Friday, September 2, 2011

Expectations vs Reality: Raya 2011


Selamat Hari Raya semorang. Sakan beraya lagi ke? Raya aku dah habis dah. 3 hari je cukup. Heee. Kalau ikut dalam Islam pun, AidilFitri dirayakan cuma sehari je, manakala AidilAdha yang patut dirayakan 3 hari. :) Heee. Apapun, masyarakat Melayu ni meriah, raya mesti mahu sebulan sebab puasa sebulan ye dak?

Kebetulan raya kali ni rumah aku ada kenduri, jadinya suasana raya tu jadi lain sikitlah. Selalu kan raya orang nak makan kuih raya, nasi himpit, ketupat rendang je kan? Tapi rumah aku makan nasi minyak. Woot. Kau mampu? :P

Koleksi gambar raya 2011 ni adalah sikit je. Tak meriah macam orang lain sebab semua sibuk dengan kenduri


Expectations Raya 2011:

#1 Bangun awal mandi sunat raya solat sunat raya.
#2 Bersalaman bermaaf-maafan nangis-nangis mintak halal 0-0
#3 Dah tua-tua ni mesti tak dapat duit raya dah.
#4 Berjaya naikkan berat badan sebab asyik melantak je.
#5 Join anak-anak buah main bunga api dan mercun.
#6 Nak sms semua orang ucapan raya yang pantun forward2 tu, takpun kalau malas sangat SHR MZB je.
#7 Tak rasa nak tidur langsung sebab sakan beraya.

Reality Raya 2011:
Semuanya berlawanan dengan apa yang aku expect.

Selalunya, kalau kita letak sesuatu expectation kat sesuatu benda, dia akan turn out jadi sebaliknya. Sebab tulah orang selalu pesan, kalau nak gembira, jangan gembira sangat sebabnya bila kita expect benda happy-happy je akan jadi, kita jadi lalai sampaikan benda yang buruk akan terjadi. Kalau kita expect benda yang buruk, kita akan jadi lebih berhati-hati, sebab tu lah selalunya akan baik-baik je. Bahaya tau expectations ni, apatah lagi yang suka expect tinggi-tinggi. Better jangan nak expect apa-apa sangat lebih selamat. Heee.

Tak adalah teruk sangat raya kali ni. Tapi teruk jugak lah sikit. Aku sebenarnya tak sabar nak merasa bagi duit raya dekat orang. Kan ke "the more you give, the more you get" kan? Rasa macam sadis je bila jadi sama taraf dengan anak-anak buah aku yang masih mengharapkan duit raya. Btw, dah ada ke yang dah mula puasa 6? =)

Psst: