Wednesday, March 14, 2012

Perihal @AimanAzlan90: MOMO - Monthly Motives


Kalau awak orang Malaysia yang online setiap hari, yang ada Facebook, Twitter atau blog, mesti awak kenal dengan Aiman Azlan iaitu salah seorang vlogger yang konsisten update video Islamik yang sangat inspiring dan banyak benda baru boleh belajar setiap kali tengok video beliau.

Kalau awak tak kenal, mungkin sebab awak tak perasan kot ataupun awak memang taknak ambil tahu. Hee. Aiman Azlan sangat aktif di Twitter dan Facebook dan blog jugak. Setiap hari beliau akan konsisten kongsi ilmu baru dengan orang lain. Dan video di Youtube semuanya guna simple English yang semua orang boleh faham. Worth it sangat kalau tengok semua video. Sumpah.

Full Name: Muhammad Aiman bin Azlan
Date of Birth: September 24th, 1990
Place of Birth: Kubang Kerian, Kelantan, Malaysia
Family: Fourth child out of six siblings (all males)
Status: Engaged

Education
1997: Sekolah Kebangsaan Tobobon, Sabah, Malaysia
1998-2002: Sekolah Kebangsaan Jejawi, Perlis, Malaysia
2003-2005: Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Hassan, Perlis, Malaysia
2006-2007: MRSM Langkawi, Kedah, Malaysia
2008-2009: Taylor's University College, Subang Jaya, Selangor, Malaysia
2009-present: University of Toronto Mississauga, Canada (HBSc Biology and Psychology)

Will graduate in November 2013, Insha Allah.
taken from here

Tapi sebenarnya, kali ni bukan nak cerita pasal Aiman Azlan sangat, tapi pasal projek Monthly Motives (MOMO) yang Aiman dan kawan-kawan di University of Toronto Mississauga galakkan semua orang Islam untuk buat dekat kampus. Dalam masa sebulan cuba buat benda tu sikit-sikit dan InsyaAllah boleh teruskan sampai bila-bila.




Muslim Students' Association University of Toronto Mississauga
"The Monthly Motives is an initiative to instill good character and deep Islamic values on campus, by presenting a monthly reminder to teach and encourage people to adopt a certain way of acting or thinking.

Every month there will be a new reminder that we can implement for the next 30 days so that it develops into a good habit and becomes second nature Insha Allah."
Disebabkan sekarang ni baru bulan Mac, makanya baru ada 3 video MOMO. Dan diorang akan konsisten untuk update setiap bulan. Looking forward untuk tengok semua video MOMO dan sedang cuba usaha untuk apply slow-slow apa yang dah ditunjukkan dalam video MOMO yang dah ada ni.

Lepas tengok video ni, dah dapat ilmu. Jadinya dah tahu. Tapi tahu je tak cukup. Mesti kena mahu buat. Tahu tapi tak mahu buat maksudnya ada ilmu tapi taknak beramal. Jadi ilmu sia-sia nanti. Nak buat benda baik memang susah. Tapi kena cuba paksa diri. Tak susah kalau kita mulakan dengan kebaikan yang ringan dulu. Yang haq dan yang batil tak boleh bersatu. Jadinya, kena tinggalkan yang buruk dulu, baru boleh buat yang baik. =)

Lagipun, hidup ni bukannya kebetulan semata. Hidup ni adalah peluang. Peluang untuk kita sendiri pilih dan tentukan kita nak buat apa. Kalau kita memilih untuk tak buat apa-apa, itu pun dah tunjukkan yang kita dah buat pilihan.




Setiap hari, aku akan berusaha untuk cuba ikut baca Al-Quran macam yang aku tulis kat sini. Setiap selepas Subuh atau Asar, akan baca Al-Ma'thurat. Setiap selepas Zohor atau Maghrib, akan cuba baca 2 atau 3 pages. Dan setiap selepas Isyak, aku akan baca 1 surah pilihan harian. 

Tapi kadang-kadang tu sibuk dan tak sempat nak ikut macam yang ditulis. Jadinya, boleh buat slow-slow macam yang di-recommend oleh Aiman, iaitu baca 1 page 1 hari walau sesibuk mana pun. Jadinya, bila orang tanya, "bila last awak baca Al-Quran?" awak boleh jawab, "insyaAllah setiap hari tak tinggal". 

Kalau time period pulak, boleh berzikir dan baca terjemahan je. Baca online pun boleh kan? Yang penting, bukan baca secara membuta tuli. Kalau boleh, baca dan hayati sekali maksudnya biar sampai hati tersentuh dengan Love Letter from Allah yang 1 ni. :)




Bagi aku, nak sebarkan salam dekat semua orang yang kita jumpa samada kenal atau tak kenal ni adalah MOMO yang paling susah. Sebabnya kalau kita kenal orang tu pun, belum tentu bila lalu sebelah kita nak bagi salam. Kadang-kadang tu nak senyum pun susah.

Pulak tu, aku ni jenis bila berjalan konon "ghoddul basor" menundukkan pandangan habis. Konon bila tundukkan pandangan, rasa selamat sebab tak payah nak bertentang mata dengan sesiapa, so tak payah bagi salam. Lagipun aku cuba nak jaga pandangan mata daripada nak tengok orang lain, sebabnya nanti hati ni mulalah nak bermonolog dalaman sengsorang. "Lagi banyak kita tengok, lagi banyak kita rasa nak mengata".

Tapi itu alasan je. Setakat ni, aku cuma mampu bagi salam dekat lecturer dan makcik cleaner. Dekat rakan sebaya di sekeliling kampus ni, aku belum mampu nak buat. Tapi aku akan cuba insyaAllah. Kekadang tu, kalau takde jumpa sesiapa, aku bagi salam pada kucing je. Aci jelah kot. Hee.




"Lebih baik diam, daripada berkata sesuatu yang buruk."
"Lebih baik tak update blog, daripada update pasal benda yang lagho."
"Lebih baik tak tweet, daripada dok bersembang dekat mention mengumpat orang."
"Lebih baik tak update status dekat Facebook daripada update status yang mengundang kemarahan orang."

Tapi diam tak semestinya benda baik. Sebabnya kalau semua orang diam, macam mana nak sebarkan sesuatu kan? Tapi nak bercakap pun ada batasnya. Tambah-tambah perempuan. Aku sendiri lah. Bila berkumpul ramai-ramai, laju je nak bukak cerita pasal orang lain. Habistu nanti bila orang lain berkumpul, diorang bukak cerita pasal kita pulak awak nak macam tu?

Kita memang tak boleh nak kontrol apa yang orang nak fikir atau mengata yang buruk pasal kita sebabnya benda tu diluar kawalan kita. Apa yang dalam kawalan kita? Kontrol diri sendiri daripada nak lakukan benda yang boleh mengundang kepada orang lain nak mengata kita.

Tapi kalau kita buat benda baik pun orang nak mengata, senyum jelah. Sedangkan Rasulullah yang maksum pun ada yang benci, apatah lagi insan biasa macam kita. Lagipun, kalau ada orang benci kita, mungkin sebab dulunya kita pernah membenci kot? Apapun, "Haters gonna hate but Allah will always dominate." =')




8 comments:

  1. assalamualaikum. *sambil senyum*

    kenal aiman azlan from incik anwarhadi.huhu. sgt respect dy. tenkiu so much sis for this entry. mmg kalau kita nak buat baik, Allah akan segera hantarkan org2 baik dan dekatkan perkara2 baik pada kita :)

    May Allah bless us

    ReplyDelete
  2. bagus sangat ada orang-orang macam depa ni. berkongsi ilmu dan dlm masa yang sama mengajak kita berubah secara perlahan-lahan. :)

    ReplyDelete
  3. Kenal aiman azlan sbb uni dekat + sama college dulu. Hehe.

    Moga istiqamah

    ReplyDelete
  4. sgt2 looking forward nak tgk each of video yg AA buat. lagi2 MOMO ni. MOMO ni mmg best. betul tu, dalam byk2 MOMO tu, yg salam tu susah sikit nak praktikkan. even kdg2 angkat call org pun tak jawab salam. yg baca quran tu alhamdullah saya pelan2 kayuh. tiap hari klu boleh dpt baca sehelai m/s pun dah kira baik. bila dh biasa, klu tak baca lgsg quran dlm satu hari mmg tak senang duduk.
    btw, sronok nak komen blog ni bila dah ada comment box. sblm ni hangin je tak dpt nak komen pape. <3 <3

    ReplyDelete
  5. Suka tengok dia,
    lagi2 bila cakap tentang cinta ;D
    heiheihei..

    ReplyDelete
  6. hensemnnyeee...

    anda dijemput..!

    http://darahmalaya.blogspot.com/2012/03/contest-budi-bahasa-budaya-kita.html

    ReplyDelete
  7. kalau bukak youtube, selalu juga tengok vlog this aiman azlan...bagus, dan banyak isinya!:)

    ReplyDelete

SENYUM. Tak perlu kata apa-apa. SENYUM! :)