Monday, October 24, 2011

Stabaz and Convest IIUM 2011




6 Oktober sampai 10 Oktober; ada Stabaz (Stall and Bazaar) dengan Convest (Convocation Fiesta) dekat UIA. Acara wajib setiap tahun.

Setiap kali ada Stabaz, memang nak taknak student UIA kena jugak turun dekat tapak Convest Hill ni sebabnya cafe dekat mahallah akan tutup. Benda paling terbaik yang dijual dekat Stabaz kali ni aku rasa adalah takoyaki dengan cendawan goreng macam-macam perisa ada black pepper, BBQ, spicy and original. Memang dalam 1 hari tu, 5-6 kali ulang alik dok beli benda alah tu je. Sumpah sedap.

Bila ada event macam ni dekat UIA, time ni lah nak ajak kawan-kawan bukan UIA datang melawat kan. Barulah meriah sikit. Tahun ni tahun ke-3 Stabaz tapi tahun ni lain sikit sebab aku dan kawan-kawan plan nak bukak booth meniaga baju, skirt dengan aksesori perempuan.

Barulah tahu susah senang nak jadi peniaga. Macam-macam dugaan. Dok terfikir jugak lah, macam mana perasaan orang yang hari-hari meniaga. Mesti penat gila kan. Perasaan paling best bila ada orang beli barang yang kita jual tanpa tawar harga. Hehe. 

Aku ada jual 5 baju-baju terpakai aku, semua habis di beli. Tapi aku tak sempat tengok muka-muka orang yang beli pre-loved items aku tu. Agaknya, kalau aku tengok muka orang yang beli, mesti tiba-tiba aku rasa tak sampai hati nak jual kot. So, tak pelah. Semoga barang-barang aku tu selamat dengan owner baru. =)




Untuk sewa 1 booth besar sempena Stabaz, harganya RM750. Kitorang bayar kongsi ramai-ramai lah. Sebelah booth kitorang, ada uncle jual selipar. Sebelah lagi satu ada abang-abang jual buku-buku ilmiah dan novel. Boleh tahan meriah jugaklah suasana booth kitorang sepanjang Stabaz ni. Tak putus-putus orang masuk. Kalau diorang tak beli pun, diorang akan datang usha-usha barang. Kira ok lah untuk newbie kan.

"Hello, we are pre-loved items. We need new owner. Heeee. :P"

Oh, masa Convest haritu, kebetulan ada 3 orang senior yang berkonvokesyen. Kak Arina, Kak Fana dan Munsyi. Tahniah untuk semua senior yang dah selamat berkonvo. Bestnyelah tengok suasana konvo. Rasa macam tak sabar nak konvo jugak. Lambat lagilah tapi. Jauh lagi perjalanan ni. Heee.

Ini cupcake khas dari Mili & Neen untuk para seniors.
Peluk cium untuk Kak Arina tersayang. Tahniah akak. Sumpah best dapat kenal dengan akak. Seorang yang friendly, pendengar yang baik, penasihat yang baik dan sangat semangat orangnya. Heee. 
Tahniah semua. Selamat bekerja. Dapat gaji jangan lupa adik-adik dekat UIA ni. :)
Curi gambar ni dari FB Kak Arina. Awesome kan shot ni. Nak jugak.
Okbai tu je kalini. Selamat Malam.

9 comments:

  1. laaaaa..kak mili nye booth ke..tp slalu lalu xpnah plak nampak..tepat kak mili takde..huhuhu..

    tp ade skali nmpk kak mili jln ramai2 nk pi mkn..fuhh..geng kak mili cam diva ohhh..
    =)

    ReplyDelete
  2. Hari tu pergi Gombak, singgah Stabaz, 2 kali kot.
    Tak jumpa Mili pun.
    sob3.
    Siap pergi borong buku kat kedai sebelah tu lagi, tapi tatau kedai skirt tu Mili handled, ye la, dah tak beronline kat sana kan.
    hehehe.
    Apa2 pun, memang pengalaman best kat sana!!

    ReplyDelete
  3. nyesal bace entry ni.
    sebab
    sebab jelessss! hahah
    ruginyeee tak pegi T__T

    baling tepung kat mun ngn kak rinrin pon best gak.
    kalaulah dapat pegi time niii T__T

    ReplyDelete
  4. seronok nya =)
    dapat untung banayk x??hehe...

    ReplyDelete
  5. sesi kali ni xsempat lgsung jenguk stabaz :(

    ReplyDelete
  6. salam nak tanya dekat stabaz tu ada jual bunga untuk graduasi tak?

    ReplyDelete

SENYUM. Tak perlu kata apa-apa. SENYUM! :)