Salam Maulidur Rasul 1433H/2012
Lawkana Bainana - Hafiz Hamidun
Zikir Terapi Diri - Hafiz Hamidun :') |
Alhamdulillah. 12 Rabiulawal muncul lagi. Hari Kekasih Allah, kekasih kita yang paling mulia. Kita tahu Rasulullah sering berpuasa sunat pada hari Isnin. Lalu para sahabat pun bertanya, kenapa Rasulullah berbuat demikian, katanya, sebab aku lahir pada hari Isnin. Jadinya, adalah sunat bagi kita untuk berpuasa pada ulangtahun kelahiran kita juga. Dan apabila kita mendengar nama Rasulullah disebut, kita kenalah berselawat pada baginda sebab bila dengar nama Rasulullah, bukan macam dengar nama orang yang biasa.
*************************************“Sesungguhnya Jibrail (as) telah membisikkan (doa) kepadaku, katanya: Celakalah orang yang mendapati bulan Ramadhan tetapi dosanya tidak juga diampuni. Lalu aku pun mengaminkan doa tersebut. Ketika aku naik ke anak tangga kedua, dia berkata lagi: Celakalah orang yang (apabila) disebut namamu di sisinya tetapi dia tidak menyambutnya dengan salawat ke atasmu. Lalu aku pun mengaminkannya. Dan ketika aku naik ke anak tangga yang ketiga, dia berkata lagi: Celakalah orang yang mendapati ibubapanya yang sudah tua atau salah seorang daripadanya, namun mereka tidak memasukkan dia ke dalam syurga. Lalu aku pun mengaminkannya." -Riwayat Al-Hakim-
Memang mudah untuk ucapkan "aku cintakan Rasulullah, aku cintakan kamu kerana Allah" tapi apa buktinya? Kecintaan itu harus dibuktikan. Bukan cuma disebut-sebut di mulut tapi tak sampai ke hati. Hati perlu dididik untuk cinta pada Allah dan Rasulullah.
Walaupun tak pernah bertemu Rasulullah, bukanlah alasan untuk tidak mencintainya. Begitu juga cinta pada Allah. Allah sentiasa nampak kita cuma kita yang tak nampak Allah. Tapi kita masih boleh rasa segala nikmat yang Allah beri. Banyak saja benda yang kita tak nampak tapi sangat penting dalam hidup kita umpama udara dan jantung.
Semoga kita mendapat syafaat baginda pada hari kiamat nanti. Rasulullah adalah manusia termulia dan kerana baginda, kita dapat mengenal Allah. Sesungguhnya kita sangat terhutang budi pada baginda. Apalah sangat masa kita dalam sehari tu untuk digunakan dengan selawat pada Rasulullah?
Rasulullah sangat mencintai umatnya hingga saat terakhir hidup baginda. Pernahkah kita mencintai Rasulullah sampai menitis air mata kerana ingatkan baginda? Jika kita diberi peluang bertemu Rasulullah, apakah yang akan kita ucapkan pada baginda? Sudah cukup kenalkah kita pada baginda? Marilah sama-sama kita hayati Sirah nabi sepanjang hidup baginda sebabnya, tak kenal maka tak cinta. :")
Versi Abdul Rahman Muhammad - Law Kaana Bainana