Search This Blog

Loading...

heyya

FINAL EXAM SCHEDULE
1 Nov - Fardu Ain
4 Nov - BM
5 Nov - Islamic Worldview UNGS
7 Nov - Law of Contract
8 Nov - Transaction in Islamic Law
11 Nov - Islamic Legal System
12 Nov - Malaysian Legal System
13 Nov - Law of Tort

Tuesday, October 20, 2009

bagai melukut di tepi gantang

siapa yang tak tahu maksud peribahasa ni,
pergi tengok dalam Kamus Dewan.

maksud peribahasa ni lebih kurang macam ni :
seseorang yang tak dianggap penting sebab dia tak ada apa-apa kegunaan pada masyarakat
ataupun jika orang tu ada atau tak ada, takkan bagi apa-apa kesan pada sekeliling.

maksud MELUKUT ialah serpihan beras yang dah pecah-pecah.
maksud GANTANG pulak ialah sukatan.
kalau orang yang buat kerja bendang membendang konfem tahu apa maksud 2 benda ni.

hina sungguh rasa diri ni kalau jadi si melukut.
kesian melukut.
aku rasa sekarang ni aku senasib dengan si melukut lah.
haish.

sejak dua tiga empat lima menjak ni,
aku rasa macam tak berguna,
tak ada nilai,
tak diperlukan n bla bla bla.
rasa macam si itik hodoh pun ada jugak.
entahlah, mungkin mainan perasaan je kot.

lepastu, bila dah moody ni,
konon nak hiburkan hati dengan kuiz di mukabuku,
tapi dapat jawapan macam ni.
kecewa tau tak, kecewa.


sila klik untuk besarkan kalau mata tak cukup terer

tapi ini kuiz je.
kuiz dekat facebook tu semua tak boleh percaya.
tahyul.
tapi aku rasa jawapan tu macam ada sipi-sipi kena dekat aku.
tsssk T____T

ok ok cukup.
sebenarnya, hari tu ika, eah n dira pergi kem.
kem
rakan siswa jasa anjuran kementerian penerangan.
diorang pergi 3 hari macam tu dekat Kem Laman Bestari.
kira macam wakil dari UIA lah.
tapi aku tak dapat ikut.
tinggal sorang-sorang dekat bilik.
sebab tu aku kecewa.

lepas tu bila diorang dah balik dari camping,
mestilah diorang cerita semua pengalaman kat sana kan.
teruja jugak aku dengar tapi masih tetap kecewa.
kenapa lah aku tak dapat join.
tsssssk lagi sekali T___T

jadi, untuk tak biarkan aku terhanyut dengan perasaan kecewa tu,
diorang pun ajak aku join majlis perasmian KARISMA dekat UM harini.
dah sah-sah lah aku segan sebab yang pergi majlis perasmian tu semua yang dah pergi kem hari tu.
tapi last-last aku ikut jugak ke UM sana.

ada 6 wakil semua.
Dari UM, IIC, UKM, UPM, UIA n UPSI.
serius memang jadi melukut gila ah kat sana.
apahal lah aku terhegeh nak ikut.
kan dah menyesal.
dahlah aku tak kenal siapa-siapa.
tapi serius memang best lah aktiviti diorang time kem hari tu.
siap ada lagu tema, aktiviti lain dari lain n so on.
UNITED WE STAND lah katakan.
aku JELES!! T____T

sudah-sudah lah tu melukut.
over gila aku ni.
padahal aku dapat jugak peluang tengok semangat budak-budak KARISMA tu semua.
best apa walaupun jadi melukut.
huhu. ok lah.


ika n dira kat kem tu.
siap dapat pingat lagi.


mereka ber-3 kat kem yang melukut tak dapat join

ini masa nak ke UM

naik bas kilang siap. haha.

nampak tak melukut kat tengah tu??


depan tangga firaun.



eh, apesal diorang tak reti duduk diam ni?


perasmian oleh Dato Seri Rais Yatim


persembahan apa entah ni.


tengah nyanyi lagu 1 Malaysia ciptaan limkokwing




eh, melukut pun nyanyi jugak?


trademark 1Malaysia kot?


melukut tak layak bergambar dengan menteri

eh eh ada orang interframe la.

Ya Allah, melukut asyik menyibuk bergambar je.


eceyceh melukut, over betul.


ni melukut terjumpa dengan ainmohd dekat UM.
apesal masuk sipi je dalam gambar?
dah nama pun melukut.
haha.



Saturday, October 17, 2009

bila dua hati dah terjalin

layan lagu menatap matamu - aril



seperti yang dicanang-canang dalam entri sebelum.
aku akan ke kenduri kak nadxoxo di sebelah bangi.
alhamdulillah aku berjaya jugak sampai ke sana.
tapi lambat gila, dah pukul 3 petang.
masa tu semua blogger dah balik.

ini dia kak nadxoxo.
comel gila.
tak sangka boleh jumpa in real.
tapi sekejap je pun aku kat sana.
siapa suruh datang lambat sangat.
salahkan inchek driver aku. huhu.

eceyceh, macam mana baju aku boleh sedondon dengan pengantin pulak ni?
hehe. tahniah untuk kak nad dan encik gajah.
nanti kenduri aqiqah anak, jemputlah lagi ye.
hehehe.


tsk. gambar tak jelas dari kamera murahan ku.
atoyyai.

dengan muka tak malunya aku ambik gambar di pelamin.
sorang-sorang pulak tu.
ata bukan nak join sekaki.
T________T

datang, makan, jumpa pengantin, ambik gambar, balik.
makanan lauk kenduri sumpah sedap gila ah.
yang penting takde terkena food poisoning.
hihi.
happy for both of you.
c:

ustazah ramizah pernah cakap dalam kelas ILS,
"an ideal marriage is between one man and one woman"
maknanya kalau one man and two or three or four woman, tak ideal lah.
paham tak lelaki sekalian??

Thursday, October 15, 2009

mock trial iium 09

mock trial iium 09 - for my daughter anna.

the story is about a father who killed his daughter using a very antique iron.
the father is a pious man.
he lost his tempered when he knew that his daughter works as a prostitute.
but the daughter did that because she loves her father.
they are poor and she needs money to support the family.
the court held that he liable for murder offences.
he had been sentence to death.
poor father and daughter.
T______T



i think, he killed his daughter because he doesn't want his daughter, Anna committed sin.
maybe that's what it mean by father's love has no boundaries
but, by killing his daughter, he also committed sin.
aiyaaa, i don't know lah what exactly they want to say. hehe

okey okey. guna BM pulak.


ini dia muka-muka pelakon untuk perbicaraan olok-olok [mock trial] ni.
tak semua ada dalam gambar.
si Philips pondan tu takde pun.
Hoho.
Aku paling suka dengan watak Mr Manny Chong a.k.a Puttu King.
sempoi n menjadi lah.
Watak Junior Counsel untuk Public Prosecutor pun aku suka.
Kelakar n muka dia macam Radhi Khalid. Kui3.

Watak perempuan pulak paling best ialah watak inspektor.
Sengal-sengal ubi je inspektor tu tapi apa yang dia cuba nak sampaikan kitorang dapat.
Judge pulak sangat garang tapi cantik. =)

Pelakon yang paling ramai peminat Defence Counsel 1 n Public Prosecutor 1. Siap ada peminat bagi bunga dari bawah tu beb. Heeeee.


para pelakon. cuba tengok siapa yang dapat bunga. huhu.

jalan cerita dia boleh tahan.
mula-mula macam eksaited lah nak tahu apa yang akan jadi.
tapi bila dah sampai part tengah, macam boring sikit lah.
n macam dah boleh dijangka je judgement nya,
sah-sah lah pembunuh takkan terlepas kan?
aku ingat diorang nak buat ayah dia tu tak bersalah ke.
tapi so far,
ok je semua.
agak salute dengan semua witness sebab diorang berjaya bawak dialog tanpa tersasul.
c:

salah lah.
citation sebetulnya Public Prosecutor v Abdul Hamid


kitorang dapat duduk dekat seat belakang.
sebabnya diorang utamakan student dari U lain.
ada dari UM, UiTM, UPNM, n ada lagi U lain yang aku tak ingat.
Mustafa Maarof pun ada aw. Segak lagi. Huhu.

this poster credit to this web

itu jelah kot.
aku tak nak komen banyak-banyak.
tahniah untuk semua team Mock Trial 09.

Wednesday, October 14, 2009

Stall and Bazaar Convocation Fiesta IIUM 09

lebih kurang seminggu jugak berlangsungnya STABAZ sempena CONVEST 09.
STABAZ tu buat dekat Convest Hill.
dekat gila dengan Mahallah Sumayyah.
boleh kata, hari-hari aku tayang muka kat situ.
maklumlah, semua cafe tutup.
nak tak nak kena turun cari makanan kat situ.
tapi, sebenarnya, bukan cari makanan sangat.
lebih kepada cari benda-benda lain.
habis duit banyak woo shopping kat Stabaz.
murah-murah semua barang, siapa la yang tak nak an?

malam yang ada konsert Amy Search n Ezad Exist,
aku turun jugak tapak convest.
tapi bukan nak tengok Amy,
aku bukan minat dia.
baik aku minat Nabilah Huda.
paling suka trademark dia Lah?? dalam cerita Bohsia.
hoho.

tapi alang-alang dah turun,
dapat jugak jumpa Amy.
tapi tak ambik gambar pun.
baik ambik gambar dengan monyet.
oh sumpah cute gila ah anak monyet tu.
baik je tak cakar tak gigit.
=)

hurm, untuk semua yang berkonvo sepanjang minggu ni,
tahniah aku ucapkan.
tak sabarnya nak merasa.
tapi aku baru 1st year 1st sem.
ada lagi 4 tahun weh.
lama tu.
atoyyai.
T___T






Monday, October 12, 2009

bahasa melayu ke bahasa malaysia?

subjek : Bahasa Melayu dan Komunikasi
nama kumpulan : AKAR
ahli kumpulan : Dira, Eah, Ika, Mili
tugas : pembentangan pengucapan awam
program : Minggu Anti Dadah Peringkat IPT

dira : pengerusi majlis
ika : perasmi majlis
eah : penceramah
mili : pentaklimat

Bahasa Melayu tidaklah semudah yang disangka.
complicated jugak sebenarnya.
[complicated dalam bahasa melayu panggil apa ye?]

dalam pembentangan, kena jaga dari segi bahasa baku atau sebutan baku.
2-2 tu sangatlah berbeza.
bahasa baku ialah macam bahasa yang digunakan dalam cerita p.ramlee zaman dulu.
yang bunyinya nampak sangat skema.
tapi kalau sebutan baku ialah melayukan perkataan yang dipinjam dari bahasa inggeris.
contohnya subjek disebut sebagai sup-jek bukan sab-jek.
nampak tak beza 2 benda tu?
jadi, cikgu tekankan penggunaan sebutan baku je, bukan bahasa baku.

so far, [ erk,bahasa melayunya apa?]
pembentangan kumpulan aku pada malam tu agak ok.
cikgu puas hati.
audiens pun seronok.
bolehlah tahan hasil penat lelah kami bekerja.
^___^








video
video pengakuan penagih..haha

Saturday, October 10, 2009

menyemak di kampung orang

ramai jugak yang kahwin tarikh 10.10.09 ni.
kad nadxoxo pun dah selamat kahwin di terengganu.
insyaallah aku akan pergi kenduri yang dekat bangi nanti.

kenduri ni di kampung eah dekat batang kali.
aku n ika diangkut sekali.
kononnya nak suruh kitorang berdua berkhatam sekali dengan dia,
tapi tak jadi sebab dah cukup orang.

jadinya, aku n ika jadi penyibuk je dekat kenduri.
makan free. mana la tak suka.
tapi kena food poisoning yang siksa jiwa siksa perut siksa segala.
erk T____T

tema kenduri sepupu eah ni warna oren.
macam best jugak tema warna ni.
menyerlah gitu.
=)

lagi 1, adi putra genius tu sedara eah rupanya.
sempat jugak la aku n ika bergambar dengan dia.
haha. jakun gila kitorang.
sempat menjual ubat lagi mak n ayahnya time kenduri tu.
tapi, adi sorang je yang datang kenduri.
adik beradik lain tak bawak datang pun.
bias ke mak ayahnye?
sayang adi lebih.
hoho.

banyak gambar cam whore aku dengan ika je.
kalau yang gambar cantik sikit tu,
itu guna dslr eah.
tangkap gambar guna dslr memang puas hati.
tapi cerewet ah.
nak kena tukar setting itu ini.
pening-pening.
ada la jugak rasa teringin nak own dslr.
tapi nanti-nanti la dulu kot.
ok ah.
buh-bye.
c:












Blog Widget by LinkWithin