Friday, June 29, 2012

Pengantin Muda: @DenaBahrin @irinenadia @HilalAsyraf



Dua bulan yang lepas, ada tulis pasal sorang adik manis ni, Dena Bahrin yang dah selamat berkahwin pada umur 20 tahun. Sangat-sangat happy untuk Dena and lagi happy sebab dapat invitation untuk ke reception Dena pada 1 Mei dulu. So dapat lah tengok depan mata kebahagiaan Dena dengan suami. Comel sangat. Lagi comel nanti dengan penyeri baby diorang. Heuheu. =')

Dekat wedding Dena tu lah pun last dapat jumpa Dena. Lepastu memasing busy dengan final semuanya kan. Pergi wedding Dena dulu dengan Nazneen, Kakak Farhana and Abang Munsyi. Heee. Paling suka doorgift Dena. Memang special theme "love after marriage". Siap dapat kotak comel dalamnya ada mini cupcakes. =)


Post wedding by Dena:
1. http://denakamarulbahrin.blogspot.com/2012/05/1-my-love-story.html
2. http://denakamarulbahrin.blogspot.com/2012/05/2-my-story.html

Muka pengantin pun dah penat sebab ramai sangat tetamu yang datang tapi muka bahagia tu masih terserlah. Masa nak bergambar dengan pengantin ni, siap kena beratur panjang. LOL. Gigih semorang beratur. Muka pun muka excited je. Heee.

K. Cerita dua bulan lepas dah tak boleh cerita bebanyak dah sebab dah nak basi. Tapi cerita Dena and husband takkan basi lah. Forever sweet insyaAllah. Marilah kita sama-sama doakan yang terbaik ya? :)


Itu hadiah untuk Dena & husband. Share dengan Neen beli. Sebab last minute sangat, konon nak dare to be different lah. Cari hadiah yang tak payah balut terus nampak apa isinya.

Sekali lepas habis wedding tu, tengok habis penyek dah hadiah ni. Wuwu. Sorry Dena. Tapi kitorang ikhlas dari hati ikut kemampuan kitorang. Hihi. Hadiah yang paling ikhlas kitorang boleh bagi adalah hadiah doa. Forever bahagia. :)


With dearie Aliah Athirah merangkap junior sekolah Neen dulu and cousin kepada Soffian, husband Dena.


K dah tu jelah hasil gambar yang tak seberapa di hari bahagia Dena and husband. Seronok meriah ramai sangat orang. Makanan sedap. Slideshow pasal perkenalan diorang, wish special untuk diorang pun ada. So boleh cakap memang HAPPY sangat. =)

Kad jemputan kahwin Dena.


Kad jemputan kahwin Irine.

Kad jemputan kahwin Hilal.

Dulu, dalam entri pasal Kahwin Muda, ada sebut pasal Dian Pelangi, Farah Lee, Irine Nadia, Dena Bahrin and Hilal Asyraf. Diorang ni antara yang aku kenal dalam dunia maya ni yang ditakdirkan Allah jumpa jodoh awal. Syukur.

Lepastu, ada jugak selitkan cakap yang heharap Dena, Irine, Hilal semua jemput lah aku ke wedding diorang nanti. Tengok-tengok betul-betul dijemput. Sumpah tak sangka. Terharu sangat-sangat. Disebabkan dah susah-susah dijemput, maka seboleh-bolehnya aku akan usahakan jugak untuk datang ke wedding diorang semua. Wedding Dena dah selamat. Tinggal wedding Irine dan wedding Hilal insyaAllah akan cuba datang.

Harini insyaAllah Irine akan dinikahkan lepas Maghrib. Moga semuanya dimudahkan. Reception esok, insyaAllah aku dengan Kaka pergi sekali dengan Dena and hubby. Wedding Hilal minggu depan pulak, insyaAllah akan pergi dengan Dena. Aisyah Shakirah pun insyaAllah pergi jugak sekali. Moga tak ada apa-apa halangan lah. Kalau tak dapat datang pun, tetap juga doakan yang terbaik untuk semua pasangan ni. Amin mudah-mudahan. =)







Bila tengok ramai yang kahwin muda ni, memang ramai jugak yang dok meroyan cakap pasal nak kahwin muda. Ada yang baru sekolah rendah dah start cakap pasal nak kahwin. Hee. Amboi lah. Jangan dikejar sangat pasal nak kahwin sampai benda lain yang basic terabai.

 Tak kisah sebenarnya kahwin muda ke kahwin lewat sikit ke, janjinya, bila waktu tu dah tiba, kita dah ready nak pikul tanggungjawab. Selalu dengar orang cakap, "aku nak kahwin supaya dapat suami/isteri yang boleh bimbing aku jadi lebih baik".  Why not, kita cuba jadi lebih baik dulu, then insyaAllah kita akan dapat jodoh yang baik juga untuk kita. Kalau cuma tunggu, tak ada usaha, macamana nak dapat apa yang nak kan?

Selalu pesan dekat diri sendiri, kalau Allah dah tetapkan, benda tu akan datang dengan cara yang paling baik sekali. Lebih manis dengan cara yang kita tak sangka-sangka. Kahwin tu adalah tanggungjawab. Jadi, pastikan diri dah mampu nak pikul tanggungjawab tu dan sentiasa persiapkan diri. Jangan tangguh k. Sentiasa niat improve diri.

Nak kahwin maksudnya nak bina institusi keluarga. Bila nak bina keluarga, kita kena pastikan diri kita dan pasangan kita memang dah ada ilmu hal rumahtangga dan hal parenting supaya generasi baru yang bakal dilahirkan sentiasa terjaga dan takkan terabai. Kalau diri kita dah mantap, insyaAllah mampu lahirkan generasi yang mantap walaupun iman tu tak dapat diwarisi, tapi tetaplah cuba yang sebaiknya. Ya? InsyaAllah. =)



Tahniah untuk Irma Hasmie dan Redza Syah Azmeer yang dah selamat dinikahkan.
Moga bahagia hingga ke syurga amin ya Rabb. =')

16 comments:

  1. kak macam dah tak sabar jee.. hee.. :D

    ReplyDelete
  2. Waiting for Kak Mili's wedding post pulak sooner

    ReplyDelete
  3. nak kahwin bukan senang kan? perlukan pengorbanan dan ianya adalah satu tanggungjawap. tak sabar nak baca kisah kak mili pulak. hee ;)

    ReplyDelete
  4. nice entri
    asik tulis pasal orng kawen je
    bila awak pulak nak kawen?
    :)
    lawatlah blog saya :)

    ReplyDelete
  5. masih sekolahh lagi..hohoho=)
    tapi tetap mengharapkan jodoh yang terbaekk di masa depan=)InsyaAllah :D

    ReplyDelete
  6. Tak kesah lah kahwin awal ke tak. Asalkan bakal suami kita adalah orang boleh membimbing ke arah lebih baik dan disenangi seluruh ahli keluarga.

    ReplyDelete
  7. seronok tengok mereka kan :)

    ReplyDelete
  8. seme org tringin nak kawen,tp b4 kawen kna prepare diri kita dulu..

    nway sonok je tgok diorg ni,
    hhuhu ^_________^

    ReplyDelete
  9. seronok tengok depa semua kahwin even umur saya dengan dena n irine sebaya :D :D :D

    ReplyDelete
  10. sekali tengok tiga tiga nama yang kak mili tulis ni, dalam hati cakap 'emm biar lah. baca je lah apa yang kak mili cite. bukannya aku kenal pun.' tapi tiba tiba ada kad jemputan hilal asyraf atas meja rumah. rupanya mak hilal asyraf ni kawan mak saya.

    ReplyDelete
  11. salam...nice entri. bestnya tengok pasangan2 bahagia ni, moga Allah berikan sy kisah cinta semanis mereka :)

    ReplyDelete
  12. Nanti akak kahwin, jangan lupa jemput kita tau ;)

    ReplyDelete
  13. nice entry.
    Suka tengok pasangan yg kahwin muda kat atas tu. Semoga berkekalan dgn hendakNya. InsyaAllah.

    ReplyDelete

SENYUM. Tak perlu kata apa-apa. SENYUM! :)