Friday, April 24, 2009

Waiting On A Cure

Kenapa kalau sakit, kena makan ubat? Dahlah ubat tak sedap. Tak boleh ke sembuh dengan cara lain. Macam makan buah atau minum air kosong banyak-banyak.MyEm0.Com

Tapi, semua orang paksa aku pergi ambik ubat sebab dah seminggu aku bertahan tanpa ubat. Tak sembuh-sembuh jugak.MyEm0.Com

Jadi, semalam aku gagahkan diri pergi klinik. Doktor tanya, "ye dik, sakit apa?" Semua doktor suka tanya macam ni. Kita yang kena bagitahu dia kita sakit apa. Aku pun bagitahu la simptom-simptom nya. Dia pun check sikit, terus tulis nama ubat.MyEm0.Com

Erm, sebenarnya, aku ada masalah dengan ubat pil. Aku tak reti telan. Mesti tersekat kat kerongkong. Aku nak mintak ubat air macam ubat kanak-kanak tu. Tapi aku segan sebab aku dah tua bangka. So, aku ambik jela ubat yang doktor tu bagi.

Dah balik rumah, seperti yang aku jangkakan, aku failed nak telan ubat tu. Segelas air dah habis, tapi ubat still tersekat. Dahlah pahit. Percubaan gelas ke-2 berjaya. Itu pun dah merah-merah dah muka aku. Sabar jelah.MyEm0.Com

Jauh lagi perjalanan aku dengan ubat tu. harap-harap aku berjaya habiskan ubat, dan sembuh seperti biasa, dan boleh online seperti sediakala, dan boleh teruskan driving class, dan semua aktiviti harian seperti dulu balik. Doakan aku cepat sembuh, dan berjaya telan ubat pil dengan mudah.MyEm0.Com


MyEm0.Com

Saturday, April 18, 2009

Is your ATTITUDE good enough?



Hi all,

I know most of you have noticed this earlier since kindergarten. But I just wanna share for those who does not realized bout this. A small truth to make our Life 100% successful.

If A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z is

equal to 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26.

Then H+A+R+D+W+O+R+K = 8+1+18+4+23+15+18+11 = 98%.

K+N+O+W+L+E+D+G+E = 11+14+15+23+12+5+4+7+5 = 96% .

L+O+V+E=12+15+22+5=54%.

L+U+C+K = 12+21+3+11 = 47% .

(None of them makes 100%).

Then what makes 100% ?

Is it Money? NO!!!!!

Leadership? NO!!!!!

Every problem has a solution, only if we perhaps change our "ATTITUDE".

It is our ATTITUDE towards Life and Work that makes OUR Life 100% Successful.

A+T+T+I+T+U+D+E = 1+20+20+9+20+21+4+5 = 100%.

Now, can you see. Attitude is everything.
You can’t hide it, you can’t even deny it.
It’s who you are. It’s the outside of your inside.
It let’s everybody know whose team you are on.
Some of you have learned to alter your attitude to fit your immediate needs,
to get what you want, to dazzle, or to glaze, daze, and amaze.
If you are a good attitude watcher you can spot the spoiled brats.
Your attitude will make you or break you. Pick one.

If you don't like something, change it;

if you can't change it, change the way you think about it
You can choose the best for yourself.
If you think your attitude are good enough,
then you just can simply go through with it.
But if you realized
that your attitude can't guarantee you to be a better person,
then you have to move on and do some changes.



-Attitude is a little thing that makes a big difference-


.Winston Churchill.


Sunday, April 12, 2009

Jakun Ke? First Time Driving.



Buat pertama kalinya dalam sejarah hidup aku, hari ni aku dah berjaya menggerakkan sebuah kereta di tempat driver. Wah3, selama ni aku asyik jadi penumpang yang setia, tapi hari ni aku dah pecah rekod diri sendiri.MyEm0.Com

Memang rasa jakun sangat mula2 sebab first time drive kereta. Rasa macam WOW biar betul kereta ni bergerak. Selama ni tengok orang bawak je. Baru tahu rupanya senang je nak bawak kereta. 

Masuk duduk tempat driver. Tutup pintu. Lepastu check side mirror dengan rear-view mirror. Pakai seatbelt. Free gear, tekan clutch, start enjin. Masuk gear 1, tekan minyak, lepaskan clutch slow2 sampai kereta bergerak. Lepastu bila dah steady, tukar gear 2, 3 sampai 4 paling laju. Heeee. Sumpah excited. :D

Masalah di hari pertama memandu kereta :

#1 Tak lepas nak turunkan handbrake

Guna 2 belah tangan pun tak boleh. Ketat gila. Sampai cikgu tu cakap "aiyo, tangan u ni tak kuat la" (sapa suruh bagi kereta kancil merah buruk. Kereta lama okey. Aku bajet boleh dapat belajar guna kereta baru. Hmm.MyEm0.Com

#2 Enjin mati dua kali
Sebab masa brek dekat simpang aku terlupa nak tekan clutch. Hehehe. Nervous. MyEm0.Com

#3 Kaki tak berapa sampai nak pijak clutch

Bila nak tekan clutch sampai habis, aku kena jingkitkan kaki sikit sebab tak berapa nak sampai. Adoii. Inilah masalah orang pendek macam aku. Padahal kerusi dah tarik habis limit dah, pun kaki tak sampai-sampai jugak (bila aku nak tinggi ni..Wuwuwu)MyEm0.Com

#3 Kelajuan paling laju cuma 40-50 km/j saja

Gila apa kalau first time drive dah nak bawak laju-laju. Huhu. Kenalah berhemah ketika memandu. Cecece. MyEm0.Com

Lepas keluar je kereta sejam kemudian, ketaq lutut aku weh. Penat control kaki. Lenguh gila sebab kaki 2-2 guna untuk clutch, minyak and brek. Tapi rasa sekejap sangat dapat drive. Tak puas. Nak lagi. Nak lagi. Tadi belajar basic je. Bab parking, bukit dan 3 penjuru mungkin minggu depan kot baru start. =) Yeayyy tak sabar nak drive lagi. :D

Okeylah. Itu je cerita budak jakun first time drive. Hehe. Adios.MyEm0.Com

Friday, April 3, 2009

Macam-macam Gelagat Manusia Yang Selalu Aku Jumpa

MyEm0.ComMelepak sambil merokok kat kedai makan dan dengan senang hatinya hembuskan asap rokok yang bahaya tu kat orang lain tanpa mempedulikan perasaan orang tersebut yang mungkin tak menyenangi bau dan asap rokok itu sampai terganggu perasaan menikmati makanan.

MyEm0.ComMeludah dengan sesuka hati di merata tempat terutamanya kat tempat awam seperti tempat makan walaupun ada manusia yang duduk dekat dengan tempat yang diludah menyebabkan manusia tersebut jadi geli dan jijik melihat kesan ludahan yang ditinggalkan.

MyEm0.ComMemakai t-shirt tulisan besar-besar gabak yang tertulis perkataan tak begitu bermakna seperti "kau tak perasan aku sebab kau perasan cantik" ataupun "takkan indie hilang di dunia selagi aku bernyawa" dan bermacam-macam lagi jenis perkataan yang menyebabkan mereka berasa "kami hot dan kadang-kadang kami cool" lalu berjalan di merata tempat dan menayang baju tersebut dengan penuh bangganya. Kalau yang pakai tanpa berniat untuk menayang tu, takpela. Maaf pada yang terasa hati.

MyEm0.ComSangat suka mengeja sesuatu perkataan seperti kanak-kanak riang iaitu "shayer shuke mamam cokolat" ataupun menggunakan aksara-aksara yang makin menyukarkan pembacaan "$@y3 $uk3 e#kr3m" ataupun suka menaip berselang seli huruf besar kecik "SaYe sHaYanG aWak" dan merasakan dirinya comel dan cool berbuat begitu. Mungkin ada yang tidak berniat untuk perasan comel, jadi maaf sekali lagi.

MyEm0.ComTak mahu menjadi diri sendiri lalu meniru gaya rakan-rakan yang mempunyai gaya tersendiri sehinggakan semua yang dimiliki oleh rakan tersebut, mahu dimilikinya juga sehingga menimbulkan permusuhan yang berpanjangan. This is what people called as copy cat.

MyEm0.ComHidup dengan suka memandang rendah pada orang lain. janganlah menganggap budak nakal tu bodoh. Sebabnya, yang nakal, tak semestinya bodoh dan yang bodoh tak semestinya nakal. Tapi, dalam masyarakat kita, asal budak tu nakal sikit je, terus judge yang budak tu takde masa depan. Janganlah terlalu klise.

MyEm0.ComGiat memplagiat karya orang lain di blog mereka dengan mengakui karya tersebut adalah karyanya tanpa meng-credit-kan sedikit penghargaan kepada tuan punya badan yang di-plagiat. Tapi, kalau dia tak perasan ada blogger yang pernah tulis pasal tu, mungkin tak boleh cakap benda tu plagiat. Plagiarism juga sangat terkenal di kalangan student U dalam menyiapkan assignment.

MyEm0.ComIni pulak antara senarai gelagat bila berada di dalam public transport seperti Bas, Komuter, Star, Putra, Monorel dan sebagainya:

MyEm0.ComHandphone berbunyi dengan volume yang paling tinggi lalu sengaja lambat-lambat untuk menjawab panggilan dengan harapan mahu penumpang lain mendengar ringtone handphone-nya yang dirasakan OH begitu latest dan up to date sekali.

MyEm0.ComApabila panggilan tersebut sudah diangkat, suara bersembang dengan pemanggil juga sengaja dikuatkan volume-nya (sama seperti bunyi ringtone) dengan reaksi hidung kembang kempis seperti mahu menunjukkan kepada orang lain yang "ada orang call aku,korang takde, jangan jeles" padahal beliau tidak tahu volume suaranya itu boleh membuatkan orang lain rasa nak ketuk saja kepalanya dan bagitahu "tak perlu terjerit-jerit berbual di telefon, macam lah orang lain takde telefon"

MyEm0.ComMengambil peluang untuk mengusik anak gadis yang duduk berseorangan dengan harapan boleh berkenal-kenalan walhal umur si gadis hampir sebaya anaknya. Dan apabila waktu terlalu ramai penumpang sehingga terpaksa berhimpit dan bersesak, sengaja mengambil peluang untuk berhimpit-himpit dengan gadis yang berdekatan.

MyEm0.ComMeng-conquer seat tanpa segan silu dengan sengaja mengangkang luas-luas ataupun meletakkan beg di sebelahnya supaya beg itu dapat berehat sama sepertinya walhal ramai lagi penumpang lain yang lebih memerlukan tempat duduk tersebut berbanding beg tu.

MyEm0.ComBerkaraoke beramai-ramai seperti mahu berpesta di dalam ktm (dsb) sambil memasang lagu dari handphone atau mp4 lalu bergelak ketawa dengan harapan penumpang lain turut terhibur mendengar suara sumbang mereka.

MyEm0.ComYang 1 ini, mungkin tak dapat dielakkan iaitu mempunyai bau badan yang sungguh dahsyat lalu menyebarkan bau harum dari ketiak yang boleh membuatkan perut penumpang lain loya seminggu sehingga tidak lalu makan.


MyEm0.ComBersopan santunlah walau di mana kita berada dan mungkin juga kita tidak perasan bahawa tindakan yang sering dilakukan itu tidak disenangi oleh orang lain (bukan bermaksud orang lain busuk hati) tapi, sendiri mau ingatlah. Kita hidup bermasyarakat jadi sikap toleransi tak harus diabaikan.

MyEm0.ComMaaf jika menyinggung hati dan terguris perasaan sesiapa. Aku rela dibenci demi memberitahu benda yang dibenci oleh kebanyakan orang. Banyak lagi sebenarnya, tapi ni jelah dulu untuk sekarang.....

Sebelum ada yang nak pukul aku atau baling aku dengan apa-apa, baik aku lari selamatkan diri. MyEm0.Com

-People realized that they need to do some changes in order to be a better person but they just ignore it-
.unknown.