Lirik Awan Nano - Hafiz
Lihat ke arah sana serakan warna dan berarakan awan
Pabila terik panas segera hadirnya memayungi diri
Pabila kau dahaga sesegera turun hujan melimpahkan kasihnya
Pabila kau katakan akulah awan itu yang kau mahu
Begitulah awan nano setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi dan bibirmu
Begitulah awan nano sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu
Kasihnya kasih tiada banding
Setia tiada tara bagaimanapun jua
Awan kekasih sebenarmu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu
Lihat diriku ini sesekali pernah kau bagaikan awan
Sehingga tak mungkin terlupa berikan belas sedari dulu
Sehingga tak mungkin termampu saksi setitis pun air matamu kasihku
Sehingga kau katakan akulah awan itu yang kau rindu
Akulah awanmu yang sedia melindungi dirimu
Tika panas mencuba menggores pipi dan bibirmu
Akulah awanmu yang sering kau rindu
Dan tak terduga hadirku walau tak tercapai jejarimu
Kasihku kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu
Begitulah awan nano setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi dan bibirmu
Begitulah awan nano sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu
Kasihku kasih tiada banding
setia tiada tara bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu
Assalamualaikum. Sekarang dah masuk ke bulan Jun 2011/Rejab 1432. Cepat betul masa berlalu kan. Kalau bulan Mei ada sambutan Hari Ibu, bulan Jun ada sambutan Hari Bapa tawu? Harini hari Ahad dalam bulan Jun maknanya harini adalah Hari Bapa. Eh, salah ye? Apa? 2 minggu lagi? Kenapa nak kena tunggu 19 Jun? Bukan ke orang selalu kata; "aku tak sambut *hari apa-apa* sebab bagi aku, hari-hari adalah *hari apa-apa*". Kan? Ayat klise semorang. Tau dah. Kalau dah hari-hari pun sama je, jadinya tak apalah kalau aku ucap Selamat Hari Bapa sekarang kan? =)
Sebenarnya kan, bila aku tengok video klip Awan Nano yang Hafiz nyanyi, automatik jadi sedih dan teringat dekat abah. Memang lah video klip ni pun pasal anak yang tak hargai ayah dia sampai dah terlambat untuk menyesal kan. Ok lah. Siapa yang tak sedih tu, mungkin feel belum cukup sampai kot?
Lirik lagu Awan Nano ni sebenarnya agak complicated untuk difahamkan. Banyak kali jugak aku cuba nak fahamkan tapi memang susah. Sebab ianya terlalu "unik". Kalau masuk dalam subjek Komsas, memang susah jugak nak jawab ni. Matilah. Hihi. Tapi, daripada apa yang aku faham, lirik ni bercerita tentang awan yang jadi pelindung, yang kita selalu tak perasan pun kehadiran dia, tapi dia selalu je ada. Bila dah dengar lagu ni sambil tengok video klip, jadi sebak pun ada tawu. Tapi lirik ni adalah penceritaan dari 2 watak. Verse awal tu Hafiz yang cakap. Yang bawah tu ayah dia pulak. Aku rasa lah.

Jarak umur aku dengan Abah adalah 48 tahun. If you know my age, you do the math. =) |
Orang selalu kata, kalau anak perempuan, dia akan rapat dengan abah, dan anak lelaki akan rapat dengan mak. Tapi, apa yang aku tahu, aku ni sikit-sikit, mesti dengan mak. Jaranglah aku nak bercakap dengan abah. Lagipun sebab adik beradik aku ramai perempuan, lagi selesa dengan mak selalunya.
Lagi satu orang selalu kata, lelaki ni kalau dia sayang, dia mana pandai nak tunjukkan. Aku selalu rasa yang abah ni tak sayang aku sebab abah mana pernah cakap dia sayang, lepastu asyik kena marah je selalu kan. Padahal sebenarnya, mana ada abah yang tak sayang anak dia kan? Cuma dia tak reti nak tunjuk je, tapi boleh rasa kasih sayang tu kalau kita betul-betul perhati.
Sepanjang cuti sem ni, aku banyak luangkan masa dekat rumah dengan mak dan abah. Yelah, dah 2 bulan cuti masih tak kerja apa-apa kan. Aku perasan jugak yang abah selalu beli benda yang aku teringin nak makan. Apa-apa sikit, mesti beli sebab takut aku teringin tiba-tiba. Belikan breakfast; walaupun aku bangun tengahari, belikan durian; sebab aku baru pandai makan, belikan limau; buah kegemaran dan memacam lagilah. Patutlah adik beradik lain selalu cakap aku anak manja. Kadang-kadang aku saja cakap nak makan je, bukan betul-betul nak pun.
Perangai aku banyak jugak yang terikut abah aku sebenarnya. Paling ketara adalah bab takut jumpa doktor dan tak suka makan ubat. Haha. Mak pun tak boleh nak bebel banyak-banyak sangat dekat aku bila demam taknak pergi doktor sebab abah aku sebijik macam tu. Penakut pahit. Takut kena inject katanya. Samalah macam aku. Hihihi. ^^,

Kalau kena marah pulak kan, selalu rasa macam tak disayangi. Tambah-tambah masa kecik-kecik dulu. Abah dahlah memang garang. Kalau kena marah, mesti menangis teresak-esak, lepastu tertidur sambil nangis. Nanti bila tengah malam mesti mak akan datang tengok dah ok ke belum. Dah hilang belum bekas kena pelempang. Lepastu abah mesti akan tanya senyap-senyap dekat mak, adik dah ok ke belum. Risau jugak lah tu kan. Tulah marah tanda sayang.
Kalau bab nak tegur pun, abah selalu tegur secara melawak. Tak adalah marah-marah sampai buat aku yang berhati tisu ni cepat terasa. Kalau bab pakai baju atau seluar ketat-ketat, contohnya; abah akan cakap, "adik cuba pakai baju yang elok-elok sikit, tutup aurat betul-betul. Nanti kalau dekat akhirat, abah dah boleh nak masuk syurga, tiba-tiba kena tahan, tak lepas ke syurga sebab adik asyik pakai ketat-ketat". Haaa. Sentap tawu. Hambek kau sekali. Hihi. :B
Haritu kan, aku saja cakap kat abah yang aku rasa macam nak kahwin time belajar, lepastu abah kata jangan nak mengada-ngada. Hahaha. Bagi habis belajar dulu, dan buktikan yang aku ni dah boleh berdikari, barulah abah boleh lepaskan. Lagipun, abah kan wali aku. Bila jodoh aku dah sampai nanti, mestilah abah akan lepaskan pada orang yang sepatutnya. Eleh, sebenarnya abah tak sanggup nak lepaskan aku lagi lah tu. Heee. Terima kasih Abah, Awan Nanoku. =')
Related entries:
Biar kita menangis kerana mereka, jangan mereka menangis kerana kita

1997. Dalam gambar; Mak Abah + 9 beradik (-1 arwah kakak) +1 anak saudara (currently 20+3 dalam perut) |
Aku cuma nak cakap yang aku sayang keluarga ni sangat-sangat dan harap Allah memberkati keluarga kami. Terima kasih mak abah sebab besarkan kami. Ya Allah, ampunilah dosa kedua ibu bapaku dan panjangkanlah usia mereka. Ampuni jugak dosa aku yang selalu jadi anak yang tak tahu di untung. Selamat Hari Bapa. Hargai yang masih hidup, doakan yang telah tiada. =')
Related entries:
Biar kita menangis kerana mereka, jangan mereka menangis kerana kita
trsentuh aku baca.. bpak ak pn mcmtu gak.. ala, biasa la.. org kata lelaki kn ego tinggi. (ego yg baek) hheehe.
ReplyDeletedan lagu awan nano tu memang best.. aku baru tau m.nasir yg cipta. patutla ayt2 dia susah nk phm. hehe.
ps: baru pndai mkn durian??? hahaha
@oranglidi
ReplyDeletekau sampai bila pun jadi pengomen setia kat sini. terharu aku. =') hihi. memang lelaki ego tinggi kan tp sbnrnya syg. bgtau jelah syg kan senang. lagu awan nano ni aku ngs kot tgok vc die time last tu.mmg bahasa terlalu indah.
pss: dulu aku tak suka gila durian.skrg baru pandai mkn.baru je. :)
hehe.a'ah mili lelaki ego tinggi kan.tapi dalam hati ade taman,bila dia rs terlebih dia akan cuba cool kan keadaan.kehkeh
ReplyDelete@elyana
ReplyDeletetulah pasal kan.dia tanak tunjuk sebab ego tinggi tp dlm hati siapa tahu kan =)
abah i sangat laa jarang nak marah2.
ReplyDeletedia lebih suka perli.
hahahaha.
@drunbella
ReplyDeletehaha. abah i ni garang. org kata cikgu memang garang. adik beradik i ramai cikgu lak tu. sume garang. heee :D
kak mili, i like !! :)
ReplyDeleteayah owg tak garang pun. cool je tapi kalau beliau dh marah, takut jugak kekadang. weee~
ayah, adik sayang ayah yaww. :)
pa sy pom mcm tu jugak,garang tyme kita kecik3.ne anak3 dh besar lain pulak ceritanya kan
ReplyDeletenice entry :)
even ayah tak garang sgt compared to mom (sebab cikgu kot) tapi still bila dia marah rasa takut sgt :O
ReplyDeleteand part tegur bju fit tu sama lah.hihi.pandai depa tegur tak nak kita touching sangat
kita yg hati tisu ni pun nak nangis baca mili tulis ni
ReplyDeletesedih la kecik kecik dulu rajin la melawan ckp ayah bila dah besar ni kol ayah dgr ayah batuk pun dah nangis huu
betullah ayah2 ni time kita keik kemain garang dah besar dia ckp mls nk garang garang dah hehe
ntah adik ni, cuba dgr cakap abah sket. jangan nak mengada kawen2 time belajar :P
ReplyDeleteSelalu peluk cium abah aku setiap kali berpisah. takut aku atau dia pergi dulu. Awan nano sedih sgt btw T3T
kenapa hari nie asyik jumpa entri pasal mak dan ayah je nie. tadi baca belog yuyu zulaikha pun sama. tsk tsk. dah nangis teresak2 dah nie. selalu je kalau terkait sikit pasal mak dan ayah mesti terus je rasa sebak sangat sampai air mata nie tak tertahan2 nak keluar... bila baca entri mili nie, memang terus teringat kat abah. dulu2 ktrg selalu sangat tak de persefahaman. selalu kena marah lepas tu nangis2. skrg nie bila ckp dgn abah kat fon terasa mcm sebak plak sebab rasa rindu dgn abah . -____-
ReplyDelete@puteriyangsenyum
ReplyDeletekannn.bile kene marah takut jugak rase.dulu salu la kene mrh.skrg xde dh kot.hihi.sayang ayah bebanyak. ;)
@cikaryu
bila anak2 dah besar,automatik garang tu dh hilang kot.thanksss =')
@aniszafeerah
wah mak lagi garang ke?heee.kan kan.kalau tegur cara melawak at least kite boleh terima kan ;)
@nyna
alaaaa jgnlah sesedih.heee.betulkan.time kecik2 je diorang garang.bile dh anak2 bsr nidh xde garang dh tp makin caring.tula bile jauh kene slalu call mak abah kite ;)
@munsyi
dengar cakap abah la ni.mmg tanak kawen lg pun.saje je tanya mencuba nasib.hehe.lagu awan nano sedih sgt kannnn.aku pn salu gi mane2 peluk mak n abah lelama risauuu.
@kikio
memang benda kalau libat dgn parents kita,kita mesti cm sebak sikit kan,tmbh2 bile jadi anak tak tau di untung.slalu take everything for granted.tp msh belum terlambat utk hargai diorang kann. ;')
sebak lak baca
ReplyDelete@aimi
ReplyDelete=')
sedihnya dik! :(( rasanya kebanyakan ayah mcm tu. mmg jaranggggggg sangat nak tunjukkan kasih syg diorg. tapi as they getting older, hati diorg akan makin lembut :') (ok sedih dah) hehe.
ReplyDeletebtw, sampai sekarang dok tanya diri sendiri kenapa tak boleh minat langsung lagu awan nano ni? haha seriusss rasa tak boleh dgr langsung! tetap cinta lagu noktah cinta hehe :D
@kakyonna
ReplyDeletekannnn.memang lain gila layanan masa kecik and bila kita dah besar.sedih jugak ni. =') ahaaaa.lagu awan nano ni dulu xminat pun sbb complicated tp bile tgok vc die cm sedih tetibe.noktah cinta terbaek btw =)
abah kamu memang best. pandai tegur dengan berhemah je. sebab tu anak dia dengar cakap dia.
ReplyDeleteemm anak dia dah berpunya belum ek?
Rinduuuuuuu budak busuk
ReplyDelete@rafiq
ReplyDeletehaha.abah memang terbaik.saayannng sgt. ;) anak dia masih bujang tp dh gatal nak kawen tawu ;p
@anon 6:21
rinduuu budak busuk siapa?hehe :D
Wah so ramai your adik beradik :)) Big happy family
ReplyDeletebila baca entri ni..rindu pulak kat abah...T_T
ReplyDeletetouching :'D
ReplyDeleteanyway, u're such a loveeley daughter!
ps: laguu hafiz tu besttt laah kan.
@hasyaaaa
ReplyDeletememang ramai sgt.belum campur dgn cucu2 abah ni.kiki :D
@fadh leyanie
kalau tak duduk serumah mmg selalu rindu kan.tmbh2 abah yg kelakar. ;')
@rtp farra arisha
ahaaa,thanksss sweetie.mmg lagu awan nano ni sedih kot dgr walaupun complicated meaning die.heee :D
woi mili. ko takut jarum rupenye. takut makan ubat yee?
ReplyDeletehahaha.
@tim
ReplyDeletehaha. apa2 yg berkait dgn doc aku tak suka. dr dulu lg. XD