"Allahumma ballighna Ramadhan"
Assalamualaikum. InsyaAllah dalam kurang 2 hari je lagi bulan Syaaban akan habis dan anak bulan Ramadhan akan menampakkan diri. Ramai yang excited menunggu kedatangan bulan Ramadhan ni sebabnya bulan ni adalah paling mulia dalam 12 bulan qamariah.
Allah dah janjikan bulan ni penuh dengan segala keberkatan dan keampunan dilipatgandakan untuk umat manusia. Maka kita patut rasa bersyukur setiap kali dipertemukan dengan Ramadhan dan kena usaha untuk puasa dan rebut ganjaran pahala serta double-triple-kan amalan kita lebih daripada biasa, biiznillah.
Sabda Rasulullah SAW: Daripada Ibnu Abbas R.A. "Barangsiapa merasa gembira dengan sebab kedatangan bulan Ramadhan nescaya Allah Taala mengharamkan jasadnya daripada api neraka". (Riwayat Ahmad)
Ingat tak lagi masa malam Nisfu Syaaban dulu? Malam di mana buku amalan kita diangkat ke langit? Malam di mana buku amalan kita diganti dengan yang baru. Belum sampai separuh bulan lagi buku amalan baru kita. Masih bersih atau sudah dikotorkan dengan dosa?
Makin dekat nak Ramadhan ni sebenarnya masa yang sangat elok untuk kita muhasabah diri kita. Hakikatnya, Nabi pun suruh kita bermuhasabah setiap hari, bukan time nak Ramadhan je. Tapi takpe Ramadhan adalah bonus untuk kita semua supaya back on track.
Muhasabah tu apa? Kenapa kita kena muhasabah diri selalu? Sebab dengan cara muhasabah je kita dapat check diri kita. Sama ada kita ni masih di sirotul mustaqim (jalan yang betul) ataupun dah tersasar? In fact, dengan muhasabah, kita boleh ingatkan diri kita yang semua manusia akan dihisab di akhirat nanti oleh Allah.
"Hisablah dirimu di dunia sebelum dihisab Allah di akhirat kelak."
Di akhirat nanti ada bermacam jenis hisab. Dan beruntunglah pada sesiapa yang tidak dihisab dan terus masuk syurga sebab tak akan ada orang yang selamat kalau dia dihisab. Sabda Rasulullah SAW:
مَنْ حُوسِبَ عُذِّبَ قَالَتْ عَائِشَةُ فَقُلْتُ أَوَلَيْسَ يَقُولُ اللَّهُ تَعَالَى فَسَوْفَ يُحَاسَبُ حِسَابًا يَسِيرًا قَالَتْ فَقَالَ إِنَّمَا ذَلِكِ الْعَرْضُ وَلَكِنْ مَنْ نُوقِشَ الْحِسَابَ يَهْلِكْ
“Barangsiapa yang dihisab, maka ia tersiksa”.
Aisyah bertanya,”Bukankah Allah telah berfirman "maka ia akan diperiksa dengan pemeriksaan yang mudah"
Maka Rasulullah menjawab: “Hal itu adalah al-‘aradh. Namun barangsiapa yang dimunaqasyah hisabnya, maka ia akan binasa”. (Muttafaqun ‘alaihi)
Daripada hadis Nabi di atas ni boleh disimpulkan yang hisab tu terbahagi kepada 2 iaitu:
1. Al-'Aradh.
2. Al-Munaqasyah
Barangsiapa yang dihisab secara "al-'aradh", dia akan selamat sebabnya bila dihisab dengan cara ni, Allah dah tutup aib dia. Allah cuma tayang apa yang perlu saja. Hisab jenis ni dipanggil hisab yasir (hitungan yang mudah).
Tapi sesiapa yang dihisab secara "al-munaqasyah" maka dia akan binasa. Satu persatu amalan dia akan ditayangkan secara detail. Tak ada sikit pun yang boleh disorok. Segala amalan yang baik atau buruk, dalam sedar atau lupa, dalam bergurau atau serius, sehingga nafas yang turun naik dan rintihan qalbu pun ditunjukkan juga.
Contoh-contoh munaqasyah hisab ada disebut di dalam Quran. Antaranya:
1. Hisab Soal Jawab (Al-Hijr 15:92-93)
"Demi TuhanMu! Kami pasti akan menyoal mereka. (92) Mengenai apa yang mereka lakukan." (93)
2. Hisab Buku Catatan (Al-Infitor 82:10-11)
"Dan sesungguhnya, ada malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawasi segala perilaku kamu. (10) (Mereka adalah makhluk) yang mulia (disisi Allah) yang ditugaskan menulis (amalan-amalan kamu)." (11)
3. Hisab Paparan Buku Amalan (Al-Jasiyah 45:29)
"Inilah surat (kitab catatan malaikat) Kami, dia memberi keterangan terhadap kamu dengan yang benar, kerana sesunguhnya Kami telah (perintahkan malaikat) menulis segala yang kamu telah lakukan (di dunia dahulu)." (29)
4. Tayangan Semula Pada Fizikal (Al-Zalzalah 99:6)
"Pada hari itu manusia akan keluar (dari kuburnya dalam keadaan yang bermacam-macam, untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) bagi setiap amalan mereka." (6)
Bila Rasulullah SAW ceritakan pada sahabat perihal hisab ni, semua sahabat jadi sedih. Dan yang paling bersedih sekali adalah Saidina Umar R.A. Umar merasakan dosanya terlalu banyak dan dia sangat malu terkenangkan bila di akhirat nanti Allah akan paparkan segalanya pada seluruh manusia. Yang dilakukan secara terang-terangan atau secara sorok-sorok.
Lalu Rasulullah mengajarkan supaya kita semua mengamalkan doa supaya dimudahkan hisab:
"اللهم حاسبني حساباً يسيراً""Allahumma hasibni hisaban yasira"
"O Allah! Call me to account with an easy accounting”
Ada 2 malaikat yang sentiasa jaga kita dan Allah pun sentiasa tengok perlakuan kita. Kalau kita rasa apa yang kita buat tu tak elok di mata manusia, mungkin juga tak elok di mata Allah dan malaikat. Jadinya beringatlah kita. Apa yang kita tipu, mungkin selamat di dunia tapi segalanya akan terbongkar di akhirat nanti. Tapinya, di akhirat walaupun segala kebenaran terbongkar, kita dah tak dapat buat apa-apa. Masing-masing sibuk fikirkan turn untuk dihisab sampaikan dia dah tak kisah dah pasal penghisaban orang lain.
Walaupun kita dah lupa semua dosa kita, tak semestinya semua tu telah diampunkan. Melainkan dengan taubat nasuha (taubat yang bersungguh-sungguh). Kita semua adalah pendosa. Jadi mengapa kita masih berasa terlalu selesa?
“Setiap anak Adam pasti melakukan kesalahan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesalahan adalah orang yang bertaubat.” (Riwayat Al-Tirmizi)
Jadinya sempena Ramadhan yang nak menjelang tiba ni, jom muhasabah diri ramai-ramai dan jom kita jadi lebih baik. Niat tu perlu di-renew setiap hari. Azam perlu dibuat setiap pagi dan muhasabah tu perlu dibuat setiap malam sebelum kita tidur. Barulah insyaAllah kita akan dapat hisab yang baik di akhirat nanti. =)
Kalau di bulan biasa, bila buat jahat, kita salahkan hasutan Syaitan. Tapi kalau di bulan Ramadhan kita masih buat jahat, maksudnya tanpa Syaitan pun, nafsu kita dah menguasai kita. Jadinya kita kena jadi hero dan lawan nafsu sendiri dalam bulan biasa ataupun bulan puasa.
"Dear teenagers,
Puasa nafsu. Puasa hati. Puasa mata. Puasa anggota. Puasa. Puasa. Puasa.
Only then, you'll be able to taste the real ni'mah and sweetness of your effort when it's time to "berbuka puasa".
Ramai remaja lemah mengurus fitrah sendiri. Ini hakikat. Sadis, yes?" (Aisyah Shakirah Suhaidi)
Ni contoh mutabaah amal. Boleh buat mutabaah amal kita sendiri juga. Checklist apa yang kita nak capai. Nak tahu amalan kita makin improve atau tidak? Biar amalan kita sikit tapi berterusan. Bukan banyak tapi cuma sehari lepastu dah tak buat dah.
Contohnya harini solat awal waktu, esok solat hujung waktu, lusa dah tak solat. Contohnya harini baca 1 juzuk quran, esoknya baca 1 helai quran, lusa langsung tak baca dah. Biar sikit tapi menaik. Ingat 1 benda, iman manusia ni ada turun naik. Semuanya bergantung pada diri kita.
Contohnya harini solat awal waktu, esok solat hujung waktu, lusa dah tak solat. Contohnya harini baca 1 juzuk quran, esoknya baca 1 helai quran, lusa langsung tak baca dah. Biar sikit tapi menaik. Ingat 1 benda, iman manusia ni ada turun naik. Semuanya bergantung pada diri kita.
“Amalan yang paling disukai Allah ialah pekerjaan yang berterusan (istiqamah) walaupun sedikit”. (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
“Sesungguhnya Jibrail (as) telah membisikkan (doa) kepadaku, katanya: Celakalah orang yang mendapati bulan Ramadhan tetapi dosanya tidak juga diampuni. Lalu aku pun mengaminkan doa tersebut." -Riwayat Al-Hakim-
Jadinya itu jelah perkongsian kali ni. Moga ada manfaat dan Allah redha. Peringatan untuk diri sendiri juga. Jom amalkan doa ni supaya kita dapat cinta Allah. Tambah-tambah dalam bulan yang serba hebat ni. InsyaAllah. Mari menjadi hamba dan hargai bulan ni sebaiknya. Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak.