Monday, May 16, 2011

The Blood Is In The Family




Dalam 9 orang beradik aku, ada 7 orang yang bekerja sebagai pendidik. Cuma abang aku (dan aku) yang dalam bidang lain. Boleh dikatakan semuanya ikut jejak abah aku. Mak aku walaupun tak kerja, tapi mengajar budak mengaji tu kira macam termasuk jugak lah dalam kategori pendidik kan.

Kiranya, darah pendidik tu dah mengalir dalam keluarga ni. Aku ingat lagi dulu, masa kecik-kecik, boleh kata, kakak-abang aku ni semua cakap taknak jadi cikgu tapi last-last semua terikut jejak langkah abah. Dahlah semua pun garang-garang (termasuk aku). Memang siapa jadi cikgu, dia automatik jadi garang kot. Hihi.

Walaupun sekarang ni aku belajar dalam bidang law, tapi aku macam berminat je bab-bab mengajar ni. Sepatutnya cuti panjang macam ni, aku pergi lah buat attachment dekat mana-mana law firm ke tapi boleh pulak aku pergi mintak kerja sebagai guru ganti bersalin. Kehkeh. Paling tak pun, aku pergi jadi cikgu tadika ke. Memang aku minat jugaklah mengajar semua ni.

Tengok kakak-abang aku macam best je jadi cikgu. Harini semua pakat bawak balik hadiah-kek semua daripada anak murid. Lepastu kerja cikgu best sebab kalau cuti sekolah nanti cikgu pun cuti jugak. Hihi. Macam-macam kerenah anak murid boleh jumpa bila jadi cikgu ni. Hari-hari ada je cerita baru kan. Tapi stress dia jangan cakap lah. Sebab dulu masa sekolah, pernah jadi student yang agak nakal, so kalau jadi cikgu terjumpa student yang nakal, memang bukan benda luarbiasa. Lumrah kehidupan dah. Aiceh.

Benda masa depan, kita tak tahu macam mana kan, tak semestinya belajar law, kena jadi lawyer. Lagipun dulu aku pernah cakap tak minat belajar law. Tapi sekarang macam dah terminat balik. Tengoklah rezeki nanti kerja apa kan. Kalau ada tu, adalah. Doa je banyak-banyak.

Macam dah lari dari topik pulak. Apapun, memang tugas sebagai pendidik ni tugas yang paling mulia. Tanpa cikgu sekalian, entah jadi apa entah dah aku ni. Terima kasih untuk semua yang bergelar pendidik, samada yang pernah mengajar ataupun tak. Selamat Hari Guru 2011. Jasamu dikenang hingga ke akhir hayat. Terima kasih. =')

19 comments:

  1. 9. guru kindergarden. :P

    selamat hr guru utk aku lalala

    ReplyDelete
  2. wah..mmg family cikgu eh.

    selamat hari guru wat family cik mili!

    ReplyDelete
  3. woo baru tau badak badek mili ramai cikgu..ayah pon cikgu gak..coolll

    ReplyDelete
  4. wahh stu femily cikgu nehh
    slmt hari gru! :D

    ReplyDelete
  5. peh.. almost smua cikgu. btul ko ckp tu. kalu cuti skolah, cikgu pun leh cuti gk. bagus jadi cikgu neh. pluang pun terbuka sbab krajaan nak amek ramai cikgu. ko masuk a kpli lpas abih uia ni. hehe

    ReplyDelete
  6. jd cikgu best
    aku pun nak dulu tp tade rezeki

    ReplyDelete
  7. wahh,family background semua pendidik !
    hebat tu ;)
    hee

    ReplyDelete
  8. wah, byk bakti dan jasa family milo dah sumbangkan... bagus2...

    ReplyDelete
  9. HAI CIKGU MILI..
    CIKGU SAYA TAK SIAP BUAT OMWORK LAGI NI..HUHUHU

    ReplyDelete
  10. wah..satu family cikgu cikgi semuanya..kagum kagum =)

    ReplyDelete
  11. wahh sronok ramai adik bradik lg2 dh keje. ley mintak det blanje dr diorg :P

    besar pahalanya menjadi pendidik ;)

    ReplyDelete
  12. @munsyi
    memang aku minat pun cikgu tadika.impian kot.nk jadi cam lily aldrin :) selamat hari guru utk kau. hari-hari hari guru boleh x? ayat klise. kikiki

    @nurulzaty
    yeah.out of 9, 7 org jadi cikgu. pretty ohsemmm :)

    @kimo
    haaaa.kan.sume terikut jejak langkah bapak lah ni.hehe.

    @cikheroin
    kikiki.thanksss.samat ari guru ;)

    @fathiahraihana
    tulah pasal.sume nak jd cikgu kenape ntah pastu sume nak stress.haha.tp best la.minat je nk jd cekgu ;)

    @oranglidi
    aku memang minat nak jd cikgu.insyaAllah kalau ada rezeki tu,adelah nanti.tgok la ape tuhan nak bg kan. ;)

    @munirah
    yeah tepat sekali. 100 markah utk anda ;)

    @ama
    tulah pasal.kemaen lg.kikiki

    @drunbella
    wow.ohsemmm kan.kikiki

    @aimi
    aku pun nak jd cikgu sbb aku minat tp xde rezeki lg.heee

    @eyjalukman
    takdelah hebat mane pong tp sume dpt rezeki ke arah tu kan ;)

    @zul
    selamat hari guru utk anda juga

    @meo
    agak banyaklah.pendidik anak bangsa.aiceceh.thanksss ;)

    @aimidayana
    haha.bolehlah tahan.

    @cimot
    ape?tak siap homework?takpe.buat selow2.cikgu paham.kikiki

    @zack
    ahaha.aku pun kagum jugak. tetiba. ;p

    @syakey
    alhamdulillah byk pahala jd pendidik kalau penuh dgn kesabaran.mmg boleh pau dorg selalu.kikiki.thankssss =')

    ReplyDelete
  13. Hi Mili! Mak i cikgu jugak, tapi cikgu renang. ;) And i pun terikut2 dah dengan dia. Entahla, mungkin betul it runs in the family. :D

    http://bashtiahwrites.blogspot.com/search/label/The%20swimming%20teacher

    ReplyDelete

SENYUM. Tak perlu kata apa-apa. SENYUM! :)