Showing posts with label #WW. Show all posts
Showing posts with label #WW. Show all posts

Wednesday, February 8, 2012

#WordyWednesday Maksud Nama

"Kamilia bermaksud perpohonan yang selalu hijau.
Berjiwa tenteram dan sentiasa bersikap tenang.
Memiliki daya tumpuan yang baik dan tajam pemerhatiannya."

Ewah. Tak tahulah betul ke tidak aku ni seorang yang tenang dan tajam pemerhatian. Macam tak je. Rasanya, aku ni seorang yang clumsy dan sangat careless. Tapi macam betul jugak kot sikit kadang-kadang. Heee. Dan patutlah aku suka warna hijau. Warna hijau bagus apa. Bukan takat warna kotak milo, tapi warna kesukaan Allah. Warna syurga. :D

Sebenarnya tak kisah pun nama tu dalam bahasa apa asalkan mempunyai maksud yang baik. Tapi dah jadi kebiasaan kita namakan dalam bahasa arab yang ada maksud baik. Bahasa apa tak apalah kan. Janji masih maksud yang baik. Sebab bila orang panggil nama, macam doa lah jugak kan. Heee.

Nama adalah penting untuk kenal identiti seseorang/sesuatu. Cuba kalau semua orang tak ada nama. Mesti susah nak kenalpasti.

Contohnya, bayangkan kalau benda dalam dunia ni tak ada nama. Mesti susah gila. Nak sebut tengah tengok tv pun kena describe yang kita tengah tengok peti petak yang ada gambar bergerak-gerak dalam dia. Tapi nanti orang mesti confused tu tv ke komputer ke. See, susah gila kalau tak ada nama.

Even Allah, Tuhan kita yang sangat awesome pun ada 99 nama. Asma-ul Husna ada 99 sebabnya Allah menyukai bilangan yang ganjil. Bagus bila kita tahu asma-ul husna dan tahu maksudnya sekali.

Contohnya, kalau kita berdoa mintak dimurahkan rezeki, sebutlah nama Allah “Ya Wahhab” maksudnya Maha Pemberi Kurnia atau “Ya Razaq” maksudnya Maha Pemberi Rezeki. Kalau kita berdoa nak mintak ampun pulak, gunalah nama Allah “Ya Ghafur” maksudnya Maha Pengampun ataupun “Ya Tawwab” maksudnya Maha Penerima Taubat ataupun “Ya ‘Afu” maksudnya Maha Pemaaf.

Banyak lagi nama Allah yang patut kita tahu maksudnya supaya kita lebih kenal siapa Tuhan kita yang Maha Hebat ni. Janganlah cuma tahu “Ar-Rahman” dan “Ar-Rahim” sebab kita sebut bismillah hari-hari. Tapi, sebutlah nama-nama Allah yang sesuai dengan keadaan kita berdoa pada Dia. “Ya Zal Jala Li Wal Ikram” maksudnya Yang Maha Memiliki Kebesaran serta Kemuliaan. Kita patut cintakan Tuhan kita, mulakan dengan mengenal nama Dia untuk dapat cinta dia. InsyaAllah. Hasbiyallah. :”)

“Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama iaitu seratus kurang satu. Barangsiapa menghitungnya, niscaya ia masuk syurga.” – HR Bukhari dan Muslim.

Wednesday, August 31, 2011

#WW7 Keluarga Harun Raya 2011



Mak Abah - Kuning
Kakak 1 - Pink
Kakak 2 - Oren
Abang 1 - Hijau
Kakak 3 - Merah
Kakak 4 - Ungu
Kakak 5 - Indigo
Abang 2 - Maroon
Kakak 6 - Biru
Si Bongsu - Hitam Putih

Doodle raya 2011 ni cuma mampu bertahan untuk tahun ni jelah nampaknya sebabnya kalau diperhatikan betul-betul, perut 2 orang kakak aku tengah membuncit sekarang (mengandung). Bilangan ahli keluarga mungkin akan semakin bertambah.

Sekarang ni, yang bujang dalam keluarga ni cuma aku dan abang aku. Tapi, mungkin abang aku akan kahwin tak lama lagi, atau mungkin aku dulu ke? (jangan harap). Hehe. Dan mungkin juga ahli akan berkurang, (mati), tak ada siapa yang tahu. Apa pun, semoga Allah memberkati. Amin. :')

Wednesday, August 10, 2011

#WordyWednesday - Baik Buruk Boleh Berubah


Credit to Tumblr.

Manusia boleh berubah dalam sekelip mata saja dengan izin Allah. Kalau harini kita baik, kita jangan mengata yang jahat, sebabnya, mana tahu suatu hari nanti, dia yang jahat tu akan jadi lebih baik dari kita yang rasa macam dah cukup baik ni. Allah itu Maha Tahu. Dengan izin Dia, segalanya mungkin.

Lagi pula, sebelum Allah meniupkan roh ke jasad kita, kita sudah ada perjanjian dengan Allah tentang apa yang bakal kita lalui di dunia ini dan sudah diberitahu bila kita akan mati. Segala apa yang kita lakukan di dunia ini sekarang, semuanya telah di takdirkan oleh Allah. Tapi kita kena ingat. Takdir ada 2 jenis. Satunya takdir mubram yang tidak boleh diubah, satunya lagi takdir muallaq yang boleh diubah berdasarkan amalan kita.
Jadinya, kalau Allah sudah takdirkan seseorang itu menjalani hidup dengan penuh keimanan dan ketaqwaan, tetapi akan mati dalam kekufuran, cuma doa sahaja yang mampu mengubah takdir itu. Berdoa supaya diberi ketetapan iman dan mendapat rahmat-Nya kerana penentu Syurga atau Neraka itu bukan berapa banyak amalan kita saja, tetapi bergantung pada rahmat Allah juga.
Ada satu hadis Nabi dari Abdullah bin Mas’ud,
Rasulullah SAW bersabda:
فَإِنَّ الرَّجُلَ مِنْكُمْ لَيَعْمَلُ حَتَّى مَا يَكُونُ بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْجَنَّةِ إِلَّا ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ كِتَابُهُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ وَيَعْمَلُ حَتَّى مَا يَكُونُ بَيْنَهُ وَبَيْنَ النَّارِ إِلَّا ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الْكِتَابُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ الْجَنَّةِ
“Sesungguhnya ada salah seorang dari kalian beramal dengan amalan ahli syurga sehingga jarak antara dirinya dengan syurga hanya tinggal satu hasta, tapi takdir mendahuluinya lalu dia beramal dengan amalan ahli neraka, lantas ia memasukinya.
Dan sesungguhnya ada salah seorang dari kalian beramal dengan amalan ahli neraka sehingga jarak antara dirinya dengan neraka hanya tinggal satu hasta, tapi takdir mendahuluinya, lalu ia beramal dengan amalan ahli syurga, lantas ia memasukinya.” (HR. Bukhari dan Muslim)
Sabda Rasulullah SAW:
Tidaklah dimasukkan seseorang daripada kamu ke dalam syurga kerana amalannya. Dan tidak dijauhkan daripada neraka (kerana amalannya). Dan tidak juga aku. Kecuali dengan rahmat daripada Allah.
Aku teringat ada satu kisah yang pernah aku dengar tentang dua orang lelaki di zaman dahulu.
"Ada seorang ahli ibadah yang menghambakan diri pada Allah seumur hidupnya dan selalu menghabiskan masa di masjid. Suatu hari, terdetik dalam hati dia, yang dia tak pernah berbuat jahat sekali pun. Dia tiba-tiba berasa teringin nak mencuba sekali berbuat jahat. Dia fikir, apalah salahnya sekali dia mencuba berbuat jahat sedangkan dia sudah menghabiskan bertahun-tahun dengan menyembah Allah. Sudah pasti tidak akan ada apa-apa kesan pun terhadap amalan yang sudah banyak.
Ada pula seorang lelaki jahat yang sejak azali mengamalkan cara hidup yang salah. Dia suka minum arak dan membunuh orang. Suatu hari, terdetik di hati dia, yang dia mahu bertaubat dan kembali ke jalan Allah. Dia menyesali segala perbuatan dan mahu membersihkan diri dan pergi ke masjid untuk mengabdikan diri kepada Allah. 
Ahli ibadah dan lelaki jahat bertembung di tangga masjid, yang mana ahli ibadah itu mahu turun dari masjid untuk menunaikan niat jahatnya, manakala lelaki jahat itu mahu naik ke masjid bagi menunaikan niat baiknya. Dengan kuasa Allah, mereka berdua terjatuh lalu mati di tempat kejadian. Si lelaki jahat mati dalam iman manakala si ahli ibadah mati dalam kekufuran. Subhanallah. Dalam sekelip mata sahaja kan manusia boleh berubah. -(sumber ingat-ingat lupa. Kalau ada yang tahu cerita asal, tolonglah bagitahu ye.)

Ada lagi satu kisah lain tentang seorang ahli ibadah bernama Barsyisyo.
Barsyisyo adalah seorang 'abid yang sangat kuat beribadah kepada Allah sejak beratus tahun lamanya. Imannya yang kuat akhirnya ditewaskan oleh Iblis yang telah menyamar membuatkan Barsyisyo terpedaya lalu menjadi kufur. 
Iblis memberitahu bahawa Barsyisyo perlu berzina untuk membolehkan dia bertaubat kepada Allah lalu Allah akan mengurniakannya nikmat dalam beribadah yang tidak terkata. Iblis memberi 3 pilihan kepada Barsyisyo, 1. Berzina 2. Membunuh 3. Minum arak. Barsyisyo memilih pilihan ketiga iaitu minum arak, yang dirasakannya adalah yang paling ringan, namun setelah mabuk, dia telah melakukan zina dan membunuh sekali. 
Akhirnya, Barsyisyo dijatuhkan hukuman. Sebelum mati, dia bukan hendak mengingati Allah, tetapi telah terpedaya sekali lagi dengan tipu helah Iblis. Akhirnya, Allah menetapkan bahawa Barsyisyo adalah penghuni neraka selama-lamanya. (sumber diambil dari - Kufurnya seorang 'Abid.)


Pengajarannya daripada kisah-kisah ni, walau sebanyak mana pun amalan yang telah dikumpulkan, tetap saja penghujung hidup kita nanti adalah yang paling penting dan dikira Allah. Berdoalah banyak-banyak pada Allah agar dimudahkan jalan kita. Kalau jahat, minta diberi hidayah agar boleh berubah ke arah kebaikan. Kalau baik, minta Allah tetapkan hati supaya boleh istiqamah dan sentiasa berada di jalan yang benar serta menemui penghujung yang baik.
اللهم اختم لنا بحسـن الخاتمة ولا تختم علينا بسـوء الخاتمة
“Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan husnul-khatimah (akhir yang baik), dan jangan Kau akhiri hidup kami dengan suu-ul-khatimah (akhir yang buruk)”
Dan bukanlah amalan kita yang jadi penentu masuk syurga tapi rahmat dari Allah. Berdoalah. Aminnn InsyaAllah.

Psst: Bulan-bulan puasa ni tazkirah sikit lah baru betul, ye dak. Assalamualaikum. :)


Wednesday, June 22, 2011

#WW6 Wordless Wednesday - Panda




Lukis sendiri. ^_^
Bukan hasil curi dari website http://weheartit.com/ mahupun http://www.deviantart.com/
Kbai.


Wednesday, June 8, 2011

#WW5 Wordless Wednesday - Teman Terbaik di Taman Ilmu dan Taman Budi



Rinduuu! ;'(

Wednesday, June 1, 2011

#WW4 Wordless Wednesday - Babysitter for 3 nieces and 3 nephews


Lisa-Iman-Aina-Muaz-Adib-Basit =)