Monday, October 17, 2011

Bermain Lumpur dan Menanam Pokok Bakau di Kampung Haji Dorani


Pagi Ahad, 16 Oktober, pihak CENSERVE (Centre for University Social Responsibility) IIUM telah menghantar 80 orang pelajar menaiki 2 buah bas ke Kampung Sungai Haji Dorani, Sabak Bernam untuk meyertai aktiviti menanam pokok bakau. Program ini dianjurkan oleh UPNM dan disokong oleh MOHE, FRIM dan MASKUM. Program ini telah disertai oleh 900++ orang pelajar dari kalangan pelajar-pelajar IPT.

Tudiaaa. Intro tak boleh blah. Dah macam tulis berita dah. Hehe. Alkisahnya, masa dengar nama program tanam pokok bakau ni, aku punyalah eksaited gila nak join. Dalam kepala otak aku dok bayangkan tanam tembakau (tobacco), rupanya pokok bakau (mangrove). Haha. Tak ada kaitan rupanya 2 pokok ni. LOL.

Lepas dah sampai ke sana, memang berenang dalam lumpur lah kitorang semua. Seorang pelajar dapat tanam 1 pokok bakau. Maknanya ada 900++ pokok bakau yang telah berjaya ditanam. Heee. Memang kenangan terindah lah pertama kali join benda alah ni. Mungkin yang kali terakhir jugak. Hehe.


Antara IPT yang terlibat adalah:
UPNM
UKM
UPM
UIAM
USIM
UiTM Shah Alam
Politeknik Sultan Idris Shah

Semua yang join dapat sehelai baju, sepasang stokin, topi, makan free, dan duit RM $$.

Ketibaan wakil UIA =)

Majlis Perasmian dan bacaan doa.

Dalam perjalanan menuju ke tempat menanam bakau.

Gadis-gadis.

Budak lelaki tak pakai stokin bajet tough. Habis kaki luka-luka.

Inilah suasana lumpur yang kitorang kena redah. Bau dia sungguh menusuk lobang idong.

Merasa perasaan menjadi si Tanggang bila rasa macam ditelan bumi. Heee.

Pokok bakau yang telah berjaya ditanam. Tengok lumpur busuk ni terus teringat kapal Flying Dutchman dalam cerita Pirates of Caribbean. Hihi.

Gadis-gadis lumpur.

Nasib baik tak sampai kepala.

Ini brothers wakil dari UIA.

Ini sisters wakil dari UIA.

Ini wakil dari Politeknik bersama banner.
Ini wakil dari UPM. Banner diorang "We Share We Care" menang sebagai banner terbaik. Tahniah. :)

Apa-apapun, ini memang pengalaman yang best sekali seumur hidup. Lepasni dah taknak join dah. Bagi peluang dekat orang lain pulak main dengan lumpur. Kitorang join ni pun sebenarnya sebab kelas Community Service. Tak tahu menahu langsung pasal dapat duit. Dahlah tak bawak baju dan tudung salin. Memang pakai baju tidur jelah tu. Harap-harap pokok bakau yang kitorang tanam tu bakal berjasa kepada bumi satu hari nanti. Heee. Sekian. Assalamualaikum =)

Gambar credit to: Keris Jebat Sdn Bhd


14 comments:

  1. eh, bestnyaaa. mana tau ada program mcm ni? Nak join jugak!

    ReplyDelete
  2. @jem
    kalau nak tau segala aktiviti uia, join CENSERVE. setiap minggu ada aktiviti.

    26 hb ni ada aktiviti pergi zoo bersihkan kandang. jom join. :D

    ReplyDelete
  3. sebab ang student law, kekeliruan berkenaan bakau dan tembakau adalah dimaafkan :D

    ReplyDelete
  4. NAKKK!! Sign me up for the zoo thing boleh??

    ReplyDelete
  5. nk tnye klw bminat utk wt aktiviti tnam pokok bakau kt situ, kt mne kte ley cr contact ye??

    ReplyDelete
  6. eh...sabak bernam....tempat saya :)

    ReplyDelete
  7. @farihah
    haha. mamai agaknya sampai boleh tersasul bakau n tembakau :p

    @joe
    alaaaaa, dah tukar number la. heee. ni mesti dtg uia ni.

    @zahirlunatik
    kau penah masuk lumpur x weh? kg kau best byk pokok kelapa. heee

    @jem
    ahaa. tak pegi pn zoo tu. pergi la dkt censerve and bg nama. sgt senang nak join benda ni. pjbt censerve dkt level 2 bgnn admin :)

    @enciktikus
    haha. pembesaran terbantut

    @eta11
    alamak tak sure la sbb program ni pn kjaan yg sponsor. ktorg g under u masing2

    @lieyana
    hihi. boleh lah gi main lumpur slalu. :P

    ReplyDelete
  8. kalo bukan student boleh join takkk?
    hoho best gilaaa main lumpor sampai paras dada! lame xmainn.dulu kecik2 pon xpenah main.hahah

    ReplyDelete
  9. bkan Politeknik Salahudin tpi Politeknik Sultan Idris Shah....dak PSIS dsini!!!hehe

    ReplyDelete
  10. bukan poli shah alam la tu. poli sultan idris shah sabak bernam. saya pon join jugak xtvt ni haritu. osem kan ? :D

    ReplyDelete

SENYUM. Tak perlu kata apa-apa. SENYUM! :)