Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Monday, August 27, 2012

Apa Erti Raya?


Salam 9 Syawal. Dah seminggu raya berlalu. Cepat sungguh masa kan. Antara sedar ataupun tak, masa akan terus berlalu. Maka hargai sebaiknya. Demi masa. Hee. Akhirnya ada pun masa nak meng-update. Hmm. Alhamdulillah, raya tahun ni semuanya baik² saja. Syukur sangat.

Kalau ditanya pada setiap orang, "apa erti raya?" sure akan dapat jawapan berbeza. Ada yang jawab raya tanda kemenangan, hari bergembira, hari bersuka-ria, raya untuk balik kampung, untuk ziarah menziarah, untuk angpow, untuk mintak maaf dan memacam lagilah. Lain orang lain definisinya. Tapi definisi sebenar raya ni adalah untuk kembali kepada fitrah. Kena betul² hayati.


And well, macam² gayalah orang sambut raya. Ada yang bergembira sakan. Ada jugak yang sambut raya dengan kesedihan, serba kekurangan. Tambah² yang tak dapat beraya. Yang baru kehilangan orang tersayang, yang sakit, umat Islam yang ditindas semuanya tu. Apapun, nak sedih ke nak gembira ke, boleh je tapi 2-2 pun kena berpada-pada ya sebab Islam ni agama yang bersederhana.


Sempena raya tahun ni, rajin pulak diri ni tetiba nak hantar kad raya pada orang. Tapi last minit sangat baru terfikir nak doodle, print, mintak alamat, pos. Sebenarnya taknak ruined-kan Ramadhan dengan hal kad raya ni semua. Target nak khatam 30juzuk pun susah nak dapat, tak sedap hati lah nak excited bab kad raya ni kan.

Tapi apapun, hablumminallah, hablumminannas. Tak guna hablumminallah saja kalau hablumminannas tak dijaga. And raya ni sebenarnya peluang banyak sangat untuk jaga silaturrahim dan ukhuwwah sesama manusia. Yang bergaduh boleh berbaik, yang jauh jadi dekat etc.

So, hantar kad raya ni salah satu caranya. Bukanlah maksudnya masa raya je nak jaga hablumminannas ni kan. Tapi ini salah satu peluang yang bagus dimanfaatkan. :) Sebenarnya nak hantar ke lebih ramai orang lagi tapi kesempatan tu takde. Yang dapat ni pun kebanyakannya random je. Banyak kad raya lebih. Bagi by hand jelah ke sesapa nanti. :B

Fatin Iskandarshah - Nur Atiqah - Nabeela Shahira - Nawariah Zabidi

Ini antara adik² manis di Twitter yang sempat twitpic gambar kad raya yang sampai ke diorang semua. Rasa dihargai sangat. :') Hope semua yang dapat kad raya ni simpan elok² walaupun tulisan comot and size kecik gila macamtu. Ada salah faham sikit masa printing but sokkay. :)

Boleh dikatakan dari semua list yang dihantar kad raya ni, cuma separuh je yang bagitau kad dah sampai. Yang lain tu senyap je. Mungkin sebab belum sampai. Mungkin dah sampai tapi tak bagitahu. Ataupun memang tak sampai². Hmmm Pos Malaysia ni. 

Maaf bermaafan masa hari raya ni sebenarnya dah jadi adat. Ada yang tunggu raya baru nak maafkan orang. Ada yang tunggu raya baru nak mintak maaf. Tapi habis raya, buat salah balik. Hee. Tapi feel bermaafan masa raya ni lain sikit kot dari waktu biasa. Entahlah.

As for me, bermaafan time raya ni memang bagus, no doubt. Tapi lagi bagus kalau maafkan salah semua orang sebelum tidur. Kalau tak mampu maafkan, jangan tidur. Maybe easier said than done? But try first. You'll feel calmer. InsyaAllah. Sebabnya kita ni bukannya hebat sangat sampai taknak maafkan orang. Taknak maafkan means ada dendam. Ada dendam means hati kotor.

Ada jenis orang yang suka cakap "jangan harap aku nak maafkan kau sampai bila²" ataupun "aku belum sedia nak maafkan kau lagi". Tapi cuba fikir balik, kalau Allah cakap macam tu kat kita. Tak dimaafkan forever? Takutnya. Dahlah memang pendosa kan?

Sentiasa reflect diri kita dengan Surah An-Nur (24) ayat 22. Jadilah orang yang memaafkan dan berlapang dada. InsyaAllah kalau ada dosa kita dengan orang, yang kita belum berkesempatan mintak maaf, doalah moga orang tersebut dah maafkan kita. For me and you, to ponder and wonder. =)


1 Syawal. Alhamdulillah. Raya di rumah sendiri disisi mak abah tercinta. Macam tahun² sebelumnya. Memang tak ada kampung. Cuma tunggu kakak² and abang² pulang, bawa anak² buah kesayanganku semua. Ewah. Pernah cakap dekat mak, sedihnya takde kampung, jealous tengok orang lain balik kampung. Then mak cakap, nanti kahwin merasa lah kot. Huhu.

Bila difikirkan balik, how ungrateful I am. Selalu nampak apa yang orang lain ada, sampai terlupa, apa yang aku ada ni pun dah cukup syukur dah. Kadang², kelebihan orang lain memang boleh motivate diri kita untuk jadi lebih baik, tapi selalunya, bila kita bandingkan diri dengan orang yang lebih dari kita, akan buat kita jadi tak bersyukur. Maka terima seadanya dan terima kasih pada DIA sentiasa. :)



Pagi 1 Syawal tahun ni cuma dapat berkumpul 5 beradik je. Kakak sulung, kakak kedua, dan 2 abang. Lagi 4 orang kakak beraya di rumah mertua. So banyak ni je yang sempat berkumpul bergambar. Kira oklah ni. Family besar memang macamni nasibnya. Hee.


Aktiviti wajib time raya, mestilah ziarah menziarah. Selalunya pagi raya je ada dekat rumah sendiri. Petang je sure tutup rumah sebab nak beraya ke rumah saudara mara.


Petang raya ni lah baru sempat lagi 2 orang kakak join konvoi raya. Masa untuk mengutip duit raya bagi kanak² ni semua. Oh how I miss that. Tapi, walaupun dah umur 23 tahun 3 hari masa raya pertama, still dapat banyak angpow. Alhamdulillah. Boleh simpan masuk Tabung Haji. :D


Kami join #TeamKhemah dan kami awesome. Hihi. :P


Mimi & Iman. Cousins. Both lahir 2007. Iman lahir Januari. Mimi lahir Disember. Macam kembar dah. Tapi mak kata, muka Mimi sebijik muka aku masa kecik dulu. Ada jugak orang cakap muka aku macam Iman. Tapi mata Iman bulat, so memang tak sama la. At least dah dapat gambaran sikit bakal anak aku nanti muka cemana. Haha. K berangan je. :P


2 Syawal. Tak sangka dapat kunjungan raya dari 2 orang kawan Twitter ni iaitu adik Paat @SyafaatNasir & Ucop @PointBlankShot. Unexpected jugaklah, tak sempat masak menu special. Jamu ketupat daun palas and rendang, biskut raya and kerepek raya jelah. Susah sebenarnya nak ajak kawan kat Taiping ni datang rumah. So terharu lah diorang sanggup datang walau kenal kat Twitter je. :')


Ini bakal kakak ipar pun kebetulan datang beraya ke rumah juga. Moga abangku cepat kahwin so adik dia boleh pulak kahwin lepastu. Ameen. :"D


Malam raya ke-2 pulak pergi open house long lost friend, Ku Afiq. Malam ni la dapat jumpa balik kawan² masa sekolah rendah dulu. Ini memang tak plan. Tiba² je rasa nak pergi. Tak ramai pun dapat datang. Tapi syukur dapat berkumpul balik setelah sekian lama. Hee.


3 Syawal. Disebabkan open house di rumah Ku Afiq malam tadi, makanya ter-plan lah konvoi raya untuk hari raya ke-3 ni. Walau lebih 10 tahun tak jumpa tapi tak awkward pun. Semua dah tak comot macam zaman sekolah rendah dulu. Hihi.


Side Ustazah Pilihan ada: Wan Mastura, Farahin, Lyana, Anis Nadilla, Syazwani, Siti Nurul Aini, Amalina & Raudhah.


Side Imam Muda ada: Syahir, Latifi, Faiz, Annis, Ku Afiq, Izwan Hafiz, Benjamin & Fuad.


Ramai yang tak dapat join. Ini tak sampai separuh kelas. Kitorang konvoi ke 5 rumah. Dekat rumah aku ni kira rumah yang ke 3. Tapi perut masing² penuh dah sebab banyak sangat menu sedap. Bihun sup, laksa, soto, mee kari, and memacam lah. Last², semua cari nasi putih jugak. Dasar perut Melayu. Ahaha. :P


Benda paling best masa reunion raya kelas 6S 2001 SKLJ ni adalah bila dapat berita ada yang dah nak kahwin. Yang lagi excitednya, si lelaki and si perempuan tu both wakil dari kelas 6S ni. 2-2 ada dalam gambar ni. Sumpah terkejut excited semua ada masa dapat tahu tu.

Tak sangka crush masa zaman hingusan sekolah rendah akhirnya ke jinjang pelamin. Tak sabar tunggu wedding diorang nanti. Best sebab kenal 2-2 side pengantin lelaki and perempuan. Tahniah korang berdua. Moga yang lain pun bakal menyusul. Hihi. :"D



Raya dah selamat. Ramai juga yang kahwin musim raya ni. Untuk kawan² di Sekolah Taayah dulu; Insyirah Hamid, Diyana Mohamed, Amirah Roslan, Azreen Meor Ariffin, Siti Fatimah Borhan, selamat menjadi isteri solehah. Tak dapat nak attend wedding diorang time raya macamni. Terlalu banyak komitmen. Cewah. Apapun tetap mendoakan yang terbaik. Barakallah.

Selamat berpuasa 6 Syawal. Selamat mengqada' puasa. Selamat menjadi hamba. Balance kan dunia akhirat. Semoga tarbiyah Ramadhan tak dibiarkan habis macamtu saja ya. InsyaAllah. Ampun maaf atas segala silap yang tak disengajakan. Sorry kalau penulisan di blog ni tak disukai. Moga Allah berikan ketenangan yang maksima pada kita semua. Ameen. ♥ Assalamualaikum. ^^



Thursday, April 26, 2012

Big Big Big Family Portrait


Ohana means family and family means nobody gets left behind or forgotten. True that. Kita tak boleh nak pilih siapa keluarga kita, tapi kita boleh sayang keluarga kita dan hubungan ni takkan putus sampai bila-bila because we are related by blood.

Bila terdetik dalam hati rasa tak bersyukur dengan keluarga yang kita miliki sekarang, cuba muhasabah diri balik. Ingatlah yang Rasulullah kesayangan kita adalah anak yatim piatu sejak lahir yang tak pernah rasa langsung nak bermanja dengan ibu dan ayah. Kalau kita ada keluarga tapi keluarga kita serba kekurangan ke, jangan pernah bandingkan keluarga kita dengan orang lain. Belajar hargai dan bersyukur. =)


Godek-godek album lama lepastu jumpa gambar-gambar lama keluarga ni lepastu terasa makin rindu-rinduan pada Mak dan Abah dan semuanya. Mak is my inspiration and Abah is my hero. Love them both. Without them, tak wujudlah aku harini. Seorang anak wajib doakan ibu bapa setiap hari. Tak kisahlah masih hidup ataupun dah meninggal.
Rasullullah SAW bersabda:
Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa. -Riwayat At-Tirmizi.-


Potret famili ni masa aku belum lahir lagi. Masa ni, arwah abang aku masih hidup. Arwah abang meninggal tahun 1991, masa arwah Tingkatan Enam (19 tahun). Arwah meninggal sebab lemas kat Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu waktu lawatan sekolah ke sana. Masa tu aku baru 2 tahun. Belum sempat nak kenal arwah abang. Tapi daripada apa yang diceritakan, arwah abang tersangatlah baik orangnya. Tu yang Allah sayang arwah dapat syahid akhirat confirm masuk Syurga. Apapun, moga roh arwah sentiasa tenang di sana dan selamat dari siksa kubur.


Inilah the only gambar yang cukup kumpulkan semua adik-beradik masa ni. Tu pun sebab hari raya. Masa ni aku dah ada sorang anak buah. Dan masa ni arwah kakak masih hidup.  Arwah kakak meninggal tahun 2003, masa umur 16 tahun. Masa tu aku Form 2 dan aku dapat berita kakak meninggal masa aku kat sekolah asrama. Meraung jugaklah aku masa tu sebab tak dapat jumpa arwah untuk kali terakhir. Arwah kakak adalah kanak-kanak istimewa. Aku pernah cerita dulu kat sini. InsyaAllah arwah dijamin Syurga.

Arwah meninggal lepas seminggu koma sebab terjatuh dalam bilik air dan kepala terhantuk kat mangkuk tandas. Arwah adalah kawan sepermainan aku sejak kecik, kawan bergaduh, kawan bergurau senda, kawan bersembang, kawan semuanyalah. Kitorang share bilik sama-sama. Baju raya pun selalu warna sama. Apa yang aku dapat, selalunya aku akan share dengan kakak and vice versa. So, aku lah yang paling terasa sekali bila dia dah takde tapi aku dah redha. =')

Mati muda dan mati kemalangan, 2 benda ni memang yang paling kita takutkan sekali, tapi inilah yang aku dah tengok jadi pada arwah abang dan arwah kakak. Jadinya kena selalu bersedia menghadapi kematian sebabnya kematian tu memang datang tak disangka-sangka. Selalu berdoa moga pengakhiran hidup kita nanti dalam keadaan yang baik dan tak mengaibkan. Moga kita semua dapat husnul khatimah. Amin.


Gambar-gambar kahwin 6 orang kakak aku. Aku tak jumpa gambar kahwin abang aku. Kiranya sekarang dah 7 orang yang selamat kahwin. Tunggu abang aku yang sorang lagi tu kahwin, lepastu insyaAllah turn aku pulak. Kalau sempat kahwin, InsyaAllah.

Setakat 7 majlis perkahwinan yang ada dekat rumah aku ni, takde sorang pun yang bersanding atau ada majlis bertepung tawar semua tu. Keluarga aku tak buat majlis bersanding. Pelamin ada cuma untuk bergambar je. Mak Abah cakap, zaman dulu masa diorang kahwin, ada majlis bersanding sebab ikut adat orang dulu-dulu. 

Tapi sekarang ni dah dapat pendedahan yang bersanding bertepung tawar tu tak elok dibuat dalam Islam, buat apa nak ikut kan. Lagipun, sesebuah ikatan perkahwinan tu adalah suci. Janganlah cemarkan majlis dengan campurkan dengan benda yang makruh atau pun haram. InsyaAllah boleh dapat redha Allah. InsyaAllah. =)


Aku pernah cakap dulu dalam entri Hari Guru 2011, dalam 9 beradik, 7 orang kerja sebagai pendidik. Agaknya darah pendidik memang dah mengalir sejak azali ke apa aku pun tak tahu lah. Dan aku sendiri pun memang minat nak jadi cikgu. Manalah tahu nanti tiba-tiba dekat Malaysia ada Sekolah Undang-Undang, bolehlah aku apply mengajar dekat situ. Huhu.

Dalam ramai-ramai, Mak adalah sumber inspirasi aku. Aku selalu rasa teruja dengan Mak. Kenapa Mak awesome sangat boleh lahirkan anak ramai. Kan ke bersalin tu sakit. Kenapa Mak tabah sangat besarkan anak-anak yang degil dan garang ni. Lepastu sekarang Mak jaga cucu-cucu pulak. Mak kenapa kuat sangat?

Aku pernah ada impian nak jadi macam Mak. Mak jadi surirumah, aku pun nak jadi surirumah. Mak jadi tailor, aku pun nak jadi tailor. Semua benda yang aku pandai jahit dan masak sekarang ni, semuanya Mak yang ajar. Aku nak belajar semuanya dari Mak selagi mana boleh. Aku nak duduk dengan Mak, jaga Mak, nak manja dengan Mak. Mak is the best Cikgu yang aku pernah jumpa. Moga Allah lindungi Mak sebab Mak is The Number One for Me. =')


Dan setakat Hari Raya 2011, ahli keluarga aku semakin bertambah. Usia pun makin bertambah. Aku sedar hakikat yang bilangan ni takkan kekal selamanya. Perlu bersedia menghadapi segala kemungkinan. Walaupun Allah tarik nyawa arwah abang dan arwah kakak masa muda, dan walaupun ahli keluarga ni makin bertambah, aku tak pernah lupa pada arwah yang dah pergi dulu. Sebab tahu nanti semua pun akan ikut jejak ke alam sana. 

Aku perlu kuat untuk hadapi apa jua kemungkinan. Apa yang Allah dah tetapkan, itulah takdir yang terbaik. Doa yang paling penting adalah semoga semua ahli keluarga kita dikumpulkan semula di Jannah. Bila dah makin besar, terasa tanggungjawab makin besar jugak. Makin kuat kena berusaha supaya semua ahli keluarga kita dapat keredhaan Allah. InsyaAllah moga Allah bagi kekuatan. =)




Alhamdulillah setakat ni Mak Abah dan semua adik beradik sihat walafiat dan syukur sangat dikurniakan keluarga besar yang meriah macam ni. Tahun ni umur aku 23 tahun dan aku dah ada 23 anak buah. 9 lelaki, 14 perempuan.

Aku sekarang ni di tengah-tengah antara adik beradik dan anak buah aku. Adik beradik aku semua dah dewasa. Anak-anak buah aku pulak, semuanya kanak-kanak. Aku terkontang-kanting sorang-sorang kat tengah. Aku takde kawan umur dekat-dekat sebaya dalam keluarga ni. Walaupun aku tergantung di tengah-tengah, aku tetap sayang semuanya.

Cumanya, aku tak mampu nak sayang semua orang sama rata. Takkan ada orang yang mampu sayang semua orang sama rata. Ada orang yang perlu dapat lebih priority. Rasulullah pun sebut suruh sayang ibu 3 kali lepastu baru ayah. Sekarang ni aku faham perasaan Mak Abah yang ada anak ramai. Mak Abah sayang semua cuma tak mampu nak sayang sama rata, yang penting, tetap sayang kan.

Alhamdulillah dah terubat dah sikit rindu pada semua ahli keluarga. Cintai yang mencintai. Sayangi yang menyayangi. Moga kita semua hidup dalam lindungan-Nya. Renew our intention everyday. May Allah bless us all. =')


Moga-moga. InsyaAllah.

Wednesday, August 31, 2011

#WW7 Keluarga Harun Raya 2011



Mak Abah - Kuning
Kakak 1 - Pink
Kakak 2 - Oren
Abang 1 - Hijau
Kakak 3 - Merah
Kakak 4 - Ungu
Kakak 5 - Indigo
Abang 2 - Maroon
Kakak 6 - Biru
Si Bongsu - Hitam Putih

Doodle raya 2011 ni cuma mampu bertahan untuk tahun ni jelah nampaknya sebabnya kalau diperhatikan betul-betul, perut 2 orang kakak aku tengah membuncit sekarang (mengandung). Bilangan ahli keluarga mungkin akan semakin bertambah.

Sekarang ni, yang bujang dalam keluarga ni cuma aku dan abang aku. Tapi, mungkin abang aku akan kahwin tak lama lagi, atau mungkin aku dulu ke? (jangan harap). Hehe. Dan mungkin juga ahli akan berkurang, (mati), tak ada siapa yang tahu. Apa pun, semoga Allah memberkati. Amin. :')

Sunday, June 5, 2011

Awan Nano Pelindung Diriku


Lirik Awan Nano - Hafiz
Lihat ke arah sana serakan warna dan berarakan awan
Pabila terik panas segera hadirnya memayungi diri
Pabila kau dahaga sesegera turun hujan melimpahkan kasihnya
Pabila kau katakan akulah awan itu yang kau mahu

Begitulah awan nano setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi dan bibirmu
Begitulah awan nano sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu

Kasihnya kasih tiada banding
Setia tiada tara bagaimanapun jua
Awan kekasih sebenarmu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Lihat diriku ini sesekali pernah kau bagaikan awan
Sehingga tak mungkin terlupa berikan belas sedari dulu
Sehingga tak mungkin termampu saksi setitis pun air matamu kasihku
Sehingga kau katakan akulah awan itu yang kau rindu

Akulah awanmu yang sedia melindungi dirimu
Tika panas mencuba menggores pipi dan bibirmu
Akulah awanmu yang sering kau rindu
Dan tak terduga hadirku walau tak tercapai jejarimu

Kasihku kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Begitulah awan nano setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi dan bibirmu
Begitulah awan nano sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu

Kasihku kasih tiada banding
setia tiada tara bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Assalamualaikum. Sekarang dah masuk ke bulan Jun 2011/Rejab 1432. Cepat betul masa berlalu kan. Kalau bulan Mei ada sambutan Hari Ibu, bulan Jun ada sambutan Hari Bapa tawu? Harini hari Ahad dalam bulan Jun maknanya harini adalah Hari Bapa. Eh, salah ye? Apa? 2 minggu lagi? Kenapa nak kena tunggu 19 Jun? Bukan ke orang selalu kata; "aku tak sambut *hari apa-apa* sebab bagi aku, hari-hari adalah *hari apa-apa*". Kan? Ayat klise semorang. Tau dah. Kalau dah hari-hari pun sama je, jadinya tak apalah kalau aku ucap Selamat Hari Bapa sekarang kan? =)

Sebenarnya kan, bila aku tengok video klip Awan Nano yang Hafiz nyanyi, automatik jadi sedih dan teringat dekat abah. Memang lah video klip ni pun pasal anak yang tak hargai ayah dia sampai dah terlambat untuk menyesal kan. Ok lah. Siapa yang tak sedih tu, mungkin feel belum cukup sampai kot?

Lirik lagu Awan Nano ni sebenarnya agak complicated untuk difahamkan. Banyak kali jugak aku cuba nak fahamkan tapi memang susah. Sebab ianya terlalu "unik". Kalau masuk dalam subjek Komsas, memang susah jugak nak jawab ni. Matilah. Hihi. Tapi, daripada apa yang aku faham, lirik ni bercerita tentang awan yang jadi pelindung, yang kita selalu tak perasan pun kehadiran dia, tapi dia selalu je ada. Bila dah dengar lagu ni sambil tengok video klip, jadi sebak pun ada tawu. Tapi lirik ni adalah penceritaan dari 2 watak. Verse awal tu Hafiz yang cakap. Yang bawah tu ayah dia pulak. Aku rasa lah.

Jarak umur aku dengan Abah adalah 48 tahun. If you know my age, you do the math. =)
Orang selalu kata, kalau anak perempuan, dia akan rapat dengan abah, dan anak lelaki akan rapat dengan mak. Tapi, apa yang aku tahu, aku ni sikit-sikit, mesti dengan mak. Jaranglah aku nak bercakap dengan abah. Lagipun sebab adik beradik aku ramai perempuan, lagi selesa dengan mak selalunya.

Lagi satu orang selalu kata, lelaki ni kalau dia sayang, dia mana pandai nak tunjukkan. Aku selalu rasa yang abah ni tak sayang aku sebab abah mana pernah cakap dia sayang, lepastu asyik kena marah je selalu kan. Padahal sebenarnya, mana ada abah yang tak sayang anak dia kan? Cuma dia tak reti nak tunjuk je, tapi boleh rasa kasih sayang tu kalau kita betul-betul perhati.

Sepanjang cuti sem ni, aku banyak luangkan masa dekat rumah dengan mak dan abah. Yelah, dah 2 bulan cuti masih tak kerja apa-apa kan. Aku perasan jugak yang abah selalu beli benda yang aku teringin nak makan. Apa-apa sikit, mesti beli sebab takut aku teringin tiba-tiba. Belikan breakfast; walaupun aku bangun tengahari, belikan durian; sebab aku baru pandai makan, belikan limau; buah kegemaran dan memacam lagilah. Patutlah adik beradik lain selalu cakap aku anak manja. Kadang-kadang aku saja cakap nak makan je, bukan betul-betul nak pun.

Perangai aku banyak jugak yang terikut abah aku sebenarnya. Paling ketara adalah bab takut jumpa doktor dan tak suka makan ubat. Haha. Mak pun tak boleh nak bebel banyak-banyak sangat dekat aku bila demam taknak pergi doktor sebab abah aku sebijik macam tu. Penakut pahit. Takut kena inject katanya. Samalah macam aku. Hihihi. ^^,


Kalau kena marah pulak kan, selalu rasa macam tak disayangi. Tambah-tambah masa kecik-kecik dulu. Abah dahlah memang garang. Kalau kena marah, mesti menangis teresak-esak, lepastu tertidur sambil nangis. Nanti bila tengah malam mesti mak akan datang tengok dah ok ke belum. Dah hilang belum bekas kena pelempang. Lepastu abah mesti akan tanya senyap-senyap dekat mak, adik dah ok ke belum. Risau jugak lah tu kan. Tulah marah tanda sayang.

Kalau bab nak tegur pun, abah selalu tegur secara melawak. Tak adalah marah-marah sampai buat aku yang berhati tisu ni cepat terasa. Kalau bab pakai baju atau seluar ketat-ketat, contohnya; abah akan cakap, "adik cuba pakai baju yang elok-elok sikit, tutup aurat betul-betul. Nanti kalau dekat akhirat, abah dah boleh nak masuk syurga, tiba-tiba kena tahan, tak lepas ke syurga sebab adik asyik pakai ketat-ketat". Haaa. Sentap tawu. Hambek kau sekali. Hihi. :B

Haritu kan, aku saja cakap kat abah yang aku rasa macam nak kahwin time belajar, lepastu abah kata jangan nak mengada-ngada. Hahaha. Bagi habis belajar dulu, dan buktikan yang aku ni dah boleh berdikari, barulah abah boleh lepaskan. Lagipun, abah kan wali aku. Bila jodoh aku dah sampai nanti, mestilah abah akan lepaskan pada orang yang sepatutnya. Eleh, sebenarnya abah tak sanggup nak lepaskan aku lagi lah tu. Heee. Terima kasih Abah, Awan Nanoku. =')

1997. Dalam gambar; Mak Abah + 9 beradik (-1 arwah kakak) +1 anak saudara (currently 20+3 dalam perut)
Aku cuma nak cakap yang aku sayang keluarga ni sangat-sangat dan harap Allah memberkati keluarga kami. Terima kasih mak abah sebab besarkan kami. Ya Allah, ampunilah dosa kedua ibu bapaku dan panjangkanlah usia mereka. Ampuni jugak dosa aku yang selalu jadi anak yang tak tahu di untung. Selamat Hari Bapa. Hargai yang masih hidup, doakan yang telah tiada. =')

Related entries:
Biar kita menangis kerana mereka, jangan mereka menangis kerana kita



Wednesday, June 1, 2011

#WW4 Wordless Wednesday - Babysitter for 3 nieces and 3 nephews


Lisa-Iman-Aina-Muaz-Adib-Basit =)

Monday, May 16, 2011

The Blood Is In The Family




Dalam 9 orang beradik aku, ada 7 orang yang bekerja sebagai pendidik. Cuma abang aku (dan aku) yang dalam bidang lain. Boleh dikatakan semuanya ikut jejak abah aku. Mak aku walaupun tak kerja, tapi mengajar budak mengaji tu kira macam termasuk jugak lah dalam kategori pendidik kan.

Kiranya, darah pendidik tu dah mengalir dalam keluarga ni. Aku ingat lagi dulu, masa kecik-kecik, boleh kata, kakak-abang aku ni semua cakap taknak jadi cikgu tapi last-last semua terikut jejak langkah abah. Dahlah semua pun garang-garang (termasuk aku). Memang siapa jadi cikgu, dia automatik jadi garang kot. Hihi.

Walaupun sekarang ni aku belajar dalam bidang law, tapi aku macam berminat je bab-bab mengajar ni. Sepatutnya cuti panjang macam ni, aku pergi lah buat attachment dekat mana-mana law firm ke tapi boleh pulak aku pergi mintak kerja sebagai guru ganti bersalin. Kehkeh. Paling tak pun, aku pergi jadi cikgu tadika ke. Memang aku minat jugaklah mengajar semua ni.

Tengok kakak-abang aku macam best je jadi cikgu. Harini semua pakat bawak balik hadiah-kek semua daripada anak murid. Lepastu kerja cikgu best sebab kalau cuti sekolah nanti cikgu pun cuti jugak. Hihi. Macam-macam kerenah anak murid boleh jumpa bila jadi cikgu ni. Hari-hari ada je cerita baru kan. Tapi stress dia jangan cakap lah. Sebab dulu masa sekolah, pernah jadi student yang agak nakal, so kalau jadi cikgu terjumpa student yang nakal, memang bukan benda luarbiasa. Lumrah kehidupan dah. Aiceh.

Benda masa depan, kita tak tahu macam mana kan, tak semestinya belajar law, kena jadi lawyer. Lagipun dulu aku pernah cakap tak minat belajar law. Tapi sekarang macam dah terminat balik. Tengoklah rezeki nanti kerja apa kan. Kalau ada tu, adalah. Doa je banyak-banyak.

Macam dah lari dari topik pulak. Apapun, memang tugas sebagai pendidik ni tugas yang paling mulia. Tanpa cikgu sekalian, entah jadi apa entah dah aku ni. Terima kasih untuk semua yang bergelar pendidik, samada yang pernah mengajar ataupun tak. Selamat Hari Guru 2011. Jasamu dikenang hingga ke akhir hayat. Terima kasih. =')

Sunday, May 8, 2011

Biar Kita Menangis Kerana Mereka, Jangan Mereka Menangis Kerana Kita

Entri Mei 2010 sempena hari Ibu Tahun Lepas. Recycle balik. :)

Kalau zaman kanak-kanak dulu, bila menangis, mesti nak nganga luas-luas. Lepas tu suara taknak kalah lah pulak kan. Mesti nak kena bagi bergema satu rumah. Tapi bila dah besar, dah tak boleh nak nangis macam kanak-kanak. Nak nangis kena cover. Kalau kawan tegur kenapa mata bengkak sebab nangis pun dah naik segan.

Menangis ni bagus sebenarnya cuma tak boleh terlebih-lebih. Kalau terlebih nanti boleh sampai terkena migrain. Air mata yang keluar tu boleh cuci mata kita, boleh cuci hati sekali tambah-tambah bila menangis sebab teringat dosa-dosa. Yang penting, lepas menangis, kita akan rasa lega dan tenang sangat. Memang selalunya perempuan lah yang gunakan terapi menangis ni bila ada masalah.


Err, dulu kecik-kecik kuat nangis jugak aku ni. Siapa yang ambik gambar ni mesti nak buat bukti yang anak bongsu ni manja padahal aku tak manja. Haha. Buruknya muka nganga macam tu.


Tengok, bila kecik-kecik, kalau menangis, mesti ada yang pujuk. Abah berusaha pujuk walaupun aku sendiri tak faham apa yang aku nak rasanya. Bestnya jadi kanak-kanak. Bila dah jadi orang tua ni, menangis pun tak ada siapa nak pujuk.


Haha. Budak mengada. Kejap manja dengan abah, kejap manja dengan mak.

Teringin rasanya dah besar-besar ni nak suruh mak dengan abah pujuk bila menangis tapi mana boleh nak manja-manja dah. I'm a big big girl already. Walau apa sekalipun, jangan sesekali buat mak dan abah menangis sebab sedih dengan perangai kita. Kalau menangis gembira tak apa. Berdosa buat mak dan abah kita berkecil hati dengan kita.

Rasulullah SAW bersabda: Dari Abdullah bin Amr, ia berkata: seorang lelaki datang kepada Rasulullah, lalu berkata: "Wahai Rasulullah, aku datang untuk berjihad bersama baginda kerana aku ingin mencari redha Allah dan hari akhirat. Tetapi aku datang kesini dengan meninggalkan ibu bapaku dalam keadaan menangis". Lalu sabda baginda: "Pulanglah kepada mereka. Jadikanlah mereka tertawa seperti tadi engkau jadikan mereka menangis". (Riwayat Ibnu Majah)

Jadi, sempena Hari Ibu ni, aku ucapkan Selamat Hari Ibu untuk semua yang selayaknya. Yang buang-buang baby tu tak layak langsung jadi ibu okay. Anggap je setiap hari adalah hari ibu bapa supaya kita sentiasa ingat dekat mak dan abah kita, selalu doakan diorang.  Ada 1 hadis yang mengatakan boleh derhaka seseorang anak tu kalau tak mendoakan ibu bapa dia walaupun sehari.

Sabda Rasulullah SAW:
"Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua-dua orang tua nya dalam sehari"
Huraian hadis:
i. Jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua-dua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada).
ii. Allah SWT akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua-dua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar hati mereka berubah).
iii. Ingatlah bahawa keredaan ibu bapa adalah keredaan Allah.
Okay. Sayangi dan hargai ibu bapa kita samada masih hidup ataupun yang dah pergi.