Sunday, March 18, 2012

Ummatic Week IIUM 2012 - Towards Creating One Ummah




THEME: “Hand In Hand We Unite The Ummah” 
12 March - 17 March 2012
Objectives Of The Programme: 
• To promote and help realize the vision and mission of the University: Integration, Islamization, Internationalization and Comprehensive Excellence (Triple ICE). 
• To expose IIUM community to the plight of Muslim societies around the globe. 
• To strengthen the spirit of brotherhood and enhance the spirit of caring & helping among the IIUM community. 
• To provide a universal platform for the students and staff to exchange ideas as a way to understand and appreciate each other.

 

Sepanjang 3 tahun dekat UIA, tahun ni adalah kali pertama aku rasa teringin nak pergi tengok Ummatic Week dekat CAC Hall, UIA Gombak. Sebelum ni tak pernah ada kesempatan nak pergi tengok. Ummatic Week ni program tahunan UIA. Jadinya siapa yang tak sempat pergi tahun ni, insyaAllah boleh pergi tahun depan pulak.

Tahun ni Ummatic Week nampak meriah mungkin disebabkan Kempen "Save Syria" yang tengah hangat berlangsung. Semua booth yang ada di CAC wajib letak perkataan "Save Syria" tu. Ni salah satu cara nak tingkatkan kesedaran semua orang tentang negara Islam yang ditindas. Tapinya, harap-harap kesedaran ni akan terus berterusan, bukan cuma ikut musim masa tengah hangat ni je.

Bila pergi Ummatic Week, rasa macam dah travel ke 1 dunia Islam. Dapat tengok adat budaya dan cara hidup orang Islam di negara lain. Rasa macam dapat kesedaran jugak sikit, betapa diri ni tak alert langsung sebelum ni. Dan tersedar yang ilmu Geografi aku sangat teruk sebab banyak negara yang aku tak pernah tahu pun kewujudannya.

Aku pergi 3 kali ke Ummatic Week ni. First time sekali, pergi dengan roomates, Eah, Ika dan Neen. Second time pergi dengan Kak Arina. Lepastu petang tu Kak Fathini and Neen pulak join kitorang. Memang kalau pergi sekali je, tak sempat nak round semua booth. Pergi setiap booth bukan nak bergambar je, tapi nak dengar explanation masing-masing pasal negara diorang. Yang paling best sekali, dapat jumpa ramai student International yang fasih berbahasa Malaysia. Ada yang siap boleh cakap ikut loghat negeri. :O Awesome gila. Terkedu sekejap. Heee. 

Dekat semua booth yang boleh tinggal wish, aku mesti tulis, "Wish to visit there one day, insyaAllah". Memang teringin sangat nak travel ke negara orang, belajar bercakap bahasa orang. Dan semua student International sangat baik dan peramah. Salute gila dengan diorang yang boleh survive lama-lama dekat negara orang. Oh, ada 2 booth yang aku singgah, ada orang tu ingat aku ni bukan student dari Malaysia. Fulamak. Kalau aku pandai cakap Mandarin or Siam, mesti boleh berlakon jadi foreigner. =P



Booth terakhir yang kitorang singgah adalah booth Syria. Memang lama gila dekat situ dengar cerita pengalaman diorang. Sangat sedih sebenarnya. Tengok orang yang bercerita tu pun dah bergenang airmata dah. Tak boleh bayang kalau kekejaman macam yang jadi kat diorang wujud dekat Malaysia. Memang bila dengar tu, aku rasa tak mampu nak bantu lebih-lebih. Mampu derma sikit dan doa banyak.

Tapinya, doa je tak cukup untuk bantu diorang di Syria dan di semua negara Islam yang tertindas. Doa tanpa usaha adalah nothing. Apa usaha yang boleh kita buat untuk tolong umat Islam lain? 
"Binalah ummat di kawasan kamu, itulah dia bantuan terbesar buat kami di sini, selain doa dalam qiamullail yang kamu dirikan." 
"Ubah diri, ubah keluarga, ubah masyarakat. Disiplinkan diri, matangkan peribadi." 
"Tingkatkan kefahaman akan Islam, bina kefahaman yang benar. Bergerak untuk mengajak agar lebih ramai lagi memahami Islam yang sebenar. Agar perkara ini berkembang dan berkembang, hingga masyarakat mempunyai kefahaman yang jelas."
"Bila adanya perubahan ini, barulah segala harapan tadi dapat direalisasikan. Kalau sekadar berdoa semata-mata, nyata kita tidak akan mendapat apa-apa."
Taken from: Langit Ilahi 


Apakah cukup dengan doa sahaja?
Mereka di sana berjuang, apakah kita di sini bersenang-lenang? 
“Sepatutnya kita hidup setiap saat dengan berjuang untuk mereka. Dan bukanlah dengan hanya berdoa, tetapi dengan ubah diri, keluarga, masyarakat dan negara kita!”

Moga impian nak bina 1 Ummah akan berjaya 1 hari nanti. Moga semua umat Islam bersatu untuk menentang kezaliman dan ubah dunia. Mulakan dengan diri sendiri. Tanya diri kita, siapa kita untuk tak tolong hentikan penindasan ni? Kalau dapat bina komuniti Islam yang kuat di UIA ni pun dah cukup bagus dah. Tapi masih belum kuat lagi buat masa ni.

Indahnya bila dapat tengok semua orang Islam bergabung jadi 1 Ummah. Mari berdoa dan berusaha. Jangan lupa, kita semua ada Allah Yang Maha Hebat dan Awesome. Kalau kita dah usaha, Dia pasti tolong kita. Aminnn InsyaAllah. =')
 


 

11 comments:

  1. Seronok tgk gmbr2 ummatic week kak milo. Dan rs mcm nk terbang skrg jgk masuk uia sbb nk mrasa join skaki. Hehehe ;p

    ReplyDelete
  2. uwaaaaaa...! kter pun stud uia...tp tak sempat langsung nak pegi!!!! adehhhh...thanks sharing here...weeee

    ReplyDelete
  3. nak pergiiiiiiiiii. nampak best je :O

    haish. berkobar kobar semnagt nk dpt uia. hehehe!

    ReplyDelete
  4. mili dah tak pakai spek sekarang

    ReplyDelete
  5. nampak best gila,kreatif student IIUM..jeles..nk rasa egypt

    ReplyDelete
  6. nak tnye sket boleh ? kalau study f0undation ek0nomi dkt uia , bahasa arab jd subjek wajib ke kna blaja ?

    ReplyDelete
  7. Saya nampak kak Neen (Nazneen Najib)! Am I right? :O

    ReplyDelete
  8. Seronok bila dapat tengok buaday negara lain..
    Kalau berpeluamg rase macam nak pulak pergi tengokk...
    ;)

    ReplyDelete
  9. jangan lupa doakan keselamatan kesejahteraan saudara seislam kita di seluruh dunia, lebih lebih lagi negara-negara islam yang tengah bergolak.

    semuga tuhan rahmati kita. amin :)

    ReplyDelete
  10. suka tengok gambar..byk yg menarik..thanks sharing kak milo..ehee

    "Ain memalukan diri sendiri. Terima kasih.".

    ReplyDelete
  11. @chentacoklat

    kat uia, semua course pun wajib belajar arab. =)

    ReplyDelete

SENYUM. Tak perlu kata apa-apa. SENYUM! :)