Wednesday, September 9, 2009

Trend Lelaki Macho - Janggut Tanpa Misai


Hari ni tarikh tercantik untuk tahun ni iaitu 090909. Tapi aku takde cerita apa-apa yang menarik pun untuk tarikh ni. Tak kisah lah. Lepas ni tunggu 20hb pulak. 20/09/2009 cantik jugak kan?


Apa yang aku perasan sekarang ni, ramai betul lelaki yang suka simpan janggut tanpa misai. Tak tahu lah trend ke apa kan. Tapi macam best je aku tengok. Macam ada daya tarikan je orang yang simpan janggut seciput ni. Hihi. Suka tengok asalkan janggut tu tak berserabut. Heeeee. Ikut sunnah ke atau ikut trend artis-artis di Malaysia ni?

Aku pernah dengar 1 hadis, tapi tak pasti hadis yang mana satu, sahih ke tidak, pasal Nabi Muhammad ada melarang umatnya menyimpan janggut yang meyerupai Yahudi. Hmm, janggut yang menyerupai Yahudi tu macam mana lah  ye? Janggut tanpa misai atau janggut dan misai dan jambang? Heee. Entahlah kan.

Ini semua gambar artis berjanggut ciput tanpa misai credit kepada Google Image Search. :)


Hehehe. Cuci mata sikit. :P


Friday, August 21, 2009

Marhaban Ya Ramadhan


To Do List Sepanjang Ramadhan:


#1 Niat puasa sebulan
#2 Niat puasa untuk esok
#3 Tadarus Al-Quran
#4 Khatam Al-Quran
#5 Solat terawih berjemaah
#6 Lepas terawih nak makan moreh
#7 Tak terlepas bangun sahur
Lagi???
#8 Raya lah kot.

Ini aku ada Google bacaan selawat lepas solat terawih. Kot-kot lah ada yang nak buat terawih berjemaah di rumah/bilik hostel ke. Semoga bermanfaat. =)


Salam 1 Ramadhan. Selamat berpuasa semua. Selamat berterawih. Selamat bersahur. Selamat memperbaiki diri. Selamatlah semua yang patut lagi. Assalamualaikum. :)

Tuesday, July 21, 2009

Thanks to h1n1


Akhirnya, baru hari ni aku ada kesempatan nak bercerita pasal Taaruf Week UIA intake 09/10. Dah lama dah habis. Tapi aku cuma nak highlight beberapa perkara iaitu;

#1 Intake kali ni bertuah sebab taaruf week cuma 3 hari tanpa aktiviti waktu malam. Semuanya sebab penyakit h1n1 yang dikhuatiri merebak kalau kitorang semua berkumpul dalam dewan lama-lama. Yeay. MyEm0.Com

#2 Aku, Eah dan Ika tak sempat mandi pagi untuk 2 hari program taaruf. Macam mana nak mandi, sister committee dah marah-marah sebab lambat untuk qiyamullail dan subuh. Kalau tengok muka dalam gambar, memang nampak suci je. Padahal bila dalam bilik, kitorang je tau muka siapa yang tak sempat mandi 2 hari. Haha.MyEm0.Com

#3 Muka aku tak masuk langsung dalam mana-mana kamera yang committee pegang. Padahal, setiap kali sister/brother committee yang pegang kamera dslr lalu, aku siap buat peace lagi sambil sengih-sengih. Tapi diorang tak nak tangkap gambar aku sebab aku tak tidur, terpaksalah syok sendiri dengan kamera handphone yang cuma 2 megapixel.MyEm0.Com

#4 Committee masukkan gambar budak-budak yang tidur dalam 1 slide namanya "Sleeping Beauty". Aku bersyukur takde langsung gambar aku dalam slide tu. Sebab aku memang tak tidur langsung dalam dewan pun. Aku cuma tidur time rector tengah berucap je. Hihi.MyEm0.Com

#5 Lastly, kalau ada committee yang baca blog aku, aku cuma nak bagitahu yang, slot KYKM (knowing you knowing me) tak best langsung. Sorry to say.MyEm0.Com












Saturday, July 18, 2009

jemput datang ke bilik yang wangi dan cantik

lokasi : Jusco Prima Kepong
wifi sumbangan : KFC

sudah genap 11 hari aku menjejakkan kaki ke Gombak. sungguh indah khabar dari rupa tempat ni. setiap kali nak buat something, mesti teringat dekat Nilai. tengok je lah macam sekarang ni. aku terpaksa merantau jauh semata-mata nak dapat wifi. sungguh kejam la wifi dekat Gombak ni.

contohnya, dulu dekat Nilai boleh online atas katil je. sekarang, langsung tak dapat connection wifi dari dalam bilik. dulu dekat Nilai ada Convenience Shop. semua benda boleh beli dekat sana. sini, Kiosk pun macam kedai dah muflis. dulu dekat Nilai, jangankan nyamuk, semut pun takde. tapi dekat sini, tiap malam berperang dengan nyamuk. psst, tapi dekat Nilai ada tikus. Haha.

mungkin baru 11 hari. sebab tu asyik rindu-rindu Nilai. nanti bila hidup dekat Gombak ni dah stabil, confirm sebelah mata je pandang dekat Nilai tu. Huhu.

*****************************************
seperti yang dijangka, roomate di Gombak masih lagi muka yang sama.
 Ika, roommate dekat PJ.
Eah, roommate dekat Nilai.
Dira classmate dari PJ dan Nilai.
Belle n Tasha pulak jiran kiri kanan bilik kitorang.

Memang tak berkembang la dunia. Mahallah Sumayyah yang atas bukit ni memang kena daki hari-hari. Kecuali Eah yang naik vroom-vroom n Ika tumpang kat belakang sebab ada helmet. Aku, Dira, Belle n Tasha rilex-rilex je jalan kaki pergi kelas. Naik tangga turun tangga. Baik untuk kesihatan.








Cuba teka mana 1 compartment aku? Compartment aku yang paling kecik dalam bilik tu. Sumpah aku tak kecik hati pun dengan UIA ni sebab buat macam tu. Aku suka je tempat paling kecik. Sesuai dengan aku yang kecik.

Aku rasa bilik kitorang paling wangi dalam floor tu sebab kitorang letak penyembur airwick. Setiap 10minit, bilik akan wangi bau lavender. Lantai pun cantik je sebab letak tikar getah warna pink. Jemput melawat.




Ika n Dira tiap-tiap minggu balik rumah sebab rumah diorang dekat. Aku n Eah sikit pun tak jeles. Kitorang balik jarang-jarang, tapi puas hati. :D Huhu. Tapi minggu depan rasa mau balik rumah la. Homesick sudah!