Wednesday, February 29, 2012

Al-'Ilm Bi La 'Amal, Kasy Syajar Bi La Thamar

"Why do you seek more knowledge when you pay no heed to what you already know?"

Dari Saidina Ali RA: "Lihat perkara yang diperkatakan, bukan siapa yang berkata-kata."

Selalunya bila kita sampaikan pesanan yang baik kepada orang lain, secara automatiknya kita dianggap baik dan dah buat perkara baik tu. Anggapan tu tak salah. Sebabnya, kalau kita sampaikan tapi kita tak buat, maknanya kita cuma pandai cakap kosong je.

Memang lebih mudah bercakap daripada buat. Tapi, tak bermaksud kita cuma perlu cakap tanpa buat. Ilmu itu memang perlu dikongsi. Dakwah itu memang perlu disebarkan. Tapi sebelum sebarkan pada orang lain, kita kenalah cuba aplikasi dekat diri sendiri dulu. Sebabnya bila kita tahu sesuatu, tapi kita tak amalkan, kita jadi lebih buruk daripada orang yang memang berada dalam kegelapan tu sendiri.


Hadis Rasulullah SAW: 
Pada hari kiamat, ada seorang dihadapkan dan dilemparkan ke neraka. Orang-orang pun bertanya, "Hai Si Fulan, mengapa kamu masuk neraka sedangkan kamu dahulu adalah seorang yang menyuruh kepada berbuat ma’ruf dan mencegah perbuatan mungkar?" 
Orang tersebut pun menjawab, "Ya, benar. Dahulu aku menyuruh berbuat ma’ruf, tapi aku sendiri tidak melakukannya. Aku mencegah orang lain berbuat mungkar tapi aku sendiri melakukannya." (HR Muslim)

Apa yang kita tulis, jadi tanggungjawab kita. Kalau kita cuma pandai cakap je, tapi tak amalkan, nanti bila kita sampaikan benda yang baik pada orang, orang akan pertikaikan macam ni:

"Eleh kau bajet baik. Takat pandai cakap je buat apa. Aku tengok kau jahat jugak"

Lepastu kita mesti nak back-up diri kita dengan ayat ni:

"Janganlah tengok siapa yang menyampaikan, tapi tengoklah pada apa yang disampaikan. Lagipun, aku sampaikan benda baik. Ambik jelah ilmu tu. Tak payah tengok aku. Nanti-nanti aku buatlah. Yang penting, aku dah dapat pahala berdakwah."

Hah, banyaklah nanti-nanti. Hmm, sebenarnya, ini nota untuk diri sendiri. Aku perasan yang lately, orang-orang di sekeliling aku ramai betul yang positif dan sebarkan benda-benda baik. Bila jumpa benda-benda macam ni, aku pun excited jugak nak share. Tapi aku tak amalkan pun padahal aku dah tahu.

Ilmu tanpa amal is equal to nothing. Jadinya, doakanlah aku dapat amalkan ilmu-ilmu yang aku terima ni semua slow-slow supaya aku tak dipersoalkan nanti.

Sambil berdakwah, sambil amalkan. Sebelum share apa-apa ilmu, pastikan kita pun beramal dengan ilmu tu. What we share to others, it becomes our responsibility too. Jangan pandai omong kosong ya Mili! Tapi tak semestinya kena tunggu diri sempurna baru nak share ilmu dengan orang lain. Kena cuba slow-slow. Sedang berusaha ke arah itu. Seorang Islam yang baru nak masuk Islam. Doakanlah. :')

Dari Saidina Abu Bakar RA: "Orang yang bijak ialah orang yang sentiasa mengingatkan dirinya terlebih dahulu sebelum mengingatkan orang lain."
"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukan bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri, seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan." - Imam Hasan Al Basri ( Abu Sa'id al-Hasan ibn Abi-Hasan Yasar al-Basri )



KNOWLEDGE: The more you share, the more you get. The more you keep, the more you forget. Keep that in mind okay. =)