12 Rabiulawal Tahun Gajah/ 571Masihi
Kaum ulama yang berfahaman Salafiyyah dan Wahabbi tidak merayakannya kerana menganggap perayaan Maulidur Rasul merupakan sebuah bid'ah, iaitu kegiatan yang bukan merupakan ajaran Nabi Muhammad SAW.
Mereka berpendapat bahawa kaum Muslim yang merayakannya keliru dalam mentafsirkannya sehingga keluar dari ajaran yang sepatutnya.
Sebagai umat Nabi Muhammad SAW, tidaklah salah bagi kita untuk mengingati baginda pada hari kebesaran baginda dengan membanyakkan selawat sebanyak mungkin.
Namun, tidaklah bermaksud kita harus berselawat kepada baginda pada hari ini sahaja. Lebih afdhol jika kita memperbanyakkan lagi selawat pada hari istimewa ini berbanding hari biasa.
Sesungguhnya Nabi Muhammad sangat kasih pada umatnya. Jadi kita haruslah renung kembali adakah kita juga kasih pada baginda sebagaimana baginda mengasihi kita.
.SALAM MAULIDUR RASUL.
.QUOTES OF THE DAY.
*Tidak semua orang yang menolak kebenaran itu tidak tahu bahawa yang ditolakkannya itu benar*
.HAMKA.
No comments:
Post a Comment
SENYUM. Tak perlu kata apa-apa. SENYUM! :)