Tuesday, January 5, 2010

Disebabkan Ini adalah Sebuah Blog, Dan Bukanlah Sebuah Diari yang Boleh disimpan di Bawah Bantal


Jadinya, aku tak bolehlah luahkan semua benda dekat blog ni sama macam aku tulis dalam diari. Sebabnya, diari tu rahsia. Blog ni pulak, public. Perasaan menulis juga sangatlah lain. Isi kandungan diari sangatlah rahsia sampaikan bila diari tu kantoi ada orang baca, memang akan rasa gundah gulana sangat. Hihi.


DIARI:

"Weh, tadi aku baca diari kau, banyak kau kutuk aku"
"Gila kau, apasal curi-curi baca diari aku, berdosa tawu!!!"

BLOG: 
"Weh, tadi aku baca blog kau, kutuk aku nampak."
"Bacalah, aku memang saja kutuk kau untuk kau baca."
Dulu aku suka tulis diari. Habis je sekolah, terus bakar semua diari-diari tu. Sebab bila baca balik, rasa macam berdosa je sebab banyak sangat kutuk orang, banyak sangat luahan perasaan tak puas hati, banyak sangat rahsia yang orang lain tak patut tahu. Heee. :B

Masa mula-mula tulis blog, aku buat blog macam diari. Memang teruk gila cara penulisan aku. Asyik guna bahasa yang tunggang terbalik, menulis dengan emosi yang tak terkawal, semua benda nak cerita secara detail. Memang aku tak tahu apa-apa pasal etika berblogging walaupun blog ni kategori blog personal.

Tapi tak lama lepas tu baru aku sedar, blog ni public. 1 dunia boleh access. Aku tak sedar apa benda yang aku tulis di internet boleh jadi bahan bukti. Walaupun aku dah menyesal dan delete, masih ada yang boleh baca, mungkin akan copy, save dan forward pada orang lain.

Sekarang ni, blog ni masih lagi dok cerita hal peribadi aku. Cuma lebih berlapik sikit lah dan tak terlalu dalam. Apa yang aku luah pun ada batasnya. Heee. Tulis blog memang best cuma aku rasa aku memerlukan diari lah pulak. Sebab banyak benda yang aku rasa nak luah tapi aku tak boleh cerita dekat blog ni. Atau mungkin aku perlu create 1 blog yang private atau tukar url yang tak ada siapa tahu sebagai jalan terbaik. Dah bengkak dah sebab terlalu banyak memendam. Sigh.

Lagipun kan, tulis blog ni banyak risiko kalau tak pandai kawal. Rasanya buat masa ni, aku masih dalam keadaan terkawal. Blog aku sopan kan? Aku rasalah. Kalau diari aku kurang sopan sikit. Hehehe.

Contoh isi kandungan sebuah diari yang boleh disimpan bawah bantal, contoh je lah tapi. Diari aku yang sebenar bukan macam ni ye sebab aku dah lama tak tulis diari. Ini cuma diari imaginasi dari aku. Kehkeh.

Pssst: Ini semua sebab period yang tak datang-datang lah ni, asyik moody je. Blergghh. ;(

27 comments:

  1. x yah la susah2 nk buat blog private..
    skang ni dah ade software yg bole tgk blog2 private tu


    *knape aku rase diari2 tu macam ko punye..haha

    ReplyDelete
  2. hurm mmg rasa nak buat private
    hurm tapi tula
    haiz
    moden teknologi membolehkan semua diakses

    ReplyDelete
  3. ye la kan..tulis blog dalam bentuk diari sebnarnye nk kasi orang bace...
    klu orang x baca x best plak..
    kire diari yang bercakap la best kan..kan..

    pesstt..pegi la g dpatkan nasihat dri doctor...

    ReplyDelete
  4. Aku boleh menjadi diari kepada kau. kau boleh ceritakan apa2 je kat aku.

    Hehe

    ReplyDelete
  5. salam.. dinner ngan blog kamo;)



    hehehehe.. diary=blog..
    luahan hati sm ada dalam bentuk positif atau negatif.. sama2 kita memanfaatkannya;)

    ReplyDelete
  6. sama weyh..
    nak cerita pasal crush pn jadi segan..
    haish

    ReplyDelete
  7. lame x singgah blog milo2.hehe..komen dulu br bace..ngeee

    ReplyDelete
  8. cik milo ni....
    sengugut je manjang

    eh
    semua gambar lukis sendiri ek?

    ReplyDelete
  9. mili , cam diari mili je .
    hahaa

    tls diari mmg x best klo org baca ..
    moral nya , tulis je atas angin .
    kompom x de prob

    :D

    ReplyDelete
  10. hehehe.. tu diari sapa?

    nasib baek wa x de diari.

    ReplyDelete
  11. wa baru terpikir pasal ni semalaam, lu dah tulis plak..

    ReplyDelete
  12. tp still rmai lg y buat blog mcm diari dowg rite? :)

    ReplyDelete
  13. AKU PUN DAH LAME X MNULIS DIARI. AKU PERLUKAN DIARI UNTUK TAHUN 2010 DAN 2011. MAHU CATIT SEGALA YNG TERJADI KAT NZ NNT. EH AKU KLIK NUFF KO. DELL. HE3

    ReplyDelete
  14. aku ade sebijik blog private
    tp aku da lame xtulis blog tuh
    ye la,aku xske kutuk2 org nih..
    hehe

    ReplyDelete
  15. pada aku better beli diari yang fizikal la klu nak tulis bab2 rahsia ni. sbb kat alam intenet macam x ada apa2 yang private sebenarnya. selagi mende boleh digodam.

    ReplyDelete
  16. yes, buat satu blog private!
    seronok cerita pape dalam tu
    and publish
    and orang tak boleh baca
    ha ha

    (tapi ada je orang yg boleh hack masuk pvt blogs kan? :/)

    ReplyDelete
  17. xpon, ko wat 1 blog yg xda langsung kwn2 ko tawu, pastu ko lepas geram la kat situ, hohoho

    ReplyDelete
  18. diary cm luahkn prasaan la ek. tp nk senang doa byk2. luah prasaan kt Allah kn lg snang.

    ReplyDelete
  19. kak mili!
    kite pun ada diary, DULU.
    tapi dah stop sejak 2 tahun ni, sebab HEH KALAU KANTOI MESTI RASA NAK BELASAH ORANG kan?
    hahah. well, blog kak mili maintain comel & informative. ;)

    ReplyDelete
  20. sangat menarik, terima kasih

    ReplyDelete
  21. ehehe....... diari personal ttp ade.. blog utk saja2

    ReplyDelete
  22. haha...blog=publik

    tapi nak gak rasanya cite semua kt org..haha. Publisiti la kononya kn.. I ni femes la u. Hahaha.. wek.
    tp ak stuju ngn sorang commenter, sapa ntah td, ckp sal buat satu blog yg org len tak tau, then lepas tension.. kalau membe skodeng senyap2 pun, rasa mcm xde org tengok. ahaha~

    ReplyDelete
  23. Boleh aku baca Diari kau? hehehehehe

    ReplyDelete
  24. satu blog private..satu blog utk tatapan umum..huhu

    ReplyDelete
  25. diari nie bagus sbnrnye... bila kite tulis benda2 yg positif...

    ReplyDelete

SENYUM. Tak perlu kata apa-apa. SENYUM! :)