Saturday, August 27, 2011

Ini Kisahku, Apa Kisah Kau?


Sepanjang minggu-minggu di bulan Ramadhan yang mulia ni, ada 1 program menarik dan lain daripada selalu yang ditayangkan di TV9 iaitu Ini Kisahku setiap Rabu dan Khamis, 6.30 petang. Menyaksikan beberapa orang selebriti terkenal tanah air berkongsi pengalaman kehidupan mereka dan juga beberapa perubahan besar yang berlaku di dalam diri mereka selepas berhijrah.

Antara selebriti yang berkongsi kisah mereka:
#1 Catriona Ross (3 Ogos 2011)
#2 Sham Kamikaze (4 Ogos 2011)
#3 Wardina Saffiyah (10 Ogos 2011)
#4 Amer Munawer (11 Ogos 2011)

4 selebriti ini berkongsi tentang penghijrahan yang berlaku dalam hidup mereka setelah menerima hidayah dari Allah. Semua video boleh dilihat di Tonton. Tapinya ada 3 video yang di kongsi di youtube yang sangat bagus untuk dikongsikan bersama cerita-cerita mereka ini yang begitu terkesan di hati. Subhanallah so inspiring. :')

Anggun - Berganti Hati

Catriona Ross mula berubah selepas sembuh dari satu kemalangan yang teruk. Beliau tiba-tiba tergerak hati untuk bertudung selepas menemani kawan-kawan beliau ber-shopping tudung. Ibu Cat tidak pernah berhenti mengingatkan beliau tentang solat, dan akhirnya Allah beri beliau hidayah untuk berubah ke arah yang lebih baik.

Kawan Cat menceritakan bahawa, perubahan penampilan luaran Cat, turut merubah cara beliau bergaul dan akhlak beliau. "I am proud to be wearing apa saja pakaian yang sopan sebab apa yang kita pakai tu mencerminkan peribadi kita lah. Allah sentiasa merahmati, melindungi dan membantu hambaNya yang meminta." Beliau berpegang kepada 1 hadis sejak penghijrahannya.

"Andai buruk daging itu, buruklah seluruh jasadnya. Andai baik daging itu, maka baiklah seluruh jasadnya. Dan ketahuilah bahawa sekeping daging itu adalah hati. Baik hati kita, baiklah seluruh jasad kita."

Afgan - Pada Mu Ku Bersujud
Maher Zain - For The Rest of My Life

Sham Kamizake mula berubah sejak bertemu dengan Imam Masjidil Haram, Sheikh Abd Rahman Al-Sudais di Masjid Alwi, Kangar bersama dengan seorang kawan bernama Ari yang menjadi salah seorang kepada punca perubahan beliau.

Daripada perangai panas baran dan cepat melenting, Sham yang sekarang berubah menjadi penyabar dan seorang yang redha dengan kehendak Allah. Apabila gitarnya jatuh, beliau cuma mengangkat kembali gitar tersebut sambil beristighfar. Sham yang dulunya, kalau gitar tersebut dijatuhkan oleh kucing pun, pasti isterinya akan dimarahi.

Ibu beliau merupakan orang yang tidak putus mendoakan supaya Sham berubah. Begitu juga dengan isteri beliau yang bukan sahaja cantik, malah sangat penyabar dengan perangai Sham yang dulunya sukakan benda moden, keduniaan, dan perempuan seksi. Alhamdulillah sekarang Sham menjadi seorang yang ada pendirian dan baik. Sebelum azan beliau sudah bangun kerana mahu mengerjakan solat Subuh di masjid secara berjemaah. Subhanallah.

Ustaz Mohd Asri berkata "setiap insan, apabila sampai ke suatu titik, dia akan berubah." Dan perubahan Sham sangat bagus kerana beliau cuba faham sesuatu perkara satu persatu, bukan berubah kerana terikut-ikut orang. Peranan beliau sebagai selebriti, bila berubah, ramai yang mahu ikut jejak langkahnya.


Wardina Safiyyah sebenarnya dibesarkan dengan suasana Islam oleh ibunya seorang ustazah, dan ayahnya seorang pendakwah. Sewaktu membesar, Wardina banyak membaca buku mengenai remaja-remaja barat. Sebenarnya, apa yang kita baca, sangat mempengaruhi fikiran kita. Sebab itulah prinsip Wardina: "you are what you eat and you are what you read."

Pengalaman mengerjakan umrah menjadi titik tolak kepada perubahan Wardina, yang mana beliau tergamam melihat Kaabah buat pertama kalinya. Setelah pulang dari mengerjakan umrah, Wardina mulakan dengan menjaga solat beliau supaya cukup 5 waktu sehari semalam. Katanya: "kalau kita faham apa yang kita baca dalam solat, tiap-tiap hari boleh menangis."

Wardina berhenti menerima tawaran berlakon dan memulakan hidup baru dengan mencari ilmu. Kemudiannya, bermula Ramadhan, Wardina mula berhijab. Untuk berubah ke arah yang baik, nak tak nak, ianya perlu dizahirkan melalui pakaian. "Orang akan menilai kita melalui pakaian kita. Pakaian kita menzahirkan siapa kita."

Doa yang diamalkan Wardina adalah doa "Rabbana la tuzigh qulubana ba'da izhadaitana wahablana min ladunka rahmah innaka antal wahhab. - Ya Allah janganlah Kau tarik hidayah dariku, setelah Kau berikan hidayah kepadaku."

Kata Wardina, kalau kita cuba nak mendekatkan diri dengan Allah, kita kena berkawan dengan orang-orang yang baik. Dan bila kita dah berubah menjadi lebih baik, orang yang baik-baik juga akan bersama kita. "Sekiranya kita nak jadi baik, Allah hantarkan orang yang baik untuk berkawan dengan kita."

Orang yang mengambil langkah ke jalan Allah tak pernah rugi dan menyesal. :')

Koleksi tweet-tweet dari mereka ber-3 



Sebenarnya kan, bila melihat perubahan besar 3 orang selebriti di atas ni, aku tiba-tiba rasa macam sebak sangat-sangat. Sebabnya mereka-mereka ni pernah "hilang", tapi hari ni, MasyaAllah, mereka menjadi lebih baik daripada aku yang sejak lahir sudah mendapat didikan Islam ni. Allahuakbar.

Teringat ada 1 quote tu, "kalau kita sudah baik hari ini, jangan pernah pandang rendah pada orang yang kurang daripada kita kerana boleh jadi orang itu akan menjadi lebih baik daripada kita suatu hari nanti."

Aku rasa sebak melihatkan mereka ini telah mendapat hidayah dari Allah, sedangkan aku? Aku lahir sebagai Islam, dibesarkan sebagai Islam, mendapat didikan Islam sejak awal tapi tetap juga masih lalai dan buat perkara-perkara yang dimurkai Allah. :'( Ya Allah bantulah aku mencapai redha dan hidayah Mu juga. Amiinn. Aku kena berusaha lebih kuat. Beri aku kekuatan Ya Allah. 
Benarlah, hidayah itu perlu dicari, bukan perlu ditunggu ia datang sendiri. Dan hidayah yang dipohon dari Allah itu tidak akan datang jika ia hanya sekadar harapan dan bukannya satu penyesalan. Hidayah itu akan diberi sekiranya seseorang itu memohon dengan seikhlas hati. Ya, segalanya bermula dari hati. Allah tidak akan beri sekiranya ia dimohon dari hati yang lalai.

“Hidayah itu milik Allah untuk memilih sesiapa jua yang akan dibukakan pintu hatinya. Bukankah Allah itu pemilik hati manusia - Dia jualah yang akan mengubah hati sesiapa jua yang dikehendakiNya.” - via Tumblr

Biar pun ada orang lain yang mendoakan kita supaya mendapat hidayah, tetapi kalau diri sendiri tidak terkesan langsung, Allah tidak akan beri. Sepertimana Rasulullah yang sangat sayangkan bapa saudaranya, Abu Talib dan berdoa kepada Allah supaya diberi hidayah padanya untuk memeluk Islam, namun Allah tetap tidak beri sehingga ke hujung nyawanya.
Sedar tapi berat melangkah. Hidayah itu memang benar milik Allah. Dosa itu memang benar memusnahkan. Kedegilan itu memang melambatkan proses. Janganlah kau degil wahai hati!
Aku selalu berdoa pada Allah, tolonglah berikan aku hidayah, berikan aku segala petunjuk supaya aku sentiasa berada di jalan yang lurus. Tapinya, aku tetap masih begini. Aku jadi cemburu melihat orang-orang ini. Mereka telah diuji kemudian telah mendapat hidayah sedangkan aku masih lagi di takuk lama. Ya Allah aku mohon dengan sangat, kau bukakanlah pintu hatiku supaya aku dapat mencapai redha-Mu. Aku tahu aku masih banyak lalai. Kau bimbinglah aku Ya Allah.

Ramai orang memang hidup sebagai Islam tapi tidak mendapat hidayah. Dia solat, dia puasa, dia beri sedekah, semuanya yang baik-baik dia buat, tapinya, dia sekadar buat ikut-ikut. Hatinya kosong. Tidak ada kesan pada hati, dia tidak diberikan hidayah untuk memahami kenapa perkara-perkara baik itu perlu dibuat.


Aku merasakan hidayah Allah itu benda yang paling mahal sekali untuk dapat. Bukan mudah untuk dapat. Dan bila sudah dapat, tidak boleh disia-siakan. Perlu belajar untuk istiqamah dan lakukan secara berterusan. Allah lebih suka amalan kecil yang dilakukan secara berterusan daripada amalan yang besar tapi cuma dilakukan pada masa tertentu sahaja. Kan? Mudah-mudahan Allah permudahkan jalan bagi orang yang menginginkan hidayahNya. Aminnn. :')

Ramadhan semakin tiba ke penghujungnya. Salam 27 Ramadhan.


15 comments:

  1. mili, kisah mereka memberikan kita teladan.. syukur alhamdulillah allah telah berikan mereka hidayah.. doakan mereka bahagia dgn pilihan terbaek mereka skrg.. perubahan besar ke jln alh itu adalah suatu kemanisan yg xternilai.. :)

    ReplyDelete
  2. thanks mili sebab post entry ni. berguna sangat :')

    ReplyDelete
  3. tsk tsk .

    aku pon tengok yang part wardina dgn cat, sebak woh.

    ReplyDelete
  4. sangat memneri teladan dan perkongsian..

    ReplyDelete
  5. T__T
    thanks for posting this entry..
    and the vid also..
    really touching..

    may Allah bless :)

    ReplyDelete
  6. artis yg di follow di twitter, wardina, sham.

    Bagus2. berubah dan ajak orang lain. banyak halangan lagi2 bila dh bergelar artis. :)

    ReplyDelete
  7. 3 episod ini saje yg buat hati saye sebak ketika menontonnye..sebab memang terkesan di hati..semoga Allah melindungi kite semua..

    ReplyDelete
  8. kita mili tengok ini kisahku ikut menangis sama.sebak dia lain macam
    itulah semua orang boleh berubah kita pun harap kita diberi hidayat mcm tu supaya boleh jadi lebih baik dari sekarang

    ReplyDelete
  9. shamkamikaze tu.. legend.

    video ko masuk dlm klip matlutpi kan?

    ReplyDelete
  10. wardina tengah solat pun cantik..=))

    ReplyDelete
  11. wow. thanks buat post ni! i know you put a lot of effort in it, tapi berbaloi untuk sis and untuk kitorang yang membaca. kalau tak taktau pun ada pasal ni, and kisah mereka. thank :)

    ReplyDelete
  12. sukaaaa sangattt pos niiii.mendalam.huhu

    ReplyDelete
  13. salam...ni milo ais yeh....so..kalo survey2..milo ni amik laws shariah kn?..or cmane...tgh cri senior ni..T_T..mnderita...

    ReplyDelete

SENYUM. Tak perlu kata apa-apa. SENYUM! :)