really really appreciate this. :')

Dan dapat berkenalan dengan kawan-kawan baru. @MiraAhmad & @AqilaAini.
Dari kiri: Sya Latif dan Hajar Fatini; student Form 2 yang menjadi admin kepada page "Kami Peminat IniAnwarHadi"
Ok. Bila ambil gambar dengan budak Form 2, terasa diri menjadi tinggi. LOL. XD
with Syafiqah. The only person yang mengaku pernah baca blog ni. Trimasss :')
Anwar dan Mat dipaksa duduk atas kerusi supaya masalah "ketinggian" orang-orang pendek dapat diatasi.  Hahaha.
Muka terpaksa. Nampak dak. Aku sorang ja excited. XD
Hai.
Okbai last gambaq nak balik dah time ni. Thanks for the day. Muahaha. :D

So, anyone yang free Ahad 18 Disember, jemputlah datang ke PWTC untuk berjumpa dengan Anwar dan Mat dan artis-artis lain dekat event pelancaran tv 1 Malaysia tu ya. K. Assalamualaikum. =)


Related post:
http://milimilo.blogspot.com/search/label/inianwarhadi
http://milimilo.blogspot.com/search/label/matluthfi

Sunday, August 21, 2011

Made by Malaysians - #Matluthfi90


Disebabkan tahun ni Hari Kemerdekaan negara kita yang ke-54 bakal disambut pada Hari Raya, makanya Matluthfi yang tak sanggup nak buat video raya disebabkan terlalu jauh di rantauan, nanti beliau rasa sedih pulak, hehe :P telah menyeru ramai-ramai rakyat Malaysia untuk join beliau buat video pasal Merdeka sebagai tanda kecintaan pada Malaysia. Semangat gitu.


#1 "Semua org boleh sertai. Lelaki, perempuan, muda, tua, Melayu Cina India. Masih belajar, sudah bekerja, suka kuning, suka merah, warna warni, buta warna, pengundi kerajaan, pengundi pembangkang, undi rosak, belum berkahwin, sudah berkahwin, sedang melahirkan anak, semua orang boleh sertai. Yang paling penting sekali make sure you smile as big as you can."
#2 "Subtitles take time. For those who don't understand a thing, but kinda interested to join (cause I'm pretty), make a video response which have you saying: 
I'm a . . . (your race). my race teaches me to (whatever good values pertaining to human relationship) and do the same for your religion. 
I'll compile these videos and post them as one in my next video. The video response wouldn't appear though :) To post a video response, click on the comment box, and video response link will appear on the right side. 
Anyone for a better malaysia? :D"
#3 "The response has been pretty good. Terima kasih semua :D So far kita dah dapat response rakan-rakan melayu (as expected) dan satu reponse dari kacukan Sarawak (handsome oh). But we still need Chinese and Indian support. Boleh tak ajak rakan-rakan kita dari bangsa lain :D
I've stated the format in the description box. Other than that is totally up to you guys. Nak buat ramai ramai boleh, nak buat solo boleh, nak cakap panjang, pendek, bahasa isyarat semua boleh. Nanti kita boleh edit :D" 
#4 "So far we've got 30 video responses which is good :) But we still haven't received any responses from our Non-Malay friends :( And for other races that I didn't get the chance to mention (mati la aku nak berlakon semua bangsa), Sikh, Dayak, Iban, Bidayuh, Orang Ulu, Kayan, Kelabit, Kenyah, Penan, you guys are also welcome to join :D 
Kepada special needs people (physical disabilities, down-syndrome or such), anda juga boleh join. Boleh mintak tolong family untuk buat pegang camera :D" 
#5 "Good news, 66 videos and counting. Been receiving quite a number of video responses from our Non Bumiputera friends too, yay :D Not to mention from Bumiputera as well :) 
Ada yang masih bertanya. Boleh ka buat ramai-ramai? Berapa panjang? Bahasa apa, Melayu, English, Mandarin, Cantonese, Tamil, Urdu? Nak pakai bedak ka tak? Jawapan dia suka hati hang.
Macamana nak hantaq video response? Baca description. Bila due date? Entah. Kenapa rambut Matluthfi semakin hodoh? Huhu cedeynyew."
#6 "Dear awesome people, I guess it's time for me to stop you guys from posting more video responses because MATILA AKU NAK COMPILE 150++ VIDEO. 
I'm doing some selection now by looking at few criteria like visual and audio clarity, content and suitability to the theme. 
Remember this is not a contest whatsoever, so jangan la pi mengadu dekat mak hang sebab video tak terpilih. (Nanti mak hang cari mak aku, bergaduh baling kuali). 
Take it as your little contribution to the country k. " 
Ini antara video response yang telah dihantar kepada Matluthfi yang macam meriah dan best aje aku mentengoknye. Banyak gila videonya. Matilah Matlutfi kesayangan aku ni nak mengedit. Kesian dia. Wuwu. Semangat semorang nak masuk dalam video Matluthfi termasuk aku. Tapi takdak soghang pon yang cakap utagha macam hang Mat. Semua dok cakap KL ngan omputih ja. :P






Lepastu bila dah tengok ramai yang dah pakat submit video response dekat Matlutpi aku pun mulalah gelabah ayam. Nak jugak nak jugak join. Mana boleh ketinggalan. Bukan senang nak suruh mamat sepet ni view video cikai aku ni ye dak. Sekali dapat peluang, belasah je lah.

Dengan rakusnya, pada suatu petang yang tidak hujan, (almaklumlah Taiping hari-hari hujan, susah gila nak nampak matahari) aku memaksa anak-anak kesayangan aku tolong jadi props dalam bidiyo aku ni. Tapi tulah orang tua selalu kata, orang tamakrakus selalu rugi. Aku memang laju-laju je rekod tanpa check dulu okay ke tidak hasilnya.

Bila dah masuk dalam rumah nak mengedit, kecewa amat lah bila rupa-rupanya sound tidak kedengaran. Aigooo. *nangis* Mengapakah kamera ni sabotaj time aku eksaited ni. Tu lah tu, nak rekod balik semula dah tak boleh sebab dah mendung nak hujan plus anak-anak pun sudah pulang ke rumah memasing. Terpaksa lah edit juge letak subtitle sambil menahan ayaq mata daripada menitik dengan harapan Matlutpi takkan reject bidiyo aku ni. :(


Inilah hasilnya daripada kamera cokia yang telah mensabotaj pembikinan bidiyo ini. Pasrah jelah. Nanti bila video Merdeka Matluthfi dah siap and aku tengok takdak muka aku dalam tu, maksudnya kena reject lah tu ye dak? Ahaha. Tak apa Mat. Aku pasrah awal-awal.

Aku buat video ni pun bukan semata-mata Matluthfi je. Ceh, padahal ye. Aku buat sebab nak menunjukkan kecintaan aku pada tanah tumpah darahku. Aiceceh. Klise. Selamat lah menyambut ulangtahun kelahiran wahai Malaysia yang ku cintai. Teehee. ♥ ♥ ♥


Quote "I am Malay first and Malay second, that does not make me less Malaysian" ni diambil daripada kelas Constitutional Law sem lepas. Masa Dr Yusri sebut ayat ni dalam kelas, aku macam tertarik je, dan rasa macam sesuai je nak guna quote ni dalam video ni, so aku masukkan lah sekali. Tak salah pun kan? Heeee.



Lepastu aku ada jumpa dekat deviantart satu gambar ni yang menggunakan quote yang lebih kurang juge, tapi lain sikit lah makna dia. "I am Malay by culture and Muslim by religion, and there is no problem". Heee. Boleh jugak lah tu kan. Heee. Kbai. Assalamualaikum. :)

UPDATE UPDATE ON 27 AUGUST 2011:


Akhirnya Matluthfi telap meng-upload video Made by Malaysians beliau hasil compilation dari video response rakyat Malaysia ni. So proud to be Malaysian. Effort Matluthfi sangat lah murni. Dan kreatif gila ucapan-ucapan semua orang.

Dan yang paling tak sangka, dekat minit-minit terakhir, Matluthfi masukkan jugak video bisu aku dalam compilation beliau. Sumpah terharu gila. Haha. Mesti Matluthfi ingat aku ni OKU yang bisu. Nasib baik kertas tu mampu berkata-kata apa yang aku cuba nak sampaikan. Thanks a lot Matluthfi. You are awesome. We all love you. Heeee. Kesian dia selesema. :P

"Perjuangan kaum tu bukanlah bererti yang kita ni racist. Dan memeperjuangkan kaum bukan bererti kita tak mempedulikan agama. Agama dan kaum adalah suatu benda yang complimentary. Perjuangkanlah kedua-duanya kerana itulah identiti kita."

"Selamat Hari Kebangsaan. Dan bukankah fitrah manusia itu bersih dari prejudis dan penindasan."

=)



Tuesday, July 26, 2011

Perihal @IniAnwarHadi: Selamat Hari Lahir

1. Birthday



Memandangkan harini 26 Julai 2011 merupakan Hari Ulangtahun Kelahiran Anwar Hadi yang ke-21, jadinya nak ambil kesempatan ni untuk ucapkan Selamat Hari Lahir kepada beliau. Semoga diberkati dan dirahmati Allah sentiasa.

Pernah tak baca post di blog Anwar Hadi persepsi beliau tentang sambutan hari lahir? Yang mana, orang yang selayaknya dapat ucapan pada ulangtahun kelahiran kita adalah orang yang bersusah payah lahirkan kita, iaitu, ibu kita. Check this out:
"Isn’t the most deserved person to be celebrated during our birthday is the “heroine” herself? The one who struggled for 9 months and 10 days with the extra ‘luggage’ in her tummy, yeah, her. The person who cheated death while delivering the baby. The one who suffered bruises and cuts just to make sure that her labour of love see the light ‘at the end of the tunnel’. Even if the doctor delivering the baby asks her “Ma’am, the situation is critical. We can only either save the baby or save the mother. Whom might we choose, Ma’am?” and without even a pause to think she would answer “SAVE MY BABY PLEASE!!”. Isn’t this is the real “heroine”? Don’t you think that we should remember her the most each time our birthday comes a calling? Doesn’t SHE deserves our accolades the most?" - taken from here
Jadinya, aku rasa, hari ni, mesti Anwar Hadi ada hadiah yang terbaik untuk ibu beliau memandangkan beliau ada di Malaysia sekarang kan kan. Hadiah peluk dan cium dan ucapan terima kasih pun cukup tanda menghargai ibu kita di hari lahir kita. :)

2. Digiwwwow Award


Anwar Hadi tercalon dalam 5 kategori tapi beliau cuma menang dalam 3 kategori sahaja. What? 3 saja? NO "saja". 3 tu sangat lah impressive. Orang lain nak menang 1 pun susah tahu. Congratulations on your big achievement. I'd voted for him too. Cuma takdelah vote hari-hari. Well, at least I did. Some of them count. Heee. So yeah, he deserved to win all those categories. I knew it. Check out the video.

>>Video of the year
>>Must follow personality
>>>Blogger of the year
Best internet for good award
Fav Malaysian male online celebrity



3. Top Keyword Search in this blog

Sejak post aku pasal Aura Orang Utara tu, banyak jugak lah keyword yang masuk ke blog ni cari pasal Anwar Hadi. Antaranya:
#IniAnwarHadi, #blog AnwarHadi, #formspring AnwarHadi, #umur AnwarHadi, #biodata AnwarHadi, #awek AnwarHadi dan memacam lagi lah kan.

Keyword yang menarik perhatian aku adalah "awek Anwar Hadi". Wow wow. Ini menunjukkan ada orang yang berminat nak tahu tentang status Anwar Hadi. Chill chill chillex. Beliau masih bujang buat masa ni. Tapi dalam blog beliau pernah ada satu post bertajuk "Couple? Not For Me, Thanks! (in Manglish)". Okay. Let me enlighten you up. 

He really deserves respect for his firm prinsip. *Salute* Setuju sangat. Dalam post tu, Anwar Hadi bagi 4 sebab kenapa beliau dah taknak ber"couple" berdasarkan pengalaman-pengalaman beliau sebelum ni;

#1 Berdosa
#2 Loss of freedom
#3 Habis duit
#4 You lose friends
"So I have my reasons. I can spend my feelings, time and money on things that really matter, that are friends and family. Plus, I don't need to have a girlfriend to be in love. I'm already in love right now, and that love has brought and will bring me closer to Allah. And that's the only love I need." - taken from here

Pasal keyword "biodata AnwarHadi" pulak, takdelah banyak sangat yang aku tahu pasal beliau but well, you can always Google kan, and plus, dalam vlog-vlog Anwar, you'll know him better. :) Maybe this few info might help those who's been searching:

Nama: Noor Anwar Hadi Bin Noor Azman
Tarikh Lahir: 26 Julai 1990
Tempat Lahir: Kelantan
Tempat tinggal: Kedah
Adik Beradik: Sulung dari 4 orang (All boys)
Belajar: Tesol di  Macquari University, Australia

Kalau nak tahu lagi pasal beliau, check lah FAQ atau lebih baik tanya sendiri kan sebab beliau sangat friendly and humble. :)
http://www.youtube.com/inianwarhadi
http://www.facebook.com/pages/IniAnwarHadi/174246642619680
http://twitter.com/inianwarhadi
http://www.formspring.me/anwarehadi

Kalau beliau tak jawab tu, faham-faham jelah. Anwar pun manusia biasa jugak kena solat, makan, rehat, tidur, belajar etc semua kan. At least, he is easy to be reach for. Kan?

4. AnwarHadi vs Matluthfi




Macam alkisah "Perihal Matluthfi" haritu jugak, kali ni "Perihal Anwar Hadi" ni pun ada pasal isu compare-mengcompare, banding-membandingkan ni. Obviously, Matluthfi dan IniAnwarHadi selalu gila dibandingkan sebab dua-dua pun youtubers Malaysia. Lagipun diorang berdua ni memang banyak jugak persamaan tapi dua-dua pun awesome in their own way.

Persamaan yang paling nampak adalah both lahir pada tahun 1990. Ramai gila manusia yang aku kenal yang lahir pada tahun 1990 ni adalah awesome dan adorable belaka. Mungkin lahir tahun Kuda memang pembawak tuah agaknya. Antaranya Nigahiga, KevJumba, Aiman Azlan, Hanis Zalikha, Cik Epal, NurulCakapCakap, and ramai lah lagi kan. The list goes on. Kalau aku lahir lewat 4 bulan mungkin dapat experience fefeeling jadi awesome macam diorang ni jugak. Hihi.

Antara persamaan lain antara Matluthfi dan Anwar Hadi:

#Cakap Utara
#Study Oversea
#Peminat Band Hujan
#Video sempoi tapi ada mesej
#Good Looking
#Anak Sulung
#Single (Bujang)

Haha. Tu jelah yang aku noticed. Ada macam-macam lagilah kot. Tapi seriously Anwar Hadi memang awesome. Kemenangan dekat Digiwwwow award tu salah satu buktinya. Syukur walaupun famous tapi still humble.

Dan sempena Ramadhan yang nak sampai lagi 5 hari, Anwar Hadi ada buat video khas, special appearance with Aiman Azlan. Sure Anwar pun tahu yang ramai orang tertunggu-tunggu collaboration video beliau dan Mat Luthfi. Kita just tunggu jelah bila kesempatan tu nak datang kan. Anyway, check out video ni dan selamat menyambut Ramadhan. :)



Jealous jugakla dengan orang-orang yang dah berjumpa dengan AnwarHadi yang awesome ni. Aku pun nak jugak tapi belum ada rezeki. Huhu takpelah. Till then peeps, Assalamualaikum. =)

Jangan gelakkan plis. Heee. Kbai.XD

Sunday, June 19, 2011

Perihal Matluthfi: Selamat Hari Bapa




Harini 19 Jun iaitu hari Ahad minggu ketiga adalah official Father's Day, makanya Happy Father's Day dan Selamat Hari Bapa untuk semua bapa kandung, semua bapa mertua, semua bapa saudara, semua bakal bapa, semua pengganti bapa (macam kawan si Matluthfi ni; Iqbar Aris) dan lain-lain bapa.

Video Matluthfi kali ni simple gila. Tajuk "Perihal Bapa". Cerita kelakar pasal ayah beliau. Mula-mula aku macam eh, apesal kawan Matluthfi ni gelak plastik gila. Ada part yang Matluthfi belum habis cerita lagi dia dah bantai gelak. Agak kelakar dan pelik ye di situ. Tapi sekali ending dia, "Aku tau lah. Dah 12 tahun aku jadi ayah pada adik-adik aku". Phew, menusuk jantung. Sampai Matluthfi pun terdiam kot. Gila bermakna.

Quote from Matluthfi; June 2011

"Dia tak pernah nak husnuzzon dengan aku. Sikit pun tak pernah. Aku buat apa-apa pun mesti dia suspek macam aku buat jenayah."

"Hang jangan kawan sangat dengan pompuan, nanti dia buat apa-apa dekat hang. Hang taktau pompuan ni dia boleh buat-buat rapat dengan hang. Dia mesej hang macam yang hang tengah buat sekarang ni. Pastu dia jumpak hang, pastu dia buat benda tak senonoh dengan lelaki lain, pastu dia suruh hang bertanggungjawab."

"Hang taktau. Abah makan garam banyak daripada hang. Kalau tak, abah tak kena darah tinggi la."

"Dads are often overprotective and somewhat annoying. But do you think you can be who you are now without him"

Sebenarnya, seorang ayah tu memang adalah seorang super hero. Dia protective lebih sikit dengan kita sebab nanti kalau jadi apa-apa dia jugak yang susah dan kena tanggung kan. Bukan senang jadi ayah ni. Tambah-tambah kalau ramai anak perempuan. Siap dosa pun dia jugak yang nak kena tanggung kalau ada yang tak kena kan.

Buat sesiapa yang ayah dah meninggal dunia tu, doakan banyak-banyak, pergi ziarah kubur, sedekahkan bacaan Yassin selalu. Ini dah lepas Asar ni elok jugak ziarah. Tak pun pergi ziarah pagi-pagi ke. Jangan nak tunggu raya baru nak ziarah. Kan? Selamat Hari Bapa Sedunia. =)

***********************************************************



K-1Malaysia-Pop - Cweet Cangat Lulufifi

#1 Sorry Sorry - Sorry, Sorry (Super Junior)
#2 Ling Ling Aku Geli - RingDingDong (SHINee)
#3 Hantu Lampu - I'll be Back (2PM)
#4 I Want Nobody But Hang - Nobody (Wonder Girls)
#5 Lagu Bonus - Instrumental Doraemon (Ini Jepun bukan Korea. Haha)
#6 Lagu background video - Purple Line - (TVXQ)

Terima kasih kepada pengkomen-pengkomen dekat video Matluthfi tu sebab walaupun ramai gila yang bergaduh dekat situ, tapi ada jugak komen yang berguna yang membuatkan aku terus dapat list nama-nama lagu yang Matluthfi guna dalam video dia.

Sebabnya aku ni memang tak tau menau langsung pasal K-POP sebelum ni. Lagu Sorry Sorry tu memang aku pernah dengar kat radio tapi tak pernah ambik tahu pun siapa yang nyanyi. Pernah nampak nama Super Junior, Girl's Generation, SHINee pun dari twitter bila peminat k-pop dok sebut-sebut. First time dengar lagu Ring Ding Dong dari video Mat ni. Padahal lagu ni dah lama gila. So lame. =,= Lirik dia kelakar kot. Ling ling aku geli. Wakaka.
"Baby naega soomeul meomchool su oh crazy
Neomu yeppeo gyeondil su oh crazy
Neo animyeon pilyoeopda crazy
Na wae irae

We gonna cola cola cola cola cola cola so fantastic
Cola cola cola cola cola cola so elastic
Fantastic, fantastic, fantastic, fantastic
Elastic, elastic, elastic, elastic

Ring ding dong Ring ding dong
Ring diggi ding diggi ding ding ding"
See see. Catchy kan lirik dia. Muzik dia pun best. SHINee ni pun hensem-hensem orangnya. Patutlah ramai gila orang minat K-Pop. Aku sorang jelah yang tak tahu. Walaupun sepatah haram aku tak paham apa benda diorang sebut kecuali words English.

Mula-mula tengok video ni ingatkan Matluthfi nak bagitahu yang dia ni peminat K-Pop ke apa, tiba-tiba sekali mesej last dia, "plastik = sampah yang paling banyak atas bumi ni". Sarkastik gila ayat dia. Haha. Memang ramai lah yang tak paham kan kalau dah guna bahasa sarkastik ni. Aku rasa video ni Matluthfi tujukan kepada kumpulan Max 24/7 tu kot, yelah K-pop wannabe from Malaysia. Kiki.


Video ni memang ya ampun. Tak tahu nak describe cemana. Dengan kualiti sound yang homai, lepastu tarian dia, awh. Lagu Max 24/7 ni lirik dia macam orang yang tengah gila bercinta la. Adakah ini cinta versi mat rempit? Dalam masa seminggu je jatuh cinta terindu-rindu. Adoyaiiii. Kalau 247 cuma untuk kekasih, mana masa untuk Tuhan? Bercinta sampai lupa Tuhan? *tepuk dahi*


Lirik Cinta 247 - MAX 24:7

Aku cintamu

Apa yang ku tahu apa yang kau tahu
Waktu kecil dulu sama-sama tak tahu
Apa yang perlu kau tahu aku sudah rasa rindu
Bila kau tiada di sisi ku

Buka tirai lama aku rasa tak perlu
Kini sudah dewasa kurang rasa malu
Apa yang perlu kau tahu aku sudah rasa rindu
Bila kau tiada di sisi ku

Terus terang ku katakan aku sudah jatuh cinta
Ini semua takdir Tuhan kerna dia sayang kita
Terus terang ku katakan aku sudah jatuh cinta
Ini semua takdir Tuhan kerna dia sayang kita

[rap] (blablabla)

Hari Isnin ku tahu namamu
Hari Selasa ku kenal dirimu
Hari Rabu ku dekatimu
Hari Khamis ku merindu kamu
Hari Jumaat ku mendoakan kamu
Hari Sabtu ku mencintai mu
Hari Ahad ku keluar dengan mu
247 hanya untuk kamu

Apapun, semua paham kot maksud mesej Matluthfi tu. Jangan jadi plastik. Just be yourself. Jangan pakai mekap tebal-tebal, sebab nanti nampak gila plastiknya. Jangan dress up macam Lady Gaga sebab nanti kau nampak macam plastik yang bergerak. Jangan copycat gaya orang sebab terserlah keplastikan pentiru kau nanti. Yang penting, jangan gelak plastik sebab orang tahu ianya lakonan semata dan kau sedang sembunyikan sesuatu di sebalik gelak plastik ittew. Hihi. Kbai.

***********************************************************

Dan bila Mat Luthfi dah famous ni, ada pulak yang cuba nak samakan Matluthfi dengan Nigahiga siap cakap Matluthfi tiru Nigahiga. Dulu orang suka compare Matluthfi dengan AnwarHadi tapi sekarang dah up sikit, dengan Ryan pulak. Hihi. Manusia memang tak sah kalau tak suka banding-bandingkan orang. Oh kemon lah. Everyone has their own character, identity, style etc.



Persamaan Matluthfi dan Nigahiga

#Buat vlog simple tapi kelakar dan ada mesej.
#Famous di Youtube.
#Lahir tahun 1990.
#Sepet.
#Asians.
#Single. (Bujang)

Perbezaan pun mestilah banyak. Salah satunya, trademark Nigahiga setiap hujung video adalah TEEHEE XD, manakala trademark Matluthfi setiap hujung video adalah beberapa baris ayat yang begitu deep makna dia sampai orang boleh quote dekat mana-mana.

Kalau boleh, tak payah lah nak compare-compare ni, kan senang? Let them be themselves. Kalau sama tu maksudnya adalah tu terinspirasi dari mana-mana, bukan meniru. Paham dak?

***********************************************************

Tanya kat sini.

Nampaknya media dah sedar kehadiran Mat Luthfi sampaikan diorang gigih mencari untuk dimasukkan ke dalam TV. Tapi serius video Matluthfi memang terbaik. Aku rasa agensi mana-mana patut bagi dia satu slot untuk buat iklan tv. Iklan Merdeka ke, iklan Raya ke, sure gempak punya. Percayalah.

Harapnya nanti bila Mat Luthfi dah balik Malaysia, dia boleh jadi penyumbang besar untuk ubah gaya media kita bercerita. Hang nak jadi Menteri pun baguih jugak Mat oiii. Ada gaya dah tu. We will be waiting for you. And vote for you too for elections. As long as your manifesto is not just a mere promise. Walk the talk bro. Hiii.  ^_^


Aku tengok dekat video "new album" tu ramai gila yang komen cakap Matluthfi ni "daebak". Disebabkan aku bukan fanatik Korea, jadi aku tak tahu sangat lah bahasa Korea ni. Anyway, google kan ada. So, yeah, Matluthfi memang DAEBAK! ♥ ♥ ♥ 

Related entries:


Tuesday, March 8, 2011

Aura Orang Utara : Anwar Hadi, Mat Luthfi dan Nabil Ifwat

Ini Anwar Hadi
Youtube Channel
Facebook Page 
Twitter
Formspring
Blog

Mat Luthfi 90
Youtube Channel
Facebook Page
Twitter
Blogger profile
Blog: http://www.matluthfi90.com/

Nabil Ifwat - Kyopropaganda
3 orang mamat di atas ni adalah orang utara kot semuanya sebab depa guna loghat Kedah dalam vlog. Video depa dah tersebar secara meluas di merata-rata sekarang ni. Aku sendiri dah subscribe dan download semua video depa. Memang boleh layan. Mat Luthfi dan Anwar Hadi buat konsep vlogging. Yang Nabil Ifwat ni pulak buat video lebih kepada video parodi.

Mat Luthfi dan Anwar Hadi ni pulak apa yang aku perasan depa ada banyak gila persamaan. Umur sama tahun 1990, anak sulung, peminat Hujan, belajar dekat Australia, orang utara dan sama-sama buat vlog. 2-2 pun best.

Kira depa berdua ni memang sama-sama sempoi. Kebanyakan video depa semuanya ada mesej yang nak disampaikan dan isu yang dikupas pun kadang-kadang lebih kurang sama cuma cara penyampaian ja berbeza. Terbaik!!







Nabil Ifwat a.k.a Kyo ni pulak buat video parody. Orang Kedah tapi study dekat UiTM Lendu. Kebanyakan video dia semuanya dibuat dengan kawan-kawan sengal-sengal belaka dan kualiti video depa memang superb. Bolehlah dilayan. Good job korang. (Y)



So, apa lagi,