Saturday, March 26, 2011

Selamat Tinggal Kawanku, Tak Mudah Aku Pergi!



Lirik Selamat Tinggal - Zizan Raja Lawak ft. Dina


Selamat tinggal kawanku tak mudah aku pergi
Bila wajahmu sentiasa di hati ini

Okay dah memang bukan mudah untukku menerima hakikat
Dalam hidup ini sentiasa ku tersekat
Apa yang ku harapkan kasih sayang yang suci murni
Tetapi semuanya hilang setelah kau pergi

Dulu hari-hari ku berwarna warni
Kini kian mendung ia tinggal satu memori
Jangan jangan lepaskan genggamanku ini
Hidupku hanya bermakna jika kau di sini
Mana janji mana erti
Kenapa gembiraku kini menjadi sepi

Musnah segala apa yang ku impikan
Tetapi ku tetap tabah kerna Tuhan yang menentukan
Kau tetap pergi apakan daya
Walaupun ku telah mencuba sedaya upaya
Ku harapkan ini sesuatu yang kekal
Namun ku terpaksa melepaskanmu baby
Selamat tinggal

Selamat tinggal kawanku tak mudah aku pergi
Bila wajahmu sentiasa di hati ini

Tiada ertinya kau tinggalkan aku
Sedangkan teramat ku mengasihi dirimu
Cuba ingat semua yang kita pernah lalui
Sayang tukarlah fikiranmu kembali
Ku tak mahu hidup tanpamu di sisi
Hanya kau seorang yang pernah aku kasihi

Jangan pergi jangan pergi jangan tinggalkan aku begini
Jika aku yang engkau cintai kenapa semua ini kenapa semua ini
Mengapa semua ini jika aku yang kau cinta mengapa semua ini

Kenapa semua jadi begini kenapa mengapa
Jangan pergi jangan pergi jangan tinggalkan aku begini

Selamat tinggal kawanku (usah pergi)
Tak mudah aku pergi (jangan biarkan ku menderita)
Bila wajahmu sentiasa di hati ini (aku sentiasa di dalam dakapanmu sayang)

Walau ku pergi sayangku (usah pergi)
Dalam jiwaku ini kaulah cintaku yang kekal
Selamat tinggal
Jangan biarkan ku menderita di sini
Jangan biarkanku tersiksa di sini sayang

Selamat tinggal kawanku (usah pergi)
Tak mudah aku pergi
Bila wajahmu sentiasa di hati ini (aku sentiasa di dalam dakapanmu sayang)

Walau ku pergi sayangku (jangan pergi)
Dalam jiwaku ini kaulah cintaku yang kekal
Selamat tinggal

Aku menyintai dirimu sayang jangan biarkan aku sendiri di sini sayang
Kaulah cintaku yang kekal selamat tinggal


Bagi aku, lagu ni sangat sedih kalau tengok video klip dia. Pasal 2 orang kawan baik yang berkawan sejak zaman kanak-kanak, lepastu berpisah sebab kena pindah rumah. Bila dah besar terjumpa balik, bercinta dan kahwin. Lepastu klimaks cerita bila perempuan yang dah nak bersalin kena ragut. Wuuu, aku paling seriau bila tengok perempuan mengandung jatuh. Sakit gila. Tolonglah jangan nak tinggal isteri yang mengandung sorang-sorang kat mana-mana. Bahaya. Tsssk. T_T

Suara Dina sangat sedap by the way and Zizan rap pun boleh tahan jugak.  Heeee. Lirik dia ada part yang aku tak faham sangat. Isteri dia meninggal dah tapi nak suruh jangan pergi tu kenapa. Mestilah tak boleh kan. Lepastu macam nak menyalahkan takdir pun ada jugak bila asyik cakap kenapa jadi macam ni kenapa kenapa? Kalau lirik lagu ni untuk orang yang tinggalkan kita, tapi belum mati, mungkin okay lah. Lagu ni still nice dan sedih. =(

Budak perempuan ni comel, muka macam Tiz Zaqyah pun ada.
Kecik-kecik dah ada kamera polaroid. Best gila whoa.
Buat muka sedih lagi comel. =)
Kecik-kecik dah pandai bercinta ey. Heee. ;p
Muka macam adik Maya Karin, bila dua kali tengok macam ada iras-iras Ana Raffali.  :D
Bercinta dating bercinta.
Bercinta berdating dan kahwin.


Psst: Ini mungkin entri terakhir sampailah final exam semester 4 berakhir. Tolong doakan aku ye kawan-kawan yang baik hati. Selamat tinggal kawanku, tak mudah aku pergi~ Heeee. ^___^

27 comments:

  1. Adik Maya Karin ka tu? Patut la lawaaaa

    ReplyDelete
  2. gudlak akak mili~~
    ritu nmpk sis kat pasar malam..tapi sogan teman nk tegor...huhuhu

    ReplyDelete
  3. video die mmg best. lagu pun best. zizan mmng brbakat.

    gudlak weh. stadi sungguh2.

    ReplyDelete
  4. ok mili..wish u all the best hehe...

    ReplyDelete
  5. hikhik baru tahu tuu adik maya karin ! woohoo, and haha sgt awesomelah kecik² dh ade cmara palaroid haha

    ReplyDelete
  6. Eieeee..comelnya budak perempuan tu..geram tengok..:D

    ReplyDelete
  7. mula2 mcm x percaye zizan ke yg rap tu. then bila tengok..wow!

    btw, gud luck final!

    ReplyDelete
  8. good luck exam ye :)
    betul saya pun semacam je kalau tengok perempuan mengandung jalan..takut dorang terjatuh je..

    ReplyDelete
  9. pelakong2 video klip ni mmg comel n cantik2 kan.. suka2. hee

    btw. gudluck exam

    ReplyDelete
  10. cik milo comel...

    comel sgt2....

    ReplyDelete
  11. gudluck. studi molek2. bykkn bce bku. kurgkn bce blog.

    ReplyDelete
  12. owh adik maya karin. penat sy google mencari siapakah gerangan nya. hahah

    ReplyDelete
  13. mili. comey la bckground blog kamu ceria jek.

    ReplyDelete
  14. malas nye nk study. @_@

    mata Budak pmpuan ni lawa! :) ok terus smangat. haha

    ReplyDelete
  15. girl tu bukan adik maya karin..muke je ade iras..nama die ninie marlyne..try la google..die model n die memang cantik sangat!

    ReplyDelete
  16. adik maya karin ke???tp ble tgok mcm marsha pn ader..:)

    ReplyDelete
  17. by now.. tyme aku post comment nie mest dah abes exam kan..

    btw.. selamat bercuti 5bulann..

    ReplyDelete
  18. awek!! lawa!!!!

    hehehe.. 1st time dtg sini!

    ReplyDelete
  19. bhahahahaha awek gua ni adik maya karin rupenyeh..patut la dia selalu cerita

    ReplyDelete
  20. terima kasih untuk semua pengkomen!!! hugssss. <3

    alhamdulillah exam dah habis dah dapat result pun. syukur. terima kasih pada yg mendoakan kejayaan saya. =)

    pasal video klip ni, agak kelakar kan zizan buat muka serius. lol.

    sebenarnye saye menipu yg ini adik maya karin.. nampak tak yg saya gelak2 je mase tulis tu. maksudnye tipulah. tapi tak sangke lak ramai yg pecaye. lol. sori sesangat.

    beliau bukan adik maya karin. saya yg menipu ni telah menyusahkan anada semua.

    nama beliau ninie marlyne seperti yg semorang dah tau. k thanks bye. ;)

    ReplyDelete

SENYUM. Tak perlu kata apa-apa. SENYUM! :)