Saturday, December 31, 2011

Final Exam: 1 Down, 6 More To Go Next Year



Assalamualaikum w.b.t.

Kalau dekat Twitter ke Facebook ke, mesti semua orang pun tahu ada 1 #lamejoke pasal new year yang berbunyi:
"PERINGATAN AKHIR TAHUN 2011: Jangan ke toilet pada Sabtu 31/12/11 pukul 23:59 kerana anda akan keluar pada tahun depan."
Lepastu bila tengok jadual final exam aku, baru perasan, aku start exam 2011, first paper tadi and akan sambung lagi 6 paper tahun depan. So, habis exam pada tahun depan. Lama gila exam. :O Wheww. Cey, sebut tahun depan macam jauh padahal dekat sangat dah dekat sangat ni. Matilah.

Memang otak kena bekerja keras sikit sem ni nak bergilir-gilir tukar nama cases dan sections yang dihapal. Mungkin kena tumbuk otak rendam dalam liquid paper dan clorox macam Iz nak buat. Sadis. Paling rasa berdosa bab hafal ayat Quran. Memang banyak gila ayat dihafal untuk support jawapan tapi bila habis exam, terus lupa ayat tu sebab nak ganti dengan hafal ayat lain pulak. Isk, teruk gila. (╥_╥)


Ada orang kan, dia cakap yang dia tak suka tengok muka aku bila senyum sebab nampak pelik sangat. Aku kan tak pandai nak senyum nampak gigi. Aku bukan muslimah fotogenik macam Neen. So, aku kecik hati dengan orang tu lalu aku bertekad lepas ni kalau ambik gambar, jangan harap aku nak senyum. Nak buat muka paling ketat dalam alam semesta ni macam nak cari gaduh biar orang yang dah kecikkan hati aku tu menyesal sebab dia kata aku senyum pelik. 

Tapi sebab fikir aku berdosa lagi banyak dari dia kalau berkecik hati, so aku malas la nak kecik-kecik hati sangat. Lek-lek sudah. Tapi, betul ke dosa orang yang berkecik hati lagi besar? Tengok lah nanti kalau aku rasa nak senyum balik. Lagipun, aku teringat satu quote ni yang membuatkan aku rasa aku patut senyum:
"Senyuman adalah penipu yang paling baik. Penipu yang menyembuh. Penipu yang melindungi. Penipu yang tak pernah berdosa, malah melimpah-ruahkan pahala berganda-ganda." - @adledash


Sem 5 di UIA kali ni banyak jugak benda-benda yang terjadi yang patut dijadikan sebagai "guru" terbaik dan pengajaran dalam menguatkan lagi diri untuk menjalani kehidupan. Disebabkan dikelilingi kawan-kawan tersayang ni semua yang manis-manis belaka, yang selalu cuba pujuk bila aku menangis walaupun dah pesan, orang menangis jangan dipujuk sebab nanti makin teruk dia menangis. Tetap jugak cuba pujuk sambil buat lawak. Sebab tu aku boleh gelak sambil nangis. Heee.

Apapun berdoa sangat-sangat janganlah ada tersangkut apa-apa paper untuk sem ni. Taknak grad lambat. Nak konvo sama-sama dengan kawan-kawan ni semua. Doakan aku, doakan kawan-kawan aku dan semua yang nak exam ni ya. Terima kasih tau. :')
"Yang merosakkan hidup kita kebanyakannya adalah dari fikiran negatif kita sendiri. We are what we think. Kalau kita fikirkan perkara yang positif, dan sebarkan perkara yang positif, pastinya kita dan kehidupan sekeliling kita malah seluruh dunia akan gembira." -adledash



Ni antara berita-berita menarik yang berlaku di UIA minggu exam ni. - ambil dari IIUM Online

Oklah. Sempena entri terakhir untuk tahun ni dan sebagai penutup 2011 ni, nak mintak maaf sangat-sangat dengan semua. Maaf sebab banyak buat salah. Secara sengaja ke tak sengaja ke. Maaf ya. Dan Selamat Tahun Baru 2012. Akhiri 2011 dengan Alhamdulillah dan mulakan 2012 dengan Bismillah. Semoga diberkati Allah selalu. Amin. =')

Saturday, December 17, 2011

Yang Mana 1 Idaman Kalbu? @IniAnwarHadi atau @MatLuthfi90

Ini sampul doodle untuk Anwar dan Mat. Isi kat dalam terlupa pulak nak ambik gambar.
Alhamdulillah harini, 17 Disember 2011, hari bersejarah untuk tahun ini sebabnya aku berjaya bertentang mata dengan 2 youtubers awesome yang jadi fenomena kat Malaysia ni, iaitu; Anwar Hadi dan Mat Luthfi. Macam mimpi je rasa. Rasa segan memula sebab join private event orang tapi nasib baik semua pun very welcoming, alhamdulillah. =')

Private event Luncheon ni sebenarnya anjuran family Anwar Hadi kat Reflesia Chicken Hut, The Mall. Macam mana aku boleh sesat kat event ni? Hah tulah rezeki Allah nak bagi. Syukur sangat. Walaupun sangatlah tiba-tiba and last minit dapat invitation ni. Redah je datang walaupun malu. Aku ingatkan dapat jumpa Anwar je tapi rupanya Mat pun dijemput jugak. Tapi instinct aku macam tahu-tahu je Mat ada kat sini, tu yang aku sempat doodle untuk diorang berdua. Heeee.


[Caption gambar] Mat tengah korek tengok isi dalam sampul doodle yang aku bagi kat dia. Anwar pulak biarkan je sampul tu atas meja. Anwar pergi ke meja lain and terlupa nak ambik sampul doodle tu, so, aku simpan balik doodle tu dalam beg aku. 

Last-last nak tahu apa jadi? Mat terhilangkan sampul tu. T_T *takpelah sebab tak penting pun isi dia* And Anwar pulak, ternampak sampul tu dalam beg aku, so dia mintak balik. Tak tahulah doodle Anwar tu masih hidup ataupun dah hilang jugak macam Mat. Heee.

Silap aku jugk sebenarnya yang pi bagi sampul tu awal-awal kat depa. Patutnya aku hulur masa nak balik. Tapi sebenarnya, bagus jugak kalau diorang hilangkan. Sebab doodle yang aku bagi tu buruk amat kes last minit punya pasal and aku rasa menyesal sebenarnya bagi doodle buruk macam tu kat orang. Lainlah kalau aku buat doodle yang cantik gila dengan 100% effort, and diorang 2 orang hilangkan, memang kecewa lah sikit. Hihi.

Anwar tengah sain autograp untuk aku dengan penuh ketekunan. Hehe.
Mat pulak cakap yang dia tak pernah sain autograp so dia taktau nak tulis apa.
Haih Mat ni tak reti dok diam habis goyang gambaq.

Hasil autograp dari depa 2 orang. Tengok sekali pun aku dah tau dah yang mana 1 yang serius yang mana 1 kuat main. Hahaha. Mat ni nervous ka apa aku pun taktau sampai tulis tarikh pun salah. Adoyai. Pastu dia suruh aku get ready nak tolong jadi lawyer dia kalau dia kena saman dengan KRU. Refer video Matluthfi90 *rant on lagu* yang dia ada kutuk lagu KRU - 3 Kata dengan lagu Forteen - Berdua Bersatu. Kelakaq gila. Haha.


Tudia Ini Anwar Hadi with new haircut (kot)
He's a very nice and humble guy. Ada gaya future leader in Malaysia insyaAllah Amiinn. =D

This is Pak Man aka Uncle @mansahoca Watak utama yang menjayakan event petang ni. Kalau tak disebabkan Uncle yang invite, mestilah tak merasa nak jumpa dengan anak dia yang awesome dan kawan anak dia yang loqlaq itu. Heee. Uncle sumpah sporting gila. Macam-macam cerita lah kitorang dengar dari uncle. Kuat melawak jugak. Haha. Sempoiii. Memang salute habis lah. Boleh dapat award "the coolest dad on earth". Hehehe. Boleh dikatakan, semua yang datang harini memang Uncle layan elok gila. Terharu. Thank you Uncle and Auntie. Really really appreciate this. :')

Dan dapat berkenalan dengan kawan-kawan baru. @MiraAhmad & @AqilaAini.
Dari kiri: Sya Latif dan Hajar Fatini; student Form 2 yang menjadi admin kepada page "Kami Peminat IniAnwarHadi"
Ok. Bila ambil gambar dengan budak Form 2, terasa diri menjadi tinggi. LOL. XD
with Syafiqah. The only person yang mengaku pernah baca blog ni. Trimasss :')
Anwar dan Mat dipaksa duduk atas kerusi supaya masalah "ketinggian" orang-orang pendek dapat diatasi.  Hahaha.
Muka terpaksa. Nampak dak. Aku sorang ja excited. XD
Hai.
Okbai last gambaq nak balik dah time ni. Thanks for the day. Muahaha. :D

So, anyone yang free Ahad 18 Disember, jemputlah datang ke PWTC untuk berjumpa dengan Anwar dan Mat dan artis-artis lain dekat event pelancaran tv 1 Malaysia tu ya. K. Assalamualaikum. =)


Related post:
http://milimilo.blogspot.com/search/label/inianwarhadi
http://milimilo.blogspot.com/search/label/matluthfi

Friday, December 9, 2011

Now Everyone Can Doodle - Doodle Tutorial Using Paint Tool SAI


Assalamualaikum. Alhamdulillah, sekarang ni dah 1000 orang yang like page Satu Hari Satu Doodle setelah hampir 4 bulan bermula dari doodle puasa dulu. Hehe. So bersempena dah ramai yang menyokong doodle aku yang huduh ni, aku nak bagitahu beberapa perkara:

#1 Sebenarnya, doodle atas kertas lagi senang daripada doodle guna mouse kat komputer. 
#2 Doodle ni boleh di-improve kalau rajin praktis. 
#3 Idea boleh datang secara tiba-tiba bila tengok environment or doodle orang lain tapi bukan tiru. Jadikan sumber inspirasi cukuplah. 
#4 Setiap orang ada identiti doodle dia sendiri. Sebab tu doodle kadang-kadang nampak sepesen. And kalau bosan, dia akan cuba ubah gaya baru. Try and error. Try and succeed. 
#5 Orang kata benda kalau dah minat, menghadap 24/7 pun tak ada masalah. Tapi kalau penyakit malas dah datang, minat macam mana pun, cannot go. So, keyword penting; kena RAJIN dan ISTIQAMAH.


Bersempena 1K pengelike, aku rasa berbaik hati nak bagitahu tutorial untuk men-doodle guna Paint Tool SAI (Full version, full function software. Bukan trial) dan Photoscape. Kalau tak ada Paint Tool SAI silalah download sebab ianya sangat user-friendly. Memang dah ramai yang tahu. Tapi untuk yang tak tahu, lepas ni, boleh lah korang doodle comel-comel sendiri kan kan? =)


















Banyak lagi function Paint Tool SAI ni sebenarnya tapi aku bagitahu yang basic cukuplah kan. Sebabnya, aku pun pandai basic je. Kalau nak advance sikit, kena explore sendiri. Dekat youtube ada banyak gila tutorial guna Paint Tool SAI.

Dan mostly doodler akan guna Paint, Paint Tool SAI, Adobe Photoshop, Adobe Illustrator dan kalau yang lagi advance tu, macam-macam lah lagi software yang ada kan?

Dulu, sebelum pandai guna Paint Tool SAI, aku doodle guna Paint je. Haha. Sumpah kelakar bila tengok doodle zaman awal-awal dulu. Dengan senget bengetnya. Main hentam je.

Dulu main hentam je saiz brush lepas tu tangan asyik parkinson lah pulak kan. Untuk pengetahuan, semua doodle aku ni guna mouse je.

Sebenarnya, aku lagi suka sketch doodle dalam buku. Aku ada banyak buku penuh dengan doodle. Bila aku rajin sikit baru aku transfer ke komputer. Tapi selalunya malas, sebab tu jarang ada doodle baru. Buat koleksi buku doodle jelah. :)

Apapun, harap-harap basic tutorial aku ni membantu sedikit sebanyak sesiapa yang minat mendoodle tu. Selamat mendoodle. Semoga boleh menjadi doodler awesome seperti mereka-mereka (You Know Who)

Antara doodler dari Malaysia yang aku rasa awesome:

Rasanya banyak lagi yang ada sampai tak ter-list-kan. Siapa ada list doodler dari Malaysia lagi, silalah bagitahu. Boleh menambahkan komuniti. Heee. Terima kasih pada yang terus menyokong. *lap air mata* Daaaa.


Wednesday, December 7, 2011

#WordyWednesday - Puisi untuk Isteri via @ZahirilAdzim @SheraAiyob

"Aku pasti punya masalah tiap kali ingin menulis puisi buatmu.
Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat dari kata-kata yang akan terkeluarkan.
Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.
Dan hari ini kau telah menjadi isteriku.
Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar, Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,
Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit, Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,
Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.
Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri, Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,
Bahaya, ancaman di mana-mana. Tapi selagi kau dalam dakapanku,
Aku berjanji akan menjagamu. Setiap saat dan waktu,
Setiap siang dan malam, Setiap guruh dan hujan,
Setiap panas dan terik. Setiap nafasku.
Aku sering menadah telapak tangan dan memohon pada Tuhan agar kau, bukan sahaja menjadi isteriku tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala.
Isteriku, Selamat datang ke hidupku,
Selamat menjadi isteriku, Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak,
Selamat menjadi menantu ibu bapaku, Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku.
Selamat menjadi keluargaku, Selamat menjadi pelengkap hidupku.
Selamat menjadi separuh dari aku.”


credit to: http://hafizatan.net/?p=541

Puisi dari Zahiril Adzim untuk isteri tercinta, Shera Aiyob. Puisi yang penuh dengan emosi. Memang boleh nangis kalau baca puisi ni dengan penuh perasaan. Indah sangat. Lagi indah bila dibacakan oleh sang suami. Wuwuwu. Nak kahwin jugak. Nak merasa jadi isteri. Hehe. K. Berangan je lah. Jauh lagi. Sebab belum bersedia. Tapi, sumpah ini sangat indah. =')


Mendoakan mereka. :')

"Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami"

Lagu untuk isteri yang ini pun indah juga. Heee. Untungnya kalau dah bergelar isteri. Sebut perkataan isteri pun rasa sayu je tetiba. Terasa dihargai. :')


Monday, December 5, 2011

Roomate's Bussiness

Assalamualaikum. Hello reader(s). *Lelambai tangan* Wuwuwu. Lamanya tak bukak blogspot ni. Awkward gila rasa. Bagai mati hidup semula. Kehkeh. Tak ada benda nak diupdate pun sebenarnya. Saja gatal-gatal tangan masuk dashboard tadi. So, till then. Bye-bye.




Ok. Melawak ja. Ada benda nak cerita sikit ni. Sebenarnya sejak dua menjak ni, roomate-roomate aku semuanya dah sibuk dengan bisnes masing-masing. Baru berjinak-jinak. Memang dah macam part-time student dah budak-budak ni sebab ke sana-sini sibuk uruskan bisnes. Aku mampu jadi tukang tengok je. Nak tolong tak reti.

Tinggallah aku sorang-sorang dalam bilik ni yang tak pandai berbisnes dan terus rasa macam melukut di tepi gantang sebab terpinggir sorang-sorang. Hina gila rasa bila tengok diorang semua ni dah pandai cari makan sendiri, bukak bisnes, pusing modal, dah tak mintak duit mak ayah. Aku sorang je masih di takuk lama. Wuwuwu. Sedihnya rasa.

Lepastu, diorang ni akan sentiasa tak ada di bilik sebab keluar pergi ambil stock, pergi hantar barang kat customer, pergi berbisnes dengan artis, (Aida Khalida misalnya) etc. Aku ni tak ada kerja nak dibuat duduk sorang-sorang dalam bilik. Nak study sorang-sorang pun, fikiran jadi melayang entah ke mana sebab aku ni jenis suka study beramai-ramai. 

So, ada lah sikit masa untuk aku mengenang nasib lalu terasalah forever alone sekejap dan aku ambik keputusan untuk tulis entri ni. Nampaknya, ini je lah yang aku pandai buat. Bab meniaga-niaga ni aku tak pandai. Wuwuwu lagi. =(

Oklah. Cukup-cukuplah tu mengenang nasib malang ni. By the way, dah alang-alang cerita pasal roomate-roomate aku ni, apalah salahnya aku promote bisnes diorang sekali. Untung-untung nanti dah maju bisnes diorang, boleh aku claim komisen. Kehkeh. Kbai.



"Jangan fokus atas apa yang orang lain boleh buat dan kau tak boleh, tapi fikir yang terbaik apa yang kau boleh buat tapi orang lain tak boleh." - AGCOCO






Hmm, kalau dah berbisnes tak pandai, apa je yang aku pandai eh? Belajar pandai-pandai jelah Mili ye. Wuwu. K. =')

Wednesday, November 9, 2011

Kenapa Saya Suka Lagu Indonesia



Lirik Ya Sudahlah by Bondan Prakoso & Fade To Black (OST Sinetron Nada Cinta)

Ketika mimpimu yang begitu indah
Tak pernah terwujud ya sudahlah
Saat kau berlari mengejar anganmu
Dan tak pernah sampai ya sudahlah (hmmm)

Apapun yang terjadi
Ku kan slalu ada untukmu
Janganlah kau bersedih
Coz everything’s gonna be OKAY

Yo. Satu dari sekian kemungkinan
Kau jatuh tanpa ada harapan
Saat itu raga kupersembahkan
Bersama jiwa, cinta, cita dan harapan

Kita sambung satu persatu sebab akibat
Tapi tenanglah mata hati kita kan lihat
Menuntun ke arah mata angin bahagia
Kau dan aku tahu jalan selalu ada

Juga ku tahu lagi problema kan terus menerjang
Bagai deras ombak yang menabrak karang
Namun ku tahu ku tahu kau mampu tuk tetap tenang
Hadapi ini bersamaku hingga ajal datang

Saat kau berharap keramahan cinta
Tak pernah kau dapat ya sudahlah
Yeah dengar ku bernyanyi lalalalalala
Heyyeye yayaya dedudedadedudidam hmm
Semua ini belum berakhir

Apapun yang terjadi
Ku kan slalu ada untukmu
Janganlah kau bersedih
Coz everything’s gonna be OKAY

Satukan langkah langkah yang beriring
Genggam hati rangkul emosi
Genggamlah hatiku satukan langkah kita

Sama rasa tanpa pamrih
Ini cinta across the sea
Peluklah diriku
Terbanglah bersamaku
Melayang jauh (come fly with me, baby)

Ini aku dari ujung rambut menyusur jemari
Sosok ini yang menerima kelemahan hati
Yea aku cinta kau (ini cinta kita)
Cukup satu waktu yes (untuk satu cinta)

Satu cinta ini akan tuntun jalanku
Rapatkan jiwamu yo tenang disisiku
Rebahkan rasamu untuk yang ditunggu
Bahagia hingga ujung waktu

Apapun yang terjadi
Ku kan slalu ada untukmu
Janganlah kau bersedih
Coz everything’s gonna be OKAY
***************************

Lirik lagu Ya Sudahlah ni sangat indah. Sangat penuh dengan motivasi. Very inspiring. Baru sekali dengar je, terus rasa macam nak dengar lagi dan lagi. Asyik ulang pun tak bosan dengar. Muzik dia pulak rancak and catchy so memang best.

Lagu ni mengajar kita untuk tak mudah berputus asa dalam nak mengejar sesuatu impian tu. Memang lagu ni boleh memberi semangat tahu tak? Dan lagu ini juga mengajar untuk bertenang bila menghadapi masalah. Jangan kelam kabut, sebab masalah takkan selesai kalau macamtu kan?
"Juga ku tahu lagi problema kan terus menerjang
Bagai deras ombak yang menabrak karang
Namun ku tahu ku tahu kau mampu tuk tetap tenang
Hadapi ini bersamaku hingga ajal datang"
Apa yang saya perasan lah kan, lagu-lagu dari Indonesia banyak lirik dan melodinya sangat indah, sangat catchy, sangat syahdu dan menyentuh perasaan. Lirik yang sungguh-sungguh bermakna. Bukanlah nak kata semua lagu Indonesia bagus-bagus. Tapi kebanyakannya memang bagus. Lebih daripada separuh lagu Indonesia sangat-sangat best untuk selalu didengar.

Lagu Malaysia mungkin lah ada liriknya yang syahdu dan catchy tapi susah nak cari. Memang ada lagu Malaysia yang best tapi tak sebanyak Indonesia. Buktinya, banyak drama dan rancangan TV di Malaysia yang guna lagu-lagu dari Indonesia.

Lagu Malaysia yang best pun cuma lagu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang punya lagu ada jugaklah yang best tapi kebanyakannya macam main asal siap je. Ish ish. Bila rushing sangat buat lagu, tu lah kot puncanya bila orang dengar, tak sampai kat hati. Tolonglah improve wahai industri muzik Malaysia.

Bila dah banyak drama tempatan yang import lagu dari Indonesia, tak ada ke komposer Malaysia ni terfikir nak buat lagu-lagu yang unik sikit. Lagu yang menyentuh hati. Contohnya, walaupun artis tu bukan artis nasyid tapi boleh nyanyi lagi ketuhanan ke? Tengok macam Afgan, bukan artis nasyid, tapi lagu ketuhanan yang dia nyanyi sumpah menusuk qalbu. Harap-harap lepasni komposer Malaysia akan kreatif lebih sikit. :D


Lagu Pada Mu Ku Bersujud by Afgan. Fuh, boleh mengalir air mata dengar lagu ni. Sangat menusuk kalbu. Lirik bermakna. Muzik dia syahdu. Suara sedap sangat. =')

Kalau di Malaysia ni, asal lagu ketuhanan/kerohanian je, mesti kumpulan nasyid yang nyanyi. Klise. Hafiz punya lagu boleh tahan jugaklah. Yuna pun. Tapi tak ramai sangat yang betul-betul berkualiti. Come on. Buatlah lagu yang bagi orang semangat. Positive. Ya sudahlah!

Harap-harap nanti akan ada improvement. Kalau boleh nak dengar lagu yang lari sikit dari konsep klise Malaysia tapi susah nak jumpa kan? Kalau Indonesia boleh, kenapa Malaysia tak boleh? Padahal bahasa kita kan lebih kurang je.

Walaupun saya orang Malaysia, saya sangat suka lagu Indonesia. Walaupun Indonesia asyik nak Ganyang Malaysia, saya tetap suka Indonesia. Cari yang positif-positif jelah. Buat apa nak gaduh kan? Diri sendiri yang penat nanti.  Lagipun kita kan serumpun. Terima kasih kerana lagu-lagu kalian banyak yang berjaya menyentuh jiwa. Teruskan memberi inspirasi. =)


Ini antara lagu-lagu Indonesia yang saya minat sangat-sangat:

Opick - Rapuh
Opick - Astaghfirullah
Opick ft Amanda - Maha Melihat
Wali Band - Ya Allah
Wali Band - Baik-Baik Sayang
Wali Band - Tobat Maksiat
Hijau Daun - Suara Ku Berharap
Melly Goeslow - Ketika Cinta Bertasbih
Rossa - Ayat-Ayat Cinta
Peter Pan - Tak Bisakah
Shiela on 7 - Berhenti berharap
Samsons - Kenangan Terindah
Afgan - Pada Mu Ku Bersujud
Afgan - Terima Kasih Cinta
Ungu - Andai Ku Tahu
Ungu - Percaya Padaku
Dadali - Di Saat Ku Mencintaimu
Zivilia - Aishiteru
Sigma - Istikharah Cinta
Edcoustic - Muhasabah Cinta
Pasha - Ku Pinang Kau Dengan Bismillah
Anggun - Berganti Hati
Ada Band - Surga Cinta
ST12 - Kebesaranmu
Yuni Shara - Sepi
Indah Dewi pertiwi - Di Atas Satu Cinta
Astrid - Tentang Rasa

Dan banyak lagilah. Tak mampu nak senaraikan semua. Yang pasti memang banyak lagu Indonesia yang jadi kegemaran di sini Malaysia. Kualitinya bagus-bagus. Harapnya Malaysia boleh improve. Moga nanti Malaysia pun ada lagu yang betul-betul menusuk kalbu rakyat Indonesia juga. Peace. :D




Friday, November 4, 2011

Birthday Pranks

Happy Birthday!!! =)
Selalunya kan, kalau setiap kali sambutan birthday, mesti akan ada kejutan yang tak dijangka-jangka. Contohnya macam:
#1 Kena baling tepung dan telur
#2 Kena baling kek
#3 Kena buli
#4 Handphone kena sorok
#5 Surprise birthday party
#6 Pura-pura terlupa wish
#7 And etc

Sebab tulah sesetengah orang lagi rela bila tak ada orang tahu bila tarikh sebenar birthday dia. Tambah-tambah kalau orang tu bukan jenis sporting and jenis tak tahan kena prank. Sampai boleh nangis pun ada tau. Either, menangis terharu or menangis geram. Hik. Tapi selalunya lelaki je yang kena prank teruk-teruk time birthday. Perempuan jarang lah nak kena prank ganas-ganas ni. Paling teruk pun kena tipu je kot?

Setakat ni, masa birthday aku, tak pernah lagi lah kena prank yang dahsyat. Biasalah perempuan. Nak melawak kasar pun ada batas tahu? Tapi, aku banyak kali jugak lah pernah terlibat dalam prank birthday kawan-kawan ni. 

Sebenarnya, kawan-kawan buat prank birthday bukannya sebab nakal je. Cuma nak bagi birthday girl/boy tu memori yang paling "indah" sekali. So, nanti bila dia dah tua, bila nak rindu rinduan, bolehlah masukkan memori birthday yang dia terkena prank dalam list. Hik.

Dulu masa 2008, untuk birthday Eah, kitorang pernah kenakan dia agak teruk tapi versi sopan. Eah ni jenis ada banyak gila kasut masa dekat Asasi dulu. Dalam berbelas pasang jugaklah. Kitorang sorok semua kasut yang dia ada. Bila pagi dia nak pergi class, dah menggelabah ayam dah cari kasut tak jumpa. Tapi lucky her, sebab dia ada satu lagi kasut yang kitorang tak tahu pun itu kasut dia.

Lepastu, malam birthday dia, bila nak pulangkan kasut dia tu, kitorang bukan bagi macam tu je terus 1 beg tu. Kitorang lukis anak panah atas kertas A4, lead the way untuk setiap pasang kasut. Kitorang letak dekat macam-macam tempat sepanjang hostel tu. Eah pun kena lah kutip setiap pasang kasut tu ikut anak panah yang ada. Bila sampai dekat kasut yang terakhir, kitorang semua dah ready dengan kek semua.  Dia memang terkejut lah kan. Dah nama pun surprise. Bila aku cerita ni nampak macam tak best, tapi masa kejadian ni dulu, memang happening. Hik.

So, kalau nak cari alasan untuk kenakan kawan-kawan, carilah time birthday dia. Kalau terlupa tarikh tu, memang tak dapat nak tolong ah. Tapi kena ingat, bila birthday kau nanti, kau mungkin akan terkena balik. So, berjaga-jaga. Tambah-tambah bila kena prank dengan dahsyat. Apapun, untuk yang terkena prank tu, jangan simpan dalam hati ye? =)

Monday, October 24, 2011

Stabaz and Convest IIUM 2011




6 Oktober sampai 10 Oktober; ada Stabaz (Stall and Bazaar) dengan Convest (Convocation Fiesta) dekat UIA. Acara wajib setiap tahun.

Setiap kali ada Stabaz, memang nak taknak student UIA kena jugak turun dekat tapak Convest Hill ni sebabnya cafe dekat mahallah akan tutup. Benda paling terbaik yang dijual dekat Stabaz kali ni aku rasa adalah takoyaki dengan cendawan goreng macam-macam perisa ada black pepper, BBQ, spicy and original. Memang dalam 1 hari tu, 5-6 kali ulang alik dok beli benda alah tu je. Sumpah sedap.

Bila ada event macam ni dekat UIA, time ni lah nak ajak kawan-kawan bukan UIA datang melawat kan. Barulah meriah sikit. Tahun ni tahun ke-3 Stabaz tapi tahun ni lain sikit sebab aku dan kawan-kawan plan nak bukak booth meniaga baju, skirt dengan aksesori perempuan.

Barulah tahu susah senang nak jadi peniaga. Macam-macam dugaan. Dok terfikir jugak lah, macam mana perasaan orang yang hari-hari meniaga. Mesti penat gila kan. Perasaan paling best bila ada orang beli barang yang kita jual tanpa tawar harga. Hehe. 

Aku ada jual 5 baju-baju terpakai aku, semua habis di beli. Tapi aku tak sempat tengok muka-muka orang yang beli pre-loved items aku tu. Agaknya, kalau aku tengok muka orang yang beli, mesti tiba-tiba aku rasa tak sampai hati nak jual kot. So, tak pelah. Semoga barang-barang aku tu selamat dengan owner baru. =)




Untuk sewa 1 booth besar sempena Stabaz, harganya RM750. Kitorang bayar kongsi ramai-ramai lah. Sebelah booth kitorang, ada uncle jual selipar. Sebelah lagi satu ada abang-abang jual buku-buku ilmiah dan novel. Boleh tahan meriah jugaklah suasana booth kitorang sepanjang Stabaz ni. Tak putus-putus orang masuk. Kalau diorang tak beli pun, diorang akan datang usha-usha barang. Kira ok lah untuk newbie kan.

"Hello, we are pre-loved items. We need new owner. Heeee. :P"

Oh, masa Convest haritu, kebetulan ada 3 orang senior yang berkonvokesyen. Kak Arina, Kak Fana dan Munsyi. Tahniah untuk semua senior yang dah selamat berkonvo. Bestnyelah tengok suasana konvo. Rasa macam tak sabar nak konvo jugak. Lambat lagilah tapi. Jauh lagi perjalanan ni. Heee.

Ini cupcake khas dari Mili & Neen untuk para seniors.
Peluk cium untuk Kak Arina tersayang. Tahniah akak. Sumpah best dapat kenal dengan akak. Seorang yang friendly, pendengar yang baik, penasihat yang baik dan sangat semangat orangnya. Heee. 
Tahniah semua. Selamat bekerja. Dapat gaji jangan lupa adik-adik dekat UIA ni. :)
Curi gambar ni dari FB Kak Arina. Awesome kan shot ni. Nak jugak.
Okbai tu je kalini. Selamat Malam.