Sunday, December 16, 2012

Kenduri Kahwin @chenozainordin & @sirdeeb

Kenduri Kahwin Everywhere
 
Assalamualaikum.

Tahun 2012 ni memang banyak gila orang kahwin dan bulan 12 ni paling banyak jemputan sebabnya cuti sekolah kan. Dalam banyak-banyak jemputan kahwin ni, nampaknya kenduri kahwin Cheno dan Adeeb antara yang terpilih. Serius banyak gila jemputan tapi disebabkan ada halangan macam banyak assignment/exam, jauh sangat, takde transport, takde orang teman, selalunya memang tak dapat datang walaupun nak sangat datang. Sorry kawan-kawan lain. :(
Comel sangat 2-2 orang ni. Cheno muka babyface. Nanti baby pun mesti comel belaka. Cheno dan Adeeb nikah tarikh 12.12.12 pukul 12.12 pm. Memang takkan terlupa tarikh anniversary sampai bebila lah cemni kan. Heee. So, receptionnya pulak buat hari Sabtu 15.12.2012 bersamaan 1.2.1434. Tarikh cantik jugak kan. :)

Tahniah Zainor Hafiza & Mohamad Adib
Akhirnya berjaya sampai ke majlis di Dewan Orang Ramai Yong Peng. Memang gigih 3 jam semata-mata nak datang. Dengan jem, eksiden sana sini, fuhh. Tapi demi Cheno kahwin sekali seumur hidup, semua sanggup diredahi.  Ewah. Cheno sila terharu k.
Sign guestbook.
Highlight: "Doakan jodoh kitorang dalam masa terdekat juga" Hehe.
Mili-Muniey-Biela-Ieyda-Achu-Munsyi
Potong-potong kek. Eh ada bunga dekat kepala Cheno. *Omel angat. Hikhik* :P
Sementara tunggu turn nak dapat jumpa pengantin, bergambar sesama sendiri dulu. Semua ni kawan-kawan yang kenal di alam maya. Terima kasih alam maya. Eh.
As always, bila dapat jumpa pengantin, mestilah kena eksaited kan. Lol. Congrats korang berdua. So comel. Heee. :D
*Sesi peluk memeluk ketat-ketat*
*Ahhhh, flash terangnya.*
*Ahhh, gegar pulak dah.*
Okbai Yong Peng. Kami nak berangkat pulang dah. Terima kasih tuan rumah. :D
@munirarara @bielaaaaaa @ieydajeff @_NurSuaidah @munsyi
Door gift dari side family Cheno and family Adeeb. Sangat banyakkkk. Siap dapat kotak tisu. Hihi. Besttt. :D
Eh tersesat pulak kitorang dalam video wedding Cheno and Adeeb ni. Memalukan je. Habis rosak video diorang dengan kitorang. Hehe.
Karya Bonk Production.

Macam biasalah, kalau pergi kenduri kahwin orang, mesti ada soalan wajib "Bila nak kahwin?" kan. So, jawab la, "Hanya Allah yang tahu apa yang terbaik" ;)

If it is meant to be, it will be eventually. When the time is right, with the right person. =)

Sebelum fikir pasal kahwin, baik fikir dulu macam mana nak bagi maintain bangun Subuh awal, taknak tidur lepas Subuh ke. Kan lagi elok macamtu.

By the way, yang kahwin Sabtu lepas semua cantik-cantik sangat. Geram betul tengok. Congrats jugak untuk Maria Elena & Asfirdaus pastu Belle Yahya & Carl Samsudin. Cantik sangatttt. Best tengok. Ok tu jelah sekian wassalam. :D


12 comments:

  1. Moga Kak Mili cepat bertemu jodoh hehe.

    ReplyDelete
  2. peringatan last tu WIN! :)
    masih dalam proses nak baiki sesemua tu. jadi takleh la nak pikiaq kawen ka apa kan? hikhik.

    btw,kenal achu dan munsyi je dlm kalangan kawan2 alam maya tu. hehe.:P

    kakakkecik.hwaiting! :D

    ReplyDelete
  3. Farah pun dapat kad kahwin dari Cheno, tapi tak dapat pergi :(

    ReplyDelete
  4. tak dan nak jumpa mili di hari kejadian :(

    ReplyDelete
  5. seronoknya tgok gambar.. semoga pengantin bahagia ke jannah

    ReplyDelete
  6. bunyi slng utaqa tu mcm anur hadi ;)

    haha, btw, sronok tgok org kahwin ni. best ;)

    ReplyDelete
  7. tuan blog nya yg mane satu eh? hihi.

    ReplyDelete
  8. tuan blog yang tudung turqoise tu. hehe

    thanksss everyone. :D

    ReplyDelete

SENYUM. Tak perlu kata apa-apa. SENYUM! :)