Sunday, May 8, 2011

Biar Kita Menangis Kerana Mereka, Jangan Mereka Menangis Kerana Kita

Entri Mei 2010 sempena hari Ibu Tahun Lepas. Recycle balik. :)

Kalau zaman kanak-kanak dulu, bila menangis, mesti nak nganga luas-luas. Lepas tu suara taknak kalah lah pulak kan. Mesti nak kena bagi bergema satu rumah. Tapi bila dah besar, dah tak boleh nak nangis macam kanak-kanak. Nak nangis kena cover. Kalau kawan tegur kenapa mata bengkak sebab nangis pun dah naik segan.

Menangis ni bagus sebenarnya cuma tak boleh terlebih-lebih. Kalau terlebih nanti boleh sampai terkena migrain. Air mata yang keluar tu boleh cuci mata kita, boleh cuci hati sekali tambah-tambah bila menangis sebab teringat dosa-dosa. Yang penting, lepas menangis, kita akan rasa lega dan tenang sangat. Memang selalunya perempuan lah yang gunakan terapi menangis ni bila ada masalah.


Err, dulu kecik-kecik kuat nangis jugak aku ni. Siapa yang ambik gambar ni mesti nak buat bukti yang anak bongsu ni manja padahal aku tak manja. Haha. Buruknya muka nganga macam tu.


Tengok, bila kecik-kecik, kalau menangis, mesti ada yang pujuk. Abah berusaha pujuk walaupun aku sendiri tak faham apa yang aku nak rasanya. Bestnya jadi kanak-kanak. Bila dah jadi orang tua ni, menangis pun tak ada siapa nak pujuk.


Haha. Budak mengada. Kejap manja dengan abah, kejap manja dengan mak.

Teringin rasanya dah besar-besar ni nak suruh mak dengan abah pujuk bila menangis tapi mana boleh nak manja-manja dah. I'm a big big girl already. Walau apa sekalipun, jangan sesekali buat mak dan abah menangis sebab sedih dengan perangai kita. Kalau menangis gembira tak apa. Berdosa buat mak dan abah kita berkecil hati dengan kita.

Rasulullah SAW bersabda: Dari Abdullah bin Amr, ia berkata: seorang lelaki datang kepada Rasulullah, lalu berkata: "Wahai Rasulullah, aku datang untuk berjihad bersama baginda kerana aku ingin mencari redha Allah dan hari akhirat. Tetapi aku datang kesini dengan meninggalkan ibu bapaku dalam keadaan menangis". Lalu sabda baginda: "Pulanglah kepada mereka. Jadikanlah mereka tertawa seperti tadi engkau jadikan mereka menangis". (Riwayat Ibnu Majah)

Jadi, sempena Hari Ibu ni, aku ucapkan Selamat Hari Ibu untuk semua yang selayaknya. Yang buang-buang baby tu tak layak langsung jadi ibu okay. Anggap je setiap hari adalah hari ibu bapa supaya kita sentiasa ingat dekat mak dan abah kita, selalu doakan diorang.  Ada 1 hadis yang mengatakan boleh derhaka seseorang anak tu kalau tak mendoakan ibu bapa dia walaupun sehari.

Sabda Rasulullah SAW:
"Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua-dua orang tua nya dalam sehari"
Huraian hadis:
i. Jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua-dua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada).
ii. Allah SWT akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua-dua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar hati mereka berubah).
iii. Ingatlah bahawa keredaan ibu bapa adalah keredaan Allah.
Okay. Sayangi dan hargai ibu bapa kita samada masih hidup ataupun yang dah pergi.


33 comments:

  1. dah ada iras2 dah tu
    ;)


    mana entry yg ke2?

    ReplyDelete
  2. hahah
    comey nye!
    heheh
    thanks untuk hadis tuh!
    belajar satu benda baru hari neh!
    ^^

    ReplyDelete
  3. happy mother's day too ! ;)


    My latest entry : Yuna Dan Tuala Wanitanya

    ReplyDelete
  4. cehcehceh!
    memang ada koleksi gambar nangis ke wei?

    ReplyDelete
  5. muka ko memang ada ciri2 org kuat nangis. hehe


    buruknya ko nangis masa kecik
    aku kecik2 dah pandai kontrol nangis
    hikhik



    Hot!: Ciri Wanita Idaman Lelaki

    ReplyDelete
  6. skrg pon kau suka nangis lagi ke mili

    ReplyDelete
  7. happy mother day...
    heheee

    ReplyDelete
  8. nice blog, saya baru aja bukak hari ni....

    http://pondokmerah.blogspot.com/

    ReplyDelete
  9. nanges bes ke?haha..segan kot nak nanges kalo da besa..tambah2 lak laki,..pergh!!~

    ReplyDelete
  10. @joe ade la sikit.heee.entri ke2 besok la.nk buat selang2 hari.xde la bosan sgt nanti =)

    @sofee ur welcome.bnde baik patut dikongsi =)

    @shafiq yeah.mothers day is everyday.happy too =)

    @wawa haha.kan kan.nangis best hape =)

    @zahir haha.ko ckp je ko jeles xde gmbr nangis.aku ade byk koleksi =P

    @kapten haha.mmg buruk.nk buat cmane,kecik lg,xpandai kaver.laki mmg suke kontrol ngs,nnti ttekan,bek jgn control.haha.teteba.

    @shazika ngs gak kdg2.time pms salunye =P

    @sweet-ans betul2,hari2 hari ibu n ayah

    @nyna hehe.kuat gak la =P

    @mie yeah happy to ur mom too =P

    @pondok merah thanksssss =)

    @kembatolo laki mmg suke kontrol ngs tp ngs ni elok sbnrnye =)

    ReplyDelete
  11. anak last plg manje? saya bangkang! manada weh, anak last plg kuat demand :P

    ReplyDelete
  12. Banyak juga koleksi gambar masa kecil-kecil.

    ReplyDelete
  13. waaa.. beshnya ade lagi gmbr masa kecik2.. aku nyer ntah ke mana daa.. happy mother's day to ur mom k. =)

    ReplyDelete
  14. @azza syzna haha.saye xmanje tp saye hrp sgt2 saye boleh bermanje dgn mak n abah T_T

    @adziim mmg byk amat =)

    @jard hehe.sume masih tesimpan cume ade yg rosak sket.happy mothers day utk mak jard juge =)

    ReplyDelete
  15. nak nangis lah. pujuk skrg. hahaha.
    tak pernah plak terfikir bila kecil, kita nangis org pujuk tp skrg tak. baru perasan.

    ReplyDelete
  16. gambar first itu sangat comel! nampa air mata tu~

    ReplyDelete
  17. hepi mother day cik milo...

    eceh... kuat nangis ah cik milo dulu...huhuhu :p

    ReplyDelete
  18. memg dengki la org yang amek gmbr ko tgah nangis tu..hehe

    ReplyDelete
  19. @q tula psl kan.dah besar kena pujuk diri sendiri la

    @putra hihi.nangis betul2 la tu maknenye =P

    @meo haha.mmg kuat ngs smpai skrg.thanksss =P

    @bard haha.agak dengki la kot.saje je en.heeeee

    ReplyDelete
  20. sedih bace entri ni. kdg2 bile marah kite lupe dgn kesilapan parents, kite lupe dgn pengorbanan yg diorg dh buat utk kite. =(

    ptt la ko suke nangis ek, xnk parents ko nangis. hehe

    ReplyDelete
  21. saya suka entry ni ! thumbs up ! :)

    ReplyDelete
  22. suka entri ni.. mili sweet. :)

    nurul suka baca sabda Rasullullah SAW dan huraian hadis tu. insyaAllah akan selalu ingat. thanks mili. :)

    ReplyDelete
  23. @munsyi cmane ko tau aku suke nangis?tp mmg pon.tgh mood bersedih2 ni

    @piqa thanks =D

    @nurul ur welcome.same2 ambik peringatan supaye xde sape jd anak derhaka sbb anak derhaka tu dosa dia tuhan dh balas dkt bumi maknanya mmg xboleh la kan.

    ReplyDelete
  24. entri hari ibu yang bermakna, tapi sangat berinformasi.
    hadis itu menyedarkan balik fitrah hidup.
    ayah dan ibu wajib dikasihi.

    hee.
    anak bongsu manja eh cik mili ni..?

    ReplyDelete
  25. x.kan dah ckp xmanja but someone yg ambik pic tu lah y konon nk nmpkkkan bongsu mnja sbb nangis je keje.but seriusly im not manja.sgt2lah berdikari sbb adik beradik sgt ramai,so i learn from them =D

    ReplyDelete
  26. Kamiliyah kuat menangis. ;)

    ReplyDelete
  27. Thanks for the reminder mili :)

    ReplyDelete
  28. @mr K

    silalah pujuk macam abah. wakaka

    @aimi

    ramai dah cakap cemtu.hihi :D

    @sheriel aizan

    your welcome sheriel :D

    ReplyDelete

SENYUM. Tak perlu kata apa-apa. SENYUM! :)