Saturday, October 23, 2010

Projek Senyum


"Kalau saya senyum. Awak mesti senyum sekali."

Aku ada buat beberapa eksperimen pasal senyum. Senyum kepada orang yang kita kenal dan senyum kepada strangers (orang yang tak dikenali). Tak payah tunggu orang lain mula senyum dekat kita. Kita yang mulakan senyum dulu.

Kalau senyum kepada orang yang kita kenal, memang tak ada masalah pun. Selalunya, diorang akan balas senyuman tu balik. Kecuali lah kalau orang tu NOT IN THE MOOD nak balas senyuman kita. Kalau lain-lain, memang tak ada masalah nak senyum balik. Macam lirik dalam lagu ni, senyum ni berjangkit.

Kalau cuba senyum dekat strangers pulak, lain sikit. Macam-macam gaya balasan yang kita akan dapat.
Ada yang;

i) Buat muka pelik macam "Eh, aku kenal ke budak ni?" Sambil berkerut-kerut dan tak balas pun senyuman kita.
ii) Muka tertanya-tanya kenapa orang ni senyum dekat dia tapi tetap tersenyum jugak.
iii) Ada yang memang automatik balas balik senyum, buat gaya macam kenal.
project smile from tumblr

Aku terfikir nak start senyum pada semua orang lepas baca post dekat Tumblr ni. Memang aku perasan jugak yang aku ni susah nak senyum dekat orang walaupun dengan orang yang dikenali. Selalu buat-buat macam tak nampak je. Nampak macam sombong jugak kadang-kadang. Jadinya, aku teringin nak buang perangai sombong aku dekat dunia nyata ni dengan cuba senyum pada semua orang termasuk makcik cleaner dan pak guard. Tak adalah susah sangat nak senyum ni. Kena ada kekuatan nak mulakan je. Jangan was-was. :) Yang best nya, dapat tengok macam-macam gaya reaction orang terhadap senyum kita.

Well. Ini suasana dalam komuter lah konon-kononnya. Kalau korang tak nampak ni macam dalam komuter, buat-buat macam nampak je lah. Ambik hati aku. Penat kot aku lukis. Hahah. Selalunya dalam KTM ke, LRT ke, bas ke, memang susah nak tengok orang senyum kepada orang yang dia tak kenal.

Kalau macam aku sendiri, dulu, aku memang tak senyum pada sesiapa kalau dalam train sorang-sorang. Aku buat-buat belek henpon ke, buat apa-apa yang boleh elak eye connection dengan orang lain dalam train. Tapi sekarang, aku cuba senyum pada strangers dalam train. Melayu susah nak balas balik. Selalunya foreigner ataupun Cina India senang nak balas senyuman kita. Cubalah.

Oklah. Kalau rasa susah sangat nak senyum, lukis je dekat 1 kertas, gambar senyuman palsu. Setiap kali jumpa orang, ambik kertas tu letak dekat mulut. Boleh jadi macam badut, kan? :)


Lagipun senyum itu SUNNAH. Pahala yang paling senang kita nak dapat. Cubalah. =)

21 comments:

  1. senyum.
    tak perlu kata apa-apa.
    hahaha.
    :D

    ReplyDelete
  2. smile is a language that everyone in the world will understood.
    say cheese=)

    ReplyDelete
  3. sekarang ktm dah ada koc untuk wanita laaaaaa

    ReplyDelete
  4. Awak,nice drawing!
    guna wacom tablet ke?

    ReplyDelete
  5. it's been a while cik mili oii.

    a friend said, smile is a curve that could straighten any problems.

    peace..^^V

    ReplyDelete
  6. x salah nak senyum kat org yg xkenal lagi pun x kena kluar duit pun + dapat gak pahala :)

    ReplyDelete
  7. tak suka bila kita senyum orang buat tak tahu..

    nice drawing;)

    ReplyDelete
  8. hehehe~

    kak zara memang suka senyum~

    hahaha~

    :)

    ReplyDelete
  9. suka nyanyi lg tu dlm keta.hehehe. kalau senyum kat stranger lelaki org akan kata gatal.hahahaha

    ReplyDelete
  10. terima kasih bella, linas, encik tikus, fikah, bazilah, khairil, zzuk, kak zara n kak aryn. ayoh kita semua senyum pada org yg dikenali ramai2.barulah 1 dunia boleh senyum nanti. ;)

    @anon oh my.totally not.seriously doodle2 buruk di blog ni cuma pakai paint.mana mampu nak pakai tablet.huhu ;)

    ReplyDelete
  11. ah kau jumpa aku buat muka seposen ja en!!wakakaakaka

    ReplyDelete
  12. bila aku jumpa kau?bila bila?kalau yg masa dgn zelo tu,aku belum start projek senyum ni lagi.skrg dah start dah.xcaye jom try.hahaha

    ReplyDelete
  13. ramai sangat kata i sombong. kawan2 cakap mungkin sebab mate i kot, macam kerek sikit. tapi entahlah. nak jugak start senyum kat orang,tapi takot feedbacknye nti.

    ReplyDelete
  14. @aqilah ye awak.kite lukis sumenye gune paint je.kelakar kan.haha


    @rara haha.mata u nmpk mcm daring gitu.mmg nmpk cm garang.tp kalau u start senyum,mesti org dah xtakut dh.heee ;D

    ReplyDelete
  15. Ak selalu senyum kat makcik cleaner gak. sian diorg buat keje. :)

    ReplyDelete
  16. haha.good munsyi good.makcik cleaner kt uia ramai bkn melayu.heee ;D

    ReplyDelete
  17. ada silap skit ngan gambar dalam ktm tue. ktm kat Malaysia skang dah asing laki pompuan .

    Entri terbaru->Simple Web Utk Bookmark

    ReplyDelete
  18. eh yeke.hehe.dah lamaaaaaaaa gila tak naek komuter sejak duduk gombak ni.selalu naik putra,star n monorel je.komuter je yg asing kan?aku naik putra n tren laen sume cmpur je laki pompuan.

    thanks btw. ;)

    ReplyDelete
  19. alaa comelnyeeeeee!
    suke entry ni! rmi yg berat nak senyum. kdg2 malu sendri sbb kite senyum kat die, die buat xtauu..kan ke sedekah.iskk.betollah u ckp, biasenye india & cina je yg suka balas senyum blek kat kita..sobs
    eh mili doodlekan muke i pelisssssss
    peliss pelissssss :P

    ReplyDelete

SENYUM. Tak perlu kata apa-apa. SENYUM! :)