Tuesday, April 24, 2012

Aurat Oh Aurat




Assalamualaikum WBT.

Sekarang ni, dekat Youtube, sangat banyak channel yang dipenuhi dengan anak-anak muda yang menyampaikan dakwah. Rasa macam sangat bagus bila fenomena macamni ada dekat Youtube sebabnya golongan muda ni boleh tarik minat lebih ramai lagi generasi muda dan generasi lain jugak. Kiranya, takdelah nak cakap generasi muda sekarang tak minat benda positif macamni. Fenomena yang ada sekarang ni sangatlah bagus dan moga-moga makin banyak improvement lepas ni, untuk environment yang lebih positif. =)

Salah satu channel dakwah anak muda di Youtube adalah: MrTheAllShared. Adik-adik ni semua adalah lepasan SPM. Usaha diorang sangat bagus sementara tunggu result UPU keluar ni kan daripada tak buat apa-apa langsung. Moga-moga diorang ni semua dapat sambung pengajian dekat tempat yang dah ditetapkan ikut rezeki masing-masing nanti. InsyaAllah moga Allah mudahkan semuanya.

Ahli MrTheAllShared ni sangat ramai. Kalau tengok dalam video diorang pun, boleh nampak lah muka-muka yang familiar yang ada dalam setiap video. Kadang-kadang tu muka yang jarang ada. Hee. Antaranya:
Azfar Hamdii, Haziq Isa, Arif Ahmad, Wan Mohd Irham, Khamim Zikri, Asyraf Lamsah, Mursyidul Ilman, Ajmal Aiman, Muhammad Haiqal Wahid, Haikal Hanim, Rafide Othman, Lokman Mansor, Fathi Hilmi, Ali Ridha, Muizzudin al-Faris dan tak tahulah ada siapa lagi yang tertinggal. Memang sangat ramai. Hee.


Adik-adik ni semua sangat konsisten buat video dakwah. Kalau tak silap, setiap minggu atau setiap 2 minggu, mesti akan ada video baru dari diorang semua. Harapnya usaha niat suci murni diorang ni akan berterusan dan dapat redha Allah. Apa yang baik yang dikongsi diorang ni semua kita cuba ambil dan amal sama-sama. Apa yang rasa perlu ditegur, tegurlah supaya masing-masing dapat improve diri masing-masing kan. =)



Al-kisahnya begini, ada satu hari tu, diorang ada mintak untuk jadi responden video diorang pasal aurat perempuan. Sebabnya diorang ni semua lelaki, so diorang nak mintak tolong beberapa orang responden perempuan jawab pasal isu ni. Antara respondennya adalah cikgu diorang, senior diorang, Aisyah Shakirah dan diri ni sendiri. Hee.

Tajuk video ni HOT SCANDAL pastu macam eh, biar betul diorang ni kan. Rupanya propa je. Hik. And rasa serbasalah sangat dengan diorang semua sebabnya ramai orang komplen pasal bunyi music NyanNyanCat kuat sangat. Tersilap sebab letak background music masa buat video respon ni untuk diorang. So diorang terpaksa tutup dengan lagu NyanNyanCat nak cover musik yang tak sama tu. Wuuu. Sorry sangat adik-adik sebab dah tersusahkan korang. Apapun, harapnya mesej yang nak disampaikan tu sampailah. Segala technical error tu harapnya boleh dimaafkan dan tak dibuat lagi. =)


Hijab itu ertinya melindungi. Pilih untuk berhijab bererti memilih untuk dilindungi oleh ALLAH SWT.



Ini adalah jawapan aku dalam video ni untuk MrTheAllshared. Ada 3 soalan.

#1 Kenapa anda tutup aurat?
Tutup aurat tu wajib macam suruhan Allah dalam Surah An-Nur 31. Kalau kita sayangkan Allah, apa yang Dia suruh buat, kita tak rasa susah nak buat.

#2 Apa perasaan anda bila tutup aurat?
Rasa selamat dan selesa. Sebabnya bila tutup aurat, kita bukan tutup fizikal kita je, tapi lindungi diri kita dan juga lindungi hati dan fikiran kita daripada nak lakukan perkara tak elok. Tutup aurat tu juga dapat buka kecantikan dalaman seseorang.

#3 Apa pesanan anda kepada muslimah di luar sana?
#SelfReminder Bila keluar dari rumah, make sure, pakaian kita tu boleh dibawa solat sebabnya aurat dalam solat dan luar solat adalah sama iaitu: muka dan tapak tangan je boleh nampak.

******************************

Ini adalah jawapan Aisyah Shakirah.

#1 Covering aurah is like having a pasport towards entering Jannah. And I'm covering my aurah because I want to enter Jannah.

#2 People install antivirus to their computer to make it safe and protected. And I'm installing this different version of antivirus, I feel security protected.

#3 Hadith: The whole world is a jewelry and the best of all jewelry is a wanita solehah. =)


Berfesyen dalam Islam tak salah sebabnya Islam tu Indah dan Allah sendiri sukakan kecantikan. Tapi, berfesyen biarlah yang mengikut syariat Islam. Ramai je yang mampu tutup aurat sambil berfesyen. Antara mahu dan tak mahu je sebenarnya. Kadang-kadang tu, kewajipan tu harus dimulakan dengan paksaan. Cuba paksa sikit-sikit, nanti dah terbiasa, insyaAllah boleh ikhlas.

 



Antara aurat yang sering diabaikan adalah lengan dan kaki. Sangat ramai yang pandang remeh pasal 2 aurat ni sebabnya rasa macam tak apa bila tak tutup lengan dan kaki sebab bukannya orang nampak sangat. Tapi, bila naik tangga pakai baju kurung, kalau tak pakai stokin, boleh nampak sampai betis. Tak best lah macam tu kan?

Kalau dah comel-comel pakai baju kurung tapi tak pakai handsocks lepastu singsing lengan baju sampai siku tak syok ah gitu kan. Tak sempurnalah istilah "tutup aurat" tu kalau cuma tutup separuh-separuh kan? Lagipun bila solat, kita mesti tutup kaki dan lengan, kalau ternampak, hukum solat jadi tak sah. Jadinya, tutup aurat pun jadi tak sah bila tak ditutup dengan sempurna. Tak gitu? =)


Ramai orang anggap, tutup aurat tu maksudnya pakai tudung. Tapi sebenarnya, kalau dah pakai tudung, belum tentu lagi dah tutup aurat dengan sempurna. Tudung tu cuma salah satu cara untuk tutup aurat. Ada banyak lagi bahagian lain selain rambut yang dikira aurat.

Jadinya bila kita cuba pakai tudung, cuba juga cari pakaian yang match dengan penampilan bertudung kita. Cuba tengok dalam almari kita, asingkan baju mana yang boleh dipakai keluar rumah, baju mana yang sesuai untuk dalam rumah je. Tutup aurat jugak maksudnya kita cuba jaga cara pergaulan kita dan akhlak kita. Usaha tu kena ada dan dimulakan dengan diri sendiri. InsyaAllah Allah bantu dan mudahkan.




#1 Pakai tudung tapi nampak rambut (tak pakai anak tudung)
#2 Pakai tudung tapi pakai legging (ketat)
#3 Pakai tudung tapi baju pendek (tak tutup pinggul)
#4 Pakai tudung tapi baju jarang (tak pakai inner)
#5 Pakai tudung almost perfect tapi nampak kaki (tak pakai stoking)
#6 Pakai tudung tapi pakai baju lengan pendek/lengan tiga suku
#7 Pakai tudung tapi tak tutup dada (common problem)
#8 Pakai tudung tapi nampak leher (sebab nak tunjuk perhiasan)
#9 Pakai tudung tapi sanggul tinggi (macam bonggol unta)
#10 Pakai tudung tapi ber-make-up tebal (tabarruj)

Ini adalah antara masalah-masalah perempuan bertudung. Kalau boleh cubalah elak masalah-masalah ni bila bertudung sebabnya bila kita bertudung, kita bawa imej Islam. Tapi kalau kita pakai tudung ikut suka kita, tak ikut Syariat, nanti orang anggap kita mempermainkan agama. Kalau kita nak orang bukan Islam respek agama kita, kita sendiri kena tunjukkan respek tu dulu. InsyaAllah diorang dah tak boleh pertikaikan dah.

Antara video-video di Youtube tentang Aurat. Silalah tonton. Banyak manfaat boleh dapat. Bukan untuk perempuan je. Untuk  lelaki pun boleh. =)









Ini antara isi yang boleh dapat dari video Aiman Azlan, applicable untuk lelaki dan perempuan.
#1 Follow the Islamic dress code
#2 Be comfortable
#3 Be fashionable and presentable 
"Just because someone doesn't adhere the Islamic dress code, doesn't make him or her any less of a Muslim than you and I." 
"It's not wrong for you to wear fancy clothing, but do not attach your heart to it." 
"Islam doesn't prohibit fashion as long as it goes well with the dress code and you are comfortable wearing it." 
"Are you trying to please people or are you trying to please Allah?" 
"Appearance is part of modesty. Modesty is part of faith."


"Katakanlah kepada lelaki yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sungguh, Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat." 24:30
Dan bila perempuan dah jalankan tanggungjawab untuk tutup aurat, lelaki jalankanlah tanggungjawab untuk jaga pandangan mata. Suruhan Allah untuk lelaki datang dulu dalam Al-Quran sebelum suruhan kepada perempuan. Jadinya, janganlah asyik salahkan perempuan, salahkan juga diri sendiri yang tak mampu lawan nafsu untuk menundukkan pandangan mata bila nampak perempuan cantik. Lawanlah panahan beracun dari Syaitan.

Marilah kita sama-sama baiki diri masing-masing. Kalau tak mampu mendadak, cuba sikit-sikit. Kita nak masuk Syurga, jadi kita kena berusaha ke arah tu. Percayalah, tak ada manusia yang gembira bila dapat tahu seseorang yang lain tu bakal jadi ahli neraka sebabnya setiap manusia ada tanggungjawab untuk ajak manusia lain ke arah kebaikan.

Kalau ada manusia lain bakal ke neraka, kita patut risau sebab kita tak jalankan tanggungjawab yang Allah dah amanahkan. Jangan pernah rasa diri kita dah cukup baik daripada sesiapa pun. Allah tak suka manusia bongkak. Berdoalah sama-sama. Baik Buruk Boleh Berubah. =)

Fitrah manusia sukakan kebaikan. Kalau mahukan Syurga, berusahalah. Kalau tak berusaha tapi mahu masuk Syurga, itu angan-angan namanya. Hee. Sekian. #SelfReminder. Peringatan untuk diri sendiri. Moga yang bermanfaat tu dapat kita amalkan sama-sama InsyaAllah. Jaza Kumullahu Khairan Kathira sebab sudi baca. =')




13 comments:

  1. Setuju dgn kak mili. Memang adik- adik ni superb lah. Tak sangka mereka junior sbb macam orang dewasa diorang punya percakapan. Suka jugak tengok video- video mereka.

    ReplyDelete
  2. dengarnya pakai sanggul tu tak salah, sebab rambut dilindungi tudung. haram jadinya bila tak pakai tudung.

    ReplyDelete
  3. bagus budak2 ni. tak macam budak2 jenih aplod kaver lagu ntah ape2. moge2 lpas da masuk dunia pngajian tinggi depa x lupa la keja2 amal bagus dorg buat dulu tu.

    video ko kuat sgt lak bunyi lagu, xdgr jlas ko ckp ape. hehe.

    ReplyDelete
  4. kak mili, thank you for the entry..moga kita dapat membuat perubahan kearah kebaikan :) may Allah bless you

    ReplyDelete
  5. osem kakakkecik osem!
    thanks for the reminders.
    xoxo. ;)

    ReplyDelete
  6. ada 2 soalan nk tnya cik milo kalu sudi jawab, jawablah ya.
    1. nk mnutup aurat dgn smpurna pakai stokin tgn dn kaki kn? tp bgaimana dgn cik milo, sy nmpk cik milo menasihati org tp cik milo juga xpakai handsock
    2. kenapa bila brgmbr, cik milo suka buat muka satu pesyen, pedom org kata.

    maaf ya soalan nh. sy tringin nk tahu ap kesannya kalu kita menasihati seseorg tetapi kita sendiri belum mgkut ap yg kt ckapkn. perkara ini juga berlaku pd sy ;(

    ReplyDelete
  7. @anonymous 1:27pm

    i'm on my way in improving myself to be better. semua org pernah buat silap. yg dulu tu dulu lah. sekarang dah sedar dah start jaga aurat kaki n lengan. mana awak tahu sy xpakai handsock? awak dah jumpa sy sekarang? kalau sampai bab nak tegur pasal muka saya pedom ni, rasanya you're way off limit.

    please jangan judge org. jangan pernah rasa diri dah cukup baik dr org lain. semua org pernah buat silap. and please, nak tegur salah org, bukan di public. you know many way you can private message me right. anyway thanks a lot.

    ReplyDelete
  8. "Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bermakna aku yang terbaik dalam kalangan kamu. bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri.seandainya seseorang itu hanya akan dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan." - Hassan al Basri.

    ReplyDelete
  9. don't know how to said it, but this post is really beautiful..

    ReplyDelete

SENYUM. Tak perlu kata apa-apa. SENYUM! :)