Wednesday, May 23, 2012

Usaha Kunci Kejayaan, Malas Kunci Kegagalan


Usaha kunci kejayaan bermakna kalau kita berusaha untuk dapatkan sesuatu, kita mesti berjaya. Ya? Oh tak semestinya macam tu. Ada jugak usaha yang tak berjaya. Tapi itu namanya ujian. Sebabnya, bila dah usaha, lepastu tak berjaya, adakah kita akan rasa nak give up? No. Kita makin rasa nak usaha dan kalau kita masih tak dapat apa yang kita nakkan tu, mungkin benda yang kita nak tu tak bagus untuk kita atau mungkin sebab kita dah dapat apa yang kita perlu.

Kunci yang sebenarnya adalah iman. Sentiasa letakkan kepercayaan yang tertinggi pada Allah bila kita usahakan sesuatu tu. Nak tahu kenapa ramai antara kita selalu kecewa? Sebab bila kita usahakan sesuatu, aimed kita cuma untuk benda tu je. Jadinya bila tak dapat, kita akan kecewa. Kita akan cakap "Aku dah usaha pun tetap tak berjaya. Allah memang tak adil." See. If we don't have faith in Allah, we will be sad when things didn't go as we planned and we always looking for something to blame.

Hidup ni adalah ujian. Jadinya, kunci untuk menghadapi ujian tu adalah dengan usaha. Kalau kita malas, memang kita terus akan gagal. Bayangkan kalau Rasulullah tak berusaha, rasa malas dan terus give up bila apa yang nak disampaikan tak berjaya, adakah Islam akan berkembang macam sekarang?

Malas tu adalah bila rasa taknak buat sesuatu sebab taknak rasa susah. Orang malas cuma mahu bersenang lenang tanpa lakukan apa-apa. Malas adalah penyakit yang cuma boleh diubati dengan usaha saja. Usaha untuk jadi rajin. Bila kita rasa nak buat sesuatu yang baik tu, teruskan buat. Bila kita fikir banyak sangat, last-last nanti mesti tak jadi nak buat.


21 May - Environmental Law
26 May - Land Law 1
27 May - Land Law 2
7 June - Usul Fiqh 2
8 June - Public International Law 2
9 June - Law of Trust
11 June - Law Attachment Program (3 months)

Tak tahulah kenapa jadual final exam sem ni disusun macam ni. Minggu ni, final exam dah bermula untuk warga UIA. Walaupun baru je habis kelas, presentation, assignment, second test, apa semua last week, tapi minggu ni tetap dah terus start final exam. Ya, UIA takde revision period.

Taknak complain apa. Mahu jadi student yang bersyukur. Cuma, mohon supaya pihak UIA boleh susun jadual final betul-betul dan bagi je revision period dekat student untuk sem akan datang. It's a win-win situation. Student takde benda nak stress dan boleh perform well in finals. InsyaAllah. =)


Boleh dikatakan, this semester is the toughest one ever. Habis je sem ni nanti, terus start praktikal. Habis je praktikal nanti, terus masuk sem baru jadi final year student. No more holiday. Whoa.

Pernah jugak terfikir nak quit study law few times. But then it kept me thinking again, any course pun susah. I just need to be a tough person. Keep on fighting. Never give up. May Allah helps me to go through this.


#1 Rewards based on efffort, not result.
#2 We can't control the result we get, but we can control our effort.
#3 You want to earn that A.
-by aimanazlan90-



Semoga berjaya kepada semua warga #UIABest. Good luck ya? Eh, we don't need any luck right? Hee. Just pray for the best.

Oh ya sekarang kita dah dalam bulan Rejab. Lagi 60 hari je nak ke Ramadhan. Ya Allah, sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan. Selamat mengqada' puasa atau selamat puasa sunat. Semoga kita semua dapat jumpa Ramadhan tahun ni. =)

6 comments:

  1. amek ape2 course kat UIA ni same je..

    gudlak kak mili.. jom ronggeng after exam.!! my last paper 9 jugak..

    ReplyDelete
  2. goodluck..e lar klau meniru apa punca adanya exam kan..do your best

    ReplyDelete
  3. panjangnya .. hehe

    btw , good luck ..

    ReplyDelete

SENYUM. Tak perlu kata apa-apa. SENYUM! :)