Monday, December 5, 2011

Roomate's Bussiness

Assalamualaikum. Hello reader(s). *Lelambai tangan* Wuwuwu. Lamanya tak bukak blogspot ni. Awkward gila rasa. Bagai mati hidup semula. Kehkeh. Tak ada benda nak diupdate pun sebenarnya. Saja gatal-gatal tangan masuk dashboard tadi. So, till then. Bye-bye.




Ok. Melawak ja. Ada benda nak cerita sikit ni. Sebenarnya sejak dua menjak ni, roomate-roomate aku semuanya dah sibuk dengan bisnes masing-masing. Baru berjinak-jinak. Memang dah macam part-time student dah budak-budak ni sebab ke sana-sini sibuk uruskan bisnes. Aku mampu jadi tukang tengok je. Nak tolong tak reti.

Tinggallah aku sorang-sorang dalam bilik ni yang tak pandai berbisnes dan terus rasa macam melukut di tepi gantang sebab terpinggir sorang-sorang. Hina gila rasa bila tengok diorang semua ni dah pandai cari makan sendiri, bukak bisnes, pusing modal, dah tak mintak duit mak ayah. Aku sorang je masih di takuk lama. Wuwuwu. Sedihnya rasa.

Lepastu, diorang ni akan sentiasa tak ada di bilik sebab keluar pergi ambil stock, pergi hantar barang kat customer, pergi berbisnes dengan artis, (Aida Khalida misalnya) etc. Aku ni tak ada kerja nak dibuat duduk sorang-sorang dalam bilik. Nak study sorang-sorang pun, fikiran jadi melayang entah ke mana sebab aku ni jenis suka study beramai-ramai. 

So, ada lah sikit masa untuk aku mengenang nasib lalu terasalah forever alone sekejap dan aku ambik keputusan untuk tulis entri ni. Nampaknya, ini je lah yang aku pandai buat. Bab meniaga-niaga ni aku tak pandai. Wuwuwu lagi. =(

Oklah. Cukup-cukuplah tu mengenang nasib malang ni. By the way, dah alang-alang cerita pasal roomate-roomate aku ni, apalah salahnya aku promote bisnes diorang sekali. Untung-untung nanti dah maju bisnes diorang, boleh aku claim komisen. Kehkeh. Kbai.



"Jangan fokus atas apa yang orang lain boleh buat dan kau tak boleh, tapi fikir yang terbaik apa yang kau boleh buat tapi orang lain tak boleh." - AGCOCO






Hmm, kalau dah berbisnes tak pandai, apa je yang aku pandai eh? Belajar pandai-pandai jelah Mili ye. Wuwu. K. =')

9 comments:

  1. Kalau dah tak pandai bisnes, belajar la. mane tau satu hari nanti bila ko plak nak berbisnes. Dah pandai. :B

    p/s: bisnes doodle. i tell u. you're good at it :)

    ReplyDelete
  2. Iye, setuju dengan Abang Munmun(?).

    Mungkin Kamiliah pandai menjahit keee? Mungkin selepas belajar, dapat kerja, then Kamiliah bagus dalam kerja kee? Siapa tahu kan?

    Setiap orang ada kelebihan masing-masing. Awak pun sure ada gak. And yang saya tahu, awak memang pandai jaga baby. Mungkin awak patut buka business jual baby. Hehe.

    ReplyDelete
  3. hihi alolo tak forever alone lagi kakmili :D kan ada twitter ! hehe ! Jom study rerajin ! Keep smiling sis !

    ReplyDelete
  4. cubalah bisnes doodle. you're really good at it! :D tak pun belajar rerajin then bukak company sndri nti. bisnes gak tu *tinggicita2* hee :)

    ReplyDelete
  5. menarik! nak cuba tengok2 kat page tu lah:))

    ReplyDelete
  6. saya tak rajin stadi. hahaa. saya budak bisnes tapi tak minat meniaga, camanaa. ngeh

    ReplyDelete
  7. Ramai betul orang bisnes sekarang ni kan. untung. :)

    ReplyDelete
  8. mili, hehehe. aku pun tengah wat part time bisnes skang :)

    ReplyDelete
  9. Hihi comel je forever alone! :D Takpela, bolajar jola hehe =)

    ReplyDelete

SENYUM. Tak perlu kata apa-apa. SENYUM! :)