Thursday, April 26, 2012

Big Big Big Family Portrait


Ohana means family and family means nobody gets left behind or forgotten. True that. Kita tak boleh nak pilih siapa keluarga kita, tapi kita boleh sayang keluarga kita dan hubungan ni takkan putus sampai bila-bila because we are related by blood.

Bila terdetik dalam hati rasa tak bersyukur dengan keluarga yang kita miliki sekarang, cuba muhasabah diri balik. Ingatlah yang Rasulullah kesayangan kita adalah anak yatim piatu sejak lahir yang tak pernah rasa langsung nak bermanja dengan ibu dan ayah. Kalau kita ada keluarga tapi keluarga kita serba kekurangan ke, jangan pernah bandingkan keluarga kita dengan orang lain. Belajar hargai dan bersyukur. =)


Godek-godek album lama lepastu jumpa gambar-gambar lama keluarga ni lepastu terasa makin rindu-rinduan pada Mak dan Abah dan semuanya. Mak is my inspiration and Abah is my hero. Love them both. Without them, tak wujudlah aku harini. Seorang anak wajib doakan ibu bapa setiap hari. Tak kisahlah masih hidup ataupun dah meninggal.
Rasullullah SAW bersabda:
Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa. -Riwayat At-Tirmizi.-


Potret famili ni masa aku belum lahir lagi. Masa ni, arwah abang aku masih hidup. Arwah abang meninggal tahun 1991, masa arwah Tingkatan Enam (19 tahun). Arwah meninggal sebab lemas kat Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu waktu lawatan sekolah ke sana. Masa tu aku baru 2 tahun. Belum sempat nak kenal arwah abang. Tapi daripada apa yang diceritakan, arwah abang tersangatlah baik orangnya. Tu yang Allah sayang arwah dapat syahid akhirat confirm masuk Syurga. Apapun, moga roh arwah sentiasa tenang di sana dan selamat dari siksa kubur.


Inilah the only gambar yang cukup kumpulkan semua adik-beradik masa ni. Tu pun sebab hari raya. Masa ni aku dah ada sorang anak buah. Dan masa ni arwah kakak masih hidup.  Arwah kakak meninggal tahun 2003, masa umur 16 tahun. Masa tu aku Form 2 dan aku dapat berita kakak meninggal masa aku kat sekolah asrama. Meraung jugaklah aku masa tu sebab tak dapat jumpa arwah untuk kali terakhir. Arwah kakak adalah kanak-kanak istimewa. Aku pernah cerita dulu kat sini. InsyaAllah arwah dijamin Syurga.

Arwah meninggal lepas seminggu koma sebab terjatuh dalam bilik air dan kepala terhantuk kat mangkuk tandas. Arwah adalah kawan sepermainan aku sejak kecik, kawan bergaduh, kawan bergurau senda, kawan bersembang, kawan semuanyalah. Kitorang share bilik sama-sama. Baju raya pun selalu warna sama. Apa yang aku dapat, selalunya aku akan share dengan kakak and vice versa. So, aku lah yang paling terasa sekali bila dia dah takde tapi aku dah redha. =')

Mati muda dan mati kemalangan, 2 benda ni memang yang paling kita takutkan sekali, tapi inilah yang aku dah tengok jadi pada arwah abang dan arwah kakak. Jadinya kena selalu bersedia menghadapi kematian sebabnya kematian tu memang datang tak disangka-sangka. Selalu berdoa moga pengakhiran hidup kita nanti dalam keadaan yang baik dan tak mengaibkan. Moga kita semua dapat husnul khatimah. Amin.


Gambar-gambar kahwin 6 orang kakak aku. Aku tak jumpa gambar kahwin abang aku. Kiranya sekarang dah 7 orang yang selamat kahwin. Tunggu abang aku yang sorang lagi tu kahwin, lepastu insyaAllah turn aku pulak. Kalau sempat kahwin, InsyaAllah.

Setakat 7 majlis perkahwinan yang ada dekat rumah aku ni, takde sorang pun yang bersanding atau ada majlis bertepung tawar semua tu. Keluarga aku tak buat majlis bersanding. Pelamin ada cuma untuk bergambar je. Mak Abah cakap, zaman dulu masa diorang kahwin, ada majlis bersanding sebab ikut adat orang dulu-dulu. 

Tapi sekarang ni dah dapat pendedahan yang bersanding bertepung tawar tu tak elok dibuat dalam Islam, buat apa nak ikut kan. Lagipun, sesebuah ikatan perkahwinan tu adalah suci. Janganlah cemarkan majlis dengan campurkan dengan benda yang makruh atau pun haram. InsyaAllah boleh dapat redha Allah. InsyaAllah. =)


Aku pernah cakap dulu dalam entri Hari Guru 2011, dalam 9 beradik, 7 orang kerja sebagai pendidik. Agaknya darah pendidik memang dah mengalir sejak azali ke apa aku pun tak tahu lah. Dan aku sendiri pun memang minat nak jadi cikgu. Manalah tahu nanti tiba-tiba dekat Malaysia ada Sekolah Undang-Undang, bolehlah aku apply mengajar dekat situ. Huhu.

Dalam ramai-ramai, Mak adalah sumber inspirasi aku. Aku selalu rasa teruja dengan Mak. Kenapa Mak awesome sangat boleh lahirkan anak ramai. Kan ke bersalin tu sakit. Kenapa Mak tabah sangat besarkan anak-anak yang degil dan garang ni. Lepastu sekarang Mak jaga cucu-cucu pulak. Mak kenapa kuat sangat?

Aku pernah ada impian nak jadi macam Mak. Mak jadi surirumah, aku pun nak jadi surirumah. Mak jadi tailor, aku pun nak jadi tailor. Semua benda yang aku pandai jahit dan masak sekarang ni, semuanya Mak yang ajar. Aku nak belajar semuanya dari Mak selagi mana boleh. Aku nak duduk dengan Mak, jaga Mak, nak manja dengan Mak. Mak is the best Cikgu yang aku pernah jumpa. Moga Allah lindungi Mak sebab Mak is The Number One for Me. =')


Dan setakat Hari Raya 2011, ahli keluarga aku semakin bertambah. Usia pun makin bertambah. Aku sedar hakikat yang bilangan ni takkan kekal selamanya. Perlu bersedia menghadapi segala kemungkinan. Walaupun Allah tarik nyawa arwah abang dan arwah kakak masa muda, dan walaupun ahli keluarga ni makin bertambah, aku tak pernah lupa pada arwah yang dah pergi dulu. Sebab tahu nanti semua pun akan ikut jejak ke alam sana. 

Aku perlu kuat untuk hadapi apa jua kemungkinan. Apa yang Allah dah tetapkan, itulah takdir yang terbaik. Doa yang paling penting adalah semoga semua ahli keluarga kita dikumpulkan semula di Jannah. Bila dah makin besar, terasa tanggungjawab makin besar jugak. Makin kuat kena berusaha supaya semua ahli keluarga kita dapat keredhaan Allah. InsyaAllah moga Allah bagi kekuatan. =)




Alhamdulillah setakat ni Mak Abah dan semua adik beradik sihat walafiat dan syukur sangat dikurniakan keluarga besar yang meriah macam ni. Tahun ni umur aku 23 tahun dan aku dah ada 23 anak buah. 9 lelaki, 14 perempuan.

Aku sekarang ni di tengah-tengah antara adik beradik dan anak buah aku. Adik beradik aku semua dah dewasa. Anak-anak buah aku pulak, semuanya kanak-kanak. Aku terkontang-kanting sorang-sorang kat tengah. Aku takde kawan umur dekat-dekat sebaya dalam keluarga ni. Walaupun aku tergantung di tengah-tengah, aku tetap sayang semuanya.

Cumanya, aku tak mampu nak sayang semua orang sama rata. Takkan ada orang yang mampu sayang semua orang sama rata. Ada orang yang perlu dapat lebih priority. Rasulullah pun sebut suruh sayang ibu 3 kali lepastu baru ayah. Sekarang ni aku faham perasaan Mak Abah yang ada anak ramai. Mak Abah sayang semua cuma tak mampu nak sayang sama rata, yang penting, tetap sayang kan.

Alhamdulillah dah terubat dah sikit rindu pada semua ahli keluarga. Cintai yang mencintai. Sayangi yang menyayangi. Moga kita semua hidup dalam lindungan-Nya. Renew our intention everyday. May Allah bless us all. =')


Moga-moga. InsyaAllah.

8 comments:

  1. salam kak milo, eh, mili. em. milimilo :D


    akak kita samaaaa! saya pun kat tengah2 antara abang2 saya ngan anak2 sedara. tengah2 antara sepupu yg dah tua-tua ngan anak mereka. time saya umur 3 tahun pun dah ada abang kawen muda, lima tahun dah ada anak sedara. haih, susah jadi tengah2 ni, terutama kalau hubungan tu tak berapa nak rapat sebab faktor usia dan juga kekurangan kimia. pergh. saya rasa cam jadi anak last kadang2, kadang2 cam anak first pun ada, tapi selalunya rasa cam anak tunggal je.


    makla teman saya, kawan saya, sbb yg lain semua abang and dah tua kan. bapak dah takde dari kecik, tapi saya ada teman mak sentiasa, bila abang2 sibuk atau cucu2 mak susahkan mak :'( sedih fikir mak kena jaga cucu2 lagi, even abang2 saya yang pun perangai mintak dijaga, haha. sampai bila pun keje mak tak habis :'( pasni nak sambung belajar mana2, mak duk sorang :"( bertambah2lah risau pasal mak nanti, kat rumah ni pun saya dah macam mak orang habis sebab nak jaga mak sendiri.



    weh ni komen ke blog post ni. sorry, eksaited sangat jumpa orang yang lebih kurang nasib dan memahami :')

    ReplyDelete
  2. wahhh besarnya family mili. abang kite pun meninggal pada umur umur yg muda, masa die 18 tahun kite 15 tahun masa tu. hanya org yg pernah merasai pemergian yg tersayang je faham perasaan ni kan. anyway thanks for sharing mili. rajinnya buat entri panjang2 mcm ni.
    ^_^

    ReplyDelete
  3. @Keretapi

    Wah memang lebih kurang sama lah situasi kita dengan awak. Bila di tengah2 macamni, takde kawan yang umur lebih kurang dalam family, mmg rasa sunyi sikit. Kita selalu rasa cam anak tunggal sbb dkt rumah tinggal dgn mak abah je. Bila anak2 sedara dtg, barulah meriah.

    Tp tulah dugaan family besar ni, bkn boleh jumpa siblings selalu. Tambah2 masing2 ada family sendiri and tinggal jauh2. Sedih gak kengkadang tengok org lain rapat gila dengan siblings memasing tapi kita takleh jadi cemtu.

    Mak is everything kan. Awak jangan risau. InsyaAllah bila awak sambung bljr nnt, awak still boleh jaga walaupun tak selalu. Jgn lupa doa yg penting. Moga Allah jaga Mak kita semua.

    Jzkk for the sharing =')

    ReplyDelete
  4. @Miss Amateur Cook

    Tengah rindu kat family kita sebab tulah tulis entri ni. Heee. Ni pun berapa kali lap air mata masa tulis sebab rindu sangat. Tambah2 rindu kat arwah. Memang pedih rasa kehilangan tu walaupun sentiasa bertambah ahli baru. Tapi kena redha sbb tu hakikat hidup ni. Takpe kena stay stong ye awak, and sentiasa doa moga semua nanti akan di-re-unite di Jannah. =)

    ReplyDelete
  5. bestnyer ada kakak ramai.. mcm2 bleh share.. :)

    byk gmbr mak dulu-dulu dh takde dlm simpanan, hilang masa pindah umah baru.. terkilan juga la masa tu sbb takleh nk imbau gmbr dulu2..

    apa-apa pun, keluarga adalah yg terbaik yg kita rasa mcm what if one day, kita hilang ahli keluarga kita.. agaknya mcm mana la perasaan tu.. keluarga lbih knal sapa diri kita..

    ReplyDelete
  6. alalalalalala bestnyeee kak mili. ada family besar. harap sejahtera sume nye :)

    ReplyDelete
  7. Happy big family. Seronok je kan dapat family besar macam ni. ^^v

    ReplyDelete
  8. Assalam^^.. Kak Milly mesti yang pakai baju hitam polka dot tu kan ? Dalam potrait cartoon tu. Aegyooooo ^o^

    ReplyDelete

SENYUM. Tak perlu kata apa-apa. SENYUM! :)