Thursday, October 28, 2010

Nostalgia Gathering Blogger

Ini cerita 2 bulan lepas iaitu pada 28 Ogos 2010. Hahah. Gila lama punya cerita sampai dah jadi nostalgia. LOL. Ingatkan dah taknak update pasal ni tapi alang-alang nak cakap pasal gathering, masukkan sekali jelah.

Ini Gathering pertama blogger yang aku join. Pertama kali jumpa blogger ramai-ramai di Shah Alam beriftar bareng. Padahal blogger dah start bergather-gather ni dah lama dah. Sejak Gathering dekat Genting dulu rasanya. Sekarang ni pulak, orang orang di Twitter pun dah ada gathering macam 23rdTwtUp haritu. Aku dapat invitation tapi tak ada kawan nak ajak pergi. Kan dah padan muka diri sendiri.

Sebenarnya, aku bukan suka sangat join gathering segala ni. Malu nak jumpa orang yang tak pernah kenal. Jumpa ramai-ramai pulak tu. Aku kan penyegan orangnya. Lagipun mana ada orang kenal aku. Tapi teringin tu tetap ada. Sebab tu aku join jugak kali ni.

Bila tak dapat join gathering blogger dan twitter ni, mestilah rasa tak best sangat. Rasa macam geram je tengok diorang upload gambar gathering semua yang fun gila tu. Jadi, untuk mengelakkan diri dari menggeramkan diri, marilah kita sama-sama tidak melepaskan diri untuk menjoinkan diri pada next gathering. Aiya, berapa banyak diri daa. 

Aku paling teringin nak jumpa blogger anonymous yang tak suka letak gambar sendiri dekat blog, tak buat blog macam diari. Personaliti rahsia gitu. Bukan macam aku. Semua benda nak cerita. Hahah. Harap sangat next gathering diorang ada. Diorang tak join gathering pun tak apa, asalkan aku dapat jumpa diorang secara private, time wedding ke, sekali pun jadi lah. Ayat gila mengharap. Heh. ;) Oh ya, aku juga teringin sangat berjumpa blogger-blogger perempuan di entri ini. :)

Tujuan utama aku join gathering blogger Iftar di Shah Alam ni adalah kerana nak jumpa Zack Zukhairi. Serius teruja gila kot bila dapat tahu Zack jadi tetamu istimewa untuk gathering tersebut. Tapi keputusannya hampa. Tiada Zack. Tapi tidak mengapa. Ada ramai blogger yang datang dan semuanya boleh tahan juga. Hampir separuh yang memang aku tak pernah kenal, tak pernah dengar nama. Dunia blog sangat luas ya.

Jom tengok gambar aku bersama blogger-blogger semasa iftar haritu. Gambar aku je eh. Gambar yang tak ada muka aku, aku malas nak letak. Hahah. Keji kan. Gambar semua credit kepada Joegrimjow, Syahirul dan Azizie.

Gambar ini dicaptured oleh Andy menggunakan kamera Joe. Wah wah. Candid gitu. Boleh baca komik gathering ni di blog Joegrimjow.

Aku pakai baju kurung pergi gathering ni sebab habis kelas je, terus gerak. Apa salahnya pakai baju kurung ke mana-mana? Ana Raffali pun suka apa. Heh. Pic ni dicaptured oleh Syah.


Macam muka makcik-makcik yang eksaited nak bergosip sambil diperhatikan dengan keji oleh Andy dan diketawakan oleh Izee. Hahahah.
Yang ni tak payah nak perkenalkan lagi. Si adik manis Ajwin Ajeera. Adik okay. Beliau baru 19 tahun. Hahah. Siapa tak kenal Awin memang mintak ketuk kepala. Ini kan artis. Heh.


Ini Munsyi. Senior di UIA tapi berlainan course. Heheh. Teka lah beliau ambik course apa? Bukan course Volleyball ye. Terima kasih pada Munsyi yang mengajak aku join gathering ni, naik kereta beliau, berpandukan GPS beliau. Kalau tiada beliau, tiada aku di gathering ni ye. =)


Comel tak Bro Framestone? Ke aku lagi comel? Hahah. Bro nanti nak kahwin sila jemput ya. :)

Teruja tengok Mr Khairul yang sangat kecik. Kenapa comel sangat ni? Dahlah sama tinggi. Hahaha.
Ini semua blogger dari UIA kecuali Nizam. Dia sorang je yang tengah pandang kamera. Yang lain bajet candid. Hahah. Ada Innz, Andy, Kaizen dan Munsyi.
Well well. Inilah dia owner Syahirul.com. Kenal Syah ni dah lama jugak sejak nama blog beliau Killvearn. Heheh. ;p
Nampak tak apa yang aku cuba buat? Ya, aku berangan yang Macbook tu aku yang punya. Haha. Teruja godek-godek Macbook Joe. Macam jakun pun ada. Hah. Turut bersama dalam gambar adalah Ila Puteri Rock, Andy dan Kaizen (membelakangkan).
Dah macam CC pulak dekat sini padahal mana ada wifi. Kali ni ada Ila, Innz, Andy, Kaizen dan Sufffer8zine.
Ini konon-konon tengah check kehadiran blogger dengan Khairil. Check 1-1 nama yang datang. Innz tengah teruja online. Suffer8zine pulak tengah mengelamun kot. Hahah.
Yang tengah tu teruja kenapa entah sampai terpejam-pejam mata. Hahah. Dahlah yang paling tua, paling pendek pulak tu. Atok dan Awin baru umur 19 ye. Heheh. ;)
Andy skodeng Awin tak cover langsung duh. Hahaha.
Khairil
Atok
Innz
Awin
Sepupu Awin
Big boss di belakang, iaitu Joegrimjow. Teruja gila weh dapat jumpa Joe tauke Herbalife ni. =)
Dengan 4 blogger awesome.
Baju blogger yang Andy and Bro Framestone pakai tu aku pun ada jugak.:D
Bro Framestone
Bro Azrul Hisham
Joe
Andy
Peejay, Izee, Tun Teja, Ila, Bro Framestone, Bro Azrul Hisham, Joe, Andy dan Api. =)



Cuma ini jelah muka blogger-blogger yang sempat aku bergambar bersama. Ramai lagi blogger lain yang aku sempat berjumpa dan berbual sebenarnya. Tapi tak sempat nak bergambar bareng. Tak apa. Next time jumpa kita bergambar banyak-banyak ok. 

Ada jugak blogger yang aku tak sempat tegur langsung. Belagak gila aku. Nak tunggu orang tegur dulu, baru nak berbual. Bajet macam semua kenal kau lah ye Milimilo oii? Well well. It's my first time. Banyak cacat cela. Apapun, agak teruja juga. Thanks semua.

Semua link blogger yang datang aku ambil di sini. Pergilah tengok sendiri ye. Heh. Buh-bai. >.<


21 comments:

  1. hahahhaa

    gmbr pon nak nostalgia kan mili?

    xP

    ReplyDelete
  2. hahahaha, gua tak pergi rasa rugi pun ada hmmm

    ReplyDelete
  3. seronoknya>> rugi x join. padahal dah dekat da tempatnya.. haha.
    lainkali boleh lah kita samasama pergi ye cik milo!! :D

    ReplyDelete
  4. awin adik erk? adoi...aku igtkan lg tua dr kite. muka matang doh. hehe. tu la akibat selalu prasan muda.:D

    ReplyDelete
  5. ajwin ajeera tu artis?
    artis apa?
    maksudnya penyanyi ke pelakon ke model ke?

    ReplyDelete
  6. jom kita ber'gathering dengan aktif lepas ni...best2, tapi memang rugi mili x gi twtup tu, kalau x boleh jumpa lagi =.="

    ReplyDelete
  7. munshi tuh cam kenai la. dia pernah duk mersing ke?

    ReplyDelete
  8. wah.. macam best jeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee

    ReplyDelete
  9. bestnye gathering bloggers..
    kebaikan berblogging..
    tambahkan kenalan :)

    ReplyDelete
  10. Kalau aku ngan andy tak paksa, ko mesti tak dtg kan?haha

    vote2~

    ReplyDelete
  11. aku tiba-tiba rasa nak berkenalan dengan ajwin ajiera. tapi segan la/. hahahahahahahaha

    ReplyDelete
  12. agak truja bila disertakan umur 19 disitu, apatah lagi sama dgn ajwin ajeera hahahha

    eh rindula korg sume, cpatlaaa mng 10 ribu wuwu

    ReplyDelete
  13. best ! tp i segan jumpa ramai2 cmni heee :P

    ReplyDelete
  14. oh mili akhirnya ada juga entry nie di sini..thank ada gambar juga ingt takde dh td

    ReplyDelete
  15. kite xde gmbr ber2 ek milo... ;D

    Regard,
    Khaizarien Blog
    @ Sudi-sudikan melawati Khaizarien In D' House

    ReplyDelete

SENYUM. Tak perlu kata apa-apa. SENYUM! :)