------------------------------------------------------------------------
Tetapi Ibu Bapa pun, kenalah jadi 'pembincang yang matang' juga. Bila anak utarakan perbincangan fasal kahwin awal, tidak pedulilah berapa pun umur mereka, jawablah dengan matang jika tidak membenarkan.
Jangan dijawab dengan jawapan yang sangat mengguriskan hati seperti: "Hang kecik lagi. Jangan dok gatai eh."
Pimpinlah anak-anak untuk berbincang dengan matang, buat pertimbangan pro&kontra. Lihat dan dengar juga pandangan anak-anak itu. Apa permasalahan dia. Kenapa dia nak kahwin awal. Apa persediaan yang dia sudah lakukan.
Bimbinglah. Jangan hanya tahu menyatakan tidak. Jangan teruja mahu tunjuk ke'veto'an ibu bapa tu. Nanti anak-anak lari buat keputusan sendiri yang lebih merosakkan. Ibu Bapa patut berusaha menjadikan dirinya tempat rujukan, tempat anak-anak suka untuk pergi jika ada apa-apa. Jadi, kenalah mesra, dan matang.
Jangan asyik-asyik ulang - "Kami ni tau yang lahirkan kau! Kami yang bagi makan minum. Kami yang bayar itu ini." - taken from here. -Hilal Asyraf-
Antara mereka yang dah berkahwin muda atau akan berkahwin muda
http://farahinlee.blogspot.com/
Alhamdulillah. Aku tengok sekarang ni ramai betul muda-mudi yang sudah berkahwin. Ini satu perkembangan yang bagus sebenarnya dalam masyarakat kita. Daripada dok bercinta yang tak tahu ke mana hala tuju lagi, lebih baik bercinta secara halal dengan suami/isteri sendiri. Semuanya tak terbatas.
Cumanya, kahwin adalah satu langkah permulaan memikul tanggungjawab yang besar. Kalau lelaki, dia kena bersiap sedia untuk membimbing isteri dan anak-anak. Kalau perempuan pula, dia kena bersiap sedia untuk memikul tanggungjawab menguruskan keluarga. Soal tanggungjawab yang dipandang remeh lah yang selalu jadi punca kepada keruntuhan sesebuah institusi keluarga tu.
Kalau boleh, semua orang pun nak kahwin muda. Tapi bukan semua orang mampu nak kahwin muda. Daripada apa yang aku perhatikan, kebanyakan yang berkahwin muda, pasangan lelaki itu adalah seorang lelaki yang sudah kukuh dari segi kewangan. Kukuh dari segi kewangan adalah satu kriteria penting untuk berkahwin sebabnya, kalau nak tanggung diri sendiri pun tak lepas, macam mana nak tanggung isteri dan anak nanti? Memanglah rezeki Allah boleh dicari di mana-mana. Tapi lebih elok kalau sudah kukuh sebelum berkahwin supaya senang untuk memikul tanggungjawab dan tak susah di kemudian hari.
Dan salah satu kriteria lain untuk berkahwin muda adalah ikut pilihan keluarga. Jangan nak kata kahwin dengan pilihan keluarga sudah tidak relevan. Sampai bila-bila pun ianya relevan kalau pilihan keluarga tu tidak ada cacat celanya dan orang tersebut sekufu dengan kita. Cinta itu boleh dipupuk. Allah sendiri dah cakap, boleh jadi kamu tak menyukai sesuatu sedangkan benda tu baik untuk kamu.
Lagi satu kelebihan berkahwin dengan pilihan keluarga, selalunya, keluarga kita akan sponsor majlis perkahwinan kita tu. Kahwin bukan setakat akad nikah dan wang mas kahwin saja. Tapi perlu buat walimatul urus untuk umumkan tentang perkahwinan kepada sanak saudara, jiran tetangga, rakan taulan, semuanya kena jemput untuk memeriahkan majlis dan diberi makan. Kos untuk bagi makan satu kepala pun sudah naik sekarang ni.
Bukan semua lelaki mampu menyediakan wang untuk majlis yang meriah. Kalau si perempuan mampu, tidak ada salahnya gunakan juga sedikit wangnya untuk majlis tersebut. Lagipun, yang mahu berkahwin adalah si lelaki dan si perempuan. Apalah salahnya belajar berkongsi untuk majlis yang memberi manfaat kepada keduanya.
Tambah pulak, sekarang ni, ramai yang suka berlebih-lebihan dalam walimatulurus sampaikan menanggung hutang sepanjang perkahwinan. Ingat ni, "invest on your marriage, not on your wedding". Selepas kahwin, banyak lagi benda yang perlu diuruskan. Kos untuk bersalin pun makin tinggi tambah-tambah kalau bersalin secara Cesarean.
Jadinya, buatlah majlis di atas kemampuan sahaja. Kalau mampu nak buat meriah, buatlah. kalau tak mampu, jangan nak terikut-ikut orang sangat. Buatlah majlis apa adanya sebab majlis cuma sekali tapi kehidupan selepas perkahwinan tu sampai ke akhir hayat, InsyaAllah. Yang penting, majlis perkahwinan tu, biarlah berlandaskan syariat Islam. "Ikatan perkahwinan itu sesuatu yang suci, janganlah ia dicampur dengan benda maksiat."
Macam yang dibincangkan oleh Hilal dalam statusnya tadi, tanya balik diri kita, betul ke kita perlu kahwin awal? Ataupun kita hanya hendak kahwin awal? Ataupun kerana terikut-ikut orang? Adakah kita sudah bersedia untuk berkahwin awal? Kalau belum bersedia, apa yang patut kita buat? Persiapkan diri? Ya. Persiapkan diri masing-masing supaya sebuah keluarga yang harmoni dan bahagia dapat dibina dan melahirkan generasi baru yang soleh dan solehah. InsyaAllah bahagia sampai ke syurga. :')
Moga-moga nanti aku diundang untuk datang ke walimatul urus Hilal, Dena dan Irine. Hehe. Kalau tak diundang pun tak apa. Boleh juga mendoakan dari jauh. Semoga mereka yang sudah berkahwin muda atau bakal berkahwin muda, sentiasa dipermudahkan urusan rumahtangga mereka nanti oleh Allah S.W.T.
Untuk yang tanya, "Mili, awak bila pulak nak kahwin?" Aku mampu senyum jelah. Allah kata belum lagi. Allah Maha Tahu. Kalau jodoh aku sampai nanti, insyaAllah moga waktu itu aku sudah mempersiapkan diri untuk menjadi isteri yang baik untuk bakal suamiku. Ewahhh. :")