Saturday, October 23, 2010

Projek Senyum


"Kalau saya senyum. Awak mesti senyum sekali."

Aku ada buat beberapa eksperimen pasal senyum. Senyum kepada orang yang kita kenal dan senyum kepada strangers (orang yang tak dikenali). Tak payah tunggu orang lain mula senyum dekat kita. Kita yang mulakan senyum dulu.

Kalau senyum kepada orang yang kita kenal, memang tak ada masalah pun. Selalunya, diorang akan balas senyuman tu balik. Kecuali lah kalau orang tu NOT IN THE MOOD nak balas senyuman kita. Kalau lain-lain, memang tak ada masalah nak senyum balik. Macam lirik dalam lagu ni, senyum ni berjangkit.

Kalau cuba senyum dekat strangers pulak, lain sikit. Macam-macam gaya balasan yang kita akan dapat.
Ada yang;

i) Buat muka pelik macam "Eh, aku kenal ke budak ni?" Sambil berkerut-kerut dan tak balas pun senyuman kita.
ii) Muka tertanya-tanya kenapa orang ni senyum dekat dia tapi tetap tersenyum jugak.
iii) Ada yang memang automatik balas balik senyum, buat gaya macam kenal.
project smile from tumblr

Aku terfikir nak start senyum pada semua orang lepas baca post dekat Tumblr ni. Memang aku perasan jugak yang aku ni susah nak senyum dekat orang walaupun dengan orang yang dikenali. Selalu buat-buat macam tak nampak je. Nampak macam sombong jugak kadang-kadang. Jadinya, aku teringin nak buang perangai sombong aku dekat dunia nyata ni dengan cuba senyum pada semua orang termasuk makcik cleaner dan pak guard. Tak adalah susah sangat nak senyum ni. Kena ada kekuatan nak mulakan je. Jangan was-was. :) Yang best nya, dapat tengok macam-macam gaya reaction orang terhadap senyum kita.

Well. Ini suasana dalam komuter lah konon-kononnya. Kalau korang tak nampak ni macam dalam komuter, buat-buat macam nampak je lah. Ambik hati aku. Penat kot aku lukis. Hahah. Selalunya dalam KTM ke, LRT ke, bas ke, memang susah nak tengok orang senyum kepada orang yang dia tak kenal.

Kalau macam aku sendiri, dulu, aku memang tak senyum pada sesiapa kalau dalam train sorang-sorang. Aku buat-buat belek henpon ke, buat apa-apa yang boleh elak eye connection dengan orang lain dalam train. Tapi sekarang, aku cuba senyum pada strangers dalam train. Melayu susah nak balas balik. Selalunya foreigner ataupun Cina India senang nak balas senyuman kita. Cubalah.

Oklah. Kalau rasa susah sangat nak senyum, lukis je dekat 1 kertas, gambar senyuman palsu. Setiap kali jumpa orang, ambik kertas tu letak dekat mulut. Boleh jadi macam badut, kan? :)


Lagipun senyum itu SUNNAH. Pahala yang paling senang kita nak dapat. Cubalah. =)

Friday, August 27, 2010

Macam Tahi




Tahi yang sihat datang dari tuan badan yang sihat.

Sihat kalau:

1. Berak hari-hari.
2. Warna tahi yang cerah.
3. Tahi tenggelam dan bukannya terapung-apung macam kapal selam.
4. Timbul tapi tak berbau.
5. Tahi yang bentuknya tak putus-putus keluar lurus elok.
6. ___________________________

Tahi pun ada macam-macam perangai jugak. Tapi perangai dia baik ke buruk tu, tetap datang dari tuan punya badan jugak. Buruk makan, buruklah akibatnya. You are what you eat. Sebab tu Allah sebut makan makanan yang BAIK dan halal. ;D

Aku sebenarnya paling tak suka bila sakit perut masa dalam kelas, atau bila dalam perjalanan berjam-jam dalam bas, atau bila tengah jalan-jalan kat shopping mall ke, mana-mana lagi tempat selain daripada kawasan toilet rumah. Tapi selalunya perut tu mesti nak meragam bila di tempat awam. Mengada-ngada betul. Kalau tahi tu jenis yang baik, yang sihat, tak apalah jugak. Nak-nak bila datang time sembelit ataupun cirit-birit, memang menyusahkan. Berak di rumah lah yang paling selesa dan aman sekali. Heee.


Tapi yang paling aku tak tahan perangai orang yang tak reti nak pam toilet lepas berak. Sumpah tak paham. Benda ni common sense kot. Kat hostel ni selalu jadi mangsa jumpa sisa buangan orang. Tak senonoh betul. Belajar tinggi-tinggi masuk U tapi kesedaran sivik FAILED. Memang perangai macam tahi!

Teringin nak tengok muka orang yang berak tak reti pam ni. Teringin nak interview dia nak tanya apa perasaan dia bagi hadiah najis kat orang. Proud sangat ke sampai tak nak pam. Heran sumpah heran. Kalau pam rosak sekalipun, ada je inisiatif lain. Contohnya tadah air dalam baldi pastu jirus le. Aiyoyo. T_T


Please don't behave like shit. Please. Jangan lah berperangai macam tahi. Pam selepas berak. Okay? Heh.



Sunday, August 15, 2010

Jatuh Cinta dengan Tumblr

David Karp - Tumblr inventor and founder 

Bukan jatuh cinta dengan David Karp. Tapi nak jatuh cinta dengan dia pun boleh jugak lah. Muda, hensem, kaya. Haha. 

Kan haritu aku ada cakap nak delete blog ni. Semuanya sebab Tumblr. Sekarang ni aku dah enak berblogging di Tumblr sampai aku lupa dah dengan blog ni. Tumblr sumpah memang the most awesome social network ever. Dahlah boleh support file .gif animation semua. Memang best sampai boleh buat terleka habis berjam-jam spend kat tumblr. Banyak sangat benda best untuk di-reblog. Thank you, David Karp. :D


Kenapa Tumblr lagi best dari blog ni?

- sebab tak ada yang marah kalau tak follow balik
- sebab tak ada yang benci kalau tak balas balik blogwalking dia
- sebab tak ada yang bising kalau update 20 entri sehari
- sebab tak ada yang merajuk tak reply balik komen dia
- sebab tak ada yang suruh klik Nuffnang
- sebab kalau reblog entri orang lain, takkan dichop sebagai copycat.
- sebab banyak doodles dan gambar best.
- bla bla bla.
Senarai banyak-banyak kang, merajuk pulak blogspot ni. Haha.

Url tumblr aku? Rahsia. LOL =D


Wednesday, June 9, 2010

BBC Memang Sama Macam Goong Tapi...

tetap aja Goong punya kualiti drama lagi terbaik. Cerita BBC ni boleh dilayan jugak. Jalan cerita BBC ni bukan saja takat sama dengan Goong yang diolah sikit-sikit, tapi muka-muka pelakon pun semua macam sama dan ada iras-iras juga. Tak percaya jom tengok.












Betul tak? Banyak pelakon yang ada iras sama. Yang tak berapa nak sama cuma Yul dengan Aditya. Haha.

Aku lebih suka Goong sebab ada Shin je sebenarnya. Entah kenapa antara semua pelakon Korea, aku paling suka tengok gaya Shin. Dia cool.  Dan Goong lagi best disebabkan oleh semua ini:


 




Sumpah cute sangat bila bear-bear ni semua lakonkan semula scene dalam drama. Sangat adoreable. =B