Showing posts with label birthday. Show all posts
Showing posts with label birthday. Show all posts

Saturday, February 25, 2012

Resepi Masak-Masak at BBQ Party


Antara menu yang ada:

Ayam bakar
Ikan bakar
Sotong bakar
Sosej bakar
Kentang bakar
Mashed potato
Spaghetti
Koktail
Salad
Coleslaw

Bajet makan-makan ni untuk 20 orang. So kalau lagi ramai or lagi sikit tu, tak tahu lah bajetnya macam mana pulak. Tapi ini jelah menu yang mampu dibuat sebagai student.

Masa nak makan tu, siap ada game. Namanya game makan. Divide 2 group, lepastu tengok group mana yang berjaya habiskan makanan dulu. Bukannya apa, kalau tak buat game, ada yang mengelak nak makan. Makan sikit je. Diet konon. Lepastu nanti makanan tak habis kan dah membazir. Heee.

Resipi Sotong Bakar + Ikan Bakar

Sotong dengan ikan tu basuh-basuh bagi bersih lepastu campurkan dengan garam. Kunyit tak payah. Pastu nanti bakar terus siap boleh makan.

Resipi Kentang Bakar

Belah dua potato tu, lepastu rendam dengan air garam, balut dengan aluminium foil, then bakar. Bila makan panas-panas, dia lembut. Bila dah sejuk, dia keras so dah tak best nak makan.

Resipi Mashed Potato

Kupas potato + rebus tambah garam + Lenyekkan + Brown sauce



Resipi Ayam Barbeque

Ini resipi untuk 30 ketul ayam. Kitorang beli ayam part-part tight, drumstik and wing. Mula-mula basuh lah semua ayam tu bersih-bersih. Lepastu sedia bahan untuk gaul dengan ayam nanti.

Bawang putih 4 buku
Bawang merah 6 biji
Halia 10 cm
Serai 12 batang

Blend semua bahan ni. Lepastu tapis sebab nak bagi kering. Taknak lah bagi banyak air sangat. Then, gaulkan bahan yang kena blend ni tadi dengan ayam tu semua. Lepastu masukkan rempah ratus ni gaulkan sekali , campur dengan minyak masak sikit, and peramkan.

Serbuk jintan manis 6 sudu teh
Serbuk jintan putih 6 sudu teh
Serbuk ketumbar 6 sudu teh
Serbuk kunyit 2 sudu teh
Gula 5 sudu teh
Garam 6 sudu kecil
Kicap manis secukup rasa (taknak pun takpe)

Sebelum nak bakar atas arang, eloklah half cook 10 minit dalam microwave dulu. 5 minit pertama untuk bahagian atas. Lepastu lagi 5 minit, terbalikkan (alihkan ke bawah) ayam tu. So nanti, bila nak bakar atas arang, tak payah kena tunggu lama sangat nak siap masak kan. Tak payah letak dalam aluminium foil pun takpe je.

Bahan-bahan ni semua kitorang sediakan dalam lebih kurang 3 jam sebelum start makan-makan. Kiranya, start pukul 3, pukul 6 dah settle dah semua ni.


Resipi Coleslaw

Kobis dengan karrot sagat halus-halus. Lepastu gaulkan dengan mayonis dan gula. Terus siap. Tapi haritu kitorang ada taruk black pepper sikit kasi pedas. Memang tak jadi macam KFC punya tapi bolehlah takat nak buat makan cicah dengan ayam. Hehe.



Resipi Salad

Salad + Kobis Purple + Apple + Jagung Manis + Sayur Campur + Karrot + Sos Thousand Islands + Olive Oil

Sebenarnya semua bahan ni kena potong besar sikit. Bukannya halus macam ni. Tapi kitorang dah tersilap potong. Hentam jelah kan. Janji boleh makan. Heee.



Resipi Koktail Versi Malas


Jelly mangga (Kalau rajin, masaklah puding)
Susu sejat 4 tin
Gula secukup rasa
Koktail buah dalam tin
Nata de coco

Mula-mula masak air gula, lepastu campurkan dengan susu sejat. Masukkan semua bahan lepastu terus siap. Memang cara express gila. Minum dengan ais. Tapi ais asingkan dalam bekas lain. Sebab nanti ais mencair, terus tak sedap dah. Nak lagi sedap tambah aiskrim vanilla. Memang nyumms. Heee. :B



Resipi Spaghetti

Panaskan minyak
Cincang bawang putih 6 ulas
Rebus cili kering. Blend. Lepastu tumis sampai naik minyak. (sebab nak bagi pedas sikit kuah tu)
Masukkan tomato paste
4 biji bawang besar potong dadu
Daging cincang Ramly 2 paket
Meatball 1 paket
Cendawan butang 1 paket
3 biji lada banggali hijau potong dadu

Pastu mee dia pulak, guna pasta angel hair sebab bila halus-halus, tak muak nak makan. Panaskan air, masukkan garam. Tunggu mendidih, lepastu masukkan lah mee 2 paket. Siap.



Resipi Kek

Secret recipe. LOL. :P

Habis dah makan-makan. K. Tu je. Assalamualaikum. :)


Tuesday, July 26, 2011

Perihal @IniAnwarHadi: Selamat Hari Lahir

1. Birthday



Memandangkan harini 26 Julai 2011 merupakan Hari Ulangtahun Kelahiran Anwar Hadi yang ke-21, jadinya nak ambil kesempatan ni untuk ucapkan Selamat Hari Lahir kepada beliau. Semoga diberkati dan dirahmati Allah sentiasa.

Pernah tak baca post di blog Anwar Hadi persepsi beliau tentang sambutan hari lahir? Yang mana, orang yang selayaknya dapat ucapan pada ulangtahun kelahiran kita adalah orang yang bersusah payah lahirkan kita, iaitu, ibu kita. Check this out:
"Isn’t the most deserved person to be celebrated during our birthday is the “heroine” herself? The one who struggled for 9 months and 10 days with the extra ‘luggage’ in her tummy, yeah, her. The person who cheated death while delivering the baby. The one who suffered bruises and cuts just to make sure that her labour of love see the light ‘at the end of the tunnel’. Even if the doctor delivering the baby asks her “Ma’am, the situation is critical. We can only either save the baby or save the mother. Whom might we choose, Ma’am?” and without even a pause to think she would answer “SAVE MY BABY PLEASE!!”. Isn’t this is the real “heroine”? Don’t you think that we should remember her the most each time our birthday comes a calling? Doesn’t SHE deserves our accolades the most?" - taken from here
Jadinya, aku rasa, hari ni, mesti Anwar Hadi ada hadiah yang terbaik untuk ibu beliau memandangkan beliau ada di Malaysia sekarang kan kan. Hadiah peluk dan cium dan ucapan terima kasih pun cukup tanda menghargai ibu kita di hari lahir kita. :)

2. Digiwwwow Award


Anwar Hadi tercalon dalam 5 kategori tapi beliau cuma menang dalam 3 kategori sahaja. What? 3 saja? NO "saja". 3 tu sangat lah impressive. Orang lain nak menang 1 pun susah tahu. Congratulations on your big achievement. I'd voted for him too. Cuma takdelah vote hari-hari. Well, at least I did. Some of them count. Heee. So yeah, he deserved to win all those categories. I knew it. Check out the video.

>>Video of the year
>>Must follow personality
>>>Blogger of the year
Best internet for good award
Fav Malaysian male online celebrity



3. Top Keyword Search in this blog

Sejak post aku pasal Aura Orang Utara tu, banyak jugak lah keyword yang masuk ke blog ni cari pasal Anwar Hadi. Antaranya:
#IniAnwarHadi, #blog AnwarHadi, #formspring AnwarHadi, #umur AnwarHadi, #biodata AnwarHadi, #awek AnwarHadi dan memacam lagi lah kan.

Keyword yang menarik perhatian aku adalah "awek Anwar Hadi". Wow wow. Ini menunjukkan ada orang yang berminat nak tahu tentang status Anwar Hadi. Chill chill chillex. Beliau masih bujang buat masa ni. Tapi dalam blog beliau pernah ada satu post bertajuk "Couple? Not For Me, Thanks! (in Manglish)". Okay. Let me enlighten you up. 

He really deserves respect for his firm prinsip. *Salute* Setuju sangat. Dalam post tu, Anwar Hadi bagi 4 sebab kenapa beliau dah taknak ber"couple" berdasarkan pengalaman-pengalaman beliau sebelum ni;

#1 Berdosa
#2 Loss of freedom
#3 Habis duit
#4 You lose friends
"So I have my reasons. I can spend my feelings, time and money on things that really matter, that are friends and family. Plus, I don't need to have a girlfriend to be in love. I'm already in love right now, and that love has brought and will bring me closer to Allah. And that's the only love I need." - taken from here

Pasal keyword "biodata AnwarHadi" pulak, takdelah banyak sangat yang aku tahu pasal beliau but well, you can always Google kan, and plus, dalam vlog-vlog Anwar, you'll know him better. :) Maybe this few info might help those who's been searching:

Nama: Noor Anwar Hadi Bin Noor Azman
Tarikh Lahir: 26 Julai 1990
Tempat Lahir: Kelantan
Tempat tinggal: Kedah
Adik Beradik: Sulung dari 4 orang (All boys)
Belajar: Tesol di  Macquari University, Australia

Kalau nak tahu lagi pasal beliau, check lah FAQ atau lebih baik tanya sendiri kan sebab beliau sangat friendly and humble. :)
http://www.youtube.com/inianwarhadi
http://www.facebook.com/pages/IniAnwarHadi/174246642619680
http://twitter.com/inianwarhadi
http://www.formspring.me/anwarehadi

Kalau beliau tak jawab tu, faham-faham jelah. Anwar pun manusia biasa jugak kena solat, makan, rehat, tidur, belajar etc semua kan. At least, he is easy to be reach for. Kan?

4. AnwarHadi vs Matluthfi




Macam alkisah "Perihal Matluthfi" haritu jugak, kali ni "Perihal Anwar Hadi" ni pun ada pasal isu compare-mengcompare, banding-membandingkan ni. Obviously, Matluthfi dan IniAnwarHadi selalu gila dibandingkan sebab dua-dua pun youtubers Malaysia. Lagipun diorang berdua ni memang banyak jugak persamaan tapi dua-dua pun awesome in their own way.

Persamaan yang paling nampak adalah both lahir pada tahun 1990. Ramai gila manusia yang aku kenal yang lahir pada tahun 1990 ni adalah awesome dan adorable belaka. Mungkin lahir tahun Kuda memang pembawak tuah agaknya. Antaranya Nigahiga, KevJumba, Aiman Azlan, Hanis Zalikha, Cik Epal, NurulCakapCakap, and ramai lah lagi kan. The list goes on. Kalau aku lahir lewat 4 bulan mungkin dapat experience fefeeling jadi awesome macam diorang ni jugak. Hihi.

Antara persamaan lain antara Matluthfi dan Anwar Hadi:

#Cakap Utara
#Study Oversea
#Peminat Band Hujan
#Video sempoi tapi ada mesej
#Good Looking
#Anak Sulung
#Single (Bujang)

Haha. Tu jelah yang aku noticed. Ada macam-macam lagilah kot. Tapi seriously Anwar Hadi memang awesome. Kemenangan dekat Digiwwwow award tu salah satu buktinya. Syukur walaupun famous tapi still humble.

Dan sempena Ramadhan yang nak sampai lagi 5 hari, Anwar Hadi ada buat video khas, special appearance with Aiman Azlan. Sure Anwar pun tahu yang ramai orang tertunggu-tunggu collaboration video beliau dan Mat Luthfi. Kita just tunggu jelah bila kesempatan tu nak datang kan. Anyway, check out video ni dan selamat menyambut Ramadhan. :)



Jealous jugakla dengan orang-orang yang dah berjumpa dengan AnwarHadi yang awesome ni. Aku pun nak jugak tapi belum ada rezeki. Huhu takpelah. Till then peeps, Assalamualaikum. =)

Jangan gelakkan plis. Heee. Kbai.XD

Tuesday, January 11, 2011

11-1-11 : Nurul Iman's 4th Birthday


She is my niece. I think the closest one because we spent lots of time together when I'm home. And right now I really miss her. She just starts to go to kindergarten this year and my mom said that she really loves her school. Good one Nurul Iman. You are a smart and good girl. I will always love you. Hope that when you already learn to read, you can read my blog and read what I blogged about you. Hihi.


She shares her birthday date with Siti Nurhaliza also today. Please grow up very soon. I will bring her some cupcakes when I go back for my holiday the next two weeks. Can't wait anymore. By the way, enjoy the video of her. Daaaa. =)