Thursday, July 28, 2011

Isu Perempuan: Pakai Tudung vs Tak Pakai Tudung


Assalamualaikum. Ehem *clear throat* Hai semorang especially gadis-gadis comel yang pakai tudung mahupun yang tak pakai tudung. *lelambai tangan* Kite ada doodle untuk awak-awak semua ni. Just for fun. Actually, not so fun, cuma saja suka-suka, out of boredom, maka terhasillah post ni. Post ni bukan post untuk troll orang so harapnya takde yang butthurt. Peace yaww. ^^

Pakai Tudung vs Tak Pakai Tudung

Ada yang pakai tudung memang baik.
Ada yang pakai tudung tapi jahat.
Ada yang tak pakai tudung memang jahat.
Ada yang tak pakai tudung tapi baik.

Ececeh. Macam pantun lah pulak kan. Heee. Sebenarnya, memang betul pakai tudung tak semestinya orang tu baik dan tak pakai tudung tak semestinya orang tu jahat. Well said. Tuhan pun tak suruh pakai tudung je. Tuhan suruh tutup aurat. Tudung tu salah satu cara untuk menutup aurat.

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada.... (dot dot dot)" - diambil dari sini

Pakai Tudung (Baik)

Jenis yang dia pakai tudung dan baik, maksudnya menutup aurat dengan sempurna, contohnya:

#1 solat awal waktu, 
#2 rajin mengaji Quran, 
#3 rajin berpuasa sunat, 
#4 rajin menderma, 
#5 sopan-santun.

Memang ciri-ciri idaman semua mentua dan macam-macam lagilah kan. Heee.


Tak Pakai Tudung (Baik)

Jenis yang tak pakai tudung tapi baik ni jenis yang "don't judge a book by its cover" maksudnya walaupun tak pakai tudung tapi lagi baik dari yang pakai tudung kekadang tu. Contohnya:

#1 solat cukup, 
#2 selalu mengaji Quran, 
#3 rajin berpuasa, 
#4 rajin bagi derma 
#5 sopan, tak mencarut bukan-bukan.

Memang baik sangat-sangat.  :)



Pakai tudung (baik) tapi.....

Ini ada 1 masalah. Dah bagus dah pakai tudung dan baik sebab tak buat maksiat apa semua, TAPI, alamak ada tapi lah pulak, tapi tudung tu sekadar tudung, tak tutup aurat dengan sempurna. Contohnya:

#1 pakai tudung tapi nampak rambut (tak pakai anak tudung)
#2 pakai tudung tapi pakai legging (ketat)
#3 pakai tudung tapi baju pendek (tak tutup pinggul)
#4 pakai tudung tapi baju jarang (tak pakai inner)
#5 pakai tudung almost perfect tapi nampak kaki (tak pakai stoking)
#6 pakai tudung tapi pakai baju lengan pendek/lengan tiga suku
#7 pakai tudung tapi tak tutup dada (common problem)
#8 pakai tudung tapi nampak leher (sebab nak tayang subang kot)
#9 pakai tudung tapi sanggul tinggi (macam bonggol unta)
#10 pakai tudung tapi ber-make-up tebal (tabarruj)

Kalau tengok dekat blog http://wanitamelayuseksa.blogspot.com/ lagilah macam-macam gaya boleh jumpa. This is a serious problem. Bukannya tak boleh nak melawa dan berfesyen tapi berpada-pada lah kot, kan? Boleh je tutup aurat dengan sempurna dan nampak lebih cantik. Kalau di mata manusia tak cantik pun, at least cantik di mata Tuhan. =)

Ini ada beberapa guide untuk pakai tudung dan menutup aurat dengan sempurna dari http://www.owhsomuslim.com/osm/a-guide-to-proper-hijab-for-ladies/ (Terinspirasi nak buat post ni sebab tengok doodle beliau yang owh so awesome ^_^)


Pakai Tudung (Jahat)

Yang ni benda yang sangat rare sebenarnya, tapi bukan perkara yang luar biasa. Kalau tak, mana datangnya quote "pakai tudung tak semestinya baik" kan kan? Bagus dah pakai tudung tapinya jahat lah pulak, contohnya:

#1 merokok
#2 mengumpat yang boleh sampai ke dosa memfitnah, 
#3 bergaul bebas dengan bukan mahram sampai terjadi benda bukan-bukan, dan 
#4 mencuri barang orang lain. 

Dan macam-macam lagilah contoh. Bab solat tu tak tahu lah pulak. Mana tahu dia jahat pun tapi masih solat ke? Tapi solat kan tiang agama. Kalau sempurna solat, sempurna lah ibadah yang lain. Nampak gayanya kena check solat sendiri dulu dah betul ke tidak ni. #notetomyself.


Tak Pakai Tudung (Jahat)

Yang ni common rasanya. Orang selalu samakan, tak pakai tudung = jahat macam kapir. Ish3. Harsh gila ayat tu. Ada je kapir yang baik. Hmm, contoh yang tak pakai tudung dan memang jahat betul contohnya:

#1 minum minuman keras yang memabukkan, 
#2 mewarnakan rambut, warnakan kuku tangan kuku kaki semua, nak solat macam mana kalau wudhuk tak sah? 
#3 hipokrit contohnya dia pura-pura pakai tudung sebab nak mengorat lelaki ataupun pura-pura pakai tudung sebab kena paksa dengan family. Bila dah belakang family, terus jadi Setan. Lepastu tak pasal-pasal ada lagu "Minah Tudung" ciptaan Hafiz As'ari, 
#4 seksi meksi yang menggoda mata para Arjuna. Kalau yang alim sambil tengok sambil geleng-geleng kepala atau istighfar, kalau yang gatal, sambil tengok sambil tersengih kerang busuk. 
#5 pregnant out of wedlock lepastu dump baby merata-rata dekat dalam longkang lah tong sampah lah. Aiyooo.


Apa-apa pun, ingatlah yang hidup kita ni bukan untuk dunia saja tapi untuk bekalan di hari akhirat jugak. Sekarang dah akhir zaman, Kiamat akan berlaku bila-bila yang kita pun tak tahu bila, takut tak sempat bertaubat. Wuwu. Takutnya. #notetomyself

Related post:
http://www.ohtidak.com/oh-tak-bertudung-vs-bertudung/
http://www.szlihin.com/2011/05/13-alasan-tipikal-wanita-yang-enggan.html
http://syahirul.com/dedah-aurat-alasan-yang-biasa-didengar/
http://ceriterafif.blogspot.com/2011/07/saya-takut.html

Hmmm, related post ni semua hasil penulisan lelaki. Mungkin lelaki-lelaki ni jenis yang sedar tanggungjawab untuk menegur dan menyampaikan yang baik. Heee. Lagi 3 hari tinggal untuk makan di siang hari sebelum tiba Ramadhan. Selamat menyiapkan diri untuk beribadah dan berubah untuk kebaikan. :) Ayooo kita. Sekian wassalam.


87 comments:

  1. nak mintak post doodle last kt tumblr tq :P

    ReplyDelete
  2. suke entri ni. :) ye, memg la macam tu caranya yg pkai tudung & tak pkai tudung.tpi better kite ubah diri kt bermula dengan solat & aurat.

    ReplyDelete
  3. @MuNsYi SaMa
    sure sure. nanti boleh la nak reblog kt doodle tumblr yg dah lama tak update tu. heee XD

    ReplyDelete
  4. @❤NazirahMoktar❤
    betul tu. mulakandengan diri sendiri. #notetomyself =) thanks for reading this post ^^

    ReplyDelete
  5. entri yg sangat bagus.
    hmm... selalunya, kalau lelaki yg tegur, orang akan dengar dan cuba berfikir. tapi kalau perempuan yg tegur, dia x sempay fikir... yg dia fikir alasan utk larikan diri daripada ditegur.. so mula la kluar ayat2 "macam la pkai tudung tu baik sangat.".

    so, mana2 lelaki yg cuba approach utk tegur mereka adalah satu usaha yg sangat murni. :D

    ReplyDelete
  6. @Azah
    betullah tu. pernah dah kena sebelum ni. "macam lah awak tu pakai tudung betul sangat"
    nanti dalam post ni pun sure kena jugak. wuwu. bila lelaki tegur baru terasa sbb cm segan lah kot kan.

    thanks for reading. tak sangka org hebat pun baca. :)

    ReplyDelete
  7. nice one, dear.
    and cute doodle too ;)

    ReplyDelete
  8. @bubbles182
    wah kak jue pun datang baca. thanksss kak jue. masih belajar mendoodle. takde tablet. gune mouse je. wuwu.
    thanksss again :D

    ReplyDelete
  9. cik mili, sy suka nk sokong ap yg awk cpk tu.. ad betolnye jgk.. bertudung n terlampau ikotkn fashion, hancuss je tgk..

    ReplyDelete
  10. terbaik la entri ni..like it cikmilicomeyyyy.. :)

    tak perlu nak compare pakai tudung ke tak..yang ptg tahu bawa diri masing2.. :)

    ReplyDelete
  11. @sara zainol
    semua bendakalau kita buat secara berlebih-lebihan mmg xelok pn kan. so better be bersederhana. thanksss awak :D

    ReplyDelete
  12. @namaakulynn
    tulah pasal. tak bagus bab compare2 dengan org lain ni. benda yg paling baik adalah compare diri kita dengan kita punya previous to be better. thanksss lynnn. love you lah. <3

    ReplyDelete
  13. terasa macam malu pada diri sebab pakai tudung tapi tak tutup aurat. akan berusaha untuk menutup aurat,bukan untuk sesiapa tapi untuk diri sndiri. kasihan ayah kita, tanggung dosa anak2 dia T_____T

    nice entry mili, comel dudel, jelesss ! :D

    ReplyDelete
  14. @Liyana Lunia
    betul tu ynn. #notetoourselves kan. kesian kat ayah kita dan bakal suami kita nnt. wuwu. thanks for reading this. love u. <3

    ReplyDelete
  15. isu yg xpenah selesai.







    btw, comel gile doodle!

    ReplyDelete
  16. wuu..entri ni..

    sangat tepat dengan keadaan sekarang.

    ramai yg pakai tudung tapi tak tutup aurat #fact

    ReplyDelete
  17. isu tudung, isu yg tdk prnah selesai di akhir zaman ni.. nauzubillah...

    btw, comey gila doodle.. haha.. pndai buat..

    n thanx link ke blog sy... =)

    smoga kita semua mendapat keredhaan dan rahmat Allah.. insyaAllah..

    ReplyDelete
  18. entri yg best!!

    n doodle yg comelllll =)

    ReplyDelete
  19. ni macam dakwah scara comel. hee.
    sukaaa :D

    nak share boleh tak? :D

    ReplyDelete
  20. entri yg bgus dn menarik, siap doodle2 comel mmg menarik org mmbaca... seriously, kena tgok blik diri sendiri... tq! :D

    ReplyDelete
  21. one word : awesome! gud job sis! :D

    ReplyDelete
  22. kak mili, org pun ada tulis pasal tudung jugak. kak mili comel la ^^

    ReplyDelete
  23. @Farihah Ahmad
    isu ni akan selesai kalau hidayah tu boleh dpt dgn petik jari je. heee. thankssss :D

    ReplyDelete
  24. @Fina Fento
    #fact yg tak boleh disangkal lg. isu hangat mmg kena dgn diri sendiri gak sbb byk #terasa. heee. XD

    ReplyDelete
  25. @Solihin Zubir
    hobi mmg mendoodle n dah perasan isu ni dh lama org cakap. saja nak bangkitkan pasal isu ni versi doodle kalau dh versi perkataan dh ramai org buat. alhamdulillah blog anda byk membantu. thanksssss :D

    ReplyDelete
  26. @strawberry PinK
    ahaaa. still in learning process. anyway thanksss a lot :)

    ReplyDelete
  27. @Akim
    nak tahu tak ada quote ni

    "Don't compare yourself with others. Compare yourself with your past"

    utk improve diri sendiri je. alhamdulillah kalau dpt improve org lain jugak :)

    ReplyDelete
  28. @anish
    hai anish, thank you. awak pun comel jugak. share je. i don't mind as long as u do it with the proper manner; link me back. thanks anyway :)

    ReplyDelete
  29. @mimi fatin
    ahaaa. doodle tu hiasan utk topik ni. rasa mcm tak best lak buat entri kosong je sbb orang lain dah biasa buat cemtu kalau doodle belum lg. :)

    ReplyDelete
  30. @Nana Liyana
    yeah. i wanna be awesome like barney stinson. hahaha. thanksss yaw :D

    ReplyDelete
  31. @kesumaharyani
    haha. kebetulan kot. mmg ramai je dok ckp2 psl tudung skrg ni plus skrg byk gila trend bertudung. as long as cover aurah, sure anything can do. thanksss anyway :)

    ReplyDelete
  32. NAK jadi perempuan yang baik,dan menutup aurat.

    insyaallah.doakan saya =)

    ReplyDelete
  33. terima kasih atas entry nasihat dan menarik tu
    nasihat pada momoy juga
    satu lagi tertinggal "pakai tudung/ freehair tapi upload pose gedik2 dalam blog/ FB"

    "pakai tudung/ freehair bangga diri / muja diri dengan upload muka lawa dan comel dalam FB/ blog"

    ReplyDelete
  34. mili, suke sngt..sufy share kt fb ea..comel je doodle

    ReplyDelete
  35. dalam kategori perempuan bertudung, baik (tapi) tu...

    AKU NAMPAK HANA TAJIMBEK!

    ReplyDelete
  36. doodle comel doodle comel mili comel kekeke

    ReplyDelete
  37. @.::: Princess MOMOY :::.
    thanks momoy. yup. #noted that. mmg utk diri sendiri pun :)
    yeah so true. tertinggal lak fact tu. byk sgt benda nak sumbat dlm post ni. heee. nway tahnks for reading. :)

    ReplyDelete
  38. @Sufy
    hai sufy dah lama tak nampak. thanksss. sure sure :)

    ReplyDelete
  39. nice!! :)

    salam kenal, I'm nida from indonesia C:

    ReplyDelete
  40. @ARC™
    lol. mana satu hana tajimbek tu? yg hujung sekali tu kah? hahaha. :D

    ReplyDelete
  41. @nyna
    thanksss nyna. tgh bljr nak improve mendoodle gune mouse. susah gila. really2 need a tablet. wuwu.

    ReplyDelete
  42. @Nidaul Khusna
    hai Nida. Im from Malaysia. Wow, im glad that not only people from malaysia reading this post. thanks ye nida. salam kenal juga. :)

    ReplyDelete
  43. A very nice post.. & a gud reminder for myself also... :) anyway salam kenal..

    ReplyDelete
  44. behold, people! there's no need of being harsh. things can be said without the angry tone.

    good job. *applause*

    ReplyDelete
  45. @ciK LyndaWawa igUana
    well it is my hobby. cuma kena belajar nk improve bg lg lawa la. cm kaku je dudel ni sume. heee

    ReplyDelete
  46. @Safiyyah
    this is a reminder for myself too. thats why banyak i put #notetomyself because they really are. :)
    anyway thanks for reading. much love <3

    ReplyDelete
  47. @hanafijaafar
    yeah right. i didnt use any harsh tone here in this post. i guess i'm just saying what i need to say with a normal tone. hopefully. thanksss a lot :)

    ReplyDelete
  48. saya baru cek stats blog. eh asal ada reference from milimilo? KENAPA KENAPA?


    setelah menyiasat, ternampaklah link blog saya di blog list akak.




    terharu :')




    kartun-kartun akak memang comel. secomel orangnya. secomel awek Mr... eh eh. kthnksbye :D

    ReplyDelete
  49. comelnye doddle!!pernah tulis pasal tudung2 ni..tapi biase la..belog tak glemer bukan ade org nk bace pon..kui3..

    ReplyDelete
  50. salam kak mili.

    dah lme sy tggu ur doodle kat tumblr tu. bru skrg muncul. yeahh.

    selama ni sy silent reader je but then kali ni i like ur entri ni sgt. sbb ari tu pun sy buat entri psl pompuan yg freehair kutuk pompuan yg pkai tudung urban. tp cikai je entri tu.

    utk pompuan yg bertudung tp tak baik akhlaknya. at least die dah kuragkan dosa die kat part tutp aurat. and utk pompuan yg freehair tapi baik akhlaknya ttp tak lari dari dihukum Allah sbb tak ttp aurat kan. so plus minus same jelaa.

    thnx for sharing. sorry sbb pnjg sgt komen :)

    ReplyDelete
  51. @hamzah ian
    kau sebelum pakai tudung jangan lupa shave misai tu.bapuk gila duh. haha :D

    ReplyDelete
  52. @Keretapi
    ahaha. suka baca blog awak plus awak pun suka tulis pepanjang kan memang complete habis ah. pastu ada post himym ngan harry potter tu mmg suka gila kot.
    heee. thanksss. doodle ni still dlm proses nk improve. :D

    ReplyDelete
  53. @♥CIK SHA♥
    aiyak. sure ada orang baca punya. baca senyap2 mmg ramai kan. asalkan dpt sampaikan something kt org at least 1% pn dah ok :)

    ReplyDelete
  54. @zuri amani
    alamak, tumblr tu mmg dah lama tak update. wuwu. dah almost 2 bulan dah. apesal ntah xde mood tetibe nak bertumblr. insyaAllah bulan puasa ni try merajinkan diri.
    ahaaa, yg psl tudung urban tu ye, yup, plus minus sama je 2-2 so baik tmbhkan apa yg patut utk tutup yg kurang tu kan. anyway thanks for reading this and giving such an honest comment. :)

    ReplyDelete
  55. salam kak mili.

    im waiting for ur next doodle :)

    sila doodle banyak2. sekian terima kaseh.

    ReplyDelete
  56. phieuwwww!! isu yg sangat hot kn? memang pakai tudung tak leh nak nilai diri kan sekarang nie..

    ReplyDelete
  57. siapa kita untuk menilai seseorang itu.. walaupun macam mne seseorang itu skali pun.. jika dia melakukan semua kawajipan ALLAH.. hanya ALLAH yg berhak dan layak untuk menilai..

    ReplyDelete
  58. alahaiii..comel nye doodle =)

    ReplyDelete
  59. @zuri amani
    insyaAllah. harap2 berjaya merajinkan diri. thanksss awak :)

    ReplyDelete
  60. @laskar pelangi
    ha'ah. kan ada isu tudung tu cuma kain. start dr diri sendiri baru leh ubah. :)

    ReplyDelete
  61. @Anonymous
    yeah i knew it already. u wanna say even pelacur tp bg minum anjing dpt masuk syurga kan? got it.

    ReplyDelete
  62. @miss'ENH
    thank you awak.hopefully boleh improve day by day :)

    ReplyDelete
  63. wah, terbaik la n3 nih :) suke sgt2 :)

    ReplyDelete
  64. first tme dtg boleg ini. Nice post..

    thanx to Mr. K sebab bg link ini entry..

    =)

    ReplyDelete
  65. suka doodle perempuan yang pakai tudung sanggul tinggi tu, haha..

    ReplyDelete
  66. @cik AF
    terima kasih ye. harap2 beguna lah :)

    ReplyDelete
  67. @Clara
    ahaa. ye. thanks to u. and thanks to mr K too :)

    ReplyDelete
  68. @Ratu Lissa
    hahaha. epic tak? bukan sng nak buat sanggul tahu. :P

    ReplyDelete
  69. aku x setuju tentang entry tak pakai tudung (baik)....baik dipandang manusia sahaja....

    ReplyDelete
  70. pakai tudung tapi pakai legging (ketat) klau pakai untuk mandi dekat luar (waterworld ke pe ke)macam mane tapi pakai baju labuh tutup punggung?

    tu salah tak.

    hanya pertanyaan kecik :)

    ReplyDelete
  71. milimilo, saye minta share di blog yer. tapi tepek gambar jer. comel sungguh doddle itu.

    ReplyDelete
  72. 1st impression...Ayunya pakai tudung...:) 2nd impression up 2 u...

    Kiut doddle...saya suka...saya suka...(ala2 upin dan ipin). Ngeeee...

    ReplyDelete
  73. tapi kalau nak buat bini mak selalu pesan.."kalau nak cari bini,cari la yg pakai tudung"..he2

    ReplyDelete
  74. entry ni sgt menarik.. + comel.. :)

    ReplyDelete

SENYUM. Tak perlu kata apa-apa. SENYUM! :)