Monday, July 4, 2011

I Can't Draw So I Sing : Bo Amir Iqram



Artist : Bo. - Bedroom Sanctuary
Song : Lagu
Album : I Can't Draw, So I Sing

Hariku, harus dipenuhi dengan kehadiranmu sayangku
Fikiranku, hanya dipenuhi dengan senyumanmu
Alangkah indah jika dirimu sentiasa di sisiku sayangku
Berikanku hanya satu hanya satu lagu

Hariku, harus dipenuhi dengan kemanjaanmu cintaku
Fikiranku, hanya dipenuhi dengan suaramu divaku
Alangkah indah jika dirimu sentiasa di sisiku sayangku
Berikanku hanya satu hanya satu lagu



Tengah hari tadi masa tengah tolong mak dekat dapur, lepastu mak tiba-tiba panggil suruh datang dekat tv; Wanita Hari Ini, "Adik, cuba tengok rambut dia." Aku pun laju-laju pergi depan tv tengok, "Eh ni Bo. Wah dia masuk tv. Lagu dia best. Rambut dia memang macam ni mak. Aset penting dia. Heee."

Aku mula tahu pasal Bo sejak tahun lepas lagi, masa si Zahir bagi dekat Facebook suruh dengar. Aku dengar macam best je lagu "Lagu" ni terus tersuka dah buat jadi ringtone lagi siap. Haha. Aku syak Zahir suka Bo sebab rambut diorang lebih kurang. LOL. Boleh layan lah siapa suka lagu yang selow-selow takde jerit-jerit ni kan.

Ini masa interview dalam WHI tengah hari tadi. =)

Album "I Can't Draw So I Sing" ni adalah album kedua Bo: Bedroom Sanctuary. Ada sebelas lagu dalam album ni.
1.Secrets of Two
2.Lagu
3.Ten Agah
4.Pulanglah
5.I Like Red
6.Gadis
7.For Mums & Dads
8.Wo De Hua Yu Ge
9.Short 2
10.My (Malaysia)
11.Hapus

Album pertama Bo: Bedroom Sanctuary adalah "Gemini". Ada sebelas lagu jugak dalam album tu.
1.Malam Ini
2.Bubbly Bucktooth Bunny
3.Cheers 2007
4.Once Again
5.Clara Grau Tarragona
6.Something New
7.The View
8.Her Spiral Necklace
9.Shorty
10.False Hope, Maybe
11.You Learnt / Consequential Lovers
Banyak jugak lagu Bo ni yang boleh dilayan. Aku memang suka genre macam ni. Untuk album terbaru ni, aku paling suka lagu "For Mums and Dads". Kalau nak dengar lagu yang lain boleh dengar kat sini.

I can't sing, so I blog about you and your hair. Haha.
=)

16 comments:

  1. bo ni aku stat kenal masa tengok hooperz dan ahli muzik tu. pastu dia menang rancangan ape tah yang kat tv9 dulu yg yuna dan noh jadi juri. depa pun tabik bo ni.

    ReplyDelete
  2. kikiki ada jugak ayat last tu..
    hensem gk die ni wlupun rmbut dia camtu..

    ReplyDelete
  3. @oranglidi

    oh aku mmg lambat. tak tau pun pasal hooperz tu. tp bo ni mmg dah lama dah. ohsemmm. :D

    @rafiq
    tau takpe. rambut dia unik gila. sukaaaaa. XD

    ReplyDelete
  4. wahah..baru je dapat cd dia kelmarin dulu.

    lagu - lagu dia best :D

    ReplyDelete
  5. @fina

    wah dapat cd dia free ke? bestnye. heeee XD

    ReplyDelete
  6. aku 1st dgr 'Lagu' 2-3 bulan lepas kot..itupun dri video yg duk share2 facebook.

    ReplyDelete
  7. noticed brader ni pun dkt WHI tadi. aku sbg wanita biasa tnganga la jugak sbb dia hensem. tapi honestly mang xpenah kenal pon. and yes suara mmg sedap pung.


    *adakah jawapan aku bias sbb dia hensem? no comment :p

    ReplyDelete
  8. walaupun rambut die errr no words can describe..tapi muke die sgt cute..;p

    ReplyDelete
  9. @adziim
    ahaaa. lagu tu best sbb tu org dok share2 :D

    @farihah ahmad
    ko asyik puji dia ensem je maknenye ko agak bias la. hahaha. :D

    @cik sha
    kikiki. rambut tu lah identiti XD

    ReplyDelete
  10. Kite first time dgr lagu bo tajuknya LAGU. Masa dia audition tuk kawanku bintang coca cola TV9!

    Jatuh hati! ;))

    And dia jadik juara tuk rancangan tu. Now, lelagu dia banyak main dkt FLyfm ! Bestt!

    ReplyDelete
  11. baru tau pasal org ini.hehehe.tenkiu mili kenalkan.hahaha.nak stalk rmbut dia laa.haha

    ReplyDelete
  12. @dilakochan
    ha'ah lah baru perasan yg dia menang kawanku bintang coca cola tv9. tak pernah tengok pun rancangan tu. heee memang sumpah best XD

    @meo
    haha. comel la tambah2 tang rambut. :D

    @lynn
    haha. rare gila rambut dia. ohsemmm kot. bkn sng nak jaga rambut cemni. theeee. XD

    ReplyDelete
  13. tertengok lagu tu kat TV kot. lupa lak

    cool rambut dia

    ReplyDelete
  14. @kapten
    mmg serious cool rambut dia. haha. rasa mcm nak buat 1.

    ReplyDelete
  15. boleh tolong saya..??
    saya nak layan lagu mums and dads tapi
    anyone can give me the complete lyric..??
    Someone..?? =)

    ReplyDelete

SENYUM. Tak perlu kata apa-apa. SENYUM! :)