Sunday, May 15, 2011

Priority Test

Cuti-cuti ni, bila bosan tak boleh nak online, aku pun godek-godeklah folder flash yang lama-lama dalam laptop ni, lepastu terjumpa satu quiz nama dia "Priority Test", terus secara spontan terspent 1 minit untuk jawab benda alah ni. Bila dah dapat result dia, terus macam eh, betullah sikit-sikit macam aku. Hihi.


So this is my choice of answer based on my common sense.


So, bila dah dapat jawapannya, rupanya aku ni seseorang yang mengutamakan
1. Kekayaan = Air
2. Kebijaksanaan = Baby
3. Personaliti = Telefon
4. Paras rupa = Loceng pintu

Masa aku jawab soalan ni, aku bukan main tekan je. Aku cuma guna logik akal daripada apa yang aku rasa. Tak semestinya jawapan quiz ni 100% betul kan?


1. Air
Aku pilih air yang pertama sebab aku rasa macam sayang gila dekat Bumi ni dan pembaziran air sebenarnya adalah satu benda yang tak patut berlaku. Aku sangat suka berjimat bila bab air ni sebab tu aku jarang mandi. Bayangkan bila tak ada air, baru menggelabah ayam kau. Lagipun membazir ni tak bagus. Setan suka betul orang yang suka membazir. Sayangi Bumi kita. Kehkeh.

Tak sangka pulak aku yang air ni lambang kekayaan. Makanya, siapa yang jimat air, dia boleh jadi kaya. Haha. Tapi tak adalah nak yang kaya-raya. Kaya biasa-biasa sudahlah. Yang mampu memenuhi kehendak nafsu makan aku. Aku ni kuat makan. Mestilah kena cari orang yang mampu bagi aku makan kan. Tapi aku taknak lah yang kaya sebab guna duit parents dia. Biar kaya hasil usaha sendiri. Barulah syok. Nak kaya dengan hasil usaha sendiri, kenalah bercinta masa zaman dah kerja nanti. Zaman student ni confirm asyik pow duit parents je kan. :D


2. Baby
Aku dengan baby adalah sangat sinonim. Siapa yang kenal aku mesti tahu yang aku ni sangat-sangatlah suka budak kecik. Sampaikan aku dah tak sabar nak umur 25 tahun sebab nak apply ambil anak angkat. Kau bagilah budak dari sekecik-kecik sampai ke sebesar-besar pun, asalkan nama dia budak, aku memang suka. Tambah-tambah pulak baby, makhluk yang paling comel sekali. Bila menangis pun masih comel jugak. Aku suka pujuk baby yang menangis, tambah-tambah kalau aku berjaya buat dia berhenti menangis. Happy yang amat yaww. 

Baby lambang kebijaksanaan. Kebijaksanaan ni memang penting. Siapa nak dapat partner yang dummy kan. Tapi taknaklah yang terlalu bijak dan nerd macam Sheldon dalam cerita Big Bang Theory tu. Haha. Itu terlebih bijak pun susah jugak. Bijak yang biasa-biasa, yang bila mana nak berbual pasal isu semasa, dia tahu semuanya. Kalau dia tak tahu pun, at least dia ada effort untuk Google dulu sebelum tanya soalan-soalan yang bunyi macam bodoh. Dan yang paling penting, partner aku nanti kenalah seorang yang bijak Math. Aku ni student law kadang-kadang macam lembap sikit mengira. Kalaulah dua-dua lembap Math, kesian anak aku nanti dapat genetik tak pandai Math. Wakaka.


3. Telefon
Telefon memang benda yang penting sekarang ni tambah-tambah pulak dengan kewujudan bermacam smartphone yang membolehkan kita nak access internet dan aktif di mana-mana social network cuma dari telefon je. Untuk orang macam aku yang tak berapa suka sangat berkepit dengan telefon, aku cuma rasa kepentingan dia bila time emergency je. Serius telefon adalah segalanya bila waktu emergency tu sampai.

Telefon melambangkan personaliti. Personaliti ni macam, seseorang yang ada peribadi yang baik, sopan dan sangat gentleman. Kalau ternampak seorang mamat muka dah macam Joseph Gordon-Levitt siap berlesung pipit semua ok tiba-tiba dia boleh meludah dekat tempat awam, ataupun masa kita tertengok dia, dia boleh pulak terkorek hidung, pergh, sumpah spoiled gila. Memang macam, euwwwww, tak sopannya kau ni. Agak-agaklah sikit dekat tempat awam. Mamat yang gentleman pulak yang bila dalam LRT sanggup bagi tempat duduk dia pada orang yang memerlukan, tolong orang buta lintas jalan ke, kalau dia merokok, dia pergi jauh-jauh sebab taknak hembus asap dekat muka orang tak bersalah dan macam-macamlah lagi yang boleh fikir sendiri. Heeee. :D


4. Loceng pintu
Aku ni jenis indoor person yang suka duduk dalam rumah je. Kalau ada orang datang, sah-sahlah aku akan lari masuk bilik laju-laju. Kadang-kadang bukan penting pun orang yang datang tekan loceng tu. Entah-entah orang yang nak meniaga apekebendentah. Leceh. Tapi kalau dah tak ada orang dekat rumah sangat dan aku terpaksa keluar, memang orang yang datang tu kena tunggu lama sikit sebab aku nak kena setelkan tutup air, stopkan baby nangis and jawab telefon dulu. Haha.

Loceng pintu lambang paras rupa. Memang patutlah tak berapa penting sebab aku memang tak suka dengan lelaki hensem. Suka artis macam Ian Somerhalder tu lain ceritalah kan. Bagi aku hensem tu tak penting sebab lelaki hensem selalunya gay. Tak pun lelaki hensem ni selalunya tak setia. Dia menggunakan paras rupa dia untuk kumpul skandal keliling pinggang. Paras rupa tu tak penting. Yang penting dia ada daya tarikan yang tersendiri, unik etc. Tengok macam Russel Brand, dia bukan hensem pun tapi mesti dia ada daya tarikan tersendiri yang boleh buat Katy Perry kahwin dengan dia. Hihi.


Itu jelah pun setakat ni. Priority test ni sebenarnya ada banyak jenis lagi. Kau pandai-pandai lah google sendiri kalau nak hidup. Keh keh. Apa pun, aku nak pesan, jangan nak memilih sangat dalam bab cari pasangan ni sebabnya kalau nak cari orang yang ada kesempurnaan 100% , kita tu sempurna 100% ke pun? Tapi sebagai orang Islam, nak pilih calon tu, apa-apa pun yang pertama, tengok agama dia. Kalau dia boleh jadi Imam, InsyaAllah benda lain tu dia boleh jadi jugak. Selow-selow kayuh. Hikhik. Oklah. Selamat Malam. ^^

10 comments:

  1. nak try!thanks mili for thiss.. ;))

    ReplyDelete
  2. aku lak
    1. baby
    2. air
    3. door bell
    4. tel tu kemudian lah

    ReplyDelete
  3. @lynn

    trylah boleh tak? td ade letak link tp website tu dah takdelah pulak

    @aimi

    wah lainnye kite. kikiki :D

    ReplyDelete
  4. hehe tapi an mesti kita fikir je pasal tu kan walaupon just kuiz suka suka hehe

    ReplyDelete
  5. Saya tak ada dalam list ke awak. hihi

    ReplyDelete
  6. aku try dah. baby, air, tepon, loceng. wah intelligent is my priority haha

    takpe2. kalau ko kawen dgn org xreti math, upah je aku ajar tuisyen kt anak korg. 2jam rm100. :P

    ReplyDelete
  7. nak jugak amik test ni...!! google!

    ReplyDelete
  8. @mardhiah ismail
    tahu takpeeeee.seriusly walaupun kuiz biase je tp terfikir cm ntah2 betul ke result kuiz ni cemane?hahaha :D

    @khairulamilin
    awak rasa awak dalam list ke tak?haha ;p

    @rafiq
    apa ada pada hensem?aku tak minat duh hensem2 ni.kikiki

    @munsyi
    peh 2 jam 100 cekik darah.kate bakal besan, mestila free.haha.alaaa,ni kuiz je pun.bukan betul ;p

    @lovesucks
    ahaaaa.google lah.belambak gile test cemni.heee

    @syakey
    menarik kan kan.try laaa. =)

    ReplyDelete

SENYUM. Tak perlu kata apa-apa. SENYUM! :)