Showing posts with label bloggers. Show all posts
Showing posts with label bloggers. Show all posts

Wednesday, August 8, 2012

Majlis Perkahwinan Kawan dari Internet: Datang ke Tak?


Assalamualaikum.

Tahun 2012 ni rasanya sentiasa meriah dengan wedding dan merupakan tahun yang paling penuh dengan invitation wedding yang ditanda dalam planner ataupun dalam event Facebook. Ni sekarang bulan Ramadhan memang rest, takde wedding sesiapa tapi Syawal nanti, fuh berderet invitation. #TeamKahwin2012 lah katakan. Hee.

Bila dapat wedding invitation oleh schoolmates, classmates, campusmates, roommates, officemates, memang akan rasa macam kena pergi sebabnya itu memang kawan yang memang dah kenal dan selalu jumpa, mostly.
To attend or not to?

1. Kalau tak datang wedding kawan sendiri, akan rasa ralat mana tahu nanti wedding kita, orang tu taknak datang sebab kita tak datang wedding dia. Hee. :B

2. Kalau datang pulak, boleh reunion and konvoi reramai selalunya. At least datang tunjuk muka. So nanti bila tak dapat penuhi jemputan wedding kita, orang tu pulak yang ralat. Kan? :3
Tapi, kalau dapat invitation wedding kawan Blogger, kawan Facebook, kawan Twitter, kawan Youtube, kawan Tumblr dan kawan apa² lagi social network yang ada, akan ada rasa excited dan dalam masa yang sama, segan sikit nak pergi.
To attend or not to?

1. Excited nak pergi mungkin sebab dah pernah jumpa sebelum ni. And boleh plan nak konvoi dengan kawan² blogger/fb/twitter/etc. So dapat lah ber-gathering terus dekat wedding tu kan. :)

Kalau tak pernah jumpa, rasa excited jugak mungkin sebab dapat tambah nama dalam list 'people I know from the internet that I've met in real life'

2. Segan mungkin sebab tak pernah jumpa in real life. Selama ni pakai avatar kartun je. Mana tahu bila di wedding tu, pengantinnya tak kenal pun kita.

Bila tak pernah jumpa dengan orang tu and by attending the wedding, dapatlah kenalkan diri yang sebenar kan. Memanglah segan sikit lepastu nanti dah okay. Keluar dari comfort zone namanya. Hee.
29 Jun. Akad nikah Irine & Amirul
7 Julai. Akad nikah Hilal & Masyitah
Antara wedding blogger tahun 2012 ni yang berjaya pergi:

Irine Nadia ♥ Mohd Amirul 30 Jun
Hilal Asyraf ♥ Tengku Masyitah 7 Julai

Ini semua blogger dalam entri Kahwin Muda. Memang muda semuanya. Tapi nampak matang sangat.

Farah 23 + Ally 36 beza 13 tahun.
Dena 20 + Soffian 26 beza 6 tahun.
Irine 20 + Amirul 26 beza 6 tahun.
Hilal 23 + Masyitah 21 beza 2 tahun.

Tak kisahlah beza umur berapa yang penting semuanya dah selamat kahwin dan berjaya buat Syaitan menangis. Hee. Semua nampak sangatlah padan dan sesuai. Selamat memulakan hidup berumahtangga yang penuh tanggungjawab. Moga dikurniakan baby yang comel cepat² and dapat menyejukkan mata memeriahkan rumahtangga diorang ni semua. آمِينْ.


Masa dapat invitation wedding Irine di Melaka ni, memang dengan tak malunya terus plan nak pergi dengan Dena & husband. Sebab Melaka kan jauh. Kalau nak pergi sendiri, memang tak sampai dah ke wedding ni. Nasib baik Dena sudi tumpangkan.

Ni pun sebenarnya last minit dah cancel dengan Dena cakap tak dapat nak pergi. Lepastu Dena buat emoticon sedih katanya segan lagipun tak pernah jumpa Irine. So macam cuba gigihkan jugak diri datang jejauh ke wedding ni. Berbaloi kot. Entah. :B


Theme wedding Irine biru pink ni memang comel. Warna theme masa Dena bertunang dulu. Wedding dress Irine pun sangatlah cute. Ada ribbon besar dekat belakang. Sesuai sangatlah dengan Irine. And nampaklah moment² sayu masa mak ayah Irine peluk si bungsu sorang ni. Wuwu. Tahniah Fakhrine Nadia dan suami!


Wedding Irine ni memang dipenuhi dengan kawan-kawan blogger. Meriah habis semuanya. Tapi tak join pun group blogger tu semua sebab segan sangat. Semua macam dah kenal lama je. Segan lah nak pergi tegur. Saya ni pemalu orangnya. Dengan Irine pun tak sempat nak kenalkan diri. Huhu.



Ini antara few yang dapat jumpa borak-borak kejap di wedding Irine. Memang best pengalaman jumpa orang for the first time. Macam Gda dengan Amal ni, dah lama kenal di internet tapi tak pernahnya dapat peluang nak jumpa. So, peluang yang ada kita gunakan sebaiknya. Hee. And ada lah sikit that awkward moment bila tegur orang lepastu orang tu buat gaya tak kenal kita. K takpe. Awkward kejap jelah lepastu okay dah. :B

Apapun thanks pada Irine sebab sudi jemput ke majlis ni. Walau tak pernah jumpa, Irine baik sangat. Moga perkahwinan ni sentiasa diberkati Allah. Always doakan insyaAllah. =')

with dearie Aisyah Shakirah & lovely Dena Bahrin
Seminggu selepas wedding Irine, dapat undangan ke wedding Hilal Asyraf pulak. Yang ni memang di luar jangkaan sebenarnya. Terkejut jugak masa dapat invitation di twitter "saya nak jemput @milimilo dan @DenaBahrin ke walimah saya di Gombak pada 07.07.12". Lepastu macam eh, biar betul Hilal ni. Salah orang ke apa kan. Rupanya memang betul-betul jemput.

Mula-mula baca karya hasil penulisan Hilal, tak pernah sangka beliau semuda ni. Gaya sumpah matang. Berbaloi baca dan semuanya memang menginspirasikan. Semua ayat yang digunakan dalam penulisan Hilal pun sangat sangatlah menenangkan. Orang yang baca pun automatik akan rasa tenang je. Tenang tu kan perasaan yang paling indah sekali.

So memang hasil penulisan di Langit Ilahi, Facebook dan buku-buku, novel-novel Hilal, sesuai dibaca semua. Yang penting, Hilal menulis dengan ilmu dan pengalaman, bukan main tulis je. Moga Hilal dapat menginspirasikan lebih ramai lagi lepas dah bernikah ni. Heee. Kena dapatkan buku "Sebelum Aku Bernikah" cepat².

Insecurenya rasa dengan "ketinggian" diri sendiri. T_T
Humaira
Zulaikha

Kebetulan di walimah Hilal ni, dapat peluang berjumpa dengan Aiman Azlan dan Aisyah Shakirah for the first time ever. 2 orang vlogger muda yang berdakwah di Youtube. English sangat fluent and simple so semua boleh faham videonya. Memang inspiring sangat. Aiman dengan MOMO-nya, Aisyah pulak dengan #teamkhemah-nya. Mula-mula kenal Aisyah dari MrTheAllShared.

Selain blog dan vlog, Aisyah pelukis di iluvislam jugak tau. Suka semuaaaaaaa lukisan Aisyah. Bila tengok terus macam Ya Allah Subhanallah indahnya, kreatifnya. And Aisyah is a Law student di Asasi UiTM Shah Alam dan ex-student MRSM Taiping. Umur baru nak masuk 18 tahun tapi tengoklah Aisyah, sangat matang. Malu pulak bila nak banding dengan diri sendiri. Wuwu.

Masa mula-mula nampak Aisyah di walimah Hilal, first impression was like, "MasyaAllah, ayunya Aisyah." Seriously. Kagum and terpegun kejap. Dahlah matang sangat. Lepastu Aisyah ada 'high cheek-bone'. Heee. Bukan senang nak dapat pipi tinggi cemtu. Lawa manis semuanyalah. :B Teruskan berdakwah di semua medium termasuk Facebook dan Twitter ya Aisyah? And thanks a lot Aisyah sebab sudi jumpa di walimah ni dan dapat kenal dengan kawan Aisyah 2 orang, Humaira and Zulaikha. =)

Ini pengantin baru dan pengantin baru 2 bulan. Hihi.
Tahniah Hilal dan Masyitah. And thanks Dena dan Soffian jugak sebab sudi bagi join duduk semeja sekali semuanyalah masa wedding ni. Moga kita dapat jumpa lagi insyaAllah. Selamat bercinta secara halal dan moga redha Allah mengiringi hingga ke Syurga. آمِينْ. =')

Heee. ∩_∩ 

Kepada yang bakal berkahwin, barakallah. Dimudahkan insyaAllah. Moga dalam jagaan dan lindungan Allah sentiasa. Biar cara kita berbeza asalkan matlamat kita semua sama. Yang penting, niat semuanya lillahitaala.

Bak kata Hilal Asyraf “Kalau benar cinta, mestilah hendak bersama ke syurga. Apa-apa yang melempar ke neraka, itu bukan cinta namanya.”

"Kesimpulannya, andai terlalu cinta, berkahwinlah. Sekiranya anda merasakan tidak bersedia, ketahuilah bahawa Allah mahukan anda meluangkan diri bersama Dia terlebih dahulu sebelum si dia. Yang halal kan ada, kenapa pilih yang haram?" [Aisyah Shakirah Suhaidi]

Jadinya, kalau ada wedding kawan dari internet yang pernah jumpa atau belum pernah jumpa, tetap akan cuba datang penuhi undangan kalau ada rezeki. Kalau jauh sangat ataupun ada hal yang tak mampu dielakkan, cuma mampu kirim doa pada pengantin dari jauh jelah kan? Barakallah. =')

Related post:
http://irinenadia.blogspot.com/2012/08/my-wedding-reception-melaka.html
http://gdamajidah.blogspot.com/2012/07/congratulation-irine-and-amirul.html
http://www.schanazri.com/2012/06/sekitar-majlis-perkahwinan-irine-nadia.html
http://applehijaulife.blogspot.com/2012/07/irine-nadias-wedding.html
http://langitilahi.com/9183
http://aisyahshakirah.blogspot.com/2012/07/walimah-hilal-asyraf-day-with-dena.html

=)

Friday, June 29, 2012

Pengantin Muda: @DenaBahrin @irinenadia @HilalAsyraf



Dua bulan yang lepas, ada tulis pasal sorang adik manis ni, Dena Bahrin yang dah selamat berkahwin pada umur 20 tahun. Sangat-sangat happy untuk Dena and lagi happy sebab dapat invitation untuk ke reception Dena pada 1 Mei dulu. So dapat lah tengok depan mata kebahagiaan Dena dengan suami. Comel sangat. Lagi comel nanti dengan penyeri baby diorang. Heuheu. =')

Dekat wedding Dena tu lah pun last dapat jumpa Dena. Lepastu memasing busy dengan final semuanya kan. Pergi wedding Dena dulu dengan Nazneen, Kakak Farhana and Abang Munsyi. Heee. Paling suka doorgift Dena. Memang special theme "love after marriage". Siap dapat kotak comel dalamnya ada mini cupcakes. =)


Post wedding by Dena:
1. http://denakamarulbahrin.blogspot.com/2012/05/1-my-love-story.html
2. http://denakamarulbahrin.blogspot.com/2012/05/2-my-story.html

Muka pengantin pun dah penat sebab ramai sangat tetamu yang datang tapi muka bahagia tu masih terserlah. Masa nak bergambar dengan pengantin ni, siap kena beratur panjang. LOL. Gigih semorang beratur. Muka pun muka excited je. Heee.

K. Cerita dua bulan lepas dah tak boleh cerita bebanyak dah sebab dah nak basi. Tapi cerita Dena and husband takkan basi lah. Forever sweet insyaAllah. Marilah kita sama-sama doakan yang terbaik ya? :)


Itu hadiah untuk Dena & husband. Share dengan Neen beli. Sebab last minute sangat, konon nak dare to be different lah. Cari hadiah yang tak payah balut terus nampak apa isinya.

Sekali lepas habis wedding tu, tengok habis penyek dah hadiah ni. Wuwu. Sorry Dena. Tapi kitorang ikhlas dari hati ikut kemampuan kitorang. Hihi. Hadiah yang paling ikhlas kitorang boleh bagi adalah hadiah doa. Forever bahagia. :)


With dearie Aliah Athirah merangkap junior sekolah Neen dulu and cousin kepada Soffian, husband Dena.


K dah tu jelah hasil gambar yang tak seberapa di hari bahagia Dena and husband. Seronok meriah ramai sangat orang. Makanan sedap. Slideshow pasal perkenalan diorang, wish special untuk diorang pun ada. So boleh cakap memang HAPPY sangat. =)

Kad jemputan kahwin Dena.


Kad jemputan kahwin Irine.

Kad jemputan kahwin Hilal.

Dulu, dalam entri pasal Kahwin Muda, ada sebut pasal Dian Pelangi, Farah Lee, Irine Nadia, Dena Bahrin and Hilal Asyraf. Diorang ni antara yang aku kenal dalam dunia maya ni yang ditakdirkan Allah jumpa jodoh awal. Syukur.

Lepastu, ada jugak selitkan cakap yang heharap Dena, Irine, Hilal semua jemput lah aku ke wedding diorang nanti. Tengok-tengok betul-betul dijemput. Sumpah tak sangka. Terharu sangat-sangat. Disebabkan dah susah-susah dijemput, maka seboleh-bolehnya aku akan usahakan jugak untuk datang ke wedding diorang semua. Wedding Dena dah selamat. Tinggal wedding Irine dan wedding Hilal insyaAllah akan cuba datang.

Harini insyaAllah Irine akan dinikahkan lepas Maghrib. Moga semuanya dimudahkan. Reception esok, insyaAllah aku dengan Kaka pergi sekali dengan Dena and hubby. Wedding Hilal minggu depan pulak, insyaAllah akan pergi dengan Dena. Aisyah Shakirah pun insyaAllah pergi jugak sekali. Moga tak ada apa-apa halangan lah. Kalau tak dapat datang pun, tetap juga doakan yang terbaik untuk semua pasangan ni. Amin mudah-mudahan. =)







Bila tengok ramai yang kahwin muda ni, memang ramai jugak yang dok meroyan cakap pasal nak kahwin muda. Ada yang baru sekolah rendah dah start cakap pasal nak kahwin. Hee. Amboi lah. Jangan dikejar sangat pasal nak kahwin sampai benda lain yang basic terabai.

 Tak kisah sebenarnya kahwin muda ke kahwin lewat sikit ke, janjinya, bila waktu tu dah tiba, kita dah ready nak pikul tanggungjawab. Selalu dengar orang cakap, "aku nak kahwin supaya dapat suami/isteri yang boleh bimbing aku jadi lebih baik".  Why not, kita cuba jadi lebih baik dulu, then insyaAllah kita akan dapat jodoh yang baik juga untuk kita. Kalau cuma tunggu, tak ada usaha, macamana nak dapat apa yang nak kan?

Selalu pesan dekat diri sendiri, kalau Allah dah tetapkan, benda tu akan datang dengan cara yang paling baik sekali. Lebih manis dengan cara yang kita tak sangka-sangka. Kahwin tu adalah tanggungjawab. Jadi, pastikan diri dah mampu nak pikul tanggungjawab tu dan sentiasa persiapkan diri. Jangan tangguh k. Sentiasa niat improve diri.

Nak kahwin maksudnya nak bina institusi keluarga. Bila nak bina keluarga, kita kena pastikan diri kita dan pasangan kita memang dah ada ilmu hal rumahtangga dan hal parenting supaya generasi baru yang bakal dilahirkan sentiasa terjaga dan takkan terabai. Kalau diri kita dah mantap, insyaAllah mampu lahirkan generasi yang mantap walaupun iman tu tak dapat diwarisi, tapi tetaplah cuba yang sebaiknya. Ya? InsyaAllah. =)



Tahniah untuk Irma Hasmie dan Redza Syah Azmeer yang dah selamat dinikahkan.
Moga bahagia hingga ke syurga amin ya Rabb. =')

Friday, December 9, 2011

Now Everyone Can Doodle - Doodle Tutorial Using Paint Tool SAI


Assalamualaikum. Alhamdulillah, sekarang ni dah 1000 orang yang like page Satu Hari Satu Doodle setelah hampir 4 bulan bermula dari doodle puasa dulu. Hehe. So bersempena dah ramai yang menyokong doodle aku yang huduh ni, aku nak bagitahu beberapa perkara:

#1 Sebenarnya, doodle atas kertas lagi senang daripada doodle guna mouse kat komputer. 
#2 Doodle ni boleh di-improve kalau rajin praktis. 
#3 Idea boleh datang secara tiba-tiba bila tengok environment or doodle orang lain tapi bukan tiru. Jadikan sumber inspirasi cukuplah. 
#4 Setiap orang ada identiti doodle dia sendiri. Sebab tu doodle kadang-kadang nampak sepesen. And kalau bosan, dia akan cuba ubah gaya baru. Try and error. Try and succeed. 
#5 Orang kata benda kalau dah minat, menghadap 24/7 pun tak ada masalah. Tapi kalau penyakit malas dah datang, minat macam mana pun, cannot go. So, keyword penting; kena RAJIN dan ISTIQAMAH.


Bersempena 1K pengelike, aku rasa berbaik hati nak bagitahu tutorial untuk men-doodle guna Paint Tool SAI (Full version, full function software. Bukan trial) dan Photoscape. Kalau tak ada Paint Tool SAI silalah download sebab ianya sangat user-friendly. Memang dah ramai yang tahu. Tapi untuk yang tak tahu, lepas ni, boleh lah korang doodle comel-comel sendiri kan kan? =)


















Banyak lagi function Paint Tool SAI ni sebenarnya tapi aku bagitahu yang basic cukuplah kan. Sebabnya, aku pun pandai basic je. Kalau nak advance sikit, kena explore sendiri. Dekat youtube ada banyak gila tutorial guna Paint Tool SAI.

Dan mostly doodler akan guna Paint, Paint Tool SAI, Adobe Photoshop, Adobe Illustrator dan kalau yang lagi advance tu, macam-macam lah lagi software yang ada kan?

Dulu, sebelum pandai guna Paint Tool SAI, aku doodle guna Paint je. Haha. Sumpah kelakar bila tengok doodle zaman awal-awal dulu. Dengan senget bengetnya. Main hentam je.

Dulu main hentam je saiz brush lepas tu tangan asyik parkinson lah pulak kan. Untuk pengetahuan, semua doodle aku ni guna mouse je.

Sebenarnya, aku lagi suka sketch doodle dalam buku. Aku ada banyak buku penuh dengan doodle. Bila aku rajin sikit baru aku transfer ke komputer. Tapi selalunya malas, sebab tu jarang ada doodle baru. Buat koleksi buku doodle jelah. :)

Apapun, harap-harap basic tutorial aku ni membantu sedikit sebanyak sesiapa yang minat mendoodle tu. Selamat mendoodle. Semoga boleh menjadi doodler awesome seperti mereka-mereka (You Know Who)

Antara doodler dari Malaysia yang aku rasa awesome:

Rasanya banyak lagi yang ada sampai tak ter-list-kan. Siapa ada list doodler dari Malaysia lagi, silalah bagitahu. Boleh menambahkan komuniti. Heee. Terima kasih pada yang terus menyokong. *lap air mata* Daaaa.