Showing posts with label inianwarhadi. Show all posts
Showing posts with label inianwarhadi. Show all posts

Saturday, December 17, 2011

Yang Mana 1 Idaman Kalbu? @IniAnwarHadi atau @MatLuthfi90

Ini sampul doodle untuk Anwar dan Mat. Isi kat dalam terlupa pulak nak ambik gambar.
Alhamdulillah harini, 17 Disember 2011, hari bersejarah untuk tahun ini sebabnya aku berjaya bertentang mata dengan 2 youtubers awesome yang jadi fenomena kat Malaysia ni, iaitu; Anwar Hadi dan Mat Luthfi. Macam mimpi je rasa. Rasa segan memula sebab join private event orang tapi nasib baik semua pun very welcoming, alhamdulillah. =')

Private event Luncheon ni sebenarnya anjuran family Anwar Hadi kat Reflesia Chicken Hut, The Mall. Macam mana aku boleh sesat kat event ni? Hah tulah rezeki Allah nak bagi. Syukur sangat. Walaupun sangatlah tiba-tiba and last minit dapat invitation ni. Redah je datang walaupun malu. Aku ingatkan dapat jumpa Anwar je tapi rupanya Mat pun dijemput jugak. Tapi instinct aku macam tahu-tahu je Mat ada kat sini, tu yang aku sempat doodle untuk diorang berdua. Heeee.


[Caption gambar] Mat tengah korek tengok isi dalam sampul doodle yang aku bagi kat dia. Anwar pulak biarkan je sampul tu atas meja. Anwar pergi ke meja lain and terlupa nak ambik sampul doodle tu, so, aku simpan balik doodle tu dalam beg aku. 

Last-last nak tahu apa jadi? Mat terhilangkan sampul tu. T_T *takpelah sebab tak penting pun isi dia* And Anwar pulak, ternampak sampul tu dalam beg aku, so dia mintak balik. Tak tahulah doodle Anwar tu masih hidup ataupun dah hilang jugak macam Mat. Heee.

Silap aku jugk sebenarnya yang pi bagi sampul tu awal-awal kat depa. Patutnya aku hulur masa nak balik. Tapi sebenarnya, bagus jugak kalau diorang hilangkan. Sebab doodle yang aku bagi tu buruk amat kes last minit punya pasal and aku rasa menyesal sebenarnya bagi doodle buruk macam tu kat orang. Lainlah kalau aku buat doodle yang cantik gila dengan 100% effort, and diorang 2 orang hilangkan, memang kecewa lah sikit. Hihi.

Anwar tengah sain autograp untuk aku dengan penuh ketekunan. Hehe.
Mat pulak cakap yang dia tak pernah sain autograp so dia taktau nak tulis apa.
Haih Mat ni tak reti dok diam habis goyang gambaq.

Hasil autograp dari depa 2 orang. Tengok sekali pun aku dah tau dah yang mana 1 yang serius yang mana 1 kuat main. Hahaha. Mat ni nervous ka apa aku pun taktau sampai tulis tarikh pun salah. Adoyai. Pastu dia suruh aku get ready nak tolong jadi lawyer dia kalau dia kena saman dengan KRU. Refer video Matluthfi90 *rant on lagu* yang dia ada kutuk lagu KRU - 3 Kata dengan lagu Forteen - Berdua Bersatu. Kelakaq gila. Haha.


Tudia Ini Anwar Hadi with new haircut (kot)
He's a very nice and humble guy. Ada gaya future leader in Malaysia insyaAllah Amiinn. =D

This is Pak Man aka Uncle @mansahoca Watak utama yang menjayakan event petang ni. Kalau tak disebabkan Uncle yang invite, mestilah tak merasa nak jumpa dengan anak dia yang awesome dan kawan anak dia yang loqlaq itu. Heee. Uncle sumpah sporting gila. Macam-macam cerita lah kitorang dengar dari uncle. Kuat melawak jugak. Haha. Sempoiii. Memang salute habis lah. Boleh dapat award "the coolest dad on earth". Hehehe. Boleh dikatakan, semua yang datang harini memang Uncle layan elok gila. Terharu. Thank you Uncle and Auntie. Really really appreciate this. :')

Dan dapat berkenalan dengan kawan-kawan baru. @MiraAhmad & @AqilaAini.
Dari kiri: Sya Latif dan Hajar Fatini; student Form 2 yang menjadi admin kepada page "Kami Peminat IniAnwarHadi"
Ok. Bila ambil gambar dengan budak Form 2, terasa diri menjadi tinggi. LOL. XD
with Syafiqah. The only person yang mengaku pernah baca blog ni. Trimasss :')
Anwar dan Mat dipaksa duduk atas kerusi supaya masalah "ketinggian" orang-orang pendek dapat diatasi.  Hahaha.
Muka terpaksa. Nampak dak. Aku sorang ja excited. XD
Hai.
Okbai last gambaq nak balik dah time ni. Thanks for the day. Muahaha. :D

So, anyone yang free Ahad 18 Disember, jemputlah datang ke PWTC untuk berjumpa dengan Anwar dan Mat dan artis-artis lain dekat event pelancaran tv 1 Malaysia tu ya. K. Assalamualaikum. =)


Related post:
http://milimilo.blogspot.com/search/label/inianwarhadi
http://milimilo.blogspot.com/search/label/matluthfi

Tuesday, July 26, 2011

Perihal @IniAnwarHadi: Selamat Hari Lahir

1. Birthday



Memandangkan harini 26 Julai 2011 merupakan Hari Ulangtahun Kelahiran Anwar Hadi yang ke-21, jadinya nak ambil kesempatan ni untuk ucapkan Selamat Hari Lahir kepada beliau. Semoga diberkati dan dirahmati Allah sentiasa.

Pernah tak baca post di blog Anwar Hadi persepsi beliau tentang sambutan hari lahir? Yang mana, orang yang selayaknya dapat ucapan pada ulangtahun kelahiran kita adalah orang yang bersusah payah lahirkan kita, iaitu, ibu kita. Check this out:
"Isn’t the most deserved person to be celebrated during our birthday is the “heroine” herself? The one who struggled for 9 months and 10 days with the extra ‘luggage’ in her tummy, yeah, her. The person who cheated death while delivering the baby. The one who suffered bruises and cuts just to make sure that her labour of love see the light ‘at the end of the tunnel’. Even if the doctor delivering the baby asks her “Ma’am, the situation is critical. We can only either save the baby or save the mother. Whom might we choose, Ma’am?” and without even a pause to think she would answer “SAVE MY BABY PLEASE!!”. Isn’t this is the real “heroine”? Don’t you think that we should remember her the most each time our birthday comes a calling? Doesn’t SHE deserves our accolades the most?" - taken from here
Jadinya, aku rasa, hari ni, mesti Anwar Hadi ada hadiah yang terbaik untuk ibu beliau memandangkan beliau ada di Malaysia sekarang kan kan. Hadiah peluk dan cium dan ucapan terima kasih pun cukup tanda menghargai ibu kita di hari lahir kita. :)

2. Digiwwwow Award


Anwar Hadi tercalon dalam 5 kategori tapi beliau cuma menang dalam 3 kategori sahaja. What? 3 saja? NO "saja". 3 tu sangat lah impressive. Orang lain nak menang 1 pun susah tahu. Congratulations on your big achievement. I'd voted for him too. Cuma takdelah vote hari-hari. Well, at least I did. Some of them count. Heee. So yeah, he deserved to win all those categories. I knew it. Check out the video.

>>Video of the year
>>Must follow personality
>>>Blogger of the year
Best internet for good award
Fav Malaysian male online celebrity



3. Top Keyword Search in this blog

Sejak post aku pasal Aura Orang Utara tu, banyak jugak lah keyword yang masuk ke blog ni cari pasal Anwar Hadi. Antaranya:
#IniAnwarHadi, #blog AnwarHadi, #formspring AnwarHadi, #umur AnwarHadi, #biodata AnwarHadi, #awek AnwarHadi dan memacam lagi lah kan.

Keyword yang menarik perhatian aku adalah "awek Anwar Hadi". Wow wow. Ini menunjukkan ada orang yang berminat nak tahu tentang status Anwar Hadi. Chill chill chillex. Beliau masih bujang buat masa ni. Tapi dalam blog beliau pernah ada satu post bertajuk "Couple? Not For Me, Thanks! (in Manglish)". Okay. Let me enlighten you up. 

He really deserves respect for his firm prinsip. *Salute* Setuju sangat. Dalam post tu, Anwar Hadi bagi 4 sebab kenapa beliau dah taknak ber"couple" berdasarkan pengalaman-pengalaman beliau sebelum ni;

#1 Berdosa
#2 Loss of freedom
#3 Habis duit
#4 You lose friends
"So I have my reasons. I can spend my feelings, time and money on things that really matter, that are friends and family. Plus, I don't need to have a girlfriend to be in love. I'm already in love right now, and that love has brought and will bring me closer to Allah. And that's the only love I need." - taken from here

Pasal keyword "biodata AnwarHadi" pulak, takdelah banyak sangat yang aku tahu pasal beliau but well, you can always Google kan, and plus, dalam vlog-vlog Anwar, you'll know him better. :) Maybe this few info might help those who's been searching:

Nama: Noor Anwar Hadi Bin Noor Azman
Tarikh Lahir: 26 Julai 1990
Tempat Lahir: Kelantan
Tempat tinggal: Kedah
Adik Beradik: Sulung dari 4 orang (All boys)
Belajar: Tesol di  Macquari University, Australia

Kalau nak tahu lagi pasal beliau, check lah FAQ atau lebih baik tanya sendiri kan sebab beliau sangat friendly and humble. :)
http://www.youtube.com/inianwarhadi
http://www.facebook.com/pages/IniAnwarHadi/174246642619680
http://twitter.com/inianwarhadi
http://www.formspring.me/anwarehadi

Kalau beliau tak jawab tu, faham-faham jelah. Anwar pun manusia biasa jugak kena solat, makan, rehat, tidur, belajar etc semua kan. At least, he is easy to be reach for. Kan?

4. AnwarHadi vs Matluthfi




Macam alkisah "Perihal Matluthfi" haritu jugak, kali ni "Perihal Anwar Hadi" ni pun ada pasal isu compare-mengcompare, banding-membandingkan ni. Obviously, Matluthfi dan IniAnwarHadi selalu gila dibandingkan sebab dua-dua pun youtubers Malaysia. Lagipun diorang berdua ni memang banyak jugak persamaan tapi dua-dua pun awesome in their own way.

Persamaan yang paling nampak adalah both lahir pada tahun 1990. Ramai gila manusia yang aku kenal yang lahir pada tahun 1990 ni adalah awesome dan adorable belaka. Mungkin lahir tahun Kuda memang pembawak tuah agaknya. Antaranya Nigahiga, KevJumba, Aiman Azlan, Hanis Zalikha, Cik Epal, NurulCakapCakap, and ramai lah lagi kan. The list goes on. Kalau aku lahir lewat 4 bulan mungkin dapat experience fefeeling jadi awesome macam diorang ni jugak. Hihi.

Antara persamaan lain antara Matluthfi dan Anwar Hadi:

#Cakap Utara
#Study Oversea
#Peminat Band Hujan
#Video sempoi tapi ada mesej
#Good Looking
#Anak Sulung
#Single (Bujang)

Haha. Tu jelah yang aku noticed. Ada macam-macam lagilah kot. Tapi seriously Anwar Hadi memang awesome. Kemenangan dekat Digiwwwow award tu salah satu buktinya. Syukur walaupun famous tapi still humble.

Dan sempena Ramadhan yang nak sampai lagi 5 hari, Anwar Hadi ada buat video khas, special appearance with Aiman Azlan. Sure Anwar pun tahu yang ramai orang tertunggu-tunggu collaboration video beliau dan Mat Luthfi. Kita just tunggu jelah bila kesempatan tu nak datang kan. Anyway, check out video ni dan selamat menyambut Ramadhan. :)



Jealous jugakla dengan orang-orang yang dah berjumpa dengan AnwarHadi yang awesome ni. Aku pun nak jugak tapi belum ada rezeki. Huhu takpelah. Till then peeps, Assalamualaikum. =)

Jangan gelakkan plis. Heee. Kbai.XD

Tuesday, March 8, 2011

Aura Orang Utara : Anwar Hadi, Mat Luthfi dan Nabil Ifwat

Ini Anwar Hadi
Youtube Channel
Facebook Page 
Twitter
Formspring
Blog

Mat Luthfi 90
Youtube Channel
Facebook Page
Twitter
Blogger profile
Blog: http://www.matluthfi90.com/

Nabil Ifwat - Kyopropaganda
3 orang mamat di atas ni adalah orang utara kot semuanya sebab depa guna loghat Kedah dalam vlog. Video depa dah tersebar secara meluas di merata-rata sekarang ni. Aku sendiri dah subscribe dan download semua video depa. Memang boleh layan. Mat Luthfi dan Anwar Hadi buat konsep vlogging. Yang Nabil Ifwat ni pulak buat video lebih kepada video parodi.

Mat Luthfi dan Anwar Hadi ni pulak apa yang aku perasan depa ada banyak gila persamaan. Umur sama tahun 1990, anak sulung, peminat Hujan, belajar dekat Australia, orang utara dan sama-sama buat vlog. 2-2 pun best.

Kira depa berdua ni memang sama-sama sempoi. Kebanyakan video depa semuanya ada mesej yang nak disampaikan dan isu yang dikupas pun kadang-kadang lebih kurang sama cuma cara penyampaian ja berbeza. Terbaik!!







Nabil Ifwat a.k.a Kyo ni pulak buat video parody. Orang Kedah tapi study dekat UiTM Lendu. Kebanyakan video dia semuanya dibuat dengan kawan-kawan sengal-sengal belaka dan kualiti video depa memang superb. Bolehlah dilayan. Good job korang. (Y)



So, apa lagi,